Saturday 29 September 2012

Untuk Kite2 Aje... ^^

Assalamualaikum w.b.t



Ok, 1st skali nk ckp entri ni masih lg ada kaitan dgn Korea. Hahaha.. Sukeeeeeeee Korea sgt2!! Ibu dgn abah pun dah t'jangkit perangai suka tgk citer2 Korea. Blk keje mlm2 tgk ibu dgn abah tgh dok lepak dpn tv layan citer Korea kat Astro. Bagus2. Ni baru la namanya ibu bapa yg tak henti2 m'beri sokongan. Hahaha..

Balik Korea terus demam! Nasib baik tak teruk. Kalau budak2 kecik demam org tua2 kata maybe nk tumbuh gigi, sy ni plak demam sebab nk pandai cakap Korea kot! Hua3.. ;P

Just a simple entry. Nak cakap rindu benda2 yg kita dah buat sesama kat sana! ^^


  • makan kebab.
  • makan aiskrim. 
  • cari kangkung kat supermarket tgh2 Seoul sbb nk buat kangkung goreng belacan.
  • tgk iklan2 plastic surgery lps tu masing2 pasang niat nk buat jugak. 
  • naik subway bwk kuali & senduk. Zahidah bwk telur ayam ala2 hantaran.
  • ketuk pintu pagi2 suruh bgn buat breakfast sesama.
  • fikir menu mcm fikir jawapan exam.
  • masak sesama. 
  • shopping barang2 dapur sesama.
  • separa sesat semata2 nk cari E-Mart supermarket.
  • nk cari rice cooker sampai t'keluar nama "Kencana Dewi". ;P
  • kes Daus yg mintak kena cubit dgn Halim. ;)
  • buat padlock kat Seoul Tower & rosakkan padlock org lain. ;p
  • toilet tukar jd "Twilight".
  • & bahan-membahan sesama sendiri. Esp. Daus yg selalu kena bahan! Hua3..

 it's about FRIENDSHIP.. ^^

rewang..masak-memasak sesuka hati sesedap rasa..
pic : credit to adik Daus! ;)

banana oyu..thanks to Halim as a tok ketua rombongan sbb belanja kitorang benda ni! air ni sedap, tp sbb org yg belanja, lg tambah10x lah sedapnye.... hahahaha ;P
pic : kredit to Lee Jay Da ;)

 ...Lee Jay Da & Khun Pi Ka..  ^^

US! ^^

Zahidah,
Aku harap kau happy la bila aku dah bwk jln2 ni..[ehhhh??? hahaha]. Jgn sedih2 ek tak dpt jumpa Minki. Nanti2 kita g sana lagi & aku harap time tu nenek dia dah meninggal, so bleh lah kau dating dgn dia. Hahahahaha... :P Jumpa time konvo nanti! ;)

Halim,
Thanks for everything. Banyak kot yg awk dah tlg kitorang. Seronok join trip ni. You did your job very well!! Utk next trip nnt kitorang undi awk jd tok ketua rombongan lg. Hahaha.. Kalau harga tiket tetiba murah utk bln April ni, sy nk join lg tau! Ngeeee.. :D

Daus,
Best kot dpt kenal dgn kau. Tak sangka kau ni jenis sengal. Hahaha.. Anyhow, sorry tau kalau akak ada buat kau kecik hati ke, terasa ke. Akak memang suka membahan adik2 akak, tp akak tak ada adik lelaki. So, akak anggap kau mcm adik akak sendiri. Sebab tu akak suka bahan kau. "Kencana" kan??? Hahahaha.. ;P [kau jgn nangis plak baca mende ni!hahaha..] 

Banyak sgt benda yg jd sampai dah tak ingat dah! Kalau duduk sorg2 & tetiba teringat sume benda ni, mst sy gelak sorg2. Best gila travel dgn korg. Nak sgt2 jln2 dgn korg lagi sebab korang best. Nanti kita jln2 sesama lg ek! Janji tau! Tau! Tau!!! :)


p/s : kalau free, meh r dtg kuala..nnt I bwk uollsss sume g tempat kelip2 yg selalu jd model iklan TNB time raya tu!hahaha..kalau nak laaa, kalau tak nak tak pe, tak kecik hati pun.... ;P




Tuesday 25 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part IV]

Assalamualaikum w.b.t

Part I, dah! Part II pun, siap! Part III, complete! Skrg nak mengarang esei utk part IV plak. Apa lg yg sy nak citer kat sini ek?? [garu2 kepala...]

14 September 2012

  • Hari ni breakfast spaghetti. Tetiba taste tukar jd western. Kalau tak 1st day hari tu mcm roti sardin je! Hahaha..bgs2, hidup mesti kne ada improvement! ;P
  • Free activity. Masing2 jln ikut haluan masing2. Ikut suka lah nak jln g mana pun. Sy dgn Zahidah pun plan nak jln2 sendiri sbb Daus & Halim masing2 ada hal. Daus nk jln2 dgn "abg angkat" baru, [ehhhh..hahahaha] & Halim pun nak bawak 2 org ahli rombongan yg dtg lewat tu jln2 kat Itaewon. Lps breakfast sume, kitorang pun siap2 nk keluar. Tgk2 kat rumah diorang sume, dah kosong! Means mmg tggal kitorang b'2 je!! Haishhh...ini tak bleh jadi nih!!
  • Baruuuuuuuu nak keluar rumah, terjumpa dgn owner guesthouse. Dia ckp kena check out pukul 12 tengahari. Tgk jam dah pukul 11.45! Oh, man! Mana nk cari diorang2 sume?? Time tu plak memang tak tahu mcm mane nk call sume org. Discuss dgn Zahidah jap & decide terpaksa lah korbankan niat kitorang nak jln2 tu. Yelah, 15 minit lg kot, takkan nak keluar jugak?? T__T Tak pe lah Zahidah ek. Nanti kita dtg Korea lg kita jln2 ek. :( Kemas2 dapur, packing balik sume barang2 mentah. Nampak fries yg kitorang beli mlm td tp tak sempat nak makan. Sedih2. Last2 kitorang tinggalkan je sume kat situ. Yelah, takkan nak bawak balik Malaysia kot! [sob sob sobbb.. :( ]
  • Bila sume org dah ada, lbh kurang pukul 2 ptg kitorang pun gerak ke airport. Flight pukul 5.25 ptg. So, kitorang kena cepat. Nak tunggu train lg. Tp bukannya jd masalah sgt sebab train kat sne bukan mcm KTM kat sni. Train kat sne setiap sepuluh minit. Tp still kena cepat jugak lah sbb banyak benda nak kena settlekan kat airport nanti. Dalam kepala sy fikir 1 benda je. Sy tak beli lagi kargo utk luggage sy. Mintak2 duit yg sy spend ni cukup lah! Kalau tak, ikat je lah luggage sy kat tayar kapal terbang nnt. Janji sampai Malaysia! Huhuhu.. Tp alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan. Ada antara ahli rombongan yg dah beli kargo siap2 & tak cukup berat beg. So, boleh topup2 kat situ je. Thanks uolsss... Alhamdulillahhh, syukur sangat2. Settle masalah! ^^
Bye2 Korea..  :)
  • Sebelum check-in, tetiba nampak sorang yg mcm familiar sgt. Orang Malaysia, putih2, mata sepet2 sket. Hahaha..Farah Lee ada kat situ! Tetiba rasa mcm keciknya Korea! Ok, kitorang sembang jap mcm dah lama kenal. ;P Seriously, dia memang baik + cantik + ramah sgt2. ^^
Sweet kan beliau???? ;)
  • Pukul 5 ptg kitorang sume dah masuk dlm flight. Ok, siap2 dgn MP4 & buat seat mcm katil. 

Annyonghi kasayo, Korea! Nanti kite dtg lg ek.. :')
  • 6 jam 30 minit duduk dlm flight. Lebih kurang pukul 11.15 mlm kitorang selamat sampai KL. Alhamdulillahhhhh.. :) Seriously, sy enjoy travel kali ni. Travel dgn cik bestfriend & dpt kenal dgn kwn2 baru. Tau tak, sy sayang korg2 sume. Sy sayang korang sume kerana Dia! :') Nanti ada rezeki kita travel sesama lg ek. :)) Sume org nak balik rumah msg2 kot, tp sy still tak boleh balik rumah malam tu jugak. Adat la org merantau, kena transit sana sini dulu. Hahahaha.. Mlm tu tdo rumah Zahidah dulu, esk pagi2 baru ibu dgn abah ambil. 
  • Sampai rumah Zahidah, dia tukar baju pakai t-shirt "I Love Surabaya" plak. Hoit, Zahidah..kau dah tak ada t-shirt Malaysia ke kau nak pakai????? Kita dah sampai Batu Caves weh!! Hahaha..Nmpak sgt travel spirit tu msh kuat dlm diri beliau!!;P
15 September 2012 
  • Pagi tu ibu dtg ambil kat Masjid Amaniah, Batu Caves. Tak sabar kot nak jumpa ibu! Seminggu tak sembang. Nak je pinjam sesape yg ada hp nk call ibu time kat sana tp segan lah pulak! Hahaha.. ;P Masuk je dlm kereta nk ckp something kat ibu tp takut abah dgr. Abah suka curik2 dgr! Hahaha.. Sabar2. Sampai rumah baru citer. Bila dah sampai rumah & tgk line clear sket trs tnya kat ibu..
          " Ibuuuuu, kalau org nak g jln2 lagi boleh tak????" muka senyum + sengih mcm nk mintak lempang. ;P
          
           Dan ibu pun jawab....

          " Peeeeeeegilahhhhhhh....". Yeayyyyyyy!!!! I love you forever lah, ibu!!!!! >.<








-----the end------
^^

Sunday 23 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part III]

Assalamualaikum w.b.t.

Sesi sambung-menyambung catatan harian. Dok perah otak nak ingat apa lg yg jadi hari2 lps tu. Haishh, banyak sgt tgk benda lagha la ni. Tu yg susah benau nak hengat! -_-''

12 September 2012

  • It's time for Nami!Hahaha.. Excited weh nak g Nami Island. Dulu time form 1 ke form 2 cenggitu lah dok layan citer Winter Sonata. Plg best, sanggup tak nak duduk hostel sebab nk tgk citer tu! Balik sekolah ptg2 trs duduk standby dpn tv. Layan citer tu sampai nangis2. Hahaha.. Ok, sy mmg cpt tacing kalau tgk citer cinta karut-marut mcm tu! ;P
  • Pg2 lagi area pukul 5.30 waktu Korea kitorang b'4 bgn masak2 utk bawak bekal g Nami. Masak pg2 mcm tu rasa mcm nk b'sahur plak. Sket je lg nak pasang niat puasa. Hahaha.. Menu hari tu sayur goreng, telur dadar & Ayamas Drummet Chicken yg tok ketua rombongan terbangkan khas dr Giant Batu Caves. Hahaha..gigih tok ketua rombongan bwk ayam. Yela, kat situ mne nak cari ayam halal. Lps siap masak trs packing dlm paper lunch box. Korean style sgt! ;P
  • Lebih kurang pukul 9 kitorang dah kuar rumah. Naik subway & mcm2 train + teksi + feri utk smpai kat Nami Island. Pukul 11 lebih mcm tu sampailah kitorang kat Nami Island tu. Sbnrnya sjk nak kuar rumah lg sy dah niat nak cari signboard yg ada besar2 gamba Bae Yong Joon & Choi Ji Woo. Sy pun tak tau apa yg best sgt dgn signboard tu tp sy mmg nk cari signboard tu. Nak amik2 gamba kat situ. Signboard tu ada kat tgh2. So, kitorang kena jln sket lah. 
muka2 excited + tak sabo nk naik feri g pulau ;)
  • Tghari sket kitorang parking kat mana2 yg boleh utk lunch. Sblm lunch dlm kepala sy ni dok risau 1 benda. Sayur goreng tu ha.. Nape rasa dia mcm tak sama je dgn apa yg selalu sy masak??? T__T  Risau hatiku risau! Kang kesian kang diorang2 sume mkn sayur tak sedap! Puas sy fikir nape jd mcm tu. Salah rasa sayur ke?? Mushroom tu ke??? Bahan tak cukup ke?? @ rasa sayur Korea mmg mcm tu?? Tp dlm risau2 pun sy tgk org2 yg lunch dgn sy licin je lunch box diorang. Hahaha.. Nampaknya kire ok la tu kot! ;P Lps makan, solat & terus amik basikal pusing2 pulau. Terasa sweetttt sgtttt dpt bila naik basikal pusing2 Nami. Terasa mcm tgh shoot drama Winter Sonata 2 plak! Hahaha.. Ok, Malaysia tak ada Winter Sonata, kita just ada Hyundai Sonata je. -__-''. Tgh jln2 tiba2 nampak Iqram Dinzly lg. Hai Iqram, tak cukup kat Itaewon, sampai ke Nami kau kejar kitorang?? [statement bajet!] Amik la gamba jap dgn dia. Kang kecik ati plak jumpa dgn org2 Malaysia tp org Malaysia tak nak pun b'gamba dgn dia. Hua3 ;P
Ni la signboard yg sy dok heboh dr td! Hahaha..puas hati dpt jumpa! ;)

ready for shooting Winter Sonata 2.. hahahaha ;P

pelakon2 drama Winter Sonata 2..sumpah tak ada sape nk tgk!wahahaha ;P

Jln2 naik basikal..oh, sweetttt sgt!! 
  • Balik dari Nami kitorang trs naik bas g ke Insadong. Kat dalam bas mcm tak tau apa2 yg jadi. Sumenya pengsan tak sedar diri sedarkan diri.  Tau2 dah sampai je. Insadong ni tempat jual souvenir. Ok, kat sini sy & Zahidah jd mcm tak tentu hala sket. Tgk souvenirs tu sume mcm nak borong sume! Nasib baik nafsu bleh kawal lagi & nasib baik gak sy jenis yg tak suka sgt shopping. Lg 1 fikir kitorang b'2 tak beli lagi kargo utk luggage time nak blk nnt. Save duit cukup2 je ni. Kang berat sgt sape nak bayar?? Cuma excited bila tgk barang2 tu je la. Kalau tak excited org kate tak ada perasaan plak. Hahaha..
  • Lps tu kitorang g Cheonggyecheon Stream. Cheonggyecheon Stream [nama pun t'belit lidah nak mnyebut!] ni kire mcm tmpat nak duduk2, dating2, buang2 masa, cuci2 mata. Hahaha.. Tp serious tempat ni best jugak la. Cantik. Duduk kat situ sejam dua sementara nak tunggu tok ketua rombongan jemput dua org lagi ahli rombongan yg baru sampai kat airport. 
  • Lps sampai rumah, masak utk dinner plak. Biasalah, kerja makcik cafe kan??Hahaha.. Masak bihun tomyam walaupun hakikat & kenyataan yg sebenar mata ni mmg dah tak larat nk bukak lg dah! Letihhhhhhhhh sgt2. Bab2 tomyam mmg serah kat tok ketua rombongan. Zahidah tlg potong2 sayur. Sy plak.....ntah, sy pun lupa time tu sy buat apa!Huhu.. Tak lama lps tu Daus blk bwk pizza. Ok, time tu mmg sy pun dah tak ada nafsu sgt nak makan sebenarnya. Kalau suruh pilih tdo dgn makan, sy rela pilih tdo!Hahaha.. Tp bila fikir makanan banyak & takut membazir, makan lah jugak. Kesian sedara mara kita yg tak dapat makan kat tempat2 lain. Kita org dah bg makan, tak nak makan plak. Ish2..tak baik tau! Lps siap sume, kemas2 dapur & msk tdoq! 

13 September 2012

  • Awal2 pg lg dah dgr keletang keletung org kat dapur. Rupanya Kak Ada & the gang tgh buat breakfast. Ok, mmg sjk malam td diorang offer nk buat breakfast utk hari ni. Dgn condition saparuh sedar + kepala tgh migrain, sy pun jenguk diorang jap. Diorang buat bihun goreng Singapore. Nsb baik ada diorang & nsb baik diorang offer nak buat breakfast. Tq sgt2 Kak Ada & the gang! By the way, sdp bihun goreng akak2 sume! ;)
  • Pg2 lg hujan renyai2 dah turun. Fikir gak mcm mana nk jalan2 kalau hujan mcm ni? Tak apalah, tunggu lah jap sampai hujan reda. Ibu sy kata tak baik merungut kalau hujan turun. Hujan tu kan rahmat. :)
  • Reda sket hujan kitorang gerak g ke Gyeongbokgung Palace. Kalau hari tu kitorang g b'4 j, tap kali ni sume org ikut skali. Tp disebabkan hujan, so mcm tak best sgtlah. Nak pakai "hanbok" pun tak boleh. Diorang takut kotoq kot kalau kena ayaq ujan. Huhu..So, amik je la gamba kat dpn istana bersama dgn pengawal2 yg gagah perkasa, bermata sepet & memiliki senyuman manis. ;P Lps tu g kat Muzium King Sejong. Jln2 je lah kat dlm muzium tu smbil2 baca sejarah tentang Dinasti Joseon. Try jugak tulis nama sendiri dlm tulisan Han-geul. Hahaha..best2!! ;) 
NOORUL AFIQAH dlm tulisan Han-geul mcm tu lah ghopernye.. :)
  • Lps tu kitorang terus ke Namsangol Hanok Village. Ok, 1st thing sy nk kata tmpat ni mmg best gila! Hal ini kerana kat sini sy & Zahidah merasa pakai "hanbok"! Yeayyyy, finally!!!!!!!!!! Pakai "hanbok" lps tu shoot diri sendiri. Hahah.. Pening makcik yg jaga "hanbok" tu tgk ktorang yg nmpak sgt teruja + jakun dgn "hanbok"! Tak kisahlah makcik nk cakap apa pun. Shooting dr gamba sendiri2 sampai ke gamba family. Raya tahun dpn bleh la hantar kat mana2 paper buat 'Salam Perantau'. Perantau sgt! Wahahahaha..
Family Potrait :) 
Kitorang ada gambar family...kau ada???!! hahahaha ;p

Candid!!! ^^
  • Settle sesi bergambar bersama keluarga kat Namsangol Hanok Village tu, kitorang terus ke Namdaemun Market. Kat sini dibiarkan berkeliaran sesuka hati lbh kurang 2 jam. Kat sini banyak jual souvenir mcm gamba2 retis2 K-Pop. So, sesape yg btol2 gila dgn retis2 K-Pop ni dinasihatkan jgn dtg sini sbb nnt korg sume tak hengat nk balik! Hahaha.. Brg2 lain pun ada gak mcm baju, fridge magnet, apron [sebut apron je ttbe teringat kat Daus! ;P] & owner2 kedai yg garang. Perghhh, tak mesra rakyat langsung! Tapi tak sume la mcm tu, ada je yg baik. Nasib kitorang je kot tersinggah kat kedai pakcik garang. -__-''
  • Blk dari Namdaemun Market tu, kitorang b'4 g shopping jap beli sayur utk masak. Lagi sekali Kak Ada & the gang offer diri nk masak utk dinner mlm tu. Mcm2 benda yg jadi kat sini, tp nantilah tulis kat dlm entri lain. Panjang entri yg ni dah sama dgn esei subjek Psikologi Perbandingan je nih! [tetiba rindu nk blaja subjek yg best tu! Bangga jd budak psikologi! ^^ err..tak ada kaitan! ;P]
  • Blk shopping kat supermarket, kitorang b'4 + encik Aswad sama2 g Myeong-dong Market utk shopping brg2 kitorang. Last kopek punye shopping nih! Kalau selama ni naik subway, kali ni kitorang naik teksi g sana. Baru la dpt tgk dunia luar. Kalau tak asyik lalu bawah tanah je. Huhuhu..Shopping beg, kasut, seluar, baju. Sotong bakar pun beli jugak. Tp sume diorang yg punya. Tgk kedai kasut yg jual kasut2 5000won je pun sy mcm tak ada perasaan. Tak ada rasa pun nk join sekaki dgn Zahidah pilih2 kasut. Argghhh, normalkah sy?? Huhuhu.. Lebih kurang 2 jam gak dekat sana. Lps tu trs balik rumah. Naik teksi dapat pulak driver yg gila2. Habis sume lagu K-Pop keluar. Wondergirls, Girls Generation, Kara, sume ada.  Tok ketua rombongan, Daus & encik Aswad pun ikut t'sampuk skali. Risau gak kot2 sotong yg kitorang mkn td ada letak bhn2 yg memabukkan. Hahaha.. Nasib baik dia tak nyanyi lagu 2PM. Kalau tak dgn sy2 skali terjoin sama! Whatever it is, tq kpd tok ketua rombongan & encik Aswad yg telah menyapot [word baru] tambang teksi. :)
  • Sampai rumah, makan2 jap lps tu msk tdo. Esk dah nak balik. So, packing!!!!!








*again........to be continue...~~~ :)



Friday 21 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part II]

Assalamualaikum w.b.t

Okey, nak sambung balik citer trip ke Korea tu. Baru jln sehari dah rasa mcm nk tercabut buku lali! Lps tu rase mcm dah lameeeeeee je ddk kat situ. Rase mcm dah ddk 2 3 bulan. Hahaha, over! ;P Sudah cukup sudah m'overkan diri. Nak sambung catatan harian ala2 diari hatiku sempena lagu Dato' Siti kat bawah ni. ;) [err...catatan ini tiada kaitan dgn Dato' Siti. Harap maklum.]

10 September 2012


  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah berangkat menuju ke Gyeongbokgung Palace. Ni antara tempat b'sejarah yg kire femes gak lah. Sesape yg nak tahu psl sejarah penubuhan kerajaan Korea boleh la dtg sini. Kire kitorang b'4 ni termasuk skali la dlm kategori org2 yg nak tahu sejarah ni padahal sy dgn Zahidah mmg pasang niat nk try pakai "hanbok" je kat sini. Hua3 ;P. Disebabkan niat pun dah teruk, so kitorang tak b'peluang nk pakai "hanbok" kat sini. Kalau nak pakai boleh, tp kena tunggu sejam lebih. Haisshh, tak ada rajinnya nk tggu lama2 mcm tu! Ptg tu kwn2 kitorang dari Malaysia nk sampai. So, kne balik rumah & masak cepat. Busy2!! hahaha..
ni la tempatnya, nokk.. Gyeongbokgung Palace. :)

four of us! ;)
  • Time kat sini jugak ada 1 benda best jadi kat adik Daus. Hmmm..nak citer ke tak nak ek?? Nak citer ke tak?? Citer lah!hahaha... Kat sini si Daus tu sempat b'shopping dgn perasaan teruja yg tdk berbelah bahagi. Nak dijadikan citer, beliau pun telah membeli sehelai apron & brg apa ntah lagi. Apron tu je harganya 50000w! Apron je tu, tak masuk brg2 lain lg. Lps byr sume2 brg, si jurujual tu pun bagi la kuih apa ntah as a free gift kat si Daus ni. Daus pun t'senyum gembira. Lps tu kitorang pun g lah jln2 kat Namdaemun Market. Tiba2 kat sini kitorang jumpa apron yg SEBIJIK kot dgn apron Daus yg mahal td! Kalau tadi harganya 50000w sehelai, kat pasar ni baru 15000w je! Hahaha..sampai balik M'sia kot dia meluahkan kekesalannya terhadap tindakannya membeli apron tersebut tanpa b'fikir panjang. Sampai Malaysia jd bahan!hahaha.. ;P
  • Smpai kat rumah, kitorang pun start la memasak. Nak masak tomyam kunun2nya. Tok ketua rombongan tukar position jd tok ketua chef. Resepi tomyam ni beliaulah yg punya. Selalunya kalau sy masak, sy campak pati tomyam je. Style org malas!hahaha.. Tp ni siap ade letak susu la bagai. Risau pulak sy tomyam tu nanti tukar jd teh tarik!haha.. Tp alhamdulillah, berkat keikhlasan dan sedikit kasih sayang yg dicurahkan tomyam beliau berjaya menampakkan hasil. Lps ni dah boleh la naik pangkat lg  jd ketua keluarga. Muahahahaha..
  • Area pukul 9 mlm mcm tu ahli rombongan yg lain pun sampai. Dari situlah kitorang b'kenal-kenalan. Err..tak ada lah b'kenal-kenalan sgt pun. Masing2 muka letih, tak sampai hati pulak nk ajak b'kenalan.  Huhuhu.. Esok je lah! :P
11 September 2012
  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah gerak ke Bukchan Hanok Village. Kat sini kitorang just amik2 gambar & usha2 barang K-Pop kat kedai makcik yg garang! [masuk seramai-ramainya dlm kedai lps tu tak nak beli, nak amik gmbar je. So, bukan lg menjadi satu kesalahan kpd makcik tersebut kalau dia membebel & suruh kitorang keluar dr kedai dia. hahaha ;P] 
kesesatan, disesatkan dan tersesat! -__-

all of us!! :)
  • Tengahari sket gerak g Itaewon & lunch kat Salam Restaurant. Kalau tak silap Salam Restaurant ni femes gak lah. Macam pernah tgk Heliza Helmi @ Farah AF makan kat sini dlm citer Rasa Halal kat Astro Oasis tu. [kalau tak silap lah. kalau silap, sy mintak maaf! *tok ketua rombongan yg ajar! ;P] Kat sini lagi sekali makan makanan Turki! Hahaha..tetibe tacing teringat family angkat kat Istanbul! hahaha.. :'). Lps mkn, solat kat masjid Seoul. Lps siap solat, kitorang g Namsan / Seoul Tower. Lagi sekali tgk benda2 khurafat tu! hahaha.. Lps tu kitorang g Myeong-Dong Market. Sampai kat sini kitorang b'4 terpaksa balik dulu. Nak g supermarket beli sayur weh! Kalau tak malam nnt korang nak makan apa?? Biasa ler, suri rumah kan. Tak ada masa sgt nk jln2. Hahaha..
  • Nak g supermarket pun masalah! Guard kat sana mcm tak berapa nak membantu pun. Tgk kitorang as a foreigner dgn muka excited gila tp bila mintak tnjukkan jln g supermarket, mcm haremm!! Ntah mana2 ntah dia tunjuk. Sebab kitorang jujur orgnya, kitorang pun follow je lah. Sampai separa sesat kitorang.  Rupanya supermarket tu punya entrance sebelah dia je kot! -_-''. Lps balik terus masak nasi, sup sayur & ikan goreng. Bila kitorang b'4 kat dapur mmg tunggang terbalik la dapur tu!hahaha.. Tp best kot dpt masak sesama. Kenangan yg tak sume org dpt. Hanya utk kitorang b'4 je! ;)
  • Lps makan, kemas2 dapur & trs masuk tdoq. Excited esk nak g Nami Island!! Yeaaaayyyyyyyyyyy.. :D





*to be continue..nk tgk Running Man dulu! ;P

Wednesday 19 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part I]

Assalamualaikum w.b.t.

Sy nak citer psl trip pergi Korea hari tu. Tp masalahnya kat sini, kalau sy menulis, panjang entri sy adalah spt  karangan budak2 SPM. Tak reti kot nk tulis pendek2. Biasa ler, org suka berangan mcm sy ni mmg suka membebel panjang. Maybe sbb tu jugak sy suka menulis cerpen & mostly citer2 yg sy buat sumenya siap dlm masa 1 malam je. Hahaha, tak ada apa yg nk dibanggakan! Orang lain boleh siap 2 jam je kot! Hua3.. But for the 1st time in my life [perghh, sepiking! ;P] sy try ringkaskan citer trip ni. Yelah, trip seminggu. Kalau nk citer satu2 sampai raya tahun dpn tak habis menulis lagi. -__-''

8 September 2012

  • Balik kerja ptg tu trs packing barang. Rasanya kalau org lain dah excited gila, so packing sebulan awal!hahaha.. Tp sy tak kot sbb mmg suka buat keje last minute. Sampai rumah b'gayut kat hp + BBM org2 yg berkenaan lps tu baru start packing. So, pukul 6 baru terhegeh2 nk rembat beg adik & kemas pape yg patut. Habis kosong 1 almari baju! hahaha.. Dlm dok kalut2, 1 benda pnting yg tak boleh tinggal iaitu iron. Biasa ler org pompuan. Hehehe...
  • Pukul 9 abah dgn ibu hntar g LCCT. Flight pukul 1 pg. Sampai LCCT terawal la pulak, cik sahabat dunia akhirat a.k.a Zahidah dgn tok ketua rombongan a.k.a encik Halim tak sampai lagi. 
  • Lps diorang sampai trs g settlekan luggage. Lps tu kenal dgn sorg lagi budak yg mula2 sy pun confuse dia ni abg ke adik sbnrnye. Hahaha.. Rupanya dia ni pangkat adik. So, jd la adik Daus.  :) [adikkk tuu..sweet sgt!hahaha :p ]
9 September 2012


  • Pukul 8.30 pg kitorang sampai kat Incheon. Settlekan pape yg patut lps tu trs g check-in guesthouse. Lapar kemain! Dalam otak smpai guesthouse nnt nak sebat maggi dulu, lps tu br g jalan2. Tp tetiba tok ketua rombongan hulur makanan. Mula2 malu nk amik tp last2 amik jugak!Wahahaha...
  • Lps check-in, kitorang start g jln2. Mula2 kitorang g Itaewon. Makan Turkish Kebab kat sana. Seriuosly, ttbe rindu makanan2 Turki! & ttbe rase mcm nk balik Turki!! :') Lps mkn, g solat. Time kat masjid ni jumpa la Iqram Dinzly. Diorang tgh shooting kat sana. Utk tak menghampakan Iqram, meh la kita amik gamba sama2. [hahahaha..motipp??!! ;p] 

  • Lps tu g makan aiskrim. Lps tu g Namsan Tower. Kat Namsan Tower ni best sket. G kat Padlock Bridge yg ada beribu2 lemon kunci. Konon2 kunci tak nak kasi b'pisah la tu. Ish, khurafat sungguh! 

  • Lps habis tgk benda2 khurafat tu, kitorang b'4 g kat Myeong-Dong Market. Jln2 cuci mata + habiskan duit sket2 makan sotong & ddebokki. Citer psl ddebokki tu, mmg dari dulu nk mkn mende alah tu sjk tgk Running Man. Tp tak tau la plak ddebokki tu pedasssss gila! Rasa mcm nk mkn sambil menitiskan air mata! Lps tu kitorang g supermarket utk beli barang2 dapur. Tetibe rasa mcm kitorang ni student Malaysia yg baru sampai Korea. Hahaha.. tak abis2 berangan! Tp seriously, tika dan saat itu jugalah 1st time sy ni sy merasa mcm mne jln sambil bwk kuali2 & telur yg ala2 hantaran kawen & sayur2 naik subway! Kat Malaysia ada??? Maybe ada, tp bukan kitorang b'4 la yg buat. hahaha..
  • Balik dr shopping segala mcm mak nenek, ttbe rase lapar gila! Terus decide nk buat nasi goreng depends on brg2 yg ada. Membanting tulang tgh2 mlm kat dapur jap akhirnya jd la nasi goreng belacan....tanpa garam!hahaha.. Kerana lapar ku telan jua! Fikir org2 kat Afghanistan, Palestin tu sume2 tak dpt mkn, kita ada nasi cuma tak ada garam je. Syukur apa yg ada. hehehe.. Lps makan, sume tdoq. 





To be continue for the next day.....~~ :)