Wednesday 28 November 2012

23 tahun, alhamdulillah..


Assalamualaikum...

25 November 2012, genap umur saya 23 tahun. Saengil chukae hamnida, Pika! Hehe.. Alhamdulillah, Allah beri peluang kat saya utk teruskan hidup di umur 23 tahun. Kalau nak fikir balik, dalam tempoh umur 23 tahun, entah berapa sangat lah amalan yg dah ada ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. Nikmat umur yg Dia bagi utk kita tingkatkan amalan, bukan utk suka2 je. So, jom tingkatkan amalan! J

Jap2, nk buat special dedication kat ibu & abah sempena ulangtahun kelahiran beta ni. Hehehe..

Terima kasih utk ibu & abah yg dah m’besarkan & m’didik org selama 23 tahun ni. Ibu & abah beri org didikan agama yg insyaAllah cukup utk bekalan dunia & akhirat. Ibu & abah beri pendidikan yg terbaik utk org. Terima kasih utk sumenya. Terlalu banyak sampai tak tertulis! Terima kasih ibu! Terima kasih abah! J

Ok, habis...... ;)

So, nk diringkaskan citer tahun ni saya meraikan hari lahir saya bersama kawan2 baru! Kak Ada, Aswad, Kak Lina & Azrin. Tak sampai 3 bulan pun kitorang kenal, tp rasa mcm dah bertahun2 b’kawan. Start drpd 24hb mlm tu kitorang dinner mkn steamboat sesama, lps tu tepat pukul 12 mula la diorang pasang lagu2 birthday. English, Korean version sume keluar! Time tu of course la saya dah senyum smpai ke telinga. Nak kata happy, confirmlah!! Hahaha.. Orang raikan hari penting kita kan?! :P Lps tu dah alang2 mlm kat Shah Alam, pergi lah singgah I-City jap. Masuk 6D Theater tgk citer hantu. Apa ntah tajuk dia, lupa dah! Ok, kat sini saya yg beriya ajak Kak Ada masuk sbb kalau nak ikutkan Kak Ada mmg tak nak masuk. Takut tak boleh tido bila tgk citer2 hantu.  Tp last2 bila kat dalam saya yg menjerit kuat. Kak Ada duduk relax je kat sebelah. Hahaha..bukan takut, cuma terkejut je! Hehe.. :P Lagi best bila sampai part yg last, Kak Ada dah cakap awal2,

“Ni nanti last2 ada hantu keluar kat tengah2 tu...”

Kak Ada dah tgk citer ni sementara kitorang tunggu turn nak masuk tadi. Ok, fine. At least saya boleh cuba kurangkan kadar jeritan dan buat2 je la mcm terkejut kalau nak menjerit sangat pun! Hahaha..

At the end, thanks a lot to mereka2 sudi meraikan hari peningkatan umur saya. Kak Asy Shuhada, Aswad Khawarie, Kak Mazlina & Azrin si Bunga April. And the last but not least to Daus si dongseng yg terus dtg Shah Alam lps habis program kat Melaka. Kitorang appreciate gila usaha gigih kau, dongseng. Hehehe..  Thanks jugak kpd sume yg wish via SMS, BBM, Whatsapp, FB & mcm2 lah. Twitter je tak ade sbb sy malas nk main twitter. Hmm, dah 23 tahun dah. Tahun depan 24 tahun, tahun tahun depan 25 tahun, tahun tahun tahun depan 26 tahun. Thank you Allah for all Your blessings. Semoga peningkatan umur ini akan menjadikan sy & kita sume  insan yg lebih beriman & bertaqwa. InsyaAllah... J




Thanks uollsss for the birthday celebration! Walaupun simple tak ada kek, sesi baling2 tepung.. tapi best gila. Serious, tak tipu! ^^ 
May Allah preserve this noble friendship. Aaminnnn.... :)

Saturday 17 November 2012

Nilai Seorang Cousin


Entri kali ni sy dedikasikan khas utk seorang cousin. Fify Yurika @ nama jawanya Nur Hafifyn.  Seorang cousin yg telah bnyk berkorban jiwa dan raga utk sy sepanjang pengajian kat UKM. Haha..berkorban sgt! Ok, malas nk kasi ayat bunga2, kang takut dia jatuh cinta pulak kat sy. Hahahahaha.. :P

Besarnya tanggungjawab dia sbg cousin sy. Hahaha.. Bila agak2 stress dgn assignment, dia selalu ada utk sy angkut ke sana ke sini. Jalan-jalan tak kira lah pergi mana pun. Lepas tu perangai sy pulak selalu buat janji last minute. Selalu lepas dah confirm nak jumpa, sy selalu dera dia & akan ckp mcm ni..,

“ Turun tggu kat tepi jalan. Aku malas nk naik blok kau. 5 minit lagi aku sampai,”

Tu kalau sy yg ajak dia keluar. Tapi dia ni setiap hari Selasa & Sabtu tekak dia akan gatal nk makan nasi kerabu pasar malam Bangi. Kdg2 sy pun sama gak, tp saja nk bg yg ajak. So, bila dia ajk sy keluar, sy pun kasi ayat poyo sket. Ngeh3 :P

“Aku tau kau tunggu aku, bkn aku tunggu kau..” 

Sebenarnya sy malas + segan nk tunggu sorg2 kat tepi jalan kolej dia tu. Rasa mcm sesuatu yg memalukan pulak bila budak perempuan naik motor tunggu org kat tepi jalan. Nanti org ingat sy minah rempit even sy dah pakai sweater fakulti! Hahaha.. [macam laaa ada org nk pandang aku! :P]

Beliau juga seorang yg pandai amik hati. Satu peristiwa yg akan ingat smpai bila2. Biasanya lps maghrib adalah masa sy utk membasuh baju. Ok, sepanjang sy kat UKM, sekali je sy sukarela basuh baju pakai washing machine. Lepas tu taubat tak nak lg dah! Sebab sy tak puas hati langsung dgn keberkesanan mesin basuh tu membasuh baju sy! Serupa mcm tak basuh. So, selepas kejadian itu, walau sebanyak mana pun baju sy, sy akan basuh sendiri. Manually! Tapi kalau agak2 malas & buat2 tak ada masa nk basuh baju, weekend sy balik rumah angkut sume baju sekali, basuh kat rumah. Habis cerita! Ok, balik kpd cerita cik cousin sy td. Time2 basuh baju tu dia call & of course la sy tak angkat kan?? Pejadahnya basuh baju bawak hp. Lps tu balik bilik tgk b’deret missed calls! Rupanya dia nk ajk sy keluar mkn dgn geng2 kitorang yg lain & bila sy call blk, dia dah sampai kedai mkn! Waaaa, frust! Dah la time tu mmg lapar gila! Dan satu benda yg buat sy syg dia lebih sket adalah sbb dia mmg dah faham perangai sy yg cpt merajuk nih! Hahaha.. Cpt2 dia tanya sy nak makan apa & dia kata nnt dia hantarkan. Mood dah tak baik tapi lapar. Order lah jugak! Kang kebulur pulak tgh2 malam. Huhu.. Lps tu dia hantar kat sy & time nk bagi duit dia kata tak payah, dia belanja sebab dia rasa serba salah tinggalkan sy. Hahaha..time tu rasa mcm tacing jap. Kalau tau dia nak belanja, order yg mahal2 sket tadi! :P

Kitorang selalu dinner sesama. Lepak kat café kolej dia. Tak ada lah sedap mana pun tp better la dari makan sorg2 kat bilik sambil menghadap movie. Sampai dialog movie tu pun sy dah boleh hafal sbb selalu dok ulang movie yg sama! Hahaha.. Time makan dia selalu jd mangsa buli sy. Mintak tolong dia amikkan itu ini. Haha, sy kan tetamu. Haruslah kena layan sy kan??! :P Suruh amik sudu garfu, orderkan air, amikkan tisu, amikkan sos, kicap, segala mak nenek yg ada.. Lepas tu nak makan kat meja yg menghadap tv. Ada ke tak ada, dia kena cari jugak! Haha.. Besar pengorbanan dia ni. Lagi sadis, kat FB, Skype pun kena buli! Sampai kdg2 tu dia cakap kat sy mcm ni..,

“Haishh..kau sorang je yg aku layan mcm ni. Aku pun tak tau nape…” Lps tu buat muka tak ada perasaan. Hahahaha..haishhh..cousin siapa lah ni??

Bila ingat2 balik sume ni serious tacing sorg2. Dia tak pernah berkira dgn sy. Kdg2 dia jugak jd tempat sy lepaskan geram! Terpaksa menadah telinga dgr setiap bait2 bebelan & leteran sy yg penuh bermakna. Hahaha.. Thanx for everything, Fi! Kau jgn bagitahu mak kau pulak aku selalu buli kau ni. Kalau tak, balik Muar siap lah kau!! :P

gambar kitorang yg paling "romantik". selalu kalau bergambar ntah hape-hape ntah!hahaha.. :P



p/s : Jemput aku time majlis kawen kau nnt. Aku nak jadi flowergirl utk majlis kau. Hua3 :PPP