Saturday 18 June 2011

cinta kampus yg sweet..~~ :D

Assalamualaikum w.b.t.. Seyes, dah lame xupdate blog. Skrg sy tgh bz dgn sambungan praktikal kat dlm negara. Bnyk bnd gak yg nak kena kasi settle. Macam2 report nak kena buat esp. report praktikal luar negara. Jln2 oversea mmg best, tp bab2 buat report tu xbp nak best tu! Huhuhu..

Ok, entry kali ni mcm lain sket. Korang pernah x melibatkan diri dalam pilihanraya cinta kampus?? Hari tu, dok check2 email, terjumpa 1 email yg mmg sy suke gler2 baca. Nape sy suke baca??Hahaha, nnt korang tau la nape.. :p Ok, sy share kat sni, so korg2 sila lah baca..Xyah segan2... :D



"Tahu macam mana kami bertemu?"tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.

"Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan"kata sahabat saya ini. "Wah, macam novel!" teruja saya.

"Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak "

"Lepas tu, apa jadi?" tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.

"Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita"

"Dia ada buat apa-apa ke?"cepat sahaja saya menyampuk.

"Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu"kata sahabat ini.

"Apa dia?"

"Allah"

Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. " Kenapa macam tu?" tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?

" Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?"

" Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? " balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.

" Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti"kata sahabat saya.

Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.

Halus sungguh jiwa sahabat ini.

"Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?"tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.

"Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut 'Allah' dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama"

"Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?"saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.

"Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana"

Sambungnya lagi; " Kebetulan, selepas kejadian tu, dia mencari kita di universiti, bertanyakan kawan-kawannya. Akhirnya, dia tahu, kita adalah pelajar aktif dalam persatuan. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kita dalam aktiviti-aktiviti pelajar, tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk menghubungi.Dia nekad untuk menjadikan kita sebagai jodohnya, dan dia sendiri tak mahu kalau-kalau dia cuba mendekati kita, takut-takut hilang keberkatan nanti. Sebab itu, dalam tempoh 3 tahun, sekadar mengetahui perkembangan, itu pun tidak selalu, malah tiada contact waima e-mail sekali pun, gambar apatah lagi. Bercakap? Jauh sekali. Cukup sekadar dipendam di hati, dengan niat yang ikhlas dan pengharapan yang penuh kepada Allah"

"Wah, selepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran perkahwinan?"

Dan sahabat saya mengangguk. " Ada gunanya untuk ambil tahu perkembangan, sekurang-kurangnya, ada sumber-sumber manusia untuk menghubungi kita bila sampai waktunya"kata sahabat ini lagi.

"Dilamar oleh orang yang hanya sekali bertemu, sekadar terserempak tanpa sengaja, awak terus setuju?"

"Mohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Allah kan lebih tahu?"

"Hmm..betul, betul"kata saya pula, bersetuju.

"Sebenarnya, dia risau juga kalau-kalau lamarannya tak diterima, tapi, dia yakin, kalau ini jodohnya, dan kalau ini yang telah diaturkan oleh Allah untuk kami, segala-galanya akan berjalan dengan baik"sambung sahabat saya lagi.

Subhanallah.

Suami sahabat saya ini, merupakan senior saya sebenarnya.Pernah bekerja dalam satu persatuan, suaminya ini cukup dihormati, 'gila-gila' dan cukup diminati dalam kalangan gadis. Saya tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya dan suaminya akan dipertemukan, kerana kedua-duanya amat berbeza daripada sudut perangai, personaliti, jurusan, umur, persatuan dan banyak lagi.

Tapi ini lah takdir mereka.

Subhanallah.

Kisah yang mengkagumkan saya sebenarnya. Diceritakan kepada saya oleh sahabat ini ketika kami sedang keluar bersama sewaktu cuti semester yang lepas.

Lokasi pertemuan mereka?

Di mana agak-agaknya komuter berada di peta bumi Malaysia ini?

Sekali lagi saya katakan, saya kagum dan teruja dengan pasangan ini.

Anda, bagaimana?






Amacam?? Best x???hahahaha..Sweet kan??So, agak2 ade kena-mengena dgn korg2 x?? Saya mcm ada mcm tak de kot....:p Korang2 plak???heheh...Assalamualaikum.
 .

No comments:

Post a Comment