Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Belajar Untuk Menghargai

Assalamualaikum..

Tarikh 12.12.12 hanya sekadar tarikh. Tapi bagi saya, there's nothing special with 12.12.12. Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana, tapi apa yg cuba saya ceritakan kat sini salah seorang drpd orang yg rapat dgn saya akan menyambung pelajaran ke Jepun dalam peringkat Master & insyaAllah hingga ke PhD.




" Fiqah, sy dpt sambung belajar. Awl Januari nnt sy akan ke Jepun. Awk jaga diri tau,"

Saya tak tahu saya patut gembira atau sedih atau...ntah, lah. Saya tak tahu. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa lain mcm sgt2 bila dia cakap dia nak pergi jauh. Serious, tak tipu nih! Cukuplah saya namakan dia sebagai A. Saya kenal dgn A tak ada lah lama sgt. Lebih kurang 3 tahun. A memang lahir drpd keluarga yang berpelajaran tinggi. Setahu saya adik beradiknya yg lain tak ada yg belajar di universiti tempatan. Sumenye overseas, uollsss!! Dia sorang je terlepas kat UKM tu. Saya berkawan dgn A ni pun kebetulan je. Dia ni kawan kpd kawan saya. Dia jenis yg ramah & suka tegur2 org sesuka hati. Hahaha.. Tapi saya tahu dia baik. Dia selalu usik saya. Selalu cakap mcm ni..,

" ...ustazahhh, cuba senyum sikit,"

Saya layan dia mcm kawan2 biasa. Memang lah mula2 kenal tu rasa mcm menyampah gila sebab....xtau lah sebab apa, tapi memang menyampah lah. Dia suka ejek saya kurang kalsium, sebab tu rendang je. Haishh, menyirap betul! Tapi dalam perangai gila2 + sengal tak boleh blah, saya respect dia dlm beberapa hal. Pertama, suara dia sangat2 merdu bila mengaji al-Quran. Kedua, dia sangat mementingkan agama & menjaga solat. Ketiga, lagu2 dlm laptop, ipad, mp3, mp4, i-phone dia yg mahal tu pun penuh dgn zikir2 & lagu2 nasyid je! Haa kau, aku yg "ustazah" ni pun guna lagu Korea buat ringtone! Hahaha..

Saya tak tahu mana dia dpt no telefon saya. Yang plg saya tak boleh lupa, dia add saya sbg friend kat FB tapi saya tak approve pun friend request dia tu. Lebih kurang 2 bulan jugak lah. Last2 dia pergi "approve"kan diri dia sendiri bila saya online dan tinggalkan laptop saya. Lagi sekali dia buat perangai bila saya block dia dari FB. Saya tak tahu mcm mana dia boleh dapat password FB saya & pergi unblock akaun FB dia! Boleh rasa tak sakitnya hati saya time tu?? Tapi saya tak tahu kenapa saya tak block je dia balik. Hahaha..

Saya kenal family dia. Saya pernah jumpa mak ayah dia. Dia pernah cakap yg dia mahukan hubungan yg lebih serius. Semua adik-beradiknya berkahwin dalam usia yg awal. Jadi, kononnya dia tak mahu "memecahkan tradisi" keluarganya. Konon2 ler tuuu.. Tapi, gila ke apa ajk saya kahwin time belajar?? Nak kena sembelih dengan abah?? Adik-beradik dia ye lah kahwin awal, adik-beradik aku mana ada! Lagi pulak dgn perangai dia yg separa sewel tu, siapa yg nak kahwin dgn dia?? Ermmm..tapi bila masing2 dah jauh, kdg2 rindu jugak dgn perangai separa sewel dia tu. [hahaha...malunyeeee... :P ]

Tu lah orang cakap, kita selalu buat tak tahu je dgn benda yg ada kat depan mata. Bila dah tak ada, baru nak mencari. Hahaha.. Saya bercadang nk bagi cd zikir kawan saya sebelum dia berangkat nanti. Dah memang itu yg dia suka kannn... Lagi 1 biar dia ingat Allah sket bila ada kat tempat orang. Jangan nak dok gatai sgt p usha awek Jepun! Hahaha.. So, gud luck utk awk. Kalau ada jodoh kita, ada lahhh. Tapi 5 tahun tu bleh tahan lama lah jugak. Macam2 benda boleh jadi. Bila awk balik, awak dah 30 & saya 29 tahun. Tak pun ntah2 time tu saya dah ada 2 orang anak & awak pun dah kahwin dgn awek Jepun! Hahaha.. Anyway, all the best! ^^



*berani tulis kat sini sebab saya tahu dia jarang gila2 on9..lps tak suka baca blog org perempuan..lg blog2 lagha mcm ni..hehehe :P

Saturday, 23 June 2012

Dilema Orang Bawahan

Assalamualaikum w.b.t

Hati berbunga riang. Hari ni hari terakhir exam! Alhamdulillah, finally dpt gak sy habiskan degree sy dgn jayanya! Errr...sebab tesis belum hantar, so tak boleh kira berjaya sangat lah. Separa berjaya pun boleh laahhh! Yeaaahhh!! ^^

*dddeeyyyyyyyyy..apa kaitan dgn tajuk yg dilema sangat tu?????!!!

Dilema orang bawahan. Firstly, sy nk ingatkan dan gariskan di sini bahawasanya entry ini TIDAK ADA KAITAN SAMA SEKALI dgn mana2 perntadbiran spt perntadbiran kolej, fakulti, universiti mahupun kerajaan persekutuan dan negeri. Ini hanya kisah dilema orang yg duduk di tingkat bawah. Tingkat 1. Lebih tepat bilik blok K19*1** Kolej Antarabangsa Ibu Zain, UKM. [tajuk je bawahan..tp orangnye up!hahaha :p]  Duduk di tingkat bawah tidaklah segembira apa yg digembar-gemburkan. Jgn menyangka kami sgt bahagia tinggal di tingkat ini kerana tdk perlu memanjat tangga utk smpai ke bilik. Ada kalanya kami juga turut mengalami stress tahap ketiga. Ye, stress!!

Bayangkan, ada kalanya dlm waktu2 petang monyet2 akan mausk & menjadikan laluan dihdpn bilik kami sbg taman permainan mereka. Bermain dgn penuh tawa. Habis tong sampah & pantry kau kerjakan! Tak cukup lagi, yg lebih men'stress'kan diri ini, bila ada manusia2 yg berada di atas suka2 hati nenek tiri laki mak dia je nak buang2 curah2 air ke bawah! Hai, marahnya aku!! Kadang2 tu, siap buat basuh tangan lagi. Nasib baik tak kumur2 skali. Punya lah PEmalas nk melangkah pegi toilet! Macam lah nk g toilet tu kena amik bas kiffah ke, bas rapid ke. Hai, tak faham betul! Lagi 1, dah curah air ke bawah tu satu hal lah, tapi bila kena kat cermin tingkap yg di buka utk memudahkan proses penganginan dlm bilik sy ni, tak ke air tu memercik ke dalam??! Ada sekali tu tgh solat, tiba2 air terpercik kat telekung. Ingatkan hujan. Tapi bila fikir2 balik, bila masa plak hujannya? Tak lain, ni mesti kerja org atas!Haaaaiiiiiiiii, sabarrrrrrrr je lah!

Haishhh, entahlah diorang ni. Nak marah, membebel, nak suruh b'tanggungjwb atas semua percikan2 air yg telah berjaya dimasukkan dlm bilik ni, tak tahu siapa owner bilik. Haishhhh lagi skali. Ingatlah semua orang, jgn sesekali kita menganiaya orang. Bertaubatlah. Bak kata Karam Sing Walia, "hidup umpama roda, kadang2 kita di atas, kadang2 kita dibawah". [ada kaitan ke??? -__-] Sampai masa bila kau ditakdirkan duduk kat bawah, org main curah2 air ke bawah, dari saat itu kau akan faham rasa stress ini. Rasakan!! Muahahahahahahahahahahahahahahaha........................




Sunday, 29 January 2012

Izinkan aku mem'block' fb mu..!


Assalamualaikum..

Saya ada satu cerita nak share. Saya tahu facebook adalah laman sosial yg boleh menghubungkan kita dgn semua org. Tapi satu benda yg saya PALING TAK SUKA ialah bila org gunakan laman-laman sosial mcm facebook & twitter ni utk cari pasal dgn org. Kata nak berkawan, so, berkawan je lah. Tak perlu nak mencari masalah dgn org lain.



Okey, actually citer ni ada kaitan dgn saya. Baru-baru ni saya telah mem‘block’ seseorang dgn jayanya! [tahniah kpd diri sendiri..] Saya buat mcm tu sbb saya rasa dia memang patut kena block! Bermula apabila seorang lelaki meminta saya utk approve dia sbg kwn kat facebook. Mula2 mcm 50-50 nak approve @ tak sebab saya langsung tak kenal dia. Dan saya memang tidak akan approve mana2 friend request dari individu yg saya betul2 tak kenal utk memastikan perkara2 privacy saya terjaga.  Tapi lama-lama saya tgk boleh kata hampir semua kwn sekolah lama saya termasuk kakak saya sendiri merupakan mutual friends dia, akhirnya saya approve juga. Mungkin someone yang saya pernah kenal masa sekolah dulu tapi tak berapa nak ingat sekarang sebab yelah makin lama kwn kita makin ramai. Mula2 ok, mcm biasa je. Saya dgn dia tak ada sebarang masalah sbb masing2 buat hal masing2. Tapi lama2 dia mcm mula mengacau saya. Selalu PM saya kat fb dan saya tak pernah layan sebab tak kenal. Maaf kalau saya kata semua mesej2 yg dia hantar semuanya entah apa2 dan tak perlukan layanan pun. Mesej nak berkenalan, tanya hal peribadi saya. Yelah, saya rasa semua org akan buat mcm tu pada org yg kita tak kenal. Benda yg sama berulang agak lama.

Suatu hari saya bercerita dgn kwn sekolah lama saya & cuba menyiasat siapa lelaki ini sebenarnya. [ala2 Detective Conan gitu..] Akhirnya kwn sekolah lama saya menceritakan bahawa dia turut mengenali lelaki ini dan lelaki ini pernah cuba untuk mempermainkan kwn seuniversiti dgn kwn saya ini. Saya dpt mengagak jenis lelaki seperti ini. Saya cuba biarkan dia terus  menghantar mesej2 kpd saya kerana saya ingin lihat sejauh mana tahap ke‘senget’an dia. Tapi lama2, mungkin kerana terlalu bosan dgn mesej2 sendiri, akhirnya dia mula mengatakan saya sombong, memilih kawan, mula mencaci saya dan macam2 lagi yg membuatkan saya panas hati dan ingin membuka langkah silat! [over...!] Ini semua kerana saya tak pernah layan mesej2 dia. Saya rasa ini bukan salah saya. Saya nak berkawan dgn siapa, itu hak saya. Dan dia sepatutnya kena faham yg saya LANGSUNG TAK KENAL dia! Jika mesej2 yg dihantar mungkin mempunyai mesej berguna @ apa2 perkongsian, saya sgt2 menghargainya dan rasanya tak timbul masalah “tidak selesa” utk berkawan disini. Jadi, bila saya rasa dia mula berperangai lebih pelik, saya perlu membuang dia dari friend list saya tanpa ragu2 sbb saya rasa dia langsung tak mendatangkan apa2 faedah kpd saya.

Mungkin akan ada org yg mengatakan saya sombong @ menjual mahal @ berlagak @ apa2 je la, tp saya rasa sesiapa pun takkan selesa kalau org yg kita tak tahu asal usul tiba2 nak tahu hal peribadi kita. So, kesimpulannya, mem‘block’ adalah yg terbaik!

p/s : Lain kali perangai biaq elok sket naaa.......