Monday, 26 December 2011

Rapatkan ukhwah dgn ukhwah yg hebat! :)



Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menbina iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.  

Sesungguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.
(Surah al-Anfal : 2)

Pergaulan yang baik mencerminkan akhlak diri yang baik. Dari akhlak yang baik akan melahirkan beberapa nilai positif lain dalam diri kita. Pada pendpat saya, pergaulan yang baik boleh mnecetuskan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam khusunya kpd keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling kita.


Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 86 yang bermaksud :

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap2 sesuatu.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah: 

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.



P/S : waallahu'alam.. :)

2 comments:

  1. bole ganti ustazah bahyah ni. ;)))))

    ReplyDelete