Friday 29 April 2011

comment, please..

hai.. 

urmm.. sebenarnya, i bukan writer for this blog or.. co-writer.. i jux help this girl utk make up her blog.. blog dia yang sebelum ni pun.. i yang make upkan.. tp apa hal ntah.. this makcik dah buat ape dgn blog dia pun.. i tak tahulah..

so, i post ni jux nak you all comment lah about her blog.. dia mnx i make up pink purple.. tp i buat ikut sukahati i laa.. mood dtg 3pagi kot nak membuat.. dah laa this makcik super kedekut! heh.. :P

okeh laa.. kalau y'all free.. boleh datang blog i di http://nurullicious.com



**hai pika.. akak conteng belog awak.. kbai!

Thursday 28 April 2011

Syukur...

Assalamualaikum w.b.t. Manusia ni mmg tak sempurna pun. Omputih kate unperfect. Kesempurnaan tu hnya terletak pd Yang Maha Pencipta je. Banyak sgt kekurangan kita ni. So, walaupun kdg2 kita rasa kita ni tak smpurna mcm org lain, tp kita mestilah b'syukur dgn ape yg kite ade. Cuba tgk org lain, yang cacat, tak ada tangan, tak ada kaki..nak uruskan diri sendiri pun susah. So, syukurlah dgn ape yg ada sebelum Allah tarik semula nikmat2 tu. Ok, ckup kot mukadimah a.k.a tazkirah tu.

Actually, entri kali ni memang ada kaitan dgn rase syukur. Ok, terus terang, sy ni memang jenis yg pelupa. Kdg2, bnd2 penting pun sy tak ingat. Waktu kelas, tutorial. Assgment ape tah lg. So, sbb tu sy tampal jadual kelas sy BESAR-BESAR kat soft board meja study ni. Maybe satu hari nnt sy perlukan sorg PA utk jg jadual ingtkan sume kerja2 sy. *ok, over tau!* So, nak dijadikan citer,semalam sy g fakulti. Ade majlis sket. Lps sy amik Wani a.k.a cik bestfren, sy parking moto kat fakulti lps tu selamba lenggang2 kangkong meninggalkan moto. Rasa mcm dah selamat sgt la letak moto kat situ. Tetibe, mmber nk pnjm moto nk amik barang. Sy tak kisah, nk pnjm, amik je lah. Lps tu dok cari kunci x jumpa2. Ah, sudah! Dah la hari tu kunci moto baru hilang. Balik amik spare key kat umah naik bernanah tlinge ni dgr ceramah free dr Al-Fadhil Tuan Hj. Mohd Arifin a.k.a abah yg garang. Sy tak tahu nape, penyakit lupa sy ni makin m'jadi2. Tu kes kunci moto. Kes hilang spek mata jgn citer la. Dah bape banyak spek mata sy hilang. Salah letak + org salah amik. Sy rase tokeh2 kedai spek kat Malaysia ni bleh kaya sbb sy je! Sbb tu sy tak suka pkai spek. Tapi nak wat mcm mane, suke sgt tgk bnd2 lagha, mne tak rabun! Tak nak makan sayur plak tu. Perfecto!! Ok, smbung balik citer psl kunci moto td. *dah bnyk sgt melalut ni.. -_-''* Puas sy cari dlm beg tp TAK ADA! Kalau ikut logik, confirm org akn gelabah. Tp sy MACAM tak gelabah. *gler bangga diri -_-" * Sy ckp kat mmber sy, "Jap eh. Nak kunci moto aku hilang," Intonasi dan lontaran suara mcm hilang kunci moto tu bnd biase je. Sy g kat moto sbb firasat sy kuat mngatakan bahawasanya kunci moto sy tertinggal kat moto! Haha..see! Nasib baik tak hilang. Tp yg best, sy dpt 1 nota. Someone letak kat dlm bakul moto sy.


Sy amik note tu. Smbil bace pndg kiri kanan. Mana la tau si "hamba Allah" ni ada lg kat situ ke. Tp pape pun syukur sgt2. Kunci moto kat atas moto, free2 org bleh amik lps tu bwk lari moto sy. Dah la tu lah satu2nya harta pusaka sy kat UKM ni. Once again, alhamdulillah.....~~

*smpai skrg sy fikir, sapekah gerangan "hamba Allah" tu. Lepas tu fikir plak rupa dia. Selalunye org yg baik2 ni ensem. hahahaha... Mungkinkah dia spt ini......????









*kan cute tu...hmm, tak pun maybe ensem mcm ni.........*












*best gak kalau ensem mcm ni...hahaha..tp org kate ape yg ade pd rupa. jgn nilai semeone tu based on rupa je. rupa ensem blom tentu hati tu ensem gak!hmm..btol2..ok lah, b'harap pd yg biase2 je..
























*kalau yg mcm ni pun ok je..sy terima dgn rela hati..~~ hahahahaha...assalamualaikum.. :)

Monday 25 April 2011

kursus "pra-penempatan Turki"

Assalamualaikum w.b.t. 2 Mei 2011 ni insyaAllah sy akan mulakan latihan amali sy. Dan insyaAllah gak 2 Mei pukul 12.30 a.m sy bersama 3 org rakan sefakulti menaiki Malaysia Airlines akn terbang ke Turki. Kitorg nak g praktikal kat Turki!!hahaha..can't wait!! *gedikss.. :p Ok, ble dpt tau permohonan kitorg utk g praktikal kat Turki approved, so, mcm2 perasaan ade. Excited, itu sudah mesti. Takut, comfirmlah ade. Orang sewel je yg x tahu takut ni! Yelah, Turki bukan mcm negara lain. Dari segi bahasa, diorg tak guna bahasa lain selain bahasa Turki sendiri. So, kalau nak communicate dgn diorg, mst gune bahasa Turki. Diorg bkn x tahu bahasa lain tp penggunaan tu sgt kurang. Kalau kita kat Malaysia ni ckp bahasa inggeris dgn mana2 foreigner, diorg kat sne ckp bahasa diorg tau. Faham @ tak, nasib korang lah!hahaha..So, berbekalkan tekad dan azam yg kental, kitorg berempat g lah ke Gombak demi menuntu ilmu bersama guru2 yg pakar lg profesional!


:. yg belah kiri tu sy a.k.a Cik Pika.. & sebelah kanan yg melentik2 mcm org x de tulang tu 
namanye Cik Salmiah .:


:. Cik Kasmah..beliau terer gler speaking arab..so, kalaulah ttbe kat sne diorg nk uji kehebatan arab kitorg, kitorg xde lah rase t'gugat sgt dgn adanya Cik Kas ini..hehehe .:


:. the last one..muka happy mcm bunga matahari ni namanye Cik Sabrina. dak jab. syariah tp wat praktikal sekali dgn kitorg dak2 jab. dakwah ni. xpe, xde hal. kitorg hangkut sajer .:

Bertolak dr UKM pkul 6 ptg lps tunggu Cik Sal habis exam. Kitorg naik komuter - KL Sentral lps tu naik LRT - Gombak. Smpai Gombak dlm pkul 8 malam. Kat sne, kitorg start kenal2 dgn "cikgu2" bahasa Turki kitorg tu. Kak Rufaidah & Kak Zainab. Diorg serious lawa, lg2 Kak Zainab tu! Putih melepak! Kagum betul kitorg.! Kak Rufaidah tu x berapa tahu sgt ckp melayu, so dia ckp b.i. Kak Zainab ni terer sket ckp melayu sbb dia dtg Malaysia ni pun sbb nak belajar bahasa melayu.  So, bleh la faham sket2. Lps sembang2, kitorg dinner dl. Diorg hidangkan spagetthi + sos cili. Siap ade ayam panggang kalo x silap sy. Kire meriah r dinner mlm tu. Lps tu kitorg pun start belajar sket2.

Esknye, ni yg best nih! Diorg siapkan makanan org Turki utk kitorg. Kalau korg nak tau, org Turki sgt vegetarian. Diorg mmg suke mkn sayur @ buah2an. So, hidangan breakfast kitorg ialah timun + tomato, sayur brokoli + carrot, kentang rebus + cheese. Korg imagine lah sndiri. Kitorg dah terkulat2. Nak makan mcm  mane ni?? Ade gak antara kitorg yg berangan nk mkn nasi goreng pg tu. Ingat ni kat kg halaman korg ke? Nak tak nak, kitorg makan la sket. Nasib baik kentang cheese tu bleh tahan sdpnye. Itu je yg kitorg makan. Lps tu maybe Kak Rufaidah tu tgk kitorg mcm xde selera, dia keluarkan spagetthi malam td. Wahh, nikmat..nikmat..! Beban makan sayur berakhir!hahaha.. Tapi, cuba bayangkan, kitorg nak g Turki sebulan. Dan selama itu kitorg kena mngadap vegetarian food lah kan?! Oh no..! Lepas sebulan, comfirm sume kurus! Tp, benda2 tu sume buat kitorg tak sabar nak g sane gak sbnrnye! Pengalaman baru..Turki, here we come!!!! :)

Sunday 24 April 2011

yang hilang tak mungkin berganti...

Assalamualaikum w.b.t. Tarikh 22 April 2011 tak mungkin dpt dilupakan oleh semua pensyarah, pelajar dan kakitangan Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM. Perginya seorang yg sgt2 disayangi. Prof. Madya Dr. Ahmad Redzwan Mohd. Yunus telah kembali ke rahmatullah pada petang jumaat (22/4/2011). Ajal maut takdir Allah tiada siapa boleh m'halang. Siapa sangka, allayarham yg kelihatan sihat walafiat disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Allahyarham seorg yg sgt mesra dgn pelajar2. Kalau nk diikutkan, kuliah yg plg best adalah kuliah bersama allahyarham. Allahyarham adalah pensyarah subjek Metodolgi Dakwah dan pensyarah subjek Kepimpinan Dakwah bg pelajar2 modul pengurusan. Semua tntang allahyarham tak mungkin dpt dilupakan mcm tu je. Kata2 nasihat yg allahyarham beri, senyum, gelak tawa.....

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk allayarham. Semoga allahyarham ditempatkan bersama org2 yg soleh. Al-fatihah......

PROF. MADYA DR. AHMAD REDZWAN BIN MOHD. YUNUS
30 Ogos 1970 - 22 April 2011
~~ dalam kenangan ~~

blog baru...lagi???



Assalamualaikum w.b.t. Tgk tittle, mmg agak pelik. Hehehe..ok, ini adalah blog sy yg ketiga sejak berkecimpung dlm bidang blog ni. 1st blog, kena hack! Tak tahu siapakah gerangan hacker blog itu. Blog pun nak hack. Ntah pape ntah! -_-" 2nd blog, sebab dah lama tak update (konon bz gler kalah TNC ukm), dah lupa password. Betul, sy lupa password sendiri! Itu maknanya sy ada bnyk kerja lain selain mengingat password blog shj.Errmm, password utk delivery pizza pun sy dah lupa gak! Adehhh..
Ok, sekian cerita2 blog yg dah jd sejarah tu.


Blog ni simple je. Sy dah taubat nak buat blog lawa2. Last2 jd arwah mcm tu je. Tak sempat kot nk join "Top Blog Competition". *ade ke??hahah..main belasah je! :p Ok, nanti update entri lain. Ade urusan dunia yg perlu di settlekan. :) Assalamualaikum..