Monday 7 January 2013

Manis @ 2012 :)

Assalamualaikum w.b.t

Dah 7 hari masuk tahun baru, baru hapdate belog! Sori uollsss, laptop I masuk ICU. Virus dah beranak-pinak sampai anti-virus pun dah jadi mengong. So, selepas diberikan pelbagai ubat-ubatan dan bantuan pernafasan, diharap ianya tidak mendatangkan apa-apa masalah lagi. Lappy, please be nice to me. Ceq banyak assigment nk p antaq. Sat lagi kalau assigment ceq tak siap, bukan hang nk b'tanggungjawab!

Selamat tahun baru 2013, uollssss!!!! Alahhh, baru lewat 7 hari, bukan lewat 7 bulan. Kira sah lagi lah ucapan tahun baru tu kan?? :) Tahun 2012 bagi saya banyak kenangan manis. Tapi saya tak ada lah rajin sangat nak citer satu2. Saya highlight je la lah apa yang manis sangat tu ye! ;)

1) Majlis Konvokesyen

Setelah 3 tahun bergelar mahasiswa UKM, akhirnya saya telah berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan). Excited bukan main nak tunggu hari konvo nih! Maklum ler, bak kata seorang cik bestfren, "konvo event kedua penting selepas nikah". Haha.. Tu yang beriya tu! Nasib baik tak tempah baju, upah mak andam, grup kompang dan lain2. ^_______^



2) Trip to Korea!

Saya pun tak tahu macam mana saya boleh TERjoin trip ni. TER ye.. means tak sengaja! Hahaha.. Ni sume Zahidah punya pasal lah nih! Dalam ramai2 budak Melayu kat UKM tu, boleh dia tersangkut dengan sorang mamat Korea kat sini. Parahhhhh kawan aku sorang nih!! -_- Lepas tu sejak mamat Korea tu balik, hari2 dia post benda sedih2 kat fb. Sebagai bestfren yang amat mementingkan kebajikan bestfrennya yang lain, tak sampai hati pulak saya nak tgk dia hari2 mcm tu. Dah macam orang kena cerai pun ada. Haha.. Kebetulan pada semester tu saya mengambil subjek Teknologi Maklumat Dakwah dan subjek tu memerlukan saya berpeleseran di blog2 orang lain utk cari isu dan bincang dlm kuliah. Dipendekkan citer, saya pun terjumpa blog sorang "oppa" ni yang katanya nak buat backpacker trip ke Korea. Mula2 saya tak ada lah teringin sangat nak join sebab time final year tu lah saya banyak kerja kat luar.  Pergi Kelantan, Pahang, Sabah, Indonesia & etc. Tapi saya memang naaaaaaaaakkkk sangat2 pergi Korea tu! Dengan duit yang ada tapi macam tak berapa nak ada ni saya rasa saya tak boleh pergi berjimba2 dah. Tambah pulak dgn tesis, banyak gak nak pakai duit tu! Tapi last2 saya dapat jugak join. Macam mana saya boleh join?? Itulah namanya rezeki......... :)



3) Program Motivasi + Makan Angin @ Surabaya

Zaman study ni tak ada yang lebih best selain dapat berjalan2 dan berjimba2 dgn classmates. Berlindung dgn tujuan "program motivasi", modus operandi kami yang sebenar adalah utk berjalan2. Hehehe.. Tak ada lahhh, memang kitorang ke Surabaya tu utk buat program motivasi kat dua buah sekolah kat sana. So, sambil2 tu cuci mata lah. Seminggu kat sana, macam2 tempat kitorang pergi. Memang terbaiklah! Walaupun "oppa-oppa"nya tidaklah sehensem oppa-oppa Korea, tetapi barang2nya yang murah tahap tak hengat tu membuatkan saya yang agak tidak gemar shopping bertukar kepada seorang yang suka shopping sehingga ke helaian duit kertas yang terakhir!



4) "Ustazah" in The Making.. errr.......

Akhirnya tercapai jugak cita2 ibu abah saya nak saya jd ustazah. Haha.. Ntah lah, sebenarnya saya pun tak ada jiwa sangat nak jadi cikgu ni. Saya dah plan cantik2 dah, lepas habis degree, saya nak keje jap lps tu terus buat Master. Dari dulu saya nak jd kaunselor. So, kalau nak jadi kaunselor bertauliah, saya kena buat Master. Tapi disebabkan oleh masalah2 dalaman dan konflik2 luaran, saya buat keputusan utk amik j-QAF dulu. Lepas tu baru saya akan settlekan Master saya. Saya nak jd kaunselor jugak. I'll make sure that... Tak kira!!




So, tu je lah yang saya nak share. Yang lain tak payah citer lahhh. Bukan masuk exam pun! Mengharap sesuatu yang lebih baik utk tahun 2013 ni. Salah satu harapan adalah ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Waahhh...gitu kannn??? Adakah saya berjaya??? ;) ;)

No comments:

Post a Comment