Wednesday, 28 December 2011

Out of mood.. :(


Semua org tgh bz study. Semua org tgh gila fokus kat lecture notes je. Laptop tak shutting down lah smpai seminggu. Library penuh! Yang tak pernah pergi library sepnjang sem tibe2 plak nmpak batang hidung kat library. *td pergi library pun kena park moto jauh kot! Pergi mana2 b’kepit dgn nota. Syg nk tinggal! Cuba korg sorokkan nota member korg, sumpah time2 mcm ni silap2 haribulan korang bleh putus kawan tau!! Hahhaha..sallute!! Cuba tgk hari2 biasa, ada nmpk diorang buat mcm ni?? Hahaha.. Ada mmg ada, tp bilangannye boleh kira dgn jari tangan kanan SAHAJA. :P


Saya?? Study gak... Tp mood study tak berapa nk dtg. Puas dah seru2, tak dtg jugak! Mood lbh kpd tesis. Bnyk bahan tak jumpa lg nih!! Argghhhhh..stresssssssss!!! Mood study, dtglah padaku.... Ku seru namamuuuuu....~~~~~~~

p/s : Mlm ni tak boleh study. Perut tak sihat. Ptg td makan kuew teow tomyam gila pedas! Mcm letak 1 kebun cili padi. Mgkin mood chef tak berapa baik. Sering diganggu ketika asyik menonton sinetron Nada Cinta. Arghhhhhhhhhhh, skrg saya yg kena menanggung akibat! Uwaaaaaaaaaaaaaaa....

Monday, 26 December 2011

Bersenam itu best!!


Orang selalu cakap, “al-‘alq salim min jismi salim”. Hahaha...first time saya dgr perkataan ni masa saya ikut satu program motivasi kat sekolah rendah dulu. Masa mula2 dgr, puas la nak mengingat perkataan tu. Yang saya ingat salim..salim..je. Salim tu pun tak tahu apa maksudnya. Hahaha, mcm best je kan zaman sekolah dulu? J Tapi sekarang saya bukan nak cerita psl sekolah atau pun nak bwk cerita pasal Pak Cik Salim, *hehehe..:P saya nak cerita pasal pentingnya b’senam ni. 



Dalam Islam pun menggalakkan kita untuk selalu bersenam. Bersenam ni sebenarnya beri kita banyak kelebihan.  Lebih2 lg untuk kita yg b’gelar pelajar ni. Kesihatan yang baik dan senaman yang cukup mampu merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cerdas. So, sempena study week ni, apa kata ptg2 tu kita buat senaman sikit2. Study je kat bilik pun tak elok juga. Ambil sikit udara segar. Jogging kat stadium UKM sambil tgk org main bola, jln2 sekeliling UKM sambil b’tanya2 khabar kat guard2 yg lalu lalang kat sebelah kita. Kalau boleh jln kaki dari Kolej Pendeta Za’aba ke Kolej Keris Mas pun lg bagus!hahaha..  Hmm..tapi agak2 semangat nak jogging tu ada tapi malas, lepaskan seekor anjing gila. Confirm korang akan lari laju.........gila!!hahahaha.. :P 

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana,qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
Ok, kalau rasa2 outdoor game (senaman luar pintu..hahahaha) mcm tak berapa nak menarik perhatian, tak apa. Tak payah lah stress sgt. Sebenarnya hari2 kita dah bersenam. Tak percaya? Solat 5 waktu yg kita buat tu kira senaman lah juga. Ramai pengakaji Barat mengakui kehebatan cara solat kita sebab semua gerak memainkan peranan penting dalam menjana kesihatan tubuh badan kita. Kat sini saya kongsikan hasil kajian pakar perubatan , Sheikh Hakim Moinuddin dalam kitab “At-Tib al-Rauhi al-Sufi” (maknanya Ilmu Perubatan para Sufi..harap2 translation saya tak silap! Malu r kalau silap..!!hehehe.. :P) 

1.BERDIRI BETUL DAN TAKBIR

Ia memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki,kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran darah berjalan dengan betul dan urat saraf berada di posisi yang asal. 

Sementara tumpuan mata ke tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu di dalam satu pusat konsentrasi dan membenaskan akal dari sebarang ingatan,menjadikan ia rehat dan tenang.


2.RUKUK DAN IKTIDAL

Berperanan merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang peha dan betis.ketika itu darah pula di pamkan ke atas badan.Kesan darpada pergerakan dan diam perbuatan itu melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.

Perbuatan berdiri iktidal dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk kedalam saluran urat asal nya.Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan ( release tension )


3.SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelak perut buncit.Menambahkan dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan khusunya daerah kepala.termasuk mata,telinga,hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sisitem urat saraf, mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan,

Sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan keseluruh badan.kesan nya memberi keringanan kepada badan dan emosi.

Kesan lain dari Sujud


Mengurangkan tekanan tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi, bagi wanita yg mengandung dapat membentulkan kedudukan janin di posisi yg sempurna. Kesan rohaninya plak, ia menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada Allah.

Perbuatan duduk antara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan di himpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, ia membantu mengeluarkan keracunan dari organ hati dan menggerakan tindakan otot pada usus besar.

Pada kaum wanita pula..mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas.
Kesannya memberi keselesaan dan kerehatan yg selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandunga2 dalam perut ke arah ke bawah, memberi kelawasan pada pembungan najis dan mengelak sembelit.


4.KESAN BACAAN DALAM SOLAT

Selain rukun perbuatan dalam solat gerakan rukun bacaan juga memberi kesan merangsang hati,kelenjar tirod,kelenjar pineal,kelenjar pitunari,kelenjar adrenal dan paru-paru.

P/S : Solat tiang agama. Solat tau! Jgn malas2!!  Nak lg banyak bersenam?? Banyakkanlah  solat sunat. :)

Rapatkan ukhwah dgn ukhwah yg hebat! :)



Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menbina iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.  

Sesungguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.
(Surah al-Anfal : 2)

Pergaulan yang baik mencerminkan akhlak diri yang baik. Dari akhlak yang baik akan melahirkan beberapa nilai positif lain dalam diri kita. Pada pendpat saya, pergaulan yang baik boleh mnecetuskan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam khusunya kpd keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling kita.


Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 86 yang bermaksud :

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap2 sesuatu.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah: 

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.



P/S : waallahu'alam.. :)

Friday, 23 December 2011

nostalgia exam & abah ;)



22 Disember 2011 adalah tarikh keramat utk pelajar2 PMR. Hari ni lah result PMR diumumkan. Alhamdulillah, saya tgk ramai yg dapat straight A. Secara peribadi, saya rasa budak2 zaman sekarang semuanya pandai2. Td saya ada kuliah & lecturer saya masuk kelas dengan muka yg b’seri2 seolah2 pancaran matahari dipancarkan ke atas wajah beliau sahaja. *ok, hiperbola semata2! Rupanya anak beliau dpt 9A dlm PMR. Alhamdulillah. See, saya dah cakap, budak2 skrg pandai2!

Saya teringat zaman saya sekolah dulu. Saya ni tak ada lah pandai sgt, tp kalau sampai Hari Kecemerlangan Sekolah tu, letih gak lah turun naik pentas ambil hadiah. Tiap2 kali kat atas pentas, saya mesti pandang ibu dgn abah saya. Ibu saya of course lah muka b’seri2 bak bulan di malam hari. Tp bila tgk abah saya, kdg2 saya confuse jap. Muka abah saya statik je. Senyum tidak, marah pun tidak. Salah ke saya naik pentas ambil hadiah ni??hmmmmm...

Kalau nak diingat balik bnyk kot kenangan zaman sekolah. Abah saya seorang yg sssanngattt garang. (penambahan ‘s’ di hdpn & ‘t’ di belakang menunjukkan maksud tahap garang beliau mmg tiada taranya). Tiap2 mlm, pukul 8 mlm dia dah standby dpn tv nk tgk berita. Saya pun time tu br lepas tgk citer “Istana Takeshi” kat Ntv7. *dulu2 game dari Jepun yg ntah apa2 tu pun saya minat!hahaha :P Hari2 abah saya akn ckp mcm ni,


“ Ulangkaji Matematik tu. Jgn nak main je!”

So, bila pukul 8 je, saya akan mula msk bilik utk study. Kononnye study lah! Tapi kat dlm bilik saya buat kerja lain. Sebenarnya saya suka subjek sekolah agama. So, paling koman pun saya akan belek2 buku sekolah agama. Lagi2 subjek Tauhid Feqah. Doa2 dlm buku2 tu semuanya saya hafal. Lepas tu mula lah saya main. Bila ibu saya jenguk kat bilik, ibu saya tanya,


“ Buat apa tu?”.

Saya pun cakap,


“Hafal doa. Ustazah suruh,”. *sampai ke sudah dok hafal doa je kerja saya!

Selang bbrapa minit, abah saya pula tanya dari luar bilik,


" Senyap je kat dalam bilik tu. Belajar apa?".

 Saya pun dgn yakin & confident m'jawab,


" Tgh baca buku Matematik,". *Baca buku Matematik tau!!!hahahaha..

Lps tu abah senyap, mgkin b'puas hati dgn jwpan saya. :P Agak2 bosan, saya pun  tak sengaja t’tidur. TAK SENGAJA ok! Tp bila abah saya jengah kat pintu bilik & tgk saya tgh sedap tidur b’bantalkan buku Tauhid Feqah, apa lagi??? Zzzzzzaaaapppppp!!!!!!!!! Rasakan hayunan rotan abah tepat kat betis!! Sakitnya tak payah cerita lah! Mana saya tak t’tidur, pagi2 pergi sekolah pukul 6.30 dah terpacak kat kelas. Lps tu pergi sekolah agama & balik pukul 6. Letih kot! Mula2 kena selalu gak lah nangis, tp bila dah biasa, dah tak rasa apa. Orang kata kulit dah tebal. Kadang2 saya dah standby dengan seluar 2 3 lapis biar tak sakit bila kena bantai. Hahaha, tu semua idea kakak saya! Kdg2 boleh pakai, kadang2 tak boleh pakai gak! Lepas kena bantai, bangun & bukak buku semula. Lepas tu boleh pulak abang saya duduk kat tepi pintu bilik.


“Fiq, tak nak tengok Gerak Khas ke?”

Arghhh, psikologi apa yg sedang beliau mainkan sekarang??Reverse psikologi ke ape?? Tak nampak ke saya baru “dapat” hadiah? Lagi mau ajak tgk Gerak Khas!

Abah saya selalu cakap mcm ni,


“ Dalam periksa abah nak no 1, 2, 3 je. Kalau dpt, abah bg hadiah. Kalau dpt nombor lebih dari tu, siaplah! Abah rotan!”.

Abah saya mmg seorang yg b’pegang pada janji. Bila saya dapat no 1, cakap je nak apa, rezeki turun dari langit!hahaha... Ada sekali tu saya minta kasut roda sebab jiran2 saya tgh gila main kasut roda. Tak jumpa kat KL, sampai ke Johor abah saya cari kasut roda tu.
Ada sekali tu mak ayah kena tandangan report card kat sekolah. Time tu budak2 lg, bila tgk mak ayah org lain dtg, saya pun nk lah jugak abah saya dtg. Time tu abah saya kerja kat PJ dan sekolah saya kat Kuala Selangor. Tapi abah saya janji jugak nk dtg tgk result saya. Time tu abah saya pesan kalau dapat no 1 = RM10, no 2 = RM 5, no 3 = RM1. Bila tengahari abah saya dtg & tandatangan report card saya. Sebelum blk abah saya panggil saya keluar kelas. Lps tu abah bagi saya RM1 sebab saya dpt nombor 3. Happy gila time tu! Ye lah, zaman tahun 1996, RM1 tu boleh cover makan sekolah pagi & sekolah agama tau!

Tp ada juga yang tak bestnye. Mcm saya cakap, abah saya seorang yang sgt b’pegang pada janji. Ada sekali tu saya dpt no 4 dlm kelas. Punye lah takut nk bagi report card sebab saya yakin & percaya yg saya betul2 akan kena bantai malam tu! Sekali tunjuk report card, abah saya dah siap pegang rotan. 
Apa lagi?? Terimalah hadiah dari abah! Menangis gila2 mlm tu!! Mlm tu saya tidur dgn ibu saya dlm keadaan tersedu2. Sedih kan?? :(

Benda yg sama b’lanjutan sampai lah saya sekolah menengah. Tp bila sekolah menengah, lain sikit lah metod pengajarannya. Hehehe.. Tp serious, saya rasa kesan ajaran abah saya tu lah yang buat saya jadi apa yang saya jadi sekarang. *faham ke x??baca bnyk kali smpai faham, ye! Ganjaran yg abah saya selalu bagi sbnrnya utk menaikkan semangat saya utk belajar. Rotan pula adalah peringatan supaya saya tak main2 dalam belajar. Saya rasa kalau abah saya tak buat macam tu dulu, ntah2 skrg saya tak ada kat UKM ni.

Satu lagi perkara yg saya nak tekankan kat sini, jadikan result exam kita yang teruk tu sebagai pemangkin semangat utk kita terus berjaya. Tak semetinya tak cemerlang ketika UPSR bermaksud kita TAK MUNGKIN akan cemerlang ketika PMR nnt.  Tak semestinya tak cemerlang ketika PMR kita MUSTAHIL untuk cemerlang ketika SPM nnt. Sedari kesilapan lalu dan usaha untuk perbaiki diri. Hayati semula firman Allah s.w.t dalam surah ar-Ra'du ayat 11:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

Kat sini saya nak kongsikan rahsia pemakanan ilmuan Islam utk dpt anak yg pintar dan cemerlang ; 

1.      Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘Shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2.      Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3.      Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4.      Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya kerana ia berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5.      Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6.      Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


pp/s : Hari tu saya t'sentap dgn "kata2 semangat" abah saya kpd adik saya, " Adik, dapat no 1 lg, abah belikan i-Pad," kata abah dlm nada tenang. Wargghhhhh, i-Pad??!!!! Adik saya baru Form 1 kot!!Kenapa zaman saya tak ada benda2 mcm tu?? Dunia ini tidak adil!!!!!! :'(((

Monday, 19 December 2011

Apa nak jd ni??

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kontroversi yang boleh dikatan agak mencabar orang Melayu dan lebih tinggi memalukan agama Islam sendiri. Apa lagi kalau bukan isu "Pelajar Malaysia berkahwin dengan gay di Dublin" . Saya pasti, ramai yang dah baca & tahu pasal cerita ni. Eh, ada yg tahu lagi? Tok sah nk menipu lah! Berdosa tau menipu nih!!hahahha :P


Ok, kita kembali serious! Sbnrnya kes ni agak berat. Mana tak berat, Ariff Alfian ni orang Islam kot! Lepas tu kahwin dengan lelaki. Hal-hal seperti ini akan menjadikan masyarakat Barat terutamanya golongan anti-Islam memijak2 dan lebih menghina Islam! Sedangkan mereka juga tidak membenarkan perkahwinan sejenis berlaku dalam kalangan mereka. Saya tertanya2, kenapa dia kahwin dengan lelaki? Kat Dublin tu tak ada perempuan ke? Atau dia sendiri tak perasan yang dia tu lelaki sebenarnya?? Musykillllllll sgt2!!

Bila baca kisah Ariff Alfian ni, tiba2 timbul rasa kesian. Bukan kesian kat Ariff Alfian tu! Nak buat hape kesian kat dia? Kesian kat mak & ayah dia laa. Penat2 besarkan dari kecil, hantar kat sekolah sebab nak si Ariff ni jadi pandai, tak cukup local university, pegi hantar kat overseas punye! Besar harapan mak ayah Ariff Alfian ni. Hantar pergi Dublin dengan harapan dpt jadi doktor, tup tup lain pulak yang dia buat. Nak bwk balik menantu LELAKI pulak! Lagi sedih, ayah dia kena tannggung saman dari PETRONAS yang b’jumlah RM 890 000.00. Hamikk kaw, da nk dekat RM 1 juta kot! Mana nak cari duit? Betuah punye anak!

Kadang2, kisah2 mcm ni m’buatkan kita terfikir. Dimana silapnya sehingga ada dengan senang2 je menggadaikan maruah Islam itu sendiri. Dimana silapnya sehingga ada anak yg snggup mengenepikan ibu & ayah yang telah b’susah payah b’penat lelah siang malam bekerja mencari sesuap nasi demi memastikan kesempurnaa hidup anak2.  Tak terbayang ke wajah ibu ayah kat minda mereka walaupun sekali? Kalau tak pernah terbayang, mungkin mereka adalah anak buluh betong yg tak pernah ada ibu dan ayah. (mungkinkah mereka anak buluh betong???hmmmmm..)
Firman Allah s.w.t ;

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman:14)




Sama2 lah kita doakan agar keluarga Ariff Alfian ni tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Dan doakan juga agar Ariff Alfian dikurniakan hidayah agar kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya ujian Allah adalah tanda sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. 

Mewangi kuntuman bahagia
Dihalaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah dijiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kau lah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumah tangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan airmata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Illahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....


Sunday, 18 December 2011

bagi saya, ini adalah PENGAJARAN!



Assalamualaikum w.b.t

Masih lg dalam mood kursus kahwin. ^^ hahahha..nampak seperti agak gatal disitu!! :P Ok, sebenarnye azam saya (azam tau!) mmg nak grade dgn 2 sijil daripada UKM ni. Pertama, sijil akademik iaitu berupa segulung ijazah hasil titik peluh mengerah tenaga di UKM dan yang kedua, sijil kursus kahwin. Bunyik mcm annoying sgt kan?!Hahaha..tak kisah lah annoying tak annoying, janji ada matlamat! :) *btw, tema kita utk entri kali ini adalah ANNOYING, ok! :P

Actually saya ada citer. Citer saya ni pun agak annoying gak lah, (sebut betul2, ANNOYING!) tp saya tak kira, nk citer gak! 17 Dec 2011 genap 5 tahun saya sendiri. Ok, tu je nk bgtau sebenarnya. Hahaha..annoying kan?!! Sekejap je dah 5 tahun. Tapi dlm 5 tahun tu, mcm2 benda saya belajar. Ttbe rasa mcm nk wat ucapan penghargaan (penghargaan lah sgt kan?!) utk "si dia" yang telah tiada. Eh, bkn sebab dia meninggal tau!! Beliau hidup lg, sihat walafiat di samping "org baru". *lg skali statement annoying situ!

"17/12/11 : Genap 5 tahun. TQ sebab ajar saya terima takdir saya. TQ sebab ajar saya jadi manusia yg tabah. TQ sebab awk cuba belajar faham saya w'pun kita tak kekal lama. TQ sebab awk ajar saya jd manusia yang lebih b'sabar, kurangkan naik angin & kerut2 kat dahi tu. TQ sebab selalu buat saya gelak w'pun awk suruh saya jgn gelak kuat2, malu kat org! TQ sebab awk selalu prihatin kat saya. TQ sebab awk selalu biar saya m'bebel kat awk w'pun saya tau awk selalu letak hp awk jauh2 bila saya m'bebel. TQ sebab selalu jd tempat saya b'cerita. (xde la selalu sgt sbnrnye...) TQ sebab marah saya bila saya asyik call@sms awk & cakap saya tak faham bahasa. Itu yg m'buatkan saya sedar utk belajar bahasa Melayu dgn LEBIH RAJIN! Last but not least, TQ jugak sebab dalam tempoh 5 tahun ni awk selalu wat saya "meroyan" bila awk selalu tny apa status sy skrg & awk citer ramai perempuan yang nk b'kenalan dgn awk! Yelah, mcm awk selalu ckp, saham tgh tinggi.... *down!"


Ok, selesai sesi luahan perasaan. Sbnrnya saya bukan nak jaja kisah peribadi saya semata2. Saya cuba nak citer apa yang jd & apa yg Allah dah tetapkan ada hikmahnya. Saya percaya, Allah takkan suka2 nak berikan kita cinta dan menarik semula nikmat yang diberikan. Setiap kejadian yang Allah jadikan ada tujuannya. Saya menjadi harapan yang besar kpd keluarga. Saya percaya, jika Allah terus biarkan saya dalam dunia yang saya sendiri tak tahu apa kesudahannya, sudah pasti saya tak ada kat tempat saya skrg. Keyakinan kpd Allah perlu diletakkan di tempat yang tinggi, setinggi-tingginya. Yakinlah, sesayang mana pun kita pd pasangan kita, tp jika Allah menidakkan takdir itu, maka kita perlu redha. Seperti kata2 Cikgu Syuhada dlm filem Syurga Cinta (ececeehhhhh :P),

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh dan kilat... kita tertanya-tanya kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

Saya yakin ada "pelangi yang indah" utk saya selepas ini. Lambat @ cepat, saya sndri tak pasti. Doakan agar kita semua dpt jodoh yang kita inginkan. Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. InsyaAllah, satu hari nnt kita akan temui. Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dibawah rahmat Allah, dipelihara iman, dijodohkan dengan pasangan yang soleh & solehah dan seterusnya dikurniakan keluarga yang bahagia. :) Hakikatnya ;

Cintakan bunga, bunga akan layu,
Cintakan manusia, manusia akan pergi,
Cintakan Allah, itu yang kekal abadi. 





p/s : Br abis kursus kahwin, entry pasal jodoh2 je sume. Nanti kalau saya ikut kursus lain, saya akan wat entri mengikut kursus2 lain plak!hahahahaha ;)

Saturday, 17 December 2011

tiada beza..kita serupa!

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 284 :



Maksudnya : Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.



Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain mengadakan program di dua tempat yang berbeza tetapi hakikatnya sama. Program pertama di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan program kedua di Rumah Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah.  Sebelum ini kita sering diceritakan tentang sahsiah remaja-remaja bermasalah ini yang teruk dan kadang-kadang boleh membahayakan diri kita. Tapi sejujurnya, perasaan teruja melebihi perasaan takut apabila saya berkunjung ke sana. Mendekati golongan ini merupakan cita-cita saya apabila saya mula berubah minat ke arah dunia psikologi. Memahami mereka, berkongsi cerita. Mereka terdiri daripada golongan yang berlatar-belakangkan pelbagai masalah jenayah namun mereka tidak lokek untuk bercerita tentang kisah silam mereka. Rata-ratanya kebanyakan mereka menyatakan keinsafan. Mereka juga ada cita-cita untuk berjaya. Seketika bersama mereka membuatkan saya sedar tentang satu perkara. Mereka golongan yang bertuah! Mereka bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menebus kesalahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Cuba kita renung seketika diri kita, adakah kita bertuah seperti mereka? Diberikan peluang untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar? Mungkin ada, tapi seberapa banyak usaha kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik tanpa sebarang tekanan seperti mereka? Renung-renungkan kembali. 

Selain itu, jangan sesekali kita memandang rendah mereka hanya kerana kesilapan yang telah mereka lakukan. Tugas kita untuk mendekati mereka, bukan mencipta jarak yang boleh memisahkan kita dengan mereka, khususnya kita sebagai pendakwah. Dekati mereka, fahami kehendak dan psikologi mereka. Perumpamaan pernah menyebut bahawa daie dan mad’u seperti penjual ubat dan orang yang sakit. Jika kita menjual ubat kepada orang yang sihat, ia tidaklah memberi apa-apa kebaikan berbanding jika kita menjual ubat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Jika tidak dapat dirawat secara keseluruhan, sekurang-kurangnya kita memberinya harapan supaya berusaha untuk terus hidup. Begitu juga dengan adik-adik di Sekolah Henry Gurney & Rumah Raudhatus Sakinah ini. Jika mereka tidak berubah menjadi baik secara keseluruhan, cukuplah sekadar dia tidak kembali mengulangi kesilapan lama.

Akhir sekali, tak bertemu tak semestinya melupakan. Hanya doa untuk adik-adik agar adik-adik diberikan hidayah dan dipermudahkan jalan untuk menjadi lebih baik. Jangan terlalu takut untuk berdepan dengan masyarakat hanya kerana kisah silam adik-adik sebaliknya berbanggalah kerana sebenarnya PENGALAMANLAH YG TELAH MENDEWASAKAN KITA. Kita hamba yang diciptakan oleh Allah daripada penciptaan yang sama. Hakikatnya, kita semua serupa!

 Pelajar tahun 3 JPDK, UKM bersama salah seorang Pegawai Kanan Sekolah Henry Gurney, Melaka


Sunday, 11 December 2011

muslimah vs cinta monyet

"lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati..."


Antara bait lagu nasyid, Hijjaz yang sering memberikan impak yang berkesan terhadap lagu-lagu dakwah yang disampaikan. Begitu juga dengan lagu "Puteriku Sayang" yang pernah popular sekitar awal tahun 2000. Nyata, lagu ini memberi mesej yang sangat berguna kepada kita khususnya puteri-puteri sanjungan agama yang bakal menjadi anak, menantu, ibu dan isteri yang solehah.


Namun, apa yang saya ingin ketengahkan disini bukanlah soal lagu nasyid pilihan mahupun kumpulan Hijjaz yang sudah tidak perlu dinafikan tahap popularitinya, tetapi soal maruah wanita pada hari ini. Tidak perlu memandang jauh, cukuplah sekadar memerhatikan wanita-wanita yang berada disekeliling kita. Dari situ, mungkin kita akan lebih jelas tentang isu ini.


Zaman kampus memperlihatkan banyak terjadinya cinta monyet dalam kalangan pelajar. Tidak terkecuali para pelajar yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam sendiri. Cinta monyet kadang kala dilihat sebagai satu kebanggaan bagi mereka. Tidak kurang juga bagi sesiapa yang belum berpunya, mahu mencari agar dapat merasa nikmat cinta monyet itu. Hakikatnya satu perkara yang perlu kita sedari, cinta monyetlah yang telah  menghanyutkan muslimah-muslimah kita pada hari ini. Lihat saja di mana-mana laman sosial, ada saja cerita terbaru yang diwar-warkan ke seluruh dunia tentang cinta mereka. Dan jika diperhatikan, golongan manakah yang sering melakukannya? Perlu diakui, memang kaum Hawa yang mendominasi. 


Lupakan sebentar tentang laman sosial, kita ke alam realiti pula. Bila namanya cinta monyet, tidak sah jika tiada temu janji atau lebih popular dengan panggilan "dating". Zaman moden ini, dating merupakan perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan ibu dan bapa. Kesempatan diambil untuk bebas melakukan apa saja. Demi cinta, segalanya sanggup diketepikan. Jadi, tidak hairanlah bila ada juga remaja perempuan Melayu malahan ada juga yang bergelar ustazah sanggup "bertukar imej" demi sang kekasih. Apa yang membuatkan ramai remaja Islam terus hanyut dengan mudah sedangkan firman Allah s.w.t  dalam surah An-Nur ayat 26 telah sempurna menerangkan kebenarannya. 


 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah wahai saudara-saudaraku. Jadilah epal yang berbuah diatas pohon yang tinggi. Jika kau menggugurkan diri, nescaya tidak akan terpelihara keelokan rupamu lagi. Kekallah engkau di atas. Tidak ada sesiapa yang boleh menggapaimu melainkan seorang lelaki yang benar-benar layak memetikmu. 







Wednesday, 7 December 2011

Dari mata turun ke hati, dari senyum dan salam datangnya sayang.

“Antara tanda-tanda kecil hari kiamat ialah berlakunya suasana menyampaikan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja”, riwayat Ahmad.

Isu memberi dan menjawab salam merupakan isu yang sering diperkatakan dalam masyarakat. Malahan pelbagai inisiatif juga dijalankan agar budaya memberi dan menjawab salam dalam kalangan umat Islam sentiasa dihidupkan. Usaha yang baik apabila ada sesetengah pihak yang mula melatih generasi pada hari ini untuk sentiasa menyebarkan salam seawal dibangku sekolah rendah lagi. Namun, nilai murni dan perilaku ini semakin lama semakin terhakis seiring dengan perkembangan dunia moden dan peralihan masa.

Konsep penyebaran salam sesama muslim bagaikan kian dipinggirkan. Mungkin amalan ini masih wujud tetapi lihat pula siapa sasaran salam yang diberikan. Kebanyakan antara umat Islam hari ini hanya memberikan salam kepada individu yang dikenali sahaja. Kepada rakan-rakan yang terdekat, guru-guru ataupun pensyarah-pensyarah yang mengajarnya  dan individu-individu yang sealiran fahaman dengannya sahaja. Jika diperhatikan amalan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kita juga sering dikaitkan dengan isu perpaduan umat Islam yang semakin hari semakin longgar. Jika dikaji semula, isu penyatuan umat Islam ini harus dimulakan dengan senyum dan salam. Dengan senyuman akan terbina tautan hati antara satu individu dengan individu yang lain dan akan memungkinkan kewujudan satu ikatan persaudaraan yang kukuh antara sesama muslim. Begitu hebatnya penangan sebuah senyuman. Bukankah senyum itu juga merupakan satu sedekah yang paling mudah. Tidak memerlukan sebarang modal. Senyuman juga boleh mengubah emosi dan persepsi individu kepada individu yang lain.  Jadi, senyumlah!

Tapi sayangnya, dua konsep ini kurang mendapat perhatian dalam masyarakat hari ini. Tidak perlu memandang ke arah yang jauh, cukup sekadar melihat keadaan di sekeliling kita. Seberapa banyakkah salam yang telah diucapkan tatkala kita berselisih dengan saudara seislam kita. Berapa kuntum senyuman yang telah kita hadiahkan untuk sahabat-sahabat kita agar ikatan persaudaraan sesama Islam terasa lebih erat. Jika tunjang utama dalam agama adalah solat, maka ikatan persaudaraan yang kukuh berpaksikan kepada dua elemen yang sangat penting ini. Jangan sesekali dipandang remeh.  Kesepaduan umaah akan mudah terbentuk dan menjadi lebih kukuh sekiranya perkara seumpama ini diserapkan ke dalam jiwa setiap individu Islam bukan sahaja di Malaysia malah masyarakat Muslim di seluruh dunia.

Saturday, 18 June 2011

cinta kampus yg sweet..~~ :D

Assalamualaikum w.b.t.. Seyes, dah lame xupdate blog. Skrg sy tgh bz dgn sambungan praktikal kat dlm negara. Bnyk bnd gak yg nak kena kasi settle. Macam2 report nak kena buat esp. report praktikal luar negara. Jln2 oversea mmg best, tp bab2 buat report tu xbp nak best tu! Huhuhu..

Ok, entry kali ni mcm lain sket. Korang pernah x melibatkan diri dalam pilihanraya cinta kampus?? Hari tu, dok check2 email, terjumpa 1 email yg mmg sy suke gler2 baca. Nape sy suke baca??Hahaha, nnt korang tau la nape.. :p Ok, sy share kat sni, so korg2 sila lah baca..Xyah segan2... :D



"Tahu macam mana kami bertemu?"tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.

"Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan"kata sahabat saya ini. "Wah, macam novel!" teruja saya.

"Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak "

"Lepas tu, apa jadi?" tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.

"Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita"

"Dia ada buat apa-apa ke?"cepat sahaja saya menyampuk.

"Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu"kata sahabat ini.

"Apa dia?"

"Allah"

Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. " Kenapa macam tu?" tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?

" Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?"

" Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? " balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.

" Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti"kata sahabat saya.

Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.

Halus sungguh jiwa sahabat ini.

"Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?"tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.

"Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut 'Allah' dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama"

"Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?"saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.

"Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana"

Sambungnya lagi; " Kebetulan, selepas kejadian tu, dia mencari kita di universiti, bertanyakan kawan-kawannya. Akhirnya, dia tahu, kita adalah pelajar aktif dalam persatuan. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kita dalam aktiviti-aktiviti pelajar, tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk menghubungi.Dia nekad untuk menjadikan kita sebagai jodohnya, dan dia sendiri tak mahu kalau-kalau dia cuba mendekati kita, takut-takut hilang keberkatan nanti. Sebab itu, dalam tempoh 3 tahun, sekadar mengetahui perkembangan, itu pun tidak selalu, malah tiada contact waima e-mail sekali pun, gambar apatah lagi. Bercakap? Jauh sekali. Cukup sekadar dipendam di hati, dengan niat yang ikhlas dan pengharapan yang penuh kepada Allah"

"Wah, selepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran perkahwinan?"

Dan sahabat saya mengangguk. " Ada gunanya untuk ambil tahu perkembangan, sekurang-kurangnya, ada sumber-sumber manusia untuk menghubungi kita bila sampai waktunya"kata sahabat ini lagi.

"Dilamar oleh orang yang hanya sekali bertemu, sekadar terserempak tanpa sengaja, awak terus setuju?"

"Mohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Allah kan lebih tahu?"

"Hmm..betul, betul"kata saya pula, bersetuju.

"Sebenarnya, dia risau juga kalau-kalau lamarannya tak diterima, tapi, dia yakin, kalau ini jodohnya, dan kalau ini yang telah diaturkan oleh Allah untuk kami, segala-galanya akan berjalan dengan baik"sambung sahabat saya lagi.

Subhanallah.

Suami sahabat saya ini, merupakan senior saya sebenarnya.Pernah bekerja dalam satu persatuan, suaminya ini cukup dihormati, 'gila-gila' dan cukup diminati dalam kalangan gadis. Saya tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya dan suaminya akan dipertemukan, kerana kedua-duanya amat berbeza daripada sudut perangai, personaliti, jurusan, umur, persatuan dan banyak lagi.

Tapi ini lah takdir mereka.

Subhanallah.

Kisah yang mengkagumkan saya sebenarnya. Diceritakan kepada saya oleh sahabat ini ketika kami sedang keluar bersama sewaktu cuti semester yang lepas.

Lokasi pertemuan mereka?

Di mana agak-agaknya komuter berada di peta bumi Malaysia ini?

Sekali lagi saya katakan, saya kagum dan teruja dengan pasangan ini.

Anda, bagaimana?






Amacam?? Best x???hahahaha..Sweet kan??So, agak2 ade kena-mengena dgn korg2 x?? Saya mcm ada mcm tak de kot....:p Korang2 plak???heheh...Assalamualaikum.
 .

Friday, 3 June 2011

Sultan Muhammad al-Fateh : sambutan 558 tahun pembukaan Kota Konstantinopel (Istanbul)

Assalamualaikum w.b.t. Walaupun dah 4 hari kat Malaysia, tapi hati ni rasa rindu gler kat Turki tu. Eh2, apakah yg sgt dirindui itu??jeng3..hahaha..It's ok, lupakan. X penting pun. :) Entry kali ni sy nak jd ala2 cikgu sejarah sket, even dulu masa zaman sekolah sy dgn subjek sejarah ni mmg xpernah nak ngam! Ntah la, otak sy bukan otak sejarah. Setiap exam result xpernah m'banggakan cikgu, tp cukuplah m'banggakan diri sendiri. Hello, malas2 sy pun sy xpernah fail tau!hahaha.. Ok, cukuplah citer sy dan subjek sejarah yg dah jd sejarah tu. :)

Kalau korang nak tau, antara sbb sy excited gler bile dpt g Turki ni sbb sy suke kaji tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Ehem2, mcm sy ckp td, sy dgn subjek sejarah mmg xde kimia chemistry lgsg, tp sy suka bab2 sejarah Islam. Betul, xtipu punye! Korang kenal kan Sultan Muhammad al-Fateh ni? Insan terpenting dalam sejarah pembukaan Kota Konstantinopel. Malah Rasululllah s.a.w sendiri pernah bersabda,

" Kota Konstantinopel akan dibebaskan. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. Dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya," 


video


Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah pembebasan Kota Konstantinopel (Istanbul) dan siapakah Sultan Muhammad al-Fateh ini, klik kat sini. 

Tentera Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M setelah 800 tahun sabda Rasulullah s.a.w mengenai pembebasan ini. Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel ketika baginda berusia 22 tahun. Muda kan?? Walaupun baginda seorang yg masih muda, beliau telah dilatih oleh ayahanda baginda tentang pelbagai strategi2 peperangan. Ayahanda baginda iaitu Sultan Murad telah diberitahu oleh murabbi anakandanya iaitu Asy-Syeikh Syamsuddin bahawa bukan baginda (Sultan Murad) yg akan membebaskan Kota Konstantinopel tetapi bayi yang berada di dalam buaian itulah yg akan membuka Kota Konstantinopel. Sejak itu baginda Sultan Muhammad al-Fateh dilatih agar dapat menjadi sultan yang baik suatu hari nanti. 

So, alhamdulillah pd 29 Mei 2011, sy & kwn2 b'peluang mengikuti sambutan sempena memperingati kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh ini di Istanbul. So excited!! Mcm rezeki turun dari langit! Alhamdulillah, Allah bg peluang utk kitorang rasai pengalaman ni & share dgn korang2 sume. So, jom tgk gambar2 yg sempat kitorang snap! :)


:. kawalan keselamatan yg sgt ketat. siap kne scan2 bagai .:

:. org2 Malaysia yg dijemput khas *ececehhh :p .:

:. kubu Kota Konstantinopel .:



:. antara warga Turki yg sama2 hadir menyaksikan hari bersejarah negara mereka .:

:. :) .:


:. warga Malaysia yg sama2 b'kongsi semangat! :) .:

:. simbolik : kubu Konstantinopel setelah ditawan .:




:. simbolik : tentera Uthmaniah bersedia menyerang kubu .:






:. simbolik : perarakan raja (Sultan Muhammad al-Fateh) & tentera2.:




Seriously, perasaan time tu mmg xdpt nak digambarkan! Seronok, teruja, sume ade! Kagum dgn semangat Sultan Muhammad al-Fateh dan tentera2 di bawah pimpinan baginda. 800 tahun penantian, akhirnya Kota Konstantinopel berjaya dibuka! Subahanallah.....


:. makam Sultan Muhammad al-Fateh di Istanbul .:

Sekurang-kurangnya pemergian kami ke sana tidaklah sekadar menjalani latihan praktikal universiti, yg plg penting mempelajari lbh m'dalam tentang dunia dakwah di bumi Turki. 

Türkiye, insyaAllah ben yine geleceğim! :)


p/s : b'niat & b'hasrat utk menamakan anak2 sy Fateh & Fatehah suatu hari nanti. semoga semangat dan peribadi al-Fateh tertanam dlm diri mereka. :) insyaAllah.... J