Friday 14 December 2012

Belajar Untuk Menghargai

Assalamualaikum..

Tarikh 12.12.12 hanya sekadar tarikh. Tapi bagi saya, there's nothing special with 12.12.12. Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana, tapi apa yg cuba saya ceritakan kat sini salah seorang drpd orang yg rapat dgn saya akan menyambung pelajaran ke Jepun dalam peringkat Master & insyaAllah hingga ke PhD.




" Fiqah, sy dpt sambung belajar. Awl Januari nnt sy akan ke Jepun. Awk jaga diri tau,"

Saya tak tahu saya patut gembira atau sedih atau...ntah, lah. Saya tak tahu. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa lain mcm sgt2 bila dia cakap dia nak pergi jauh. Serious, tak tipu nih! Cukuplah saya namakan dia sebagai A. Saya kenal dgn A tak ada lah lama sgt. Lebih kurang 3 tahun. A memang lahir drpd keluarga yang berpelajaran tinggi. Setahu saya adik beradiknya yg lain tak ada yg belajar di universiti tempatan. Sumenye overseas, uollsss!! Dia sorang je terlepas kat UKM tu. Saya berkawan dgn A ni pun kebetulan je. Dia ni kawan kpd kawan saya. Dia jenis yg ramah & suka tegur2 org sesuka hati. Hahaha.. Tapi saya tahu dia baik. Dia selalu usik saya. Selalu cakap mcm ni..,

" ...ustazahhh, cuba senyum sikit,"

Saya layan dia mcm kawan2 biasa. Memang lah mula2 kenal tu rasa mcm menyampah gila sebab....xtau lah sebab apa, tapi memang menyampah lah. Dia suka ejek saya kurang kalsium, sebab tu rendang je. Haishh, menyirap betul! Tapi dalam perangai gila2 + sengal tak boleh blah, saya respect dia dlm beberapa hal. Pertama, suara dia sangat2 merdu bila mengaji al-Quran. Kedua, dia sangat mementingkan agama & menjaga solat. Ketiga, lagu2 dlm laptop, ipad, mp3, mp4, i-phone dia yg mahal tu pun penuh dgn zikir2 & lagu2 nasyid je! Haa kau, aku yg "ustazah" ni pun guna lagu Korea buat ringtone! Hahaha..

Saya tak tahu mana dia dpt no telefon saya. Yang plg saya tak boleh lupa, dia add saya sbg friend kat FB tapi saya tak approve pun friend request dia tu. Lebih kurang 2 bulan jugak lah. Last2 dia pergi "approve"kan diri dia sendiri bila saya online dan tinggalkan laptop saya. Lagi sekali dia buat perangai bila saya block dia dari FB. Saya tak tahu mcm mana dia boleh dapat password FB saya & pergi unblock akaun FB dia! Boleh rasa tak sakitnya hati saya time tu?? Tapi saya tak tahu kenapa saya tak block je dia balik. Hahaha..

Saya kenal family dia. Saya pernah jumpa mak ayah dia. Dia pernah cakap yg dia mahukan hubungan yg lebih serius. Semua adik-beradiknya berkahwin dalam usia yg awal. Jadi, kononnya dia tak mahu "memecahkan tradisi" keluarganya. Konon2 ler tuuu.. Tapi, gila ke apa ajk saya kahwin time belajar?? Nak kena sembelih dengan abah?? Adik-beradik dia ye lah kahwin awal, adik-beradik aku mana ada! Lagi pulak dgn perangai dia yg separa sewel tu, siapa yg nak kahwin dgn dia?? Ermmm..tapi bila masing2 dah jauh, kdg2 rindu jugak dgn perangai separa sewel dia tu. [hahaha...malunyeeee... :P ]

Tu lah orang cakap, kita selalu buat tak tahu je dgn benda yg ada kat depan mata. Bila dah tak ada, baru nak mencari. Hahaha.. Saya bercadang nk bagi cd zikir kawan saya sebelum dia berangkat nanti. Dah memang itu yg dia suka kannn... Lagi 1 biar dia ingat Allah sket bila ada kat tempat orang. Jangan nak dok gatai sgt p usha awek Jepun! Hahaha.. So, gud luck utk awk. Kalau ada jodoh kita, ada lahhh. Tapi 5 tahun tu bleh tahan lama lah jugak. Macam2 benda boleh jadi. Bila awk balik, awak dah 30 & saya 29 tahun. Tak pun ntah2 time tu saya dah ada 2 orang anak & awak pun dah kahwin dgn awek Jepun! Hahaha.. Anyway, all the best! ^^



*berani tulis kat sini sebab saya tahu dia jarang gila2 on9..lps tak suka baca blog org perempuan..lg blog2 lagha mcm ni..hehehe :P

No comments:

Post a Comment