Monday 14 January 2013

wo shi Noorul Afiqah laoshi ;)


 Assalamualaikum w.b.t 



I’m a teacher now! Orang yang paling happy bila saya dapat offer jd cikgu ni sah2 lah ibu & abah saya. Memang dari dulu kot diorang nk saya jd cikgu. Saya pun tak tahu kenapa padahal saya ni tak ada ciri-ciri langsung utk jadi cikgu! Kurang sabar, tak cukup ketinggian.. Apa lagi?? Sebab tu saya tak minat jd cikgu! Tapi ntahlah, maybe instinct mak ayah ni boleh nampak masa depan anak dia macam mana. So, saya pun redha je lah. Lagipun kerja jadi cikgu ni kan mulia. Kalau kita bagi satu ilmu yang bermanfaat kat student kita pun kita dah dapat pahala, bayangkan kalau student kita sampaikan kat orang lain, automatik insyaAllah kita pun ada saham juga. J

Tak pernah minat nak jd cikgu ni dah satu hal lah. Saya pun tak pernah fikir pun akan mengajar kat sekolah Cina. 1st time tahu dapat mengajar kat sekolah Cina, rasa mcm down gila! Nak nangis pun ada! Macam2 ada kat dalam kepala ni. Tapi last2 bila fikir2 balik, tak apa lah. Maybe ada hikmahnya. Lagipun saya dikira beruntung sebab jarak sekolah dengan rumah saya boleh kata dekat sangat. 20-30 minit je dari rumah kalau nak dibandingkan dengan kawan2 lain yang tercampak kat Sabah & Sarawak. Tu belum kira yang dapat kat pedalaman2 sana. Yang tak ada line telefon. Lagi dahsyat kot! So, syukur lah sekolah dekat dengan rumah. So, dah tak payah fikir pasal nak sewa rumah ke, apa ke... 

Seronok rupanya mengajar ni. Lagi2 dapat mengajar kat sekolah yang majority bukan  sebangsa dengan kita. Cikgu Melayu kat sini cuma ada 4 orang je termasuk saya. Tapi, even kitorang minority, kitorang tak pernah dipinggirkan pun. Dari guru besar sampailah ke cikgu2 Cina yang biasa semuanya baik2. Masuk dalam bab murid2 pulak, 2 benda yang boleh saya gambarkan diorang2 ni. Satu, diorang comel. Kedua, diorang lawak. Yelah, budak2 kecik kannnn.. Kat sini saya mengajar Pendidikan Islam untuk murid2 Muslim. Dalam 30 orang je 1 sekolah. Diulangi,1 sekolah ye..bukan 1 kelas. Tapi kdg2 bila saya ada relief, saya kena lah jugak masuk kelas yang ada murid2 Cina. Mengajar kat sekolah rendah ni, makin kecik student, memang lah makin comel..tapi diorang tak faham bahasa! Makin hilang pulak kesabaran saya sebagai seorang cikgu! Tapi tak apalah, dah nama pun budak2. Alahh, dulu kita pun tak faham bahasa macam diorang jugak. Tak ada yang lahir2 terus masuk universiti. Hehehe ;) Cikgu2 yang senior selalu pesan kat saya, nak masuk kelas kena buat muka garang. Jangan senyum2. Kalau tak nanti student tak nak dengar cakap kita. Memang betul pun! Cikgu2 Cina kat sana semuanya garang2. Cikgu2 Melayu je yang lemah lembut sket. Student pulak kena yang baik tu, memang baik sungguh lah. Tapi kalau kena yang nakal nauzubillah tu, mula la rasa apalah dosa saya kena praktikal kat sekolah tu… T___T

Kadang2 bila mengajar subjek agama kat budak2 ni, rasa mcm nak gelak sorang. Diorang suka bertanya, tapi kadang2 soalan yang ntah hape2 ntah! Saje je nak mencabar kewibawaan saya sebagai graduan pengajian Islam! Haha.. Macam2 cerita diorang ni. Tu belum kena yang kuat mengadu, kuat nangis, suka usik kawan sana sini. Seriously, nak jadi cikgu ni tak cukup tinggi tak apa tapi sabar memang kena tinggi! Tapi tengok anak2 Melayu kat sekolah ni kadang2 rasa macam sedih jugak sebab majority diorang tak pandai mengaji. Iqra’ pun merangkak2 lagi. Tu tak masuk bab solat lagi tu. Memang betul sekolahkan anak kat sekolah Cina ni banyak benefitnya tapi family student tu kena kuat lah dari segi agama. Kalau tidak, memang payah lah.

Wahhh..panjang kot membebel! Ni tulis blog ke tulis esei untuk exam?? Haha.. Cukup dah kot. InsyaAllah kalau free lagi, bleh membebel lagi. Maklum ler, sejak jadi wanita bekerjaya ni, “bajet” busy.. Hehehe ;P

No comments:

Post a Comment