Saturday 13 April 2013

Edisi Khas : Selamat Hari Menjadi Isteri, Bestie! ^^

Assalamualaikum w.b.t

13 April 2013 adalah tarikh saya terpaksa melepaskan sahabat yg saya saaaaaaaaaaaayang sangat2 menjadi isteri orang. [statement 'terpaksa melepaskan' tu memang tak boleh bla! haha.. ] Sahabat nak kahwin, of course la kita kena happy kan? Saya pun happy la jugak. Happy sampai menitiskan ayaq mata! Hahaha.. Nama dia Hazwani. Dia ni la manusia yg bernama Wani yg saya selalu dok citer kat sini. Bestfriend saya sejak kat UKM dulu. Saya panggil dia bestfriend saya sebab mmg best kawan dgn dia nih! Dia la kawan baik merangkap saya punya trasnslator bahasa Kelantan. Dalam kelas kena pulak dengan lecturer dari Kelantan, dia lah translate perkataan yg saya tak faham. Kalau lecturer tu buat lawak lepas tu dia tengok saya macam blur2 je, dia pun explain kat saya. So, bila org sume dah habis gelak, saya baru nak gelak. Hahaha, kesian betul! Saya suka makan nasi kerabu kat pasar malam Bangi. Peniaga tu orang Kelantan. Kalau nak beli nasi kerabu kat situ pun saya akan bawak dia. Sebab bila bawak dia, masalah misunderstanding takkan terjadi antara penjual dgn pembeli. Hehehe...

Wani ni jenis sempoi, cool, easy going, tak banyak 'cengkadak', sengal pada sesetengah waktu & dia selalu support saya dalam suuuumeee benda yg saya buat. Dia selalu jadi good listener utk semua citer saya. Citer2 pasal dalam study, kawan2, family, percintaan [ececehh..! ;P], masalah kewangan pun kadang2 citer kat dia jugak! Keh3..

Saya memang teringiiiinnnn sangat2 nak g majlis nikah dia kat Kelantan. Dah plan dah, tapi last minute ada hal. Tambah pulak banyak lg assigments tak siap. Next week nak kena p hantaq dah. So, malam tadi saya call dia wish la sume2 benda sebelum dia jadi bini orang ni. Dan dalam sibuk2 dok wish2, tetiba tak ku sangka tak ku duga berjuraian ayaq mata keluaq laju mcm air terjun Sg. Gabai. Hahaha.. Sayang oii nak lepaskan orang yg kita sayang utk orang lain jaga even selama ni saya tak ada lah jaga dia sangat. Hehe.. Ingat lagi dulu kitorang janji nak cari calon sama2. Kahwin sama2 dlm tahun yang sama. Tapi kau kahwin dulu. Di mana janji2 mu???!! Ok, down kejap! Hahaha.

Melayan gambar2 zaman kegemilangan kitorang time study dolu2. Rinduuuuuuuuuuuuuuu..~~


muka bajet comel..~~ hahaha


menyempit2 + menyibuk2 dlm gambar adalah rutin biasa kami bertiga.. ;P
*yg tengah2 tu Azizah, bespren kitorang jugak. kitorang akan rasa selamat bila jalan bertiga sebab Azizah tu terer silat!keh3





 Wani ajar kalau baca newspaper, mesti baca gosip2 artis dulu..ngeh3





ni salah satu contoh aktiviti sengal di sesetengah waktu..~~ ;p





^^

 

 see, gamba I tp nama Wani?? acaner tu??? haha.. it's okey,my dear.. that's the sign we are bespren poreber..~~ :D





And now, you have your own life.. 

*credit to Azizah for this pic. "wartawan" yg telah dihantar ke majlis Wani utk buat liputan secara live sepanjang majlis. hehehe..



padaku engkau penghibur duka,
pengubat hati resah kecewa,
dikala malamku kau bawa cahaya..
antara kita tiada rahsia,
susah dan senang tetap bersama,
terpatri namamu kau takkan ku lupa... :')

Happy for you, bestie!!!!!!!!! ^^