Saturday 18 June 2011

cinta kampus yg sweet..~~ :D

Assalamualaikum w.b.t.. Seyes, dah lame xupdate blog. Skrg sy tgh bz dgn sambungan praktikal kat dlm negara. Bnyk bnd gak yg nak kena kasi settle. Macam2 report nak kena buat esp. report praktikal luar negara. Jln2 oversea mmg best, tp bab2 buat report tu xbp nak best tu! Huhuhu..

Ok, entry kali ni mcm lain sket. Korang pernah x melibatkan diri dalam pilihanraya cinta kampus?? Hari tu, dok check2 email, terjumpa 1 email yg mmg sy suke gler2 baca. Nape sy suke baca??Hahaha, nnt korang tau la nape.. :p Ok, sy share kat sni, so korg2 sila lah baca..Xyah segan2... :D



"Tahu macam mana kami bertemu?"tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.

"Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan"kata sahabat saya ini. "Wah, macam novel!" teruja saya.

"Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak "

"Lepas tu, apa jadi?" tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.

"Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita"

"Dia ada buat apa-apa ke?"cepat sahaja saya menyampuk.

"Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu"kata sahabat ini.

"Apa dia?"

"Allah"

Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. " Kenapa macam tu?" tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?

" Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?"

" Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? " balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.

" Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti"kata sahabat saya.

Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.

Halus sungguh jiwa sahabat ini.

"Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?"tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.

"Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut 'Allah' dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama"

"Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?"saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.

"Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana"

Sambungnya lagi; " Kebetulan, selepas kejadian tu, dia mencari kita di universiti, bertanyakan kawan-kawannya. Akhirnya, dia tahu, kita adalah pelajar aktif dalam persatuan. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kita dalam aktiviti-aktiviti pelajar, tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk menghubungi.Dia nekad untuk menjadikan kita sebagai jodohnya, dan dia sendiri tak mahu kalau-kalau dia cuba mendekati kita, takut-takut hilang keberkatan nanti. Sebab itu, dalam tempoh 3 tahun, sekadar mengetahui perkembangan, itu pun tidak selalu, malah tiada contact waima e-mail sekali pun, gambar apatah lagi. Bercakap? Jauh sekali. Cukup sekadar dipendam di hati, dengan niat yang ikhlas dan pengharapan yang penuh kepada Allah"

"Wah, selepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran perkahwinan?"

Dan sahabat saya mengangguk. " Ada gunanya untuk ambil tahu perkembangan, sekurang-kurangnya, ada sumber-sumber manusia untuk menghubungi kita bila sampai waktunya"kata sahabat ini lagi.

"Dilamar oleh orang yang hanya sekali bertemu, sekadar terserempak tanpa sengaja, awak terus setuju?"

"Mohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Allah kan lebih tahu?"

"Hmm..betul, betul"kata saya pula, bersetuju.

"Sebenarnya, dia risau juga kalau-kalau lamarannya tak diterima, tapi, dia yakin, kalau ini jodohnya, dan kalau ini yang telah diaturkan oleh Allah untuk kami, segala-galanya akan berjalan dengan baik"sambung sahabat saya lagi.

Subhanallah.

Suami sahabat saya ini, merupakan senior saya sebenarnya.Pernah bekerja dalam satu persatuan, suaminya ini cukup dihormati, 'gila-gila' dan cukup diminati dalam kalangan gadis. Saya tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya dan suaminya akan dipertemukan, kerana kedua-duanya amat berbeza daripada sudut perangai, personaliti, jurusan, umur, persatuan dan banyak lagi.

Tapi ini lah takdir mereka.

Subhanallah.

Kisah yang mengkagumkan saya sebenarnya. Diceritakan kepada saya oleh sahabat ini ketika kami sedang keluar bersama sewaktu cuti semester yang lepas.

Lokasi pertemuan mereka?

Di mana agak-agaknya komuter berada di peta bumi Malaysia ini?

Sekali lagi saya katakan, saya kagum dan teruja dengan pasangan ini.

Anda, bagaimana?






Amacam?? Best x???hahahaha..Sweet kan??So, agak2 ade kena-mengena dgn korg2 x?? Saya mcm ada mcm tak de kot....:p Korang2 plak???heheh...Assalamualaikum.
 .

Friday 3 June 2011

Sultan Muhammad al-Fateh : sambutan 558 tahun pembukaan Kota Konstantinopel (Istanbul)

Assalamualaikum w.b.t. Walaupun dah 4 hari kat Malaysia, tapi hati ni rasa rindu gler kat Turki tu. Eh2, apakah yg sgt dirindui itu??jeng3..hahaha..It's ok, lupakan. X penting pun. :) Entry kali ni sy nak jd ala2 cikgu sejarah sket, even dulu masa zaman sekolah sy dgn subjek sejarah ni mmg xpernah nak ngam! Ntah la, otak sy bukan otak sejarah. Setiap exam result xpernah m'banggakan cikgu, tp cukuplah m'banggakan diri sendiri. Hello, malas2 sy pun sy xpernah fail tau!hahaha.. Ok, cukuplah citer sy dan subjek sejarah yg dah jd sejarah tu. :)

Kalau korang nak tau, antara sbb sy excited gler bile dpt g Turki ni sbb sy suke kaji tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Ehem2, mcm sy ckp td, sy dgn subjek sejarah mmg xde kimia chemistry lgsg, tp sy suka bab2 sejarah Islam. Betul, xtipu punye! Korang kenal kan Sultan Muhammad al-Fateh ni? Insan terpenting dalam sejarah pembukaan Kota Konstantinopel. Malah Rasululllah s.a.w sendiri pernah bersabda,

" Kota Konstantinopel akan dibebaskan. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. Dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya," 




Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah pembebasan Kota Konstantinopel (Istanbul) dan siapakah Sultan Muhammad al-Fateh ini, klik kat sini. 

Tentera Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M setelah 800 tahun sabda Rasulullah s.a.w mengenai pembebasan ini. Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel ketika baginda berusia 22 tahun. Muda kan?? Walaupun baginda seorang yg masih muda, beliau telah dilatih oleh ayahanda baginda tentang pelbagai strategi2 peperangan. Ayahanda baginda iaitu Sultan Murad telah diberitahu oleh murabbi anakandanya iaitu Asy-Syeikh Syamsuddin bahawa bukan baginda (Sultan Murad) yg akan membebaskan Kota Konstantinopel tetapi bayi yang berada di dalam buaian itulah yg akan membuka Kota Konstantinopel. Sejak itu baginda Sultan Muhammad al-Fateh dilatih agar dapat menjadi sultan yang baik suatu hari nanti. 

So, alhamdulillah pd 29 Mei 2011, sy & kwn2 b'peluang mengikuti sambutan sempena memperingati kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh ini di Istanbul. So excited!! Mcm rezeki turun dari langit! Alhamdulillah, Allah bg peluang utk kitorang rasai pengalaman ni & share dgn korang2 sume. So, jom tgk gambar2 yg sempat kitorang snap! :)


:. kawalan keselamatan yg sgt ketat. siap kne scan2 bagai .:

:. org2 Malaysia yg dijemput khas *ececehhh :p .:

:. kubu Kota Konstantinopel .:



:. antara warga Turki yg sama2 hadir menyaksikan hari bersejarah negara mereka .:

:. :) .:


:. warga Malaysia yg sama2 b'kongsi semangat! :) .:

:. simbolik : kubu Konstantinopel setelah ditawan .:




:. simbolik : tentera Uthmaniah bersedia menyerang kubu .:






:. simbolik : perarakan raja (Sultan Muhammad al-Fateh) & tentera2.:




Seriously, perasaan time tu mmg xdpt nak digambarkan! Seronok, teruja, sume ade! Kagum dgn semangat Sultan Muhammad al-Fateh dan tentera2 di bawah pimpinan baginda. 800 tahun penantian, akhirnya Kota Konstantinopel berjaya dibuka! Subahanallah.....


:. makam Sultan Muhammad al-Fateh di Istanbul .:

Sekurang-kurangnya pemergian kami ke sana tidaklah sekadar menjalani latihan praktikal universiti, yg plg penting mempelajari lbh m'dalam tentang dunia dakwah di bumi Turki. 

Türkiye, insyaAllah ben yine geleceğim! :)


p/s : b'niat & b'hasrat utk menamakan anak2 sy Fateh & Fatehah suatu hari nanti. semoga semangat dan peribadi al-Fateh tertanam dlm diri mereka. :) insyaAllah.... J

Wednesday 1 June 2011

home sweet home..!!

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, semalam lbh kurang pukul 5.10 pg sy & kwn selamat sampai di KLIA. Penerbangan dr Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul ke KLIA mengambil masa lbh masa lbh kurang 10 jam perjalanan. Sgt sakit pinggang, hokey! Actually, ni lah hari yg kitorang tunggu2 selama ni! Ececehh..sbnrnya dlm kitorang suka2 sgt ni, ada gak yg sedihnye. Biasalah, siapa yg suka p'pisahan? Even br sebulan kenal, tp diorang sgt2 m'hargai kitorang. Kitorang jadi sgt2 rapat, even kdg2 b'cakap mcm ayam dgn itik sbb diorang x bleh b'bahasa Inggeris. Even Miss. R yg kitorang xbape rapat pun da jd rapat dgn kitorang. Rasa b'dosa plak mngutuk beliau hari itu. Hahaha..tp xpe, dah mintak maaf sebelum balik hari tu, kite ok la kot! hehehe..

Miss R ni dah ada suami. Ok, nape sy panggil dia Miss R padahal dia dah kawen?? Eh2, suke hati sy la kan? hahaha..xpe la, xdosa pun. :p hahaha.. Actually Miss R ni xde la muda mcm org2 yg jaga kitorang sebelum ni. Umur dia dlm lewat 30an lah. Dia anggap kitorang ni mcm anak2 dia. So, dia pun suruh kitorang panggil suami dia "daddy". Bkn "sugar daddy" tau!! Hahaha...kitorang ade mak ayah angkat tau kat Turki. Sila jgn jeles dgn kitorang! :)



Ok, meh sambung balik citer. Pg2 tu Miss R bwk kitorang g breakfast kat luar dgn daddy kitorang. Kire breakfast terakhir sama2 la ni. Kitorang g breakfast & terus g airport sbb flight kitorang pukul 2 ptg. Selalu breakfast kat rumah je. hehehe.. So, kena keluar awl & xpayah nk balik2 semula. Daddy siap tny nk makan apa. Diorang tau anak2 diorang ni suke mkn ayam, so daddy usaha nak cari restoran yg ade jual ayam yg halal. Kalau korang nk tau, kat Turki ni nk cari kedai yg betul2 halal mmg payah. Lg 1, bleh kate kebanyakan kedai2 kat sini x jual ayam yg disembelih dgn betul. Bak kata sorg kwn sy dulu, sembelih ayam main patah2 tengkuk je. So, disebabkan susah nak cari & kitorang pun mngejar masa, diorang bawa kitorang mkn kat satu kedai yg dekat tepi tasik. Tapi kat situ xde jual ayam lah, cuma makanan2 Turki biasa. Miss R kate, buat kali terakhir kitorang sarapan dgn makanan Turki. Esok2 bleh la sarapan dgn nasi lemak plak. :p Ok, jom tgk apa yg diorang order utk kitorang. :)

:. timun + chedar cheese + telur rebus + jem strawberi + buah zaitun + madu + butter + hirisan daging .:

Daddy order special suruh kitorang rasa. Ni lah sarapan biasa yg org Turki mkn. Actually, kitorang dah pernah rasa dah bnda ni. Tp bila kitorang mkn bnda ni, ade satu je yg kitorang x mkn. Aha, daging tu. Mcm x bleh nk terima ble tgk mcm tu. Kalau korang pun mesti korang x selera nk makan kan? Ala, xyah tipu la. Berdosa tau menipu nih! :p

Menu kedua. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... :)

:. daging + telur. ok, yg ini sedap. seyes, xtipu! :) .:

Next menu..............................tinggggggggg!!!!

:. wedges + roti yg x roti sgt. haha..dlm roti tu ade daging cincang tp masin gler. seyes, xsedap! .:

Ok, settle mkn, kitorang amik2 gmbar kat luar. Miss R kate, gambar terakhir kat Turki ni. :)

:. wif Cik Salmiah .:

:. wif Cik Kasmah .:

Dah kenyang masing2 senyum lebar lah!hahaha..Ok, lps tu diorang terus hantar kitorang ke airport. Diorang settlekan sume hal2 kitorang. Check in barang, tiket. 

 :. @ airport .:

Maka, bermulalah episod air mata. :'( Mcm2 Miss R & daddy pesan kat kitorang sebelum kitorang pergi. Salam2 dgn Miss R & daddy pegang kepala kitorang. Tacing sungguh ketika itu!huhuhu.. Andai tertulis, insyaAllah kitorang pasti akan kembali. Turki, bumi khalifah, bumi sejarah!!!!

P/S :
:. my bags! ni br sy sorg. cuba bygkan kalau sy g melancong dgn suami & anak2 suatu hari nnt, agak2nye penuh 1 kargo utk family sy je!hahaha :p .:

Assalamualaikum.... :)