Monday 29 October 2012

23 Oktober 2012 : Thank you, Allah!


Assalamualaikum w.b.t



23 Oktober 2012 : I’m officially graduated!! Haha.. Lama kot dok tunggu tarikh ni. Syukur, alhamdulillah Allah permudahkan sume urusan. Masuk dalam DECTAR tgk parents yg datang dgn muka yg happy gila. Yelah, mak ayah mana yg tak happy tgk anak2 diorang berjaya. Mcm tu jugak ibu & abah sy. :)

Kalau nk diingat semula, seriously memiliki ijazah dalam bidang agama TAK PERNAH jd pilihan sy zaman sekolah dulu. Bila tanya psl cita2, jawapan yg pernah keluar nak jd scientist lah, lawyer lah…nak jd ustazah jauh sekali!! Nak jd reporter pun ada sebab dulu kecik2 berangan nk interview Siti Nurhaliza. Hahaha..lagha sangat! Padan lah tak dapat! :P

Sy ingat lg time kecik2 dulu, sy pernah terdengar ibu cakap mcm ni kat sy..,

“ Anak2 perempuan ibu kalau boleh biarlah ke sekolah agama…”

Time tu sy fikir, nape mesti sekolah agama? Abang sy elok je ibu abah sy hantar ke sekolah lelaki, nape tak nak hantar kitorang kat sekolah perempuan? And at the same time sy dpt rasakan minat sy lebih kpd Sains & hajat sy memang nk masuk sekolah Sains. Bila dgr ibu nak hantar  sy ke sekolah agama, sy terus tgk diri sy. Sy tak minat langsung bidang agama. Seriously, sy dlm kategori bukan budak yg baik2, budak alim2. Family sy pun biasa2 je. Kalau tak dapat sekolah Sains pun, sy nak masuk sekolah biasa je sebab sah2 lah ramai kwn2 sy dr sekolah rendah dulu. Sampailah time darjah 6 sy kena ambil exam PSRA. PSRA ni exam kira mcm exam kelayakan nak masuk sekolah agama. Rasanya sume sekolah rendah agama negeri ada exam ni. Something yg buat sy ingat sampai sekarang ialah ibu sy pernah ckp yg ibu sy puasa time sy exam tu. Dengan minat tak minat, tak study, jwb exam main2 je & ambil exam sebab takut dgn abah last2 result exam sy dapat mumtaz! Mcm tak percaya! Ustazah sekolah call rumah suruh sy dtg sekolah ambil result. Lps tu ustazah bg sekali offer letter utk masuk sekolah agama. Time tu org yg plg happy sah2 lah ibu sy. Sampai masa sy didaftarkan kat sekolah agama. Time tu dlm kepala sy fikir sekolah agama ni pakai tudung labuh2, tak boleh nak b’kwn sgt lelaki perempuan & mcm2 lg lah benda negative. Tak ada yg positive! Tp dalam tak minat tu sampai SPM jugak lah sy stay kat sekolah agama. Lps SPM fikir dah tak nak dah ambil bidang agama. Tapi org selalu ckp, apa yg kita tak nak tu lah yg dtg kat kita. Lepas SPM, sy dpt offer sambung STPM kat KISAS. Dari sini sy dpt rasa aturan Allah tu cantik sgt. Kat KISAS ni lah sy dpt belajar something yg sgt2 berharga. Berada di Bumi Waqafan tempat lahirnya ilmuan-ilmuan hebat sy mula kenal apa itu tarbiyyah, sy kenal apa erti ukhwah. Awalnya sy confuse dgn tujuan sy belajar kat situ. Sampailah seorang drpd sahabat berkata kpd sy yg insyaAllah sy takkan lupa sampai bila2..,

“Kalau kita ikhlas nak belajar ilmu Allah, Allah buka banyak peluang utk kita. Kalau kita kejar ilmu dunia, kita dpt ilmu dunia. Tp kalau kita cari ilmu akhirat, insyaAllah dunia akhirat kita dpt..”


Dari situ sy mula fikir. Dengan hidup yg masih tak ada tujuan sebab apa yg sy minta sumenye jauh drpd sy dan sy dpt sume yg sy tak nak, sy pegang kata2 sahabat sy td. Dari situ sy mula ikhlaskan hati nak belajar. Dari situ jugak sy mula rasa seronoknya dpt belajar bidang agama! Habis STPM, time nak isi boring UPU, sy plan nak apply psikologi sebab sy minat psikologi sejak tingkatan 4. Time tu lg sekali sy dalam dilema. Last2, sy isi Psikologi UIA as a 1st choice, Psikologi UKM as a 3rd choice & bidang2 agama sumenye kat bwh2. Akhirnya sy ditawarkan ke UKM dalam bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah & Kepimpinan). See, pengajian Islam jugak! Tp kali ni sy redha dgn takdir. Sy percaya pasti ada hikmahnya. Thn kedua sy ditawarkan mengambil modul kaunseling sebagai minor pengajian. Happy sgt2!! Kat sini sy teringat kata2 sahabat sy td.  Dan selepas 3 tahun, sumenye selesai. Alhamdulillah.. Selama hayat 23 tahun, rupanya ini yg sy cari. Thanks to ibu & abah yg tak pernah putus berdoa & berharap sy menjadi siapa sy skrg. Segala ketentuanNya ada hikmah tersendiri & hikmahnya skrg sy berusaha utk jd hambaNya yg lebih baik. :)

 





I received nothing I wanted..
but I received everything I needed..
Thank you, Allah……….

Thursday 11 October 2012

backpackers pre-reunion.. ;)

Assalamualaikum w.b.t


Sabtu lepas sy selamat melarikan diri ke Bangi. Meninggalkan kerja & kwn2 sekolah yg sibuk nk ajak jumpa. Sorry uollsss.. Bukan I tak nak jumpa uollss tp I ada hal penting dan sgt penting nak kena pergi sana. Nak jumpa member kat UKM & ambil slip utk ambil jubah konvo 13hb nnt + nak jumpa geng2 backpackers ke Korea hari tu. Hahaaa..nmpak mcm penting tak??? ;P



Ok, citer bermula apabila geng backpackers ajk jumpa pd tarikh 6 Oktober. Kebetulan Devotees ada show kat IPG Bangi & boleh la pow Halim suruh belanja makan!hahaha..Ttibe rasa diri sgt penting & dihargai sebab mmber skolah pun ajk jumpa gak pd tarikh yg sama. Rinduuuu katanya. Perghhh, ada jugak org rindu aku!hahaha... :P

Ptg tu ibu & abah hantar ke Shah Alam. Ok, nampak mcm gedik sket sebab nak pergi Shah Alam je pun sampai nk berhantar2. Tp nk buek cemano?? Ibu abah den kasi den drive sorg2 jauh2.Huhu.. Sampai Shah Alam jumpa Kak Lina & stay jap kat rumah Kak Lina kat sek. 4. Kak Ada pulak ada kelas sampai pukul 7.30 mlm kat UiTM. So, plan cantik2 lps maghrib terus ambil Kak Ada & gerak pergi Bangi. Konsert kat IPG katanya start pukul 9.30 mlm. Kalau ikutkan sempat je keluar dari rumah lepas Isya' lps tu drive relax2. Tp kitorang kena pergi ke Kajang dulu sebab nk ambil sorg lagi member yg telah me'reserve'kan tiket kitorang utk tgk konsert tu. Azrin namanya. So, Kak Ada drive kereta mcm hantu. Hahaha..Kak Ada, kita geng! Suka drive laju2!!wahahahaha... Sampai Kajang sesat la pulak nak cari rumah si Azrin ni. Sy ni nama je 3 tahun duduk kat Bangi tp jalan2 kat Kajang tu sumpah sy tak tau! Area Bangi boleh lah... Tu pun kdg2 sesat larat. Nasib baik Kak Lina ada sebab Kak Lina pun dulu study kat KUIS. Fuhhh... Menguji kesabaran jugak sebenarnya nak cari rumah Azrin ni. Asyik salah masuk jalan je. Ada sekali tu sesat kat mana ntah. Jalan tu serious gelap. Lps tu msg2 rasa lain macam. Dari dgr lagu lagha2 kat Hot FM terus tukar pasang lagu2 zikir Halim! Huhuhu.. Lps jalan jauh sket baru Kak Lina citer rupanya ada kubur kat tempat kitorang sesat td. Tp Kak Lina tak nak cakap sebab risau kitorang jd takut. Perghhhhh..patutlah rasa semacam je!

Sampai IPG pukul 11 mlm. Konsert sah2 lah dah start. Sampai pakcik guard IPG tu pun tanya nape kitorang lambat. Eh2, pakcik ni...bukannya kitorang yg buat konsert pun! Hahaha.. Tapi maybe sebab dah lmbt sgt kot. Prihatin betul pkcik tu. Boleh dpt award "Guard Paling Prihatin" lah mcm nih! Hahahaha... ;P Sempat lah tgk Devotees nyanyi 2 lagu. Jadi laaa drpd tak dapat tgk langsung. Lps konsert habis ktorang makan ramai2 kat Perantau Hill dgn Devotees & PA Devotees bersama awek beliau. Haha.. Nak cari tomyam sebab tomyam kat Bangi mmg sedap! Lagi2 kalau dpt mkn kat BBB. Wallaweyyhhhh..mmg terbaik lah tomyam kat situ! Nasi putih, tomyam + telur dadar. Menu wajib zaman study dulu! ;) Tp sayangnya tomyam kat Perantau tak sedap. Sungguh frust!! Sebab dah pukul 1 pg + lapar gila + org belanja [hehehe..], tak fikir dah sedap tak sedap. Telan je apa ada. Syukur, alhamdulillah.... :) Kat sini jugak kenal dgn 2 lagi org kuat Devotees. Kak Faizah & Sumayyah. Ok, tetiba rasa mcm segan. Terpinggir sgt2. Diorang sume dah lama kenal dgn dak2 Devotees tp sy kenal Halim sorg je! Hahaha.. Rasa mcm nk makan dalam kereta je. Segan2!!

Sebelum hantar Azrin blk Kajang, singgah UKM jap. Jumpa mmber nak ambil slip. Time tu dah pukul 2.45 pg. Bestnya UKM sebab boleh keluar masuk sesuka hati bila2 masa je. Hahaha..sebab tu I sayang UKM sangat2!!!!! >.<  Lps hantar Azrin, terus drive blk Shah Alam & sampai rumah Kak Lina pukul 4.30. Ok, yang ni ibu dgn abah tak boleh tahu. Kalau tak, confirm kena tibai kat rumah! Hahaha.. Gosip2 jap org dah nak azan subuh kitorang baru nk tdoq! ;P

Kak Ada, Kak Lina & Kak Faizah.. bila dgn kakak2, rasa diri ini adik2 sgt! muahahahaha ;p

Pagi ahad lps breakfast Kak Lina hantar sorg2 balik. Kak Ada ambil bas kat sek. 17, Kak Faizah & Sumayyah kat KTM Shah Alam & last skali Kak Lina hantar sy balik kat KTM Sg. Buloh. Kat situ ibu dgn abah dtg ambil & pergi makan2. Ahad tu birthday abah! Ada rezeki lebih sket so sy bwk 1 family g makan2. Rezeki kali ni org bwk  g makan2 je la dulu ek. Esok2 kalau rezeki lebih lebih lebih lg org bwk g jln2 pulakkk. Kot2 org bwk g Korea ke. Hua3.. ;P  "HAPPY BIRTHDAY, ABAH!! "


Friday 5 October 2012

hanya tinggal sejarah




Adam,
Jujur, aku bersyukur hadirnya dirimu,
Namun,
Seandainya dalam penantian ini kau temui Hawa yg lebih baik daripadaku,
Yang boleh membawa dirimu lebih dekat kepada Dia,
Pergilah kepadanya,
Tinggalkan aku,
Kerana tidak ada hak bagi diriku untuk menghalangmu,
Dalam keadaan sekarang aku hanya boleh menjanjikan setia,
Dan doa untuk kita,
Tapi apakan daya,
Aku punya cita-cita,
Pelajaran menjadi yg utama,
Jika kau lihat aku gembira bersama teman-teman,
Percayalah,
Jauh di sudut hati ini pasti akan terdetik memikirkan dirimu juga,
Aku cuba untuk setia,
Tetapi jika kesetiaan ini benar-benar menguji kesabaranmu,
Maafkan aku,
Benar kata mereka,
Walau sekuat mana kasih kita,
Walau sesetia mana pun kita,
Seandainya Dia tidak mencatatkan jodoh kita bersama,
Kita tetap takkan bersama,
Jika ada jalan lain yang kau pilih selain aku,
Pergilah,
Aku redha,
Dan aku yakin,
Jika tertulis bukan jodoh kita untuk bersama,
Dia telah menggantikan yang lebih baik untukku,
Dan untuk dirimu, Adam...