Saturday 16 February 2013

Memori Sekuntum Burger

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak dua menjak tiga menjak ni tetiba saya rasa keinginan nak makan burger yang teramat sangat. Selain merupakan seorang pencinta kucing, saya juga merupakan seorang pencinta burger. Hidup saya simple je. Dan makanan paling simple dalam dunia ni yg kena dgn selera saya tak lain tak bukan adalah Encik Burger. :)

Dipenddekkan citer, mlm td dok BBM dgn cik besfren. Tetiba terkeluarlah citer pasal burger ni hah...



Tgk dari skirp & dialog, mcm strunggle gila kitorang dulu kan semata-mata nak cari burger. Naik motor maghrib2 semata-mata nak makan burger. Haha.. Kenangan sungguh. Maghrib pun lepas solat, ok. Takde nya org dok azan kat masjid kitorang sibuk pergi beli burger! Yelah, kelas sampai 6.30 ptg, time tu je la yang ada untuk cari dinner pun. Motor tu pun sekarang dah kena jual. Motor Honda Wave 100 kaler biru yg banyak berjasa kat saya. Pergi kelas, buat kerja part-time, merayap & cari burger. Oh, sangat kenangan, ok! FYI, Zahidah ni pun pencinta burger gak. Senang citer, kipas susah mati (die hard fan) burger. Time study kat UKM dulu, ada laa 2 3 stall burger yg jd stall fevret kitorang berdua. Stall paling terbaik jatuh kepada stall burger kat depan Petronas Sek. 15 kat Bangi. Sebab kenapa kitorang suka pergi sana of course la sebab burger dia best. Kitorang selalu beli burger ikan kat situ. Dengan cheese, mayonise melimpah2.. Perghh, serious sedap kot! Lagi satu sebab orang yg jual burger ni adalah seorang kakak. Ada lah jugak lelaki kat situ tapi maybe tu adk @ abang @ husband dia. So, bila dah owner dia seorang wanita, kitorang pun tak ada lah segan sangat nak dtg selalu. Berbeza dengan owner lelaki kat stall2 burger yg lain yg selalu akan tanya mcm ni..

" Dik, makan burger je?"

" Kenyang ke makan burger je tu?"

" Tak masak ke,dik?"

Macam mana lah nak masak kalau baru je on rice cooker satu blok dah black-out! -___- So, nampak tak diorang banyak cakap? Sesungguhnya saya malas nak berurusan dgn orang yg banyak cakap. Kalau darurat pun saya selalu order lepas tu duduk b'sembang jauh2. Lepas tu burger dah siap baru datang ambil. Tapi bila dah nak habis belajar, baru lah jumpa satu lg stall burger namanya "BurgerGor" pun kat Sek. 15 jugak. Ala2 Burger Bakar Abg Burn tp ni versi murah sikit. Ada gak sejarah dengan si BurgerGor ni tapi tak payah lah citer kat sini, memalukan! Ce try search je kat internet pasal BurgerGor ni, comfirm ada punya. Tapi serious burger dia memang sedap gila wa cakap lu! Sesape yg ada kat area UKM @ yg sewaktu dengannya, try la BurgeGor ni. Highly recommended!  :)

*Sorry, gambar BurgeGor takde sebab saya tak minat sgt ambil gambar makanan. Org kata tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak burger yg dah tak ada depan mata. Ok, takde kaitan! :P


p/s : Harap2 owner BurgerGor baca entri aku dok promosi burger dia ni. Lepas tu boleh kasi burger free satu. Ngeh3 ;P

Monday 4 February 2013

My "baby Myvi" :)


Assalamualaikum w.b.t

Khamis lepas pada tarikh dgn 31 January 2013 bersamaan 19 Rabiulawal 1434 selepas solat Maghrib, my baby Myvi telah pun selamat sampai ke tangan saya. Hehe.. baby Myvi tau! Sweet sangatttt!! Hati teruja tidak terkata. Setelah beberapa ketika menunggu dgn penuh kesabaran dan pengharapan, akhirnya! Just nak share citer macam mana saya boleh tetiba berjaya dapat si baby ni. Sebelum2 ni, kereta yg menjadi mangsa lenjanan saya dirumah tak lain tak bukan adalah Toyota Vios ibu saya. Itu pun bukan senang nak dapat. Terpaksa melalui beberapa proses perbincangan dulu. Senang dapat pakai pun time nak pergi rumah nenek, pergi ambil anak buah saya dari taska…tu je lah kot. Setakat nak pergi Tesco sebelah rumah, baik merempit je. Nak exercise sikit, jalan kaki. Tapi memang tak lah kalau saya nak jalan kaki kan walaupun Tesco tu sebelah rumah je. Tak mungkin! Hehe..

Sejak saya dapat sambung belajar, saya selalu cakap dengan ibu saya nanti saya akan selalu ada program yang memerlukan saya datang ke IPG pada waktu pagi dan balik semula petang hari yang sama. Perangai abah dan ibu saya, diorang lebih rela hantar dan ambil saya je. Tak kisah la jauh mana. Lagi2 pulak IPG saya bukan jauh sangat pun. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa kat KL, sebelah UM tu je hah. Tapi disebabkan saya kata “SELALU ADA PROGRAM”, so dari situ mereka dah tak senang duduk! Yes, memang diorang rela hantar dan ambil saya tapi mereka tidak rela nak menunggu dari pagi sampai petang. Alahh, tau sangat! So, tetiba ibu saya tanya macam ni..

“Kalau nak keluar kereta, nak pakai kereta apa?”

“Apa2 lah. Asalkan tak nak Saga FLX!”. Haha..ada citernya kenapa saya tak nak kereta tu. :P

“Viva ok?”

“Kecik sangat. Nak Myvi boleh?”. Bernada separuh demand. Sesungguhnya saya memang dah lama aim Myvi selain kereta Toyota Camry yang dah lama jadi idaman di hati ini. Ngeh3

Dipendekkan citer, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Raja-raja, permohonan saya diterima. Abah terus kasi 10k utk buat downpayment. Yes, downpayment abah kasi tapi monthly I bayar sendiri, ok! Dan sekarang kat rumah je dah ada 5 buah kereta yg sama kaler & sama no plat. Tetiba saya rasa mcm abah layak buka bisnes kereta disamping kerja beliau yang telah sedia ada itu. Adatlah orang perempuan tak tahu apa2 pasal kereta kan. Sejak dapat kereta, hari2 saya kena berguru dgn abah pasal kereta ni. Tunjukkan itu ini. Yang best, abah siap pasangkan tinted sume. Nasib baik abah baik. Selamat duit den! Hahaha..


Sehari selepas dapat kereta, time saya makan malam tetiba ibu datang duduk kat sekali kat meja tu. Lantas ibu pun berkata…

“Nanti ibu belikan patung bola. Boleh gantung kat kereta,”



Patung bola??????? Motifff?????!!!!