Saturday 17 December 2011

tiada beza..kita serupa!

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 284 :



Maksudnya : Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.



Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain mengadakan program di dua tempat yang berbeza tetapi hakikatnya sama. Program pertama di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan program kedua di Rumah Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah.  Sebelum ini kita sering diceritakan tentang sahsiah remaja-remaja bermasalah ini yang teruk dan kadang-kadang boleh membahayakan diri kita. Tapi sejujurnya, perasaan teruja melebihi perasaan takut apabila saya berkunjung ke sana. Mendekati golongan ini merupakan cita-cita saya apabila saya mula berubah minat ke arah dunia psikologi. Memahami mereka, berkongsi cerita. Mereka terdiri daripada golongan yang berlatar-belakangkan pelbagai masalah jenayah namun mereka tidak lokek untuk bercerita tentang kisah silam mereka. Rata-ratanya kebanyakan mereka menyatakan keinsafan. Mereka juga ada cita-cita untuk berjaya. Seketika bersama mereka membuatkan saya sedar tentang satu perkara. Mereka golongan yang bertuah! Mereka bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menebus kesalahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Cuba kita renung seketika diri kita, adakah kita bertuah seperti mereka? Diberikan peluang untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar? Mungkin ada, tapi seberapa banyak usaha kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik tanpa sebarang tekanan seperti mereka? Renung-renungkan kembali. 

Selain itu, jangan sesekali kita memandang rendah mereka hanya kerana kesilapan yang telah mereka lakukan. Tugas kita untuk mendekati mereka, bukan mencipta jarak yang boleh memisahkan kita dengan mereka, khususnya kita sebagai pendakwah. Dekati mereka, fahami kehendak dan psikologi mereka. Perumpamaan pernah menyebut bahawa daie dan mad’u seperti penjual ubat dan orang yang sakit. Jika kita menjual ubat kepada orang yang sihat, ia tidaklah memberi apa-apa kebaikan berbanding jika kita menjual ubat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Jika tidak dapat dirawat secara keseluruhan, sekurang-kurangnya kita memberinya harapan supaya berusaha untuk terus hidup. Begitu juga dengan adik-adik di Sekolah Henry Gurney & Rumah Raudhatus Sakinah ini. Jika mereka tidak berubah menjadi baik secara keseluruhan, cukuplah sekadar dia tidak kembali mengulangi kesilapan lama.

Akhir sekali, tak bertemu tak semestinya melupakan. Hanya doa untuk adik-adik agar adik-adik diberikan hidayah dan dipermudahkan jalan untuk menjadi lebih baik. Jangan terlalu takut untuk berdepan dengan masyarakat hanya kerana kisah silam adik-adik sebaliknya berbanggalah kerana sebenarnya PENGALAMANLAH YG TELAH MENDEWASAKAN KITA. Kita hamba yang diciptakan oleh Allah daripada penciptaan yang sama. Hakikatnya, kita semua serupa!

 Pelajar tahun 3 JPDK, UKM bersama salah seorang Pegawai Kanan Sekolah Henry Gurney, Melaka


No comments:

Post a Comment