Friday 14 November 2014

..................

Lamanya tak hapdate!!!!

Setahun dah kot.

Tahun 2014 adalah tahun yang busy kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun ni je macam-macam benda nak kena settlekan. Benda yang paling besar, paling mengstresskan kepala dan menyakitkan hati ialah praktikum. Praktikum ni benda wajib. Fail praktikum, hancur la masa depan aku! Tiada lagi ruang untukku bergelar cikgu cikgi. 

Leceh gila kot praktikum ni. Lecturer supervisor pulak cikgu aku time kat KISAS dulu. Dulu dia cikgu, sekarang dah naik pangkat jadi lecturer. Syadidnya beliau, masyaAllah! Tiga bulan praktikum, ada la empat kali demam. Stress sampai nangis-nangis. Supervisor datang je aku stress. Supervisor datang je aku stress. Aku stress je supervisor datang. Final exam, assigments bagai. Siapa kata zaman study zaman paling senang? Tak! Ia adalah zaman kesusahan. Tapi kesusahan itu yang akan dikenang sampai tua sebab ia sangat best! Itu pun kalau sempat tua laahhhh.

Alhamdulillah semuanya dah selesai. 31 Mei 2014 dah selamat menamatkan perkhidmatan sebagai guru praktikal kat SJKC Chung Wah, Jeram. Seriously, sekolah tu memang sangat best. Guru besar sampai ke makcik cleaner & pakcik guard semuanya baik-baik belaka, macam aku.*muka serious.

Murid-murid comel pun macam aku jugak! Cikgu-cikgu yang sangat baik & helpful.

Rinduuuuuuu!!!









No comments:

Post a Comment