Monday 29 October 2012

23 Oktober 2012 : Thank you, Allah!


Assalamualaikum w.b.t



23 Oktober 2012 : I’m officially graduated!! Haha.. Lama kot dok tunggu tarikh ni. Syukur, alhamdulillah Allah permudahkan sume urusan. Masuk dalam DECTAR tgk parents yg datang dgn muka yg happy gila. Yelah, mak ayah mana yg tak happy tgk anak2 diorang berjaya. Mcm tu jugak ibu & abah sy. :)

Kalau nk diingat semula, seriously memiliki ijazah dalam bidang agama TAK PERNAH jd pilihan sy zaman sekolah dulu. Bila tanya psl cita2, jawapan yg pernah keluar nak jd scientist lah, lawyer lah…nak jd ustazah jauh sekali!! Nak jd reporter pun ada sebab dulu kecik2 berangan nk interview Siti Nurhaliza. Hahaha..lagha sangat! Padan lah tak dapat! :P

Sy ingat lg time kecik2 dulu, sy pernah terdengar ibu cakap mcm ni kat sy..,

“ Anak2 perempuan ibu kalau boleh biarlah ke sekolah agama…”

Time tu sy fikir, nape mesti sekolah agama? Abang sy elok je ibu abah sy hantar ke sekolah lelaki, nape tak nak hantar kitorang kat sekolah perempuan? And at the same time sy dpt rasakan minat sy lebih kpd Sains & hajat sy memang nk masuk sekolah Sains. Bila dgr ibu nak hantar  sy ke sekolah agama, sy terus tgk diri sy. Sy tak minat langsung bidang agama. Seriously, sy dlm kategori bukan budak yg baik2, budak alim2. Family sy pun biasa2 je. Kalau tak dapat sekolah Sains pun, sy nak masuk sekolah biasa je sebab sah2 lah ramai kwn2 sy dr sekolah rendah dulu. Sampailah time darjah 6 sy kena ambil exam PSRA. PSRA ni exam kira mcm exam kelayakan nak masuk sekolah agama. Rasanya sume sekolah rendah agama negeri ada exam ni. Something yg buat sy ingat sampai sekarang ialah ibu sy pernah ckp yg ibu sy puasa time sy exam tu. Dengan minat tak minat, tak study, jwb exam main2 je & ambil exam sebab takut dgn abah last2 result exam sy dapat mumtaz! Mcm tak percaya! Ustazah sekolah call rumah suruh sy dtg sekolah ambil result. Lps tu ustazah bg sekali offer letter utk masuk sekolah agama. Time tu org yg plg happy sah2 lah ibu sy. Sampai masa sy didaftarkan kat sekolah agama. Time tu dlm kepala sy fikir sekolah agama ni pakai tudung labuh2, tak boleh nak b’kwn sgt lelaki perempuan & mcm2 lg lah benda negative. Tak ada yg positive! Tp dalam tak minat tu sampai SPM jugak lah sy stay kat sekolah agama. Lps SPM fikir dah tak nak dah ambil bidang agama. Tapi org selalu ckp, apa yg kita tak nak tu lah yg dtg kat kita. Lepas SPM, sy dpt offer sambung STPM kat KISAS. Dari sini sy dpt rasa aturan Allah tu cantik sgt. Kat KISAS ni lah sy dpt belajar something yg sgt2 berharga. Berada di Bumi Waqafan tempat lahirnya ilmuan-ilmuan hebat sy mula kenal apa itu tarbiyyah, sy kenal apa erti ukhwah. Awalnya sy confuse dgn tujuan sy belajar kat situ. Sampailah seorang drpd sahabat berkata kpd sy yg insyaAllah sy takkan lupa sampai bila2..,

“Kalau kita ikhlas nak belajar ilmu Allah, Allah buka banyak peluang utk kita. Kalau kita kejar ilmu dunia, kita dpt ilmu dunia. Tp kalau kita cari ilmu akhirat, insyaAllah dunia akhirat kita dpt..”


Dari situ sy mula fikir. Dengan hidup yg masih tak ada tujuan sebab apa yg sy minta sumenye jauh drpd sy dan sy dpt sume yg sy tak nak, sy pegang kata2 sahabat sy td. Dari situ sy mula ikhlaskan hati nak belajar. Dari situ jugak sy mula rasa seronoknya dpt belajar bidang agama! Habis STPM, time nak isi boring UPU, sy plan nak apply psikologi sebab sy minat psikologi sejak tingkatan 4. Time tu lg sekali sy dalam dilema. Last2, sy isi Psikologi UIA as a 1st choice, Psikologi UKM as a 3rd choice & bidang2 agama sumenye kat bwh2. Akhirnya sy ditawarkan ke UKM dalam bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah & Kepimpinan). See, pengajian Islam jugak! Tp kali ni sy redha dgn takdir. Sy percaya pasti ada hikmahnya. Thn kedua sy ditawarkan mengambil modul kaunseling sebagai minor pengajian. Happy sgt2!! Kat sini sy teringat kata2 sahabat sy td.  Dan selepas 3 tahun, sumenye selesai. Alhamdulillah.. Selama hayat 23 tahun, rupanya ini yg sy cari. Thanks to ibu & abah yg tak pernah putus berdoa & berharap sy menjadi siapa sy skrg. Segala ketentuanNya ada hikmah tersendiri & hikmahnya skrg sy berusaha utk jd hambaNya yg lebih baik. :)

 





I received nothing I wanted..
but I received everything I needed..
Thank you, Allah……….

No comments:

Post a Comment