Tuesday 5 November 2013

Sumpah, aku cemburu!

Assalamualaikum w.b.t

Pagi Ahad, lepas je selesai solat Subuh, tetiba teringat nak check hp. Ada notification fb. Dan terus terkejut bila dapat berita kematian seorang hamba Allah aku pernah kenal time kat di Istanbul dulu.


Terus hilang mengantuk aku pagi tu. Aku tak ada lah kenal personally dengan arwah Ammar ni. Tapi kadang2 ada lah jugak contact dgn mak dia, Makcik Azlina. Ayah dia, Ustaz Ahmad Azam mantan presiden ABIM. Family diorg ni aktivis misi kemanusiaan. Dulu selalu contact Makcik Azlina ni pasal hal nak waqaf barang2, sumbangan al-Quran, beras sume. Tapi bukan psl hal barang2 waqaf ni yang aku nak citer. Tapi betapa beruntungnya menjadi seorang manusia bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam ni.

Daripada cerita2 sahabat arwah yg aku baca kat fb, arwah meninggal time nak cross jalan nak pergi program kat Istanbul. Lampu untuk pejalan kaki memang dah hijau & arwah pun melintas. Time tu katanya  arwah pasang earphone kat telinga & mungkin sebab tu dia tak dengar siren ambulan yang tengah rushing bawak patient yang mungkin jugak tengah tenat. Tapi sebenarnya sume tu asbab je. Dah sampai masa Allah ambil dia balik. Sejak Ahad hari tu aku tak lekang dgn fb sebab nak tau perkembangan dari Istanbul ni. Selalu bukak wall Makcik Azlina yang terus terbang ke Istanbul lepas dapat berita ni. Abla (kakak) yang jaga aku time kat Istanbul dulu pun tak henti2 update kat kitorang. Kat fb, aku baca ramai yang post pasal arwah & alhamdulillah sumenya yg baik2. Walaupun tak kenal mana, sebak jugak bila aku baca citer2 tu sume. Menangis. Sebenarnya bagi aku ni dugaan yang maha hebat yang Allah nak bagi kat family Makcik Azlina. Setahu aku, arwah satu2nya anak lelaki dalam family. Arwah memang sengaja dihantar ke Turki utk belajar kat sana. Dan since Ustaz Azam pun mantan presiden ABIM & family diorang memang aktif dlm kerja2 dakwah, maybe ada agenda dakwah antara Malaysia-Turki. Ok, cukup sampai situ je aku bercerita. Nak citer lebih2, takut jadi citer tak betul pulak.

Aku cemburu dengan pemergiannya. Pengakhiran hidupnya dengan cara yang baik. Dijemput Illahi ketika menuntut ilmu. Hidup dikelilingi orang yang baik. Disemadikan di tanah perkuburan Masjid Eyup (Ayub), tempat yang baik. Ramai yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan. "Jiran" persemadiannya pula bukan calang2 orang, sabahat Rasulullah s.a.w sendiri, Abu Ayub al-Ansari. Subahanallah.. Allahuakbar! Sumpah, aku cemburu! Kata Makcik Azlina, jenazahnya masih lagi berpeluh setelah dimandikan. MasyaAllah, bukankah itu petanda syahid? Hebatnya pemuda ini sampai dipilih menjadi yang terpilih. Makcik Azlina juga hebat kerana air mukanya sentiasa tenang, redha anak lelaki tunggalnya di ambil kembali. Bangga menjadi ibu kepada anak yang telah syahid. Sumpah, aku sangat cemburu!

Kalau masa mula2 jumpa di Istanbul dulu, aku hanya nampak arwah dari jauh, tak pernah bertegur pun. Tapi sekarang aku rasa mcm aku kenal rapat dgn arwah. Aku nak pengakhiran hidup mcm arwah. Benar janji Allah, kalau kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia. Kalau kita kejar akhirat, dunia akhirat Allah bagi kat kita. Allahurabbi. Aku nak jadi mcm dia. Kalau tak pun, mungkin aku akan didik bakal anak-anak aku utk jadi mcm dia. InsyaAllah.

Moga engkau tenang menemui Allah, dik. Al-Fatihah...~

" Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam untuk kehidupan akhirat. Maka barangsiapa yang menanam kebaikan, maka ia akan memetik kebahagiaan. Dan barangsiapa yang menanam keburukan, maka ia akan memetik penyesalan.."

*Azam tahun baru : "24 tahun : Mencari suami soleh didahulukan, mengejar redha Allah diutamakan" ;)


اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً