Saturday 14 September 2013

Respect!

Assalamualaikum w.b.t 

After a few months I leave this belog, now I'm back. Mak bukan patah hati ke hape ke, mak siapkan assignments mak, dik nonn. Nampak tak ade 'S' kat word assigment tu? Maknanye keje mak banyak. Melambak. Melambak lambak. Melambak lambak lambak. Ingat senang ke nak keje sambil belajar? Banyak dugaan. Banyak yang kena korban. Ni aku belum kawen lg ni. Kalau la aku dah kawen, ank2 hg p la kat pak hg, mak nak blajaq! Time degree dulu best la. Fikir belajar je, tak fikir lain. Rindunya kat zaman universiti duluuuuuu..!! T___T Sekarang dah lain. Dengan keje kat sekolah lagi. Sebagai pendidik yg ingin berusaha melahirkan generasi negara yang mempunyai pemikiran setanding dengan pemikiran masyarakat negara maju yang lain, cikgu cikgi kena lah keje keras. Membanting tulang siang malam. Fikir sampai pecah kepala mcm mana nak kasi anak2 murid absorb benda2 yg kita ajar kat sekolah. Tak gitu puan pengetua?? ;)

Sebenarnya aku ada citer lain. Start dari sini aku baru nak masuk tajuk. Tadi tu maqadimah. Ala2 awal bismillah pembuka bicara. Ececehh.. Ok, serious mode. Bagi aku, bila aku bercakap dgn orang, aku tak mintak pun org akan cakap mcm ni, 

"Pehh, bagus gila idea kau. Excellent!" 

"Gila best la kau. Nampak la kau kuat membaca. Bagusnyeeee!"

"Pandai gila kau. Otak geliga. Boleh buat batu cincin!"

"Kau lah insan paling terer di alam semesta ini. Nak signnnnn!!!"

Tapi at least, bila kita dgr orang lain bercakap dgn kita, please show some respect. Kasi dia habis cakap dulu, baru kau nak potong ke ape ke. Tak kisah lah dia siapa, pelajaran dia tahap mana. Kadang2 kita rasa diri kita bagus sangat sebab kita lebih tua / lebih pandai / lebih kaya / lebih ensem / melebih-lebih dalam semua benda. And who knows kata2 dr orang yg lebih "rendah level" daripada kau tu kau akan kutip balik. Kita hidup dalam dunia ni tak ada benda yang mustahil. Allah kata 'Kun fayakun'. Setiap ciptaan Allah adalah utk saling melengkapi. That is a sign yang tak ada manusia yang perfect pun. We depends on each other. And aku rasa tak salah pun aku terus blah dari tempat kejadian tinggalkan orang mcm ni. 

Kesimpulannya, respect la orang lain. Tak kisah lah anak dengan mak, anak dengan ayah, mak dengan ayah, ayah dengan anak, mak dengan anak, kawan2, jiran2 tetangga, saudara saudari cikebung2, & sesiapa pun. Respect tu tak susah pun and bukannya kena bayar. 



If we lose love and self respect for each other, this is how we finally die.."