Monday, 4 February 2013

My "baby Myvi" :)


Assalamualaikum w.b.t

Khamis lepas pada tarikh dgn 31 January 2013 bersamaan 19 Rabiulawal 1434 selepas solat Maghrib, my baby Myvi telah pun selamat sampai ke tangan saya. Hehe.. baby Myvi tau! Sweet sangatttt!! Hati teruja tidak terkata. Setelah beberapa ketika menunggu dgn penuh kesabaran dan pengharapan, akhirnya! Just nak share citer macam mana saya boleh tetiba berjaya dapat si baby ni. Sebelum2 ni, kereta yg menjadi mangsa lenjanan saya dirumah tak lain tak bukan adalah Toyota Vios ibu saya. Itu pun bukan senang nak dapat. Terpaksa melalui beberapa proses perbincangan dulu. Senang dapat pakai pun time nak pergi rumah nenek, pergi ambil anak buah saya dari taska…tu je lah kot. Setakat nak pergi Tesco sebelah rumah, baik merempit je. Nak exercise sikit, jalan kaki. Tapi memang tak lah kalau saya nak jalan kaki kan walaupun Tesco tu sebelah rumah je. Tak mungkin! Hehe..

Sejak saya dapat sambung belajar, saya selalu cakap dengan ibu saya nanti saya akan selalu ada program yang memerlukan saya datang ke IPG pada waktu pagi dan balik semula petang hari yang sama. Perangai abah dan ibu saya, diorang lebih rela hantar dan ambil saya je. Tak kisah la jauh mana. Lagi2 pulak IPG saya bukan jauh sangat pun. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa kat KL, sebelah UM tu je hah. Tapi disebabkan saya kata “SELALU ADA PROGRAM”, so dari situ mereka dah tak senang duduk! Yes, memang diorang rela hantar dan ambil saya tapi mereka tidak rela nak menunggu dari pagi sampai petang. Alahh, tau sangat! So, tetiba ibu saya tanya macam ni..

“Kalau nak keluar kereta, nak pakai kereta apa?”

“Apa2 lah. Asalkan tak nak Saga FLX!”. Haha..ada citernya kenapa saya tak nak kereta tu. :P

“Viva ok?”

“Kecik sangat. Nak Myvi boleh?”. Bernada separuh demand. Sesungguhnya saya memang dah lama aim Myvi selain kereta Toyota Camry yang dah lama jadi idaman di hati ini. Ngeh3

Dipendekkan citer, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Raja-raja, permohonan saya diterima. Abah terus kasi 10k utk buat downpayment. Yes, downpayment abah kasi tapi monthly I bayar sendiri, ok! Dan sekarang kat rumah je dah ada 5 buah kereta yg sama kaler & sama no plat. Tetiba saya rasa mcm abah layak buka bisnes kereta disamping kerja beliau yang telah sedia ada itu. Adatlah orang perempuan tak tahu apa2 pasal kereta kan. Sejak dapat kereta, hari2 saya kena berguru dgn abah pasal kereta ni. Tunjukkan itu ini. Yang best, abah siap pasangkan tinted sume. Nasib baik abah baik. Selamat duit den! Hahaha..


Sehari selepas dapat kereta, time saya makan malam tetiba ibu datang duduk kat sekali kat meja tu. Lantas ibu pun berkata…

“Nanti ibu belikan patung bola. Boleh gantung kat kereta,”



Patung bola??????? Motifff?????!!!!

2 comments:

  1. lps ni bleh slalu jln2 g ukm..lps tu awk bleh slalu blanje..hahahaa :P

    ReplyDelete