Friday 14 November 2014

..................

Lamanya tak hapdate!!!!

Setahun dah kot.

Tahun 2014 adalah tahun yang busy kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun ni je macam-macam benda nak kena settlekan. Benda yang paling besar, paling mengstresskan kepala dan menyakitkan hati ialah praktikum. Praktikum ni benda wajib. Fail praktikum, hancur la masa depan aku! Tiada lagi ruang untukku bergelar cikgu cikgi. 

Leceh gila kot praktikum ni. Lecturer supervisor pulak cikgu aku time kat KISAS dulu. Dulu dia cikgu, sekarang dah naik pangkat jadi lecturer. Syadidnya beliau, masyaAllah! Tiga bulan praktikum, ada la empat kali demam. Stress sampai nangis-nangis. Supervisor datang je aku stress. Supervisor datang je aku stress. Aku stress je supervisor datang. Final exam, assigments bagai. Siapa kata zaman study zaman paling senang? Tak! Ia adalah zaman kesusahan. Tapi kesusahan itu yang akan dikenang sampai tua sebab ia sangat best! Itu pun kalau sempat tua laahhhh.

Alhamdulillah semuanya dah selesai. 31 Mei 2014 dah selamat menamatkan perkhidmatan sebagai guru praktikal kat SJKC Chung Wah, Jeram. Seriously, sekolah tu memang sangat best. Guru besar sampai ke makcik cleaner & pakcik guard semuanya baik-baik belaka, macam aku.*muka serious.

Murid-murid comel pun macam aku jugak! Cikgu-cikgu yang sangat baik & helpful.

Rinduuuuuuu!!!









Tuesday 5 November 2013

Sumpah, aku cemburu!

Assalamualaikum w.b.t

Pagi Ahad, lepas je selesai solat Subuh, tetiba teringat nak check hp. Ada notification fb. Dan terus terkejut bila dapat berita kematian seorang hamba Allah aku pernah kenal time kat di Istanbul dulu.


Terus hilang mengantuk aku pagi tu. Aku tak ada lah kenal personally dengan arwah Ammar ni. Tapi kadang2 ada lah jugak contact dgn mak dia, Makcik Azlina. Ayah dia, Ustaz Ahmad Azam mantan presiden ABIM. Family diorg ni aktivis misi kemanusiaan. Dulu selalu contact Makcik Azlina ni pasal hal nak waqaf barang2, sumbangan al-Quran, beras sume. Tapi bukan psl hal barang2 waqaf ni yang aku nak citer. Tapi betapa beruntungnya menjadi seorang manusia bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam ni.

Daripada cerita2 sahabat arwah yg aku baca kat fb, arwah meninggal time nak cross jalan nak pergi program kat Istanbul. Lampu untuk pejalan kaki memang dah hijau & arwah pun melintas. Time tu katanya  arwah pasang earphone kat telinga & mungkin sebab tu dia tak dengar siren ambulan yang tengah rushing bawak patient yang mungkin jugak tengah tenat. Tapi sebenarnya sume tu asbab je. Dah sampai masa Allah ambil dia balik. Sejak Ahad hari tu aku tak lekang dgn fb sebab nak tau perkembangan dari Istanbul ni. Selalu bukak wall Makcik Azlina yang terus terbang ke Istanbul lepas dapat berita ni. Abla (kakak) yang jaga aku time kat Istanbul dulu pun tak henti2 update kat kitorang. Kat fb, aku baca ramai yang post pasal arwah & alhamdulillah sumenya yg baik2. Walaupun tak kenal mana, sebak jugak bila aku baca citer2 tu sume. Menangis. Sebenarnya bagi aku ni dugaan yang maha hebat yang Allah nak bagi kat family Makcik Azlina. Setahu aku, arwah satu2nya anak lelaki dalam family. Arwah memang sengaja dihantar ke Turki utk belajar kat sana. Dan since Ustaz Azam pun mantan presiden ABIM & family diorang memang aktif dlm kerja2 dakwah, maybe ada agenda dakwah antara Malaysia-Turki. Ok, cukup sampai situ je aku bercerita. Nak citer lebih2, takut jadi citer tak betul pulak.

Aku cemburu dengan pemergiannya. Pengakhiran hidupnya dengan cara yang baik. Dijemput Illahi ketika menuntut ilmu. Hidup dikelilingi orang yang baik. Disemadikan di tanah perkuburan Masjid Eyup (Ayub), tempat yang baik. Ramai yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan. "Jiran" persemadiannya pula bukan calang2 orang, sabahat Rasulullah s.a.w sendiri, Abu Ayub al-Ansari. Subahanallah.. Allahuakbar! Sumpah, aku cemburu! Kata Makcik Azlina, jenazahnya masih lagi berpeluh setelah dimandikan. MasyaAllah, bukankah itu petanda syahid? Hebatnya pemuda ini sampai dipilih menjadi yang terpilih. Makcik Azlina juga hebat kerana air mukanya sentiasa tenang, redha anak lelaki tunggalnya di ambil kembali. Bangga menjadi ibu kepada anak yang telah syahid. Sumpah, aku sangat cemburu!

Kalau masa mula2 jumpa di Istanbul dulu, aku hanya nampak arwah dari jauh, tak pernah bertegur pun. Tapi sekarang aku rasa mcm aku kenal rapat dgn arwah. Aku nak pengakhiran hidup mcm arwah. Benar janji Allah, kalau kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia. Kalau kita kejar akhirat, dunia akhirat Allah bagi kat kita. Allahurabbi. Aku nak jadi mcm dia. Kalau tak pun, mungkin aku akan didik bakal anak-anak aku utk jadi mcm dia. InsyaAllah.

Moga engkau tenang menemui Allah, dik. Al-Fatihah...~

" Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam untuk kehidupan akhirat. Maka barangsiapa yang menanam kebaikan, maka ia akan memetik kebahagiaan. Dan barangsiapa yang menanam keburukan, maka ia akan memetik penyesalan.."

*Azam tahun baru : "24 tahun : Mencari suami soleh didahulukan, mengejar redha Allah diutamakan" ;)


اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Saturday 14 September 2013

Respect!

Assalamualaikum w.b.t 

After a few months I leave this belog, now I'm back. Mak bukan patah hati ke hape ke, mak siapkan assignments mak, dik nonn. Nampak tak ade 'S' kat word assigment tu? Maknanye keje mak banyak. Melambak. Melambak lambak. Melambak lambak lambak. Ingat senang ke nak keje sambil belajar? Banyak dugaan. Banyak yang kena korban. Ni aku belum kawen lg ni. Kalau la aku dah kawen, ank2 hg p la kat pak hg, mak nak blajaq! Time degree dulu best la. Fikir belajar je, tak fikir lain. Rindunya kat zaman universiti duluuuuuu..!! T___T Sekarang dah lain. Dengan keje kat sekolah lagi. Sebagai pendidik yg ingin berusaha melahirkan generasi negara yang mempunyai pemikiran setanding dengan pemikiran masyarakat negara maju yang lain, cikgu cikgi kena lah keje keras. Membanting tulang siang malam. Fikir sampai pecah kepala mcm mana nak kasi anak2 murid absorb benda2 yg kita ajar kat sekolah. Tak gitu puan pengetua?? ;)

Sebenarnya aku ada citer lain. Start dari sini aku baru nak masuk tajuk. Tadi tu maqadimah. Ala2 awal bismillah pembuka bicara. Ececehh.. Ok, serious mode. Bagi aku, bila aku bercakap dgn orang, aku tak mintak pun org akan cakap mcm ni, 

"Pehh, bagus gila idea kau. Excellent!" 

"Gila best la kau. Nampak la kau kuat membaca. Bagusnyeeee!"

"Pandai gila kau. Otak geliga. Boleh buat batu cincin!"

"Kau lah insan paling terer di alam semesta ini. Nak signnnnn!!!"

Tapi at least, bila kita dgr orang lain bercakap dgn kita, please show some respect. Kasi dia habis cakap dulu, baru kau nak potong ke ape ke. Tak kisah lah dia siapa, pelajaran dia tahap mana. Kadang2 kita rasa diri kita bagus sangat sebab kita lebih tua / lebih pandai / lebih kaya / lebih ensem / melebih-lebih dalam semua benda. And who knows kata2 dr orang yg lebih "rendah level" daripada kau tu kau akan kutip balik. Kita hidup dalam dunia ni tak ada benda yang mustahil. Allah kata 'Kun fayakun'. Setiap ciptaan Allah adalah utk saling melengkapi. That is a sign yang tak ada manusia yang perfect pun. We depends on each other. And aku rasa tak salah pun aku terus blah dari tempat kejadian tinggalkan orang mcm ni. 

Kesimpulannya, respect la orang lain. Tak kisah lah anak dengan mak, anak dengan ayah, mak dengan ayah, ayah dengan anak, mak dengan anak, kawan2, jiran2 tetangga, saudara saudari cikebung2, & sesiapa pun. Respect tu tak susah pun and bukannya kena bayar. 



If we lose love and self respect for each other, this is how we finally die.."

Saturday 13 July 2013

Sabarlah wahai hati

Assalamualaikum w.b.t



Sabda Rasulullah s.a.w;
" Setia hati yang pengasih mendapat pahala, ubat untuk hati yang terluka adalah iman yang kuat..."

Saya yakin Allah telah tetapkan yang terbaik untuk saya. Saya yakin Allah dengar setiap doa saya kerana Dia Maha Mendengar. Tiada yang lebih memahami saya selain Dia. Berjuta kali meminta tetapi Allah masih tangguhkan permintaan saya, saya yakin ada hikmahnya. Untuk langkah hidup ini yang seterusnya, biarlah hanya Dia bersama saya.


Tuesday 14 May 2013

Episod Saya Rindu Istanbul~

Assalamualaikum w.b.t

Mei datang lagi!! :) Bulan Mei sememangnya bagi baaaaanyak sangat kenangan manis dalam hidup I,uolsss! Dari personal matters sampai la benda2 yg tak berapa nak personal sangat. Hehe.. Dan perkara yang tak mungkin saya lupa terjadi dalam bulan Mei 2011 ialah pengalaman kembara ke bumi Turki. Time tu selama 22 tahun saya hidup memang tak pernah termimpi pun akan dapat ke sana. Dan Turki adalah salah satu negara yang saya memang nakkk pergi sangat2! Tak sangka rezeki Allah itu datang ketika saya masih lagi bergelar seorang pelajar ketika itu. Dan yang lebih syok lagi apabila segala perbelanjaan saya dan 3 orang sahabat yang lain 100% sponsored by UKM! Haha..memang syukur sangat2. :)

Nak citer panjang2 sepanjang sebulan kat sana, memang tak lah kan. My entries before dah citer dah pasal ni. So kali ni just nak highlight benda yg best-beeessssttt je yang jadi kat sana. Hehe.. Start dengan kenal abla2 yang baik sangat2 + chantek tak hengat. Biasa ler, org Tukri confirm lah cantik kan. 1st time jumpa kat airport pun diorang dah peluk2 kitorang macam bertahun-tahun tak jumpa. Padahal baruuuu je kenal. Naik je kereta, diorang terus ajak bersembang. Tapi masalahnya time tu saya memang letih gila2. So, tengah dok layan abla2 tu sembang tetiba saya berasa seperti di awang-awangan. Ceq dah tertidoq! Hahaha.. Nasib baik ada Sabrina yang rajin layan diorang menyembang.

Naik feri merentas Selat Bosphorus & Laut Marmara memang terbaik wa cakap lu! Siapa yang tahu pasal sejarah Sultan Muhammad al-Fateh mesti pernah dengar pasal selat ni. Lepas tu pengalaman lagi Allah bagi untuk jejakkan kaki kat Masjid Biru, Makam Sultan Muhammad al-Fateh, Makam Abu Ayub al-Ansari. Sempat jugak la kitorang dibawa berjalan2 sampai ke Bursa sana. Satu peristiwa yang saya TAK MUNGKIN lupa yng jadi kat Bursa ialah kenangan pengsan di Bursa! Wahaha..pengsan pun jadi kenangan, uolsss! FYI, saya memang ada migrain & pagi sebelum saya pengsan tu dah rasa macam sakit kepala. Serious sakit sangat2. Tapi malas nk layan sebab bagi saya sakit memang tak boleh dilayan sangat. Nanti melarat2 + mengada2 penyakit itu, dik nooonnn.! Still buat mcm biasa dan petang tu time nak naik feri utk balik ke Istanbul dari Bursa, tetiba tekanan darah saya tetiba rendah. Maka terpengsan lah saya disitu! Merasa jugak lah duduk kat hospital Bursa 3 jam! Keh3

Geng2 saya Kasmah, Salmiah & Sabrina time kat UKM kemain sopan lagi. Sampai kat Istanbul sumpah sengal yang hamat! Kasmah yang sopan gila tetiba mulut laser kemain! Sabrina pulak bangun tidur tiap2 pagi mesti nak kena mencekik strawberri. Salmiah pulak special case sket. Dia la satu2nya ahli dalam geng kitorang yang sanggup pergi jalan2 tak mandi pagi! Sejuk katanya. Tapi memang time tu Istanbul masih sejuk even dah nak masuk musim bunga. Bagun pagi, basuh muka, tepek2 bedak, lps tu siap! Dressing kemain chantek, tapi tak mandi! Wahahaha..lawak2! Kesengalan terakhir yang kitorang buat sebelum balik Malaysia adalah time kat airport. Dok tunggu time nak check-in, beratur punya beratur, rupanya saya dengan Salmiah pergi berbaris nak check-in pergi Barcelona. Wahaha.. I hampir2 pergi ke Barcelona tau! Patutlah saya cari budak sengal lagi dua orang tu tak ada! Hahaha.. Kat belakang dengar suara Kasmah dok jerit2 nama kitorang. Mat2 saleh kat belakang kitorang muka dah confuse apehal budak2 sekolah rendah main lari2 kat sini. Hahaha.. Kalau ingat balik memang senyum sorang2 je. Istanbulde cok ferahledim! ;)





p/s : kenangan gambaq ketika cincin masih di jari..~~~

Wednesday 1 May 2013

Mengalah Tak Semestinya Kalah!

Assalamualaikum w.b.t

Kadang2, utk buat orang suka dgn kita tak perlu pun susah2 ambil hati dia. Suka kat sini lebih kepada senang nak berkawan dgn kita, bukan suka yg syok tangkap cintan cintun tu, ok! Benda yg paling simple dalam dunia yg kita boleh buat ialah jaga kata-kata kita sebab daripada kata-kata tu mcm2 org boleh describe diri kita mcm mana. Tak kisahlah siapa pun kita, bercakap dgn yg lebih tua @ yg lebih muda, sama je konsepnya. Lagi satu, tak kisahlah kau cakap ke, kau SMS ke, whatsapp ke, komen2 kat fb ke, twit2 kat twitter, weChat & apa ntah lagi teknologi sekarang, macam tu lah juga. Dan benda yg sama penting kat sini ialah hargai orang yg ucapkan perkataan 'MAAF' sebab walaupun beribu-ribu manusia pandai cakap i love u, u love me, aisheteru, saranghae and etc, tapi ada juga orang yang tak pandai cakap maaf even silap tu memang datang dari dia sendiri.

Citer yg saya nk tulis kat sini memang betul2 terjadi kat diri saya. Seriously, saya bukan suka sangat nak tulis  benda2 yg ada kaitan sangat dengan 'hati & perasaan' ni sebab bagi saya benda mcm ni tak menguntungkan dan tak merugikan saya pun. Update status marah2 kat fb lepas tu tengok berapa banyak likes & comments. Itu bukan cara saya. Tapi kali ni saya rasa biarlah saya citer kat sini. At least org tahu saya pun ada PERASAAN jugak.

Bermula dengan kesilapan saya sendiri jugak & hal ni  tetiba jd complicated. Saya cakap secara elok & minta maaf secara elok. Sepatutnya hal tu boleh je settle dalam hari yg sama. Tapi mungkin pihak kedua tu still rasa saya 'berdosa besar', so dia ungkit semula benda yg sama pd hari kedua. Melalui SMS, dia menampakkan seolah-olah saya menyusahkan dia dan saya rasa saya tak boleh terima apa yg dia cuba sampaikan. Mungkin sebab kitorang tak ada lah kenal sangat, so saya tak tahu perangai dia yg sebenar. Dan mungkin jugak ayat yg dia cuba sampaikan tu saya baca dengan intonasi yg salah. Tapi bila saya baca semula SMS tu, saya yakin saya tak salah. Saya biarkan je SMS tu dan saya tak reply atas dua sebab.  Pertama, saya malas nak melayan orang yg tak appreciate usaha orang lain. Kedua, saya risau bila saya reply, akan keluar lah ayat yg tak sepatutnya & benda tu akan jd panjang. Tambah pulak kejadian tu pagi, so saya takut mood saya terganggu dan saya tak boleh mengajar. Yelah, saya pun manusia jugak yg tahu rasa marah.

Mungkin ni salah satu ujian Allah untuk saya dan saya yakin sgt2 ada hikmahnya. Lepas ni saya insyaAllah saya tak akan ulangi kesilapan yang sama dan disebaliknya saya belajar sesuatu. Bagi sesetengah orang, semakin tinggi tahap pelajaran menjadikan dia ego dan semakin cetek nilai budi bahasa sesama manusia.


Saturday 13 April 2013

Edisi Khas : Selamat Hari Menjadi Isteri, Bestie! ^^

Assalamualaikum w.b.t

13 April 2013 adalah tarikh saya terpaksa melepaskan sahabat yg saya saaaaaaaaaaaayang sangat2 menjadi isteri orang. [statement 'terpaksa melepaskan' tu memang tak boleh bla! haha.. ] Sahabat nak kahwin, of course la kita kena happy kan? Saya pun happy la jugak. Happy sampai menitiskan ayaq mata! Hahaha.. Nama dia Hazwani. Dia ni la manusia yg bernama Wani yg saya selalu dok citer kat sini. Bestfriend saya sejak kat UKM dulu. Saya panggil dia bestfriend saya sebab mmg best kawan dgn dia nih! Dia la kawan baik merangkap saya punya trasnslator bahasa Kelantan. Dalam kelas kena pulak dengan lecturer dari Kelantan, dia lah translate perkataan yg saya tak faham. Kalau lecturer tu buat lawak lepas tu dia tengok saya macam blur2 je, dia pun explain kat saya. So, bila org sume dah habis gelak, saya baru nak gelak. Hahaha, kesian betul! Saya suka makan nasi kerabu kat pasar malam Bangi. Peniaga tu orang Kelantan. Kalau nak beli nasi kerabu kat situ pun saya akan bawak dia. Sebab bila bawak dia, masalah misunderstanding takkan terjadi antara penjual dgn pembeli. Hehehe...

Wani ni jenis sempoi, cool, easy going, tak banyak 'cengkadak', sengal pada sesetengah waktu & dia selalu support saya dalam suuuumeee benda yg saya buat. Dia selalu jadi good listener utk semua citer saya. Citer2 pasal dalam study, kawan2, family, percintaan [ececehh..! ;P], masalah kewangan pun kadang2 citer kat dia jugak! Keh3..

Saya memang teringiiiinnnn sangat2 nak g majlis nikah dia kat Kelantan. Dah plan dah, tapi last minute ada hal. Tambah pulak banyak lg assigments tak siap. Next week nak kena p hantaq dah. So, malam tadi saya call dia wish la sume2 benda sebelum dia jadi bini orang ni. Dan dalam sibuk2 dok wish2, tetiba tak ku sangka tak ku duga berjuraian ayaq mata keluaq laju mcm air terjun Sg. Gabai. Hahaha.. Sayang oii nak lepaskan orang yg kita sayang utk orang lain jaga even selama ni saya tak ada lah jaga dia sangat. Hehe.. Ingat lagi dulu kitorang janji nak cari calon sama2. Kahwin sama2 dlm tahun yang sama. Tapi kau kahwin dulu. Di mana janji2 mu???!! Ok, down kejap! Hahaha.

Melayan gambar2 zaman kegemilangan kitorang time study dolu2. Rinduuuuuuuuuuuuuuu..~~


muka bajet comel..~~ hahaha


menyempit2 + menyibuk2 dlm gambar adalah rutin biasa kami bertiga.. ;P
*yg tengah2 tu Azizah, bespren kitorang jugak. kitorang akan rasa selamat bila jalan bertiga sebab Azizah tu terer silat!keh3





 Wani ajar kalau baca newspaper, mesti baca gosip2 artis dulu..ngeh3





ni salah satu contoh aktiviti sengal di sesetengah waktu..~~ ;p





^^

 

 see, gamba I tp nama Wani?? acaner tu??? haha.. it's okey,my dear.. that's the sign we are bespren poreber..~~ :D





And now, you have your own life.. 

*credit to Azizah for this pic. "wartawan" yg telah dihantar ke majlis Wani utk buat liputan secara live sepanjang majlis. hehehe..



padaku engkau penghibur duka,
pengubat hati resah kecewa,
dikala malamku kau bawa cahaya..
antara kita tiada rahsia,
susah dan senang tetap bersama,
terpatri namamu kau takkan ku lupa... :')

Happy for you, bestie!!!!!!!!! ^^