Showing posts with label UKM dihatiku :P. Show all posts
Showing posts with label UKM dihatiku :P. Show all posts

Monday, 29 October 2012

23 Oktober 2012 : Thank you, Allah!


Assalamualaikum w.b.t



23 Oktober 2012 : I’m officially graduated!! Haha.. Lama kot dok tunggu tarikh ni. Syukur, alhamdulillah Allah permudahkan sume urusan. Masuk dalam DECTAR tgk parents yg datang dgn muka yg happy gila. Yelah, mak ayah mana yg tak happy tgk anak2 diorang berjaya. Mcm tu jugak ibu & abah sy. :)

Kalau nk diingat semula, seriously memiliki ijazah dalam bidang agama TAK PERNAH jd pilihan sy zaman sekolah dulu. Bila tanya psl cita2, jawapan yg pernah keluar nak jd scientist lah, lawyer lah…nak jd ustazah jauh sekali!! Nak jd reporter pun ada sebab dulu kecik2 berangan nk interview Siti Nurhaliza. Hahaha..lagha sangat! Padan lah tak dapat! :P

Sy ingat lg time kecik2 dulu, sy pernah terdengar ibu cakap mcm ni kat sy..,

“ Anak2 perempuan ibu kalau boleh biarlah ke sekolah agama…”

Time tu sy fikir, nape mesti sekolah agama? Abang sy elok je ibu abah sy hantar ke sekolah lelaki, nape tak nak hantar kitorang kat sekolah perempuan? And at the same time sy dpt rasakan minat sy lebih kpd Sains & hajat sy memang nk masuk sekolah Sains. Bila dgr ibu nak hantar  sy ke sekolah agama, sy terus tgk diri sy. Sy tak minat langsung bidang agama. Seriously, sy dlm kategori bukan budak yg baik2, budak alim2. Family sy pun biasa2 je. Kalau tak dapat sekolah Sains pun, sy nak masuk sekolah biasa je sebab sah2 lah ramai kwn2 sy dr sekolah rendah dulu. Sampailah time darjah 6 sy kena ambil exam PSRA. PSRA ni exam kira mcm exam kelayakan nak masuk sekolah agama. Rasanya sume sekolah rendah agama negeri ada exam ni. Something yg buat sy ingat sampai sekarang ialah ibu sy pernah ckp yg ibu sy puasa time sy exam tu. Dengan minat tak minat, tak study, jwb exam main2 je & ambil exam sebab takut dgn abah last2 result exam sy dapat mumtaz! Mcm tak percaya! Ustazah sekolah call rumah suruh sy dtg sekolah ambil result. Lps tu ustazah bg sekali offer letter utk masuk sekolah agama. Time tu org yg plg happy sah2 lah ibu sy. Sampai masa sy didaftarkan kat sekolah agama. Time tu dlm kepala sy fikir sekolah agama ni pakai tudung labuh2, tak boleh nak b’kwn sgt lelaki perempuan & mcm2 lg lah benda negative. Tak ada yg positive! Tp dalam tak minat tu sampai SPM jugak lah sy stay kat sekolah agama. Lps SPM fikir dah tak nak dah ambil bidang agama. Tapi org selalu ckp, apa yg kita tak nak tu lah yg dtg kat kita. Lepas SPM, sy dpt offer sambung STPM kat KISAS. Dari sini sy dpt rasa aturan Allah tu cantik sgt. Kat KISAS ni lah sy dpt belajar something yg sgt2 berharga. Berada di Bumi Waqafan tempat lahirnya ilmuan-ilmuan hebat sy mula kenal apa itu tarbiyyah, sy kenal apa erti ukhwah. Awalnya sy confuse dgn tujuan sy belajar kat situ. Sampailah seorang drpd sahabat berkata kpd sy yg insyaAllah sy takkan lupa sampai bila2..,

“Kalau kita ikhlas nak belajar ilmu Allah, Allah buka banyak peluang utk kita. Kalau kita kejar ilmu dunia, kita dpt ilmu dunia. Tp kalau kita cari ilmu akhirat, insyaAllah dunia akhirat kita dpt..”


Dari situ sy mula fikir. Dengan hidup yg masih tak ada tujuan sebab apa yg sy minta sumenye jauh drpd sy dan sy dpt sume yg sy tak nak, sy pegang kata2 sahabat sy td. Dari situ sy mula ikhlaskan hati nak belajar. Dari situ jugak sy mula rasa seronoknya dpt belajar bidang agama! Habis STPM, time nak isi boring UPU, sy plan nak apply psikologi sebab sy minat psikologi sejak tingkatan 4. Time tu lg sekali sy dalam dilema. Last2, sy isi Psikologi UIA as a 1st choice, Psikologi UKM as a 3rd choice & bidang2 agama sumenye kat bwh2. Akhirnya sy ditawarkan ke UKM dalam bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah & Kepimpinan). See, pengajian Islam jugak! Tp kali ni sy redha dgn takdir. Sy percaya pasti ada hikmahnya. Thn kedua sy ditawarkan mengambil modul kaunseling sebagai minor pengajian. Happy sgt2!! Kat sini sy teringat kata2 sahabat sy td.  Dan selepas 3 tahun, sumenye selesai. Alhamdulillah.. Selama hayat 23 tahun, rupanya ini yg sy cari. Thanks to ibu & abah yg tak pernah putus berdoa & berharap sy menjadi siapa sy skrg. Segala ketentuanNya ada hikmah tersendiri & hikmahnya skrg sy berusaha utk jd hambaNya yg lebih baik. :)

 





I received nothing I wanted..
but I received everything I needed..
Thank you, Allah……….

Friday, 29 June 2012

TERsayang aNTaRa yang DIsayang :)


Assalamualaikum w.b.t

28 Jun 2012. Kalau nk ingat semula tarikh ni, 28 Jun 2009 ni tarikh sy m’daftar sbg student UKM ni. Hahaha..happy anniversary to me! :p Tapi after 3 years, sumuanya takkan sama. Tarikh ni jugak ibu abah sy dtg ambil sy & brg2 yg lain. I officially graduated! Kalau dulu time hntar sy utk daftar 1st year, bwk 1 beg roda & 2 beg sekolah je. Tp skrg, 2 beg roda & 4 beg sekolah! Tu tak masuk dgn kotak2 lg tu! Macam mana brg2 sy bleh jd mcm ni, sy pun tak tau!hahaha..

Ok, entry ni nak citer psl kenangan. 3 tahun kat sini, mcm2 bnda baru yg sy dpt. Mcm2 jenis manusia yg sy jumpa. Kawan2 fac, kolej..semua lah! So, sy nk citer psl diorang. Tp sblum sy mulakan bebelan & leteran, sy nk bhskan diri sy mngikut situasi sebenar sy & kwn2 sy supaya leteran ini dpt dismpaikan dgn penuh feel & org yg baca pun akn berasa tacing. Hua3 ^^

  •  Wani

Kalau ditakdirkan aku boleh pilih2 siapa yg nk kawan dgn aku, aku tak nak org lain. Aku nak kau sorang je. Sebab kau je yg boleh faham aku! :’)
  
  •  Zahidah

      Bila aku tak ada kwn lain, kau selalu ada utk aku. Temankan aku bercerita, ketawa, nangis. Aku mesti rindu nk buat semua benda tu dgn kau! :’)

  •   Mas
Thanx sebab jd ex-rumate aku yg rumit!hahaha.. Seronok jd rumate kau. Rasa selamat je. Yelah, rumate aku budak silat. Hua3 :P

  •    Kasmah

Thanx sebab bnyk gak tolong aku time aku susah. Lagi2 time aku betul2 tak tahu nk mintak tlg kat siapa. Kau layan aku mcm adik & aku anggap aku mcm kakak aku, even hakikatnya kau adik !hahaha… Nak wish gak Selamat Pengantin Baru utk kau. Ketahuilah sesungguhnya aku dah kehilangan sorang geng!hahaha :P
  •  Kak Ofee

Thanx sbb Kak Ofee bnyk tlg orang.  Hantar org g KTM time nk blk rumah, pinjamkan kereta kat orang. Kenangan kita pergi mengajar budak2 mengaji sesama pun orang takkan lupa. J
  •  Aizah, Anas, Ari, Isnur & Ijat

Korang gak antara manusia2 t’awal yg aku kenal kat UKM ni. Hahaha..thanx for being my friends. Kwn dgn aku & terima aku seadanya. Kita sama2 tlg time susah. Best kawan dgn korang! J
  •        Nik

Kau pun selalu ada time aku susah. Even kau tgh sibuk mcm mana pun, ko try gak nk tlg aku. Kita pergi sana sini sesame..Wawawawawa, mesti rindu nnt!! :’)
  •         Fi, Zura, Mira, Ekin & Umi

Best sgt2 ber’gang’ dgn korang. Otak semua sempoi je!
·         Fi, tak sangka rupanya kau cousin aku!hahaha..jejak kasih sungguh! :P
·         Zura dak engine yg ayu lg brutal.
·         Mira minah novel yg berjaya. Semua novel pmpuan ni semuanya jiwang abissssss..
·         Ekin dak genius math yg manja. Yelah, adik2…hahaha
·         Umi yg cute. Tambah plak bila nmpak dia naik skuter dia tu. Alahaii, cutenyeeeee….
  •        Abg Jaky

Hahahaha.. bila org teringat Abg Jaky je, org mst nak gelak! No reason, I don’t know why!hahaha.. Banyak rahsia “kerajaan” yg kita share sesama. Abg Jaky baiiiikkkkkkkkk sgt2 dgn org. Thanx sebab jd abg yg baik utk adik yg tak berapa baik + degil mcm org ni. Hahaha… Selalu je ada time org nk share citer. InsyaAllah org takkan lupa kat Abg Jaky smpai bila2. Janji! (^_^)v
  •       Niknur

Kenapa kite baru kenal Niknur time kite dah nak habis belajar??? Hahaha.. Tp however, seronok dpt kwn dgn Niknur. Kite pun tak tau mcm mne kite bleh ttbe rapat dgn Niknur. Maybe sbb kite dpt rase Niknur bakal “kakak ipar” kite kot! Tu yg rapat semacam je tu..hahahahaha.. Jgn marah ek, Niknur! :P



p/s : R.I.N.D.U. Rindu semua kenangan. Rindu tau! Faham tak apa makna rindu?????!! T___T



Friday, 1 June 2012

Andai Dapat Ku Hentikan Masa..~~ :')

Assalamualaikum..

# Hamboiiihh, jiwang kemain tajuk entry. Jiwa kacau la nih!muahahahahaah :P


Di saat, waktu dan ketika entry ini ditulis, sy baru je lepas menyiapkan 1 lg bab tesis sy yg perlu dihantar sblm 30 Jun ni. Ada lg 1 bab, lps tu insyaAllah siap. Actually minggu ni boleh kata minggu yg sentimental la. Minggu terakhir perkuliahan spnjang 3 tahun belajar kat UKM ni. Final semester ni sy tak banyak kelas. Kelas sy hanya pd hari Selasa & Rabu je. So, hari Rabu yg lepas adalah kuliah terakhir sy. Dalam kelas lecturer siap buat2 lawak lagi. Gelak, gelak juga. Tapi dalam hati ni Allah je yg tahu. Sedih, sayang, semua ada. 

Banyak sgt2 kenangan kat UKM ni. Rasa mcm baru semalam sy mendaftar sbg pelajar UKM w'pun sbnrnya UKM bkn pilihan pertama sy. Dulu sy berangan nak msk UIA sebab ramai jugak kwn2 sekolah kat sana, termasuklah "encik ehem2".  Tapi UIA tak nak sy. Huahuahua :P Tapi sy yakin, ada hikmahnya sy tak dapat ke sana & rezeki sy ada kat sini. 

:. slip exam terakhir utk BA. InsyaAllah ni yg terakhir. kalau ada lg InsyaAllah utk MA pulak. Amiinnnnn :) .:


Dah nak habis belajar ni, mula lah tacing2 teringat kisah2 dulu kan? Hahaha..itu lah yg sy rasa skrg. Meh kita mula cerita dengan cerita kat fakulti sbb sepanjang 3 tahun kat sini memang masa sy banyak habis dgn kwn2 fakulti. Sy jenis yg tak banyak ckp kalau kat tempat baru. Dan sy juga jenis yg TAK AKAN mula bercakap dgn kawan2 baru. [hahaha...jgn tiru perangai ini!] Tapi dlm perangai sy yg tak bleh bla ni, Allah dtgkan someone yg betul2 boleh masuk dgn sy. Someone itu tak lain tak bukan ialah Wani. :))))) [tepuk tgn ramai2 utk beliau!!!!] ^^  Wani ni best orgnya. Kalau nk compare antara sy dgn dia, mmg dia ni jenis yg ramah & ramai kwn. Bygkan kalau kitorang jln sama2, dlm 10 org yg berselisih dgn kitorang, 8 drpd diorang tu semua kwn2 si Wani ni. Nak kata ramah tak ramahnya perempuan ni! hahahaha... Wani ni pun rajin pergi library. Serius, dulu memang rajin. Tak tipu! Seronok kalau buat assignment dgn dia. Kalau awal2 sem, sy mmg cop dia awl2 jd partner sy utk semua assignment. Dia lah yg akan pergi library cari bahan utk assignment kitorang. Part sy pun dia carikan bahan juga. Sy sbg partner yg b'fungsi sepenuhnya bila nak edit & pergi binding assignment. Kadang2 slide utk presentation pun dia yg buatkan. :P Lagi cerita psl si Wani ni, kat fakulti sy ramai org belah2 Kelantan Terengganu. So, kalau diorang ckp biasa2 je, boleh juga lah nak faham. Tapi kalau jenis yg cakap pure loghat diorang, sepatah hagham I cannot understand! Even kedai fotostat yg dekat fakulti pun, owner dia cakap slang Kelantan pekat gila! So, kat sini Wani sgt memainkan peranan. Dia lah yg jd translator antara sy dgn mereka2 ni. hahahah..thanx Wani, jasamu akan ku kenang!

:. Ni lah Cik Wani. Tak lama lg tukar status jd Pn. Wani. Tak lama pun..jaaaap je lagi.  ;) .:


:::::::: mesti Wani bangga gila bila tau stengah drpd entry ni habis cerita utk dia saje! ::::::::::

Banyak sangatsssss kenangan dgn classmates ni. Kitorang pergi masuk kg org asli sama2, buat program motivasi sama2, jamuan sama2, meeting sama2, main sama2, study sama2... :')





















Dari fakulti, pindah kpd cerita kolej. Nak dipendekkan cerita, manusia pertama yg sy kenal kat kolej ni dah tentu2 nya cik ex-rumate tersayang. Rindu nak ber'rumate' dgn dia. :( Dia ni dak Geology. Simple je cara hidup dia. Seriuosly, kalau tak ada kelas, masa yg akan dimanfaat sebaik-baiknya dgn makan maggi + tidur ala2 Sleeping Beauty! Lps tu tiap2 hari Selasa & Khamis mlm dia akan pergi kelas silat. Itu je lah rutin dia. Time nak exam lg best, siap lah dia tampal segala nota2 kat dinding2 sebelah katil tu. Lepas tampal nota, terus tidur! Mungkin dgn usaha menampal nota kat tepi2 katil akan m'buatkan nota2 td diserap dgn cepat kot! Hahaha..pelik2 rumate aku sorg nih! Tapi walaupun dia pelik, dia tetap best! :) Mashalina a.ka Mas @ nama timangan lain Mas 916. hahahaaha...^^

:. pic time 1st year dolu2. :P 1 persamaan kitorang yg plg jelas & nyata, kitorang suka makan. tu je, yg lain tak de...ngeh3 ;P .:

- Mas, Zura, Fy, Mira, Me & Ekin -
:. "Family Potrait" sangat! hahahaha.. Gonna miss all of you, my darling! :') .:

THE GANG!
:. bila dak dakwah bleh masuk skali dgn dak geology, dak engine, dak mass com & dak science math. :) .:

Banyak lagi nak cerita, tp cukup la sampai sini dulu. Dah la mlm ni rumate dah balik Kelantan, so, tak boleh sentimental sangat. Nanti bilik banjir! ;P

"Selemah-lemah manusia adalah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah adalah mensia-siakan sahabat yang telah dicari..." - Saidina Ali 

Tuesday, 24 April 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga :)


Assalamualaikum w.b.t

Lamaaaaaaa gila tak update blog! Nak buat mcm mana, makkk bz la nok! Ni pun br siap PBL subjek Kaunseling Keluarga Islam. Siap sbb esk da nk kena hantar. Kelam kabut den! Huhuhu.. Bz dgn program2 yg tak henti2. Tp alhamdulillah, semua program dah settle. So, boleh la focus on my thesis yg dah lama terabai tu. Yeaahhh, harus focus! Kalau tak mcm mana nak siap kan? Kalau tak siap, mcm mana nak grad kan? Kan? Kan???

Niat asal update blog ni sebenarnya nk citer psl program2 sy. Tp rasanya tu nanti dulu. Sebab sy ada lg citer yg lbh menarik yg sy nk share. Moga2 ada manfaat utk kita sume.. :)

Sy ada seorang sahabat. Sy kenal dia sejak sy sejak sy masuk UKM ni sewaktu minggu orientasi. Sy namakan sbg F. Masa mula2 kenal, dia seorang yg free hair, fashionable, up to date, gojes & mcm2! Senang citer, mmg cun abis lah! Fakulti @ kolej mana?? Biarlah sy rahsiakan dulu. Seriously, sy bukan jenis yg suka tegur org. Sbb tu sy tak ramai kwn!hahaha.. Lagi 1 hal, kalau kwn2 baru ni, kebarangkalian utk sy ingat muka2 kwn baru sy amaaaaatttlah susah kecuali kalau hari2 sy jumpa dia. Tp F ni selalu tegur sy. Bg sy, nk kenal dia ni senang je. Dia lah satu2 manusia kat UKM ni yg selalu panggil sy Iqa. Hahaha..actually, sy tak berapa suka dgn panggilan tu. Kadang2 dia panggil sy ustazah! [kau buat makk segan, nok! :P] Tp sbb sy fikir dia kwn baru sy, so sy biarkan je lah.

Lama2 kitorang jd kwn. Dia ni jenis peramah. Mula2 kenal dgn dia, 1 je yg  kesimpulan sy tentang dia. Dia seorang yg agak sosial. Bygkan, mungkin kerana dia selesa berkawan dgn sy, dia pernah tunjukkan mesej2 dlm hp dia & majority sumenya ayat jiwa2 antara dia dgn ramai lelaki. 1 perkara yg saya takkan lupa bila dia kata dia nk carikan bf utk sy sbb dia risau sy tak ada bf! [aku tak risau, kau pulak yg risau!hahahaha]. Cpt2 sy kata tak nak sbb sy tau, confirm la dia cari dr kwn2 dia jugak kan? & mana tau kot2 kwn2 dia pun ting tong mcm dia jugak, tak dapek den nak nolong eh…!hahahaha…:P

Sy ringkaskan cerita, semester lepas sy hadiahkan dia selendang yg sy beli dr Turki kat dia. Jujur, mula2 sy tak bajet pun nak bagi apa2 kat dia, tp nasib baik last minute sblm blk Malaysia dia mesej tanya khabar sy sbb waktu tu Turki mengalami sedikit gempa kecil. So, lps tu sy keluar jln2 sempat lah sy belikan sedikit buah tangan utk dia. So, bila sy jumpa dia, sy pun bagi lah selendang tu. Dan dia kata, dia suka sgt2. Satu hari dia mesej sy & mesej dia sy simpan smpai sekarang. So, mcm ni bunyi mesejnya :

“ Iqa, td aku terbeli tudung yg bnyk layer tu! Cantik! Aku beli 3 skali. Tp x tau nk pkai bile.. :P”

“ Yg ade 3 colours tu ke?”

“Yup. Ko beli lah.. Nnt kite bleh pkai same2”

“Hahaha..bile mase aku nk pkai? Lgpun tudung tu x de bidang bsr lah.. Sume bidang kecik2 je”

“Iqa, aku da pkai shawl yg ko bg. Lawa! Matching dgn bj fevret aku. Dah lme ko bg, br aku try :P”

“Hahaha..tgk, pndai x aku pilih?hehe..”

“Hahaha..tq tau! Iqa, aku nk pkai tudung lah.. aku tgk irma hasmie pkai tudung lawa kot..tp xtau nk pkai tudung yg mcm mane..ko kan ustzh, ajr lah aku..hehehe”

“Hahaha..ustzh la sgt kan??aku pkai tudung biase2 je la..xde nk lilit2..xyah blaja dgn aku pun xpe..hehehe”

“Hahaha..sombong lah ustzh ni..xnk kwn lah mcm ni..:P tp aku xde bnyk tudung..pnjm sket tudung ko bleh?”

“Hahaha..tudung aku bsr2 kot..nk pkai ke?”

“Bleh je..xde hal..kate nk blaja..hehehe..”

“Ok..nnt kite jmpe ek..aku bg try tudung aku..bile free?”

“Hari khamis lah..lps aku hbs klas..dlm pkul 5.30..bleh?”

“Bleh je..nnt pape hal aku mesej ko blk ek..”

Mcm tu lah mulanya. Alhamdulillah, Allah kurniakan hidayah pada dia. Sy cuba utk membantu apa yg termampu, yg lain sy serahkan kpd Allah. Dan sy yakin, perubahan dia adalah ikhlas kerana Allah. Sy hadiahkan dia buku sebuah buku tntang hijab dan aurat yg sy beli dgn menggunakan baucer buku. Hehehe..drpd tak tau nak beli buku apa, baik sy belikan buku utk dia. Disebabkan kami berlainan kolej & fakulti, ditambah pula dgn kesibukan dia keluar masuk lab dan sy pula sibuk mengerjakan thesis & program2, sy rasa terbatas utk mengajar dia terus menerus. Jadi, sy hadiahkan buku utk supaya dia lbh mudah belajar. Dan alhamdulillah juga baru2 ni dia dtg menemui sy utk memulangkan tudung dan nmpaknya DIA SEMAKIN CANTIK! Lebih cantik daripada dulu!!! Dengan memakai tudung bidang 60 sy hampir tak kenal dia! Jujur sy katakan, sy tak expect langsung yg dia akan buat perubahan drastik mcm ni. Katanya dia mula selesa dgn tudung bsr selepas mencuba tudung2 sy. Alhamdulillah, mudah2an nur dan rahmat Allah sentiasa dikurniakan keatasnya. Seriously, sy bangga dikurniakan sahabat seperti dia! Semoga Allah sentiasa memelihara dia utk terus istiqomah dan memelihara kita agar sentiasa mempunyai keinginan utk saudara seagama kita utk lebih baik. ^^



Monday, 2 January 2012

gud luck to me! ;)


Assalamualaikum..

3 Januari 2012 semua pelajar UKM akan menduduki peperiksaan akhir semester. InsyaAllah, ini semester kedua terakhir sy kat sini. Tinggal satu sem je lagi nak habiskan ngaji nih! Rasa mcm cepat sgt je. Tak sedar dah 14 minggu. Maybe sbb sibuk kot, so semua bnd jd tak sedar. Tp syukur lah sbb sy masih lagi sedar diri!hahaha.. :P

Final exam sy bermula 3-16 Januari 2012. Nampak mcm sekejap, tp mmg sekejap je pun!hehehe.. Tp satu je lah yg sy susah sikit nak terima time2 exam mcm ni. Ye, tekanan!! Mana tak tertekannya, study last minute!hahahah.. Please, don’t try this at home! :P

KMJP time2 exam mcm ni mcm nyawa la. Kalau hlg la kertas sehelai ni, silap2 boleh b'tumbuk wooo dgn org yg jaga exam tu sbb tak bg kita msk exam!huahuahua :P *hiperbola semata!

Firman Allah :

Maka Maha Tinggi Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galaya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata : “ Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku”.
Surah Taha ayat 114

And the last but not least, bittaufiq wannajah utk kwn2 sy yg sy saaaaaaaaaaaaaaaaayang sgt2!! Especially tahun 3 Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, UKM. :)