Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul :)


Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”

12 Rabiulawal adalah tarikh penting yg perlu di ingati dan diraikan oleh mereka yg mengaku bahawa mereka adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kita boleh meraikan tarikh2 lain spt hari lahir ibu ayah kita, hari lahir kwn2 kita, hari lahir suami/isteri kita dan apa2 anniversary dlm hidup kita, kenapa kita tak boleh meaikan tarikh lahir insan yg paling berjasa bkn sahaja dlm hidup kita tapi paling berjasa dalam sejarah ketamadunan Islam. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan baginda kepada umat baginda. Tetapi kat sini saya tekankan tiga sebab yg mudah utk difahami kenapa kita WAJIB mengenang Rasulullah s.a.w sebagai insan mulia lagi agung dan paling berjasa dalam hidup kita.

  •  Pertama, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
  • Kedua, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah. Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
  • Ketiga, baginda sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita. Contoh paling mudah, peristiwa baginda memohon kepada Allah agar solat fardhu dipendekkan daripada 50 waktu kepada 5 waktu sehari semalam.


Lihat sahaja betapa besarnya pengorbanan nabi kepada kita. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh baginda semata-mata demi umatnya sehingga baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Tapi kenapa masih ramai yg enggan mengakui Islam dan enggan mengikut sunnah baginda? Tepuk dada, tanya iman.



...SESUNGGUHNYA RASULULLAH S.A.W IKUTAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN...


Monday, 26 December 2011

Bersenam itu best!!


Orang selalu cakap, “al-‘alq salim min jismi salim”. Hahaha...first time saya dgr perkataan ni masa saya ikut satu program motivasi kat sekolah rendah dulu. Masa mula2 dgr, puas la nak mengingat perkataan tu. Yang saya ingat salim..salim..je. Salim tu pun tak tahu apa maksudnya. Hahaha, mcm best je kan zaman sekolah dulu? J Tapi sekarang saya bukan nak cerita psl sekolah atau pun nak bwk cerita pasal Pak Cik Salim, *hehehe..:P saya nak cerita pasal pentingnya b’senam ni. 



Dalam Islam pun menggalakkan kita untuk selalu bersenam. Bersenam ni sebenarnya beri kita banyak kelebihan.  Lebih2 lg untuk kita yg b’gelar pelajar ni. Kesihatan yang baik dan senaman yang cukup mampu merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cerdas. So, sempena study week ni, apa kata ptg2 tu kita buat senaman sikit2. Study je kat bilik pun tak elok juga. Ambil sikit udara segar. Jogging kat stadium UKM sambil tgk org main bola, jln2 sekeliling UKM sambil b’tanya2 khabar kat guard2 yg lalu lalang kat sebelah kita. Kalau boleh jln kaki dari Kolej Pendeta Za’aba ke Kolej Keris Mas pun lg bagus!hahaha..  Hmm..tapi agak2 semangat nak jogging tu ada tapi malas, lepaskan seekor anjing gila. Confirm korang akan lari laju.........gila!!hahahaha.. :P 

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana,qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
Ok, kalau rasa2 outdoor game (senaman luar pintu..hahahaha) mcm tak berapa nak menarik perhatian, tak apa. Tak payah lah stress sgt. Sebenarnya hari2 kita dah bersenam. Tak percaya? Solat 5 waktu yg kita buat tu kira senaman lah juga. Ramai pengakaji Barat mengakui kehebatan cara solat kita sebab semua gerak memainkan peranan penting dalam menjana kesihatan tubuh badan kita. Kat sini saya kongsikan hasil kajian pakar perubatan , Sheikh Hakim Moinuddin dalam kitab “At-Tib al-Rauhi al-Sufi” (maknanya Ilmu Perubatan para Sufi..harap2 translation saya tak silap! Malu r kalau silap..!!hehehe.. :P) 

1.BERDIRI BETUL DAN TAKBIR

Ia memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki,kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran darah berjalan dengan betul dan urat saraf berada di posisi yang asal. 

Sementara tumpuan mata ke tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu di dalam satu pusat konsentrasi dan membenaskan akal dari sebarang ingatan,menjadikan ia rehat dan tenang.


2.RUKUK DAN IKTIDAL

Berperanan merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang peha dan betis.ketika itu darah pula di pamkan ke atas badan.Kesan darpada pergerakan dan diam perbuatan itu melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.

Perbuatan berdiri iktidal dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk kedalam saluran urat asal nya.Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan ( release tension )


3.SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelak perut buncit.Menambahkan dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan khusunya daerah kepala.termasuk mata,telinga,hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sisitem urat saraf, mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan,

Sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan keseluruh badan.kesan nya memberi keringanan kepada badan dan emosi.

Kesan lain dari Sujud


Mengurangkan tekanan tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi, bagi wanita yg mengandung dapat membentulkan kedudukan janin di posisi yg sempurna. Kesan rohaninya plak, ia menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada Allah.

Perbuatan duduk antara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan di himpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, ia membantu mengeluarkan keracunan dari organ hati dan menggerakan tindakan otot pada usus besar.

Pada kaum wanita pula..mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas.
Kesannya memberi keselesaan dan kerehatan yg selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandunga2 dalam perut ke arah ke bawah, memberi kelawasan pada pembungan najis dan mengelak sembelit.


4.KESAN BACAAN DALAM SOLAT

Selain rukun perbuatan dalam solat gerakan rukun bacaan juga memberi kesan merangsang hati,kelenjar tirod,kelenjar pineal,kelenjar pitunari,kelenjar adrenal dan paru-paru.

P/S : Solat tiang agama. Solat tau! Jgn malas2!!  Nak lg banyak bersenam?? Banyakkanlah  solat sunat. :)

Rapatkan ukhwah dgn ukhwah yg hebat! :)



Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menbina iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.  

Sesungguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.
(Surah al-Anfal : 2)

Pergaulan yang baik mencerminkan akhlak diri yang baik. Dari akhlak yang baik akan melahirkan beberapa nilai positif lain dalam diri kita. Pada pendpat saya, pergaulan yang baik boleh mnecetuskan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam khusunya kpd keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling kita.


Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 86 yang bermaksud :

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap2 sesuatu.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah: 

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.



P/S : waallahu'alam.. :)

Monday, 19 December 2011

Apa nak jd ni??

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kontroversi yang boleh dikatan agak mencabar orang Melayu dan lebih tinggi memalukan agama Islam sendiri. Apa lagi kalau bukan isu "Pelajar Malaysia berkahwin dengan gay di Dublin" . Saya pasti, ramai yang dah baca & tahu pasal cerita ni. Eh, ada yg tahu lagi? Tok sah nk menipu lah! Berdosa tau menipu nih!!hahahha :P


Ok, kita kembali serious! Sbnrnya kes ni agak berat. Mana tak berat, Ariff Alfian ni orang Islam kot! Lepas tu kahwin dengan lelaki. Hal-hal seperti ini akan menjadikan masyarakat Barat terutamanya golongan anti-Islam memijak2 dan lebih menghina Islam! Sedangkan mereka juga tidak membenarkan perkahwinan sejenis berlaku dalam kalangan mereka. Saya tertanya2, kenapa dia kahwin dengan lelaki? Kat Dublin tu tak ada perempuan ke? Atau dia sendiri tak perasan yang dia tu lelaki sebenarnya?? Musykillllllll sgt2!!

Bila baca kisah Ariff Alfian ni, tiba2 timbul rasa kesian. Bukan kesian kat Ariff Alfian tu! Nak buat hape kesian kat dia? Kesian kat mak & ayah dia laa. Penat2 besarkan dari kecil, hantar kat sekolah sebab nak si Ariff ni jadi pandai, tak cukup local university, pegi hantar kat overseas punye! Besar harapan mak ayah Ariff Alfian ni. Hantar pergi Dublin dengan harapan dpt jadi doktor, tup tup lain pulak yang dia buat. Nak bwk balik menantu LELAKI pulak! Lagi sedih, ayah dia kena tannggung saman dari PETRONAS yang b’jumlah RM 890 000.00. Hamikk kaw, da nk dekat RM 1 juta kot! Mana nak cari duit? Betuah punye anak!

Kadang2, kisah2 mcm ni m’buatkan kita terfikir. Dimana silapnya sehingga ada dengan senang2 je menggadaikan maruah Islam itu sendiri. Dimana silapnya sehingga ada anak yg snggup mengenepikan ibu & ayah yang telah b’susah payah b’penat lelah siang malam bekerja mencari sesuap nasi demi memastikan kesempurnaa hidup anak2.  Tak terbayang ke wajah ibu ayah kat minda mereka walaupun sekali? Kalau tak pernah terbayang, mungkin mereka adalah anak buluh betong yg tak pernah ada ibu dan ayah. (mungkinkah mereka anak buluh betong???hmmmmm..)
Firman Allah s.w.t ;

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman:14)




Sama2 lah kita doakan agar keluarga Ariff Alfian ni tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Dan doakan juga agar Ariff Alfian dikurniakan hidayah agar kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya ujian Allah adalah tanda sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. 

Mewangi kuntuman bahagia
Dihalaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah dijiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kau lah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumah tangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan airmata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Illahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....


Saturday, 17 December 2011

tiada beza..kita serupa!

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 284 :



Maksudnya : Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.



Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain mengadakan program di dua tempat yang berbeza tetapi hakikatnya sama. Program pertama di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan program kedua di Rumah Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah.  Sebelum ini kita sering diceritakan tentang sahsiah remaja-remaja bermasalah ini yang teruk dan kadang-kadang boleh membahayakan diri kita. Tapi sejujurnya, perasaan teruja melebihi perasaan takut apabila saya berkunjung ke sana. Mendekati golongan ini merupakan cita-cita saya apabila saya mula berubah minat ke arah dunia psikologi. Memahami mereka, berkongsi cerita. Mereka terdiri daripada golongan yang berlatar-belakangkan pelbagai masalah jenayah namun mereka tidak lokek untuk bercerita tentang kisah silam mereka. Rata-ratanya kebanyakan mereka menyatakan keinsafan. Mereka juga ada cita-cita untuk berjaya. Seketika bersama mereka membuatkan saya sedar tentang satu perkara. Mereka golongan yang bertuah! Mereka bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menebus kesalahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Cuba kita renung seketika diri kita, adakah kita bertuah seperti mereka? Diberikan peluang untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar? Mungkin ada, tapi seberapa banyak usaha kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik tanpa sebarang tekanan seperti mereka? Renung-renungkan kembali. 

Selain itu, jangan sesekali kita memandang rendah mereka hanya kerana kesilapan yang telah mereka lakukan. Tugas kita untuk mendekati mereka, bukan mencipta jarak yang boleh memisahkan kita dengan mereka, khususnya kita sebagai pendakwah. Dekati mereka, fahami kehendak dan psikologi mereka. Perumpamaan pernah menyebut bahawa daie dan mad’u seperti penjual ubat dan orang yang sakit. Jika kita menjual ubat kepada orang yang sihat, ia tidaklah memberi apa-apa kebaikan berbanding jika kita menjual ubat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Jika tidak dapat dirawat secara keseluruhan, sekurang-kurangnya kita memberinya harapan supaya berusaha untuk terus hidup. Begitu juga dengan adik-adik di Sekolah Henry Gurney & Rumah Raudhatus Sakinah ini. Jika mereka tidak berubah menjadi baik secara keseluruhan, cukuplah sekadar dia tidak kembali mengulangi kesilapan lama.

Akhir sekali, tak bertemu tak semestinya melupakan. Hanya doa untuk adik-adik agar adik-adik diberikan hidayah dan dipermudahkan jalan untuk menjadi lebih baik. Jangan terlalu takut untuk berdepan dengan masyarakat hanya kerana kisah silam adik-adik sebaliknya berbanggalah kerana sebenarnya PENGALAMANLAH YG TELAH MENDEWASAKAN KITA. Kita hamba yang diciptakan oleh Allah daripada penciptaan yang sama. Hakikatnya, kita semua serupa!

 Pelajar tahun 3 JPDK, UKM bersama salah seorang Pegawai Kanan Sekolah Henry Gurney, Melaka


Sunday, 11 December 2011

muslimah vs cinta monyet

"lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati..."


Antara bait lagu nasyid, Hijjaz yang sering memberikan impak yang berkesan terhadap lagu-lagu dakwah yang disampaikan. Begitu juga dengan lagu "Puteriku Sayang" yang pernah popular sekitar awal tahun 2000. Nyata, lagu ini memberi mesej yang sangat berguna kepada kita khususnya puteri-puteri sanjungan agama yang bakal menjadi anak, menantu, ibu dan isteri yang solehah.


Namun, apa yang saya ingin ketengahkan disini bukanlah soal lagu nasyid pilihan mahupun kumpulan Hijjaz yang sudah tidak perlu dinafikan tahap popularitinya, tetapi soal maruah wanita pada hari ini. Tidak perlu memandang jauh, cukuplah sekadar memerhatikan wanita-wanita yang berada disekeliling kita. Dari situ, mungkin kita akan lebih jelas tentang isu ini.


Zaman kampus memperlihatkan banyak terjadinya cinta monyet dalam kalangan pelajar. Tidak terkecuali para pelajar yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam sendiri. Cinta monyet kadang kala dilihat sebagai satu kebanggaan bagi mereka. Tidak kurang juga bagi sesiapa yang belum berpunya, mahu mencari agar dapat merasa nikmat cinta monyet itu. Hakikatnya satu perkara yang perlu kita sedari, cinta monyetlah yang telah  menghanyutkan muslimah-muslimah kita pada hari ini. Lihat saja di mana-mana laman sosial, ada saja cerita terbaru yang diwar-warkan ke seluruh dunia tentang cinta mereka. Dan jika diperhatikan, golongan manakah yang sering melakukannya? Perlu diakui, memang kaum Hawa yang mendominasi. 


Lupakan sebentar tentang laman sosial, kita ke alam realiti pula. Bila namanya cinta monyet, tidak sah jika tiada temu janji atau lebih popular dengan panggilan "dating". Zaman moden ini, dating merupakan perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan ibu dan bapa. Kesempatan diambil untuk bebas melakukan apa saja. Demi cinta, segalanya sanggup diketepikan. Jadi, tidak hairanlah bila ada juga remaja perempuan Melayu malahan ada juga yang bergelar ustazah sanggup "bertukar imej" demi sang kekasih. Apa yang membuatkan ramai remaja Islam terus hanyut dengan mudah sedangkan firman Allah s.w.t  dalam surah An-Nur ayat 26 telah sempurna menerangkan kebenarannya. 


 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah wahai saudara-saudaraku. Jadilah epal yang berbuah diatas pohon yang tinggi. Jika kau menggugurkan diri, nescaya tidak akan terpelihara keelokan rupamu lagi. Kekallah engkau di atas. Tidak ada sesiapa yang boleh menggapaimu melainkan seorang lelaki yang benar-benar layak memetikmu. 







Wednesday, 7 December 2011

Dari mata turun ke hati, dari senyum dan salam datangnya sayang.

“Antara tanda-tanda kecil hari kiamat ialah berlakunya suasana menyampaikan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja”, riwayat Ahmad.

Isu memberi dan menjawab salam merupakan isu yang sering diperkatakan dalam masyarakat. Malahan pelbagai inisiatif juga dijalankan agar budaya memberi dan menjawab salam dalam kalangan umat Islam sentiasa dihidupkan. Usaha yang baik apabila ada sesetengah pihak yang mula melatih generasi pada hari ini untuk sentiasa menyebarkan salam seawal dibangku sekolah rendah lagi. Namun, nilai murni dan perilaku ini semakin lama semakin terhakis seiring dengan perkembangan dunia moden dan peralihan masa.

Konsep penyebaran salam sesama muslim bagaikan kian dipinggirkan. Mungkin amalan ini masih wujud tetapi lihat pula siapa sasaran salam yang diberikan. Kebanyakan antara umat Islam hari ini hanya memberikan salam kepada individu yang dikenali sahaja. Kepada rakan-rakan yang terdekat, guru-guru ataupun pensyarah-pensyarah yang mengajarnya  dan individu-individu yang sealiran fahaman dengannya sahaja. Jika diperhatikan amalan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kita juga sering dikaitkan dengan isu perpaduan umat Islam yang semakin hari semakin longgar. Jika dikaji semula, isu penyatuan umat Islam ini harus dimulakan dengan senyum dan salam. Dengan senyuman akan terbina tautan hati antara satu individu dengan individu yang lain dan akan memungkinkan kewujudan satu ikatan persaudaraan yang kukuh antara sesama muslim. Begitu hebatnya penangan sebuah senyuman. Bukankah senyum itu juga merupakan satu sedekah yang paling mudah. Tidak memerlukan sebarang modal. Senyuman juga boleh mengubah emosi dan persepsi individu kepada individu yang lain.  Jadi, senyumlah!

Tapi sayangnya, dua konsep ini kurang mendapat perhatian dalam masyarakat hari ini. Tidak perlu memandang ke arah yang jauh, cukup sekadar melihat keadaan di sekeliling kita. Seberapa banyakkah salam yang telah diucapkan tatkala kita berselisih dengan saudara seislam kita. Berapa kuntum senyuman yang telah kita hadiahkan untuk sahabat-sahabat kita agar ikatan persaudaraan sesama Islam terasa lebih erat. Jika tunjang utama dalam agama adalah solat, maka ikatan persaudaraan yang kukuh berpaksikan kepada dua elemen yang sangat penting ini. Jangan sesekali dipandang remeh.  Kesepaduan umaah akan mudah terbentuk dan menjadi lebih kukuh sekiranya perkara seumpama ini diserapkan ke dalam jiwa setiap individu Islam bukan sahaja di Malaysia malah masyarakat Muslim di seluruh dunia.