Saturday, 12 May 2012

Mid Sem Break @ Surabaya! :)


Assalamuaikum w.b.t

Petang tadi hujan panas kat UKM. Idea nak menulis thesis pun hilang bersama titisan2 hujan panas yang membasahi bumi Tuhan…[perghhhhh..ayat nk sastera saje] Setiap hari ku kumpulkan semua kekuatan utk memerah otak menulis thesis agar hasilnya dpt membanggakan diriku, pensyarah dan kedua ibu bapaku. Tiap2 hari tidur pukul 2.30-3 pg semata2 nk dptkan mood menulis. Jika sebelum ini meja study penuh dgn novel2 cinta & komik2, kini ia dipenuhi dgn buku2 ilmiah yg digunakan dlm penulisan. [ok, cukuplah merepek merapik bagaikan Puaka Niyang Rapik..]

Dalam kesibukan thesis, cuti midsem ari tu sempat gak lah sy & beberapa org classmates berkunjung ke Surabaya selama 8 hari. Ni cuti midsem punya cerita, tp skrg dah nk akhir sem. Hahaha, agak lama cerita ini diperam dan dipekasamkan ye!hehehe.. Ok, sambung cerita. Seramai 15 orang menyertai lawatan ni termasuk seorang pensyarah dr jabatan kitorang. Flight ke Surabaya sebenarnya pada pukul 6.30 ptg. Tapi, disebabkan  oleh masalah2 tertentu,sy dan 2 org lg sahabat sy terpaksa mengambil flight awal iaitu pd pkul 4.15. Nak cerita gak apa yg jadi kat kitorang kat LCCT. Disebabkan kelas habis pd pukul 2, maka selepas pukul 2 lah kitorang dapat bertolak ke airport. Nak kata jarak dr UKM dengn LCCT tu memanglah tak berapa jauh. Tapi disebabkan oleh masalah2 tertentu kitorang terlewat sampai kat airport tu. Kaunter check-in bagasi pun dah tutup! Kitorang terlewat 10 minit. Cuaknya kitorang Allah je yg tahu! Tapi, nasib baik abang kaunter sebelah tu baik. Dia yg tolong settlekan hal bagasi kitorang. Alhamdulillah, semuanya settle. Dah tu pulak, tiba time nak berlepas, lg skali kitorang terlambat. Hahaha.. Sampai orang announce nama kitorang bertiga. Ok, terasa glemer sebentar di LCCT. Hahahaha..J

Nak cerita banyak2 susah. Mau 5-8 entri baru habis. So, diringkaskan je lah ye! Orang kata gambar boleh menceritakan semuanya, [orang mane?? itu yg kita xtahu tu!hahaha] So, tgk2 lah gambar2 yg ada. ;)



Seterusnya marilah tgk sebahagian gambar2 kitorang berjalan2 dan berjimba2! Hehehehe :P

:. soto ayam yg memang sedap tak hengat! .:

:. Jalan2 naik beca :) .:

:. Van yg dipanggil 'angkut'. Katanya angkut ni bleh bwk 26 org sekali jalan. Tp kitorang yang baru naik 13 orang pun dah mcm ni gayanye, kalo 26 org mcm mane la agknye kan?? .:

:. @ Jatim Park. Mula2 sy ingatkan ejaan dia "Ja Theme Park". Rupanya Jatim Park = Jawa Timur Park. :P .:

:. Posing cute kat tengah2 tu.. :P .:

:. Bersama lembu yg telah disumpah menjadi batu..hahaha .:

:. @ Kamar Seribu Bayangan..oh, sungguh jiwang namanya.. -__-'' .:

:. Ber15 bersatu! hehehe..yg bawah sekali pakai baju coklat tu pensyarah kitorang, Ustaz Zulkifli ;) .:

:. Sekali lagi membajetkan diri seolah2 cute pose begitu... :P .:


:. Keterujaan! .:

:. Errmmm..muhasabah diri... *ttbe..!hehehe ;p .:

:. ;) .:

:. one of my classmates & Ustaz Zul yg sporting abis! .:


Kitorang pun sempat melawat ke Gunung Bromo iaitu salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Mula2 kitorang ingatkan gunung berapi ni dah lama mati rupanya kali terakhir meletus adalah sekitar 2 tahun lepas! Wawawawa..risiko2!!! Kat sana ada sebahagian antara kitorang yg naik ke puncak gunung & tgk sendiri kawah2 yg ada. Tapi disebabkan sy le tih & kepala masih pening kerana hampir sejam melalui jalan yg berpusing2, so sy antara golongan2 yg hanya berjalan di kaki gunung shj.

:. @ Gunung Bromo. Makan bakso dlm mangkuk cap ayam..hehehe .:

:. Tempat sejuk2 makan bakso panas mmg syiookkkkk!! :) .:

:. Berjalan....tanpa henti!hehehe ;) .:


:. Belakang tu adalah rumah tumpangan utk pelancong2 yg nak menginap kat situ. Tp kosong semacam, mcm rumah hantu pun ada..huhu .:


:. Letih.. Rehat jap yob! ;p .:

:. Wawawawawawa ;p .:

:. Pizza yg tak berapa nk pizza... -_-'' .:

Actually motif, sebab dan alasan utama kitorag je Surabaya ni sebab nak berdialog & bg motivasi kat sebuah  sekolah kat Kota Pasuruan ni. Tp, bila sampai kat sana, kitorang pun dpt jemputan utk adakan dialog ke sekolah lain juga. Tp, disebabkan oleh kekangan masa & faktor2 lain, kami hanya sempat ke 2 buah sekolah sahaja iaitu MtSN Kota Pasuruan dan MTS Nurul Islam. Utk sekolah2 lain, mungkin ada rezeki lain, insyaAllah kitorang akan ke sana ye!

:. Staff   di MtSN Kota Pasuruan .:

:. Sesi dioalog antara 2 negara :) .:

 :. Bersama bapak kepala sekolah. hehehe ;p .:


:. Adik2 murid .:

 :. Adik2 murid jugak .:

:. Kakak2 fasi yg sweet..huahuahua ;p .:



:. Persembahan pelajar menyambut ketibaan kitorang @ MTS Nurul Islam .:

:. Yuna & Najwa Latiff.. *ttbe!!hahaha .:

:. Terasa diri ini sungguh VVVVVVVIP..hehehe .:




:. Kenangan bersama staff2 MTS Nurul Islam :) .:

Setelah kira2 8 hari di Surabaya, akhirnya kitorang pulang ke Malaysia. Tp on the way nak balik tu, sempat gak kitorang singgah tempat kejadian lumpur panas yang melanda Surabaya kira2 3-4 tahun yg lalu yg dinamakan "Peristiwa Lumpur Laphindo". 


:. Dari sebuah perkampungan bertukar kpd ini... Kuasa Allah tak ada siapa boleh menghalang .:


:. Walaupun dah bertahun2, tp asap2 daripada lumpur panas masih kelihatan .:

:. DVD cerita sebenar tntang kejadian Lumpur Laphindo. 1 DVD = Rp 5000 .:


:. Tanah tempat kitorang bergambar tu pun masih basah sbnrnya! huhuhu .:


Sampai lah masa kitorang ke airport. Macam biasa lah, orang perempuan kalau berjalan tak sah kalau tak ada pertambahan beg! Hahaha.. Shopping ler nak kata......hihihihi :P

:. Perhatikan! Masa datang beg sy yg paling kecil hujung sekali + beg merah tu SAHAJA. Lagi 2 beg yg besar2 tu beg org lain.:

Dan bila nak balik..............






:. Nampaknya berlaku pertambahan disitu! hahaha..Biasa lah, nama pun perempuan..hehehe ;P .:


-The End-



Tuesday, 24 April 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga :)


Assalamualaikum w.b.t

Lamaaaaaaa gila tak update blog! Nak buat mcm mana, makkk bz la nok! Ni pun br siap PBL subjek Kaunseling Keluarga Islam. Siap sbb esk da nk kena hantar. Kelam kabut den! Huhuhu.. Bz dgn program2 yg tak henti2. Tp alhamdulillah, semua program dah settle. So, boleh la focus on my thesis yg dah lama terabai tu. Yeaahhh, harus focus! Kalau tak mcm mana nak siap kan? Kalau tak siap, mcm mana nak grad kan? Kan? Kan???

Niat asal update blog ni sebenarnya nk citer psl program2 sy. Tp rasanya tu nanti dulu. Sebab sy ada lg citer yg lbh menarik yg sy nk share. Moga2 ada manfaat utk kita sume.. :)

Sy ada seorang sahabat. Sy kenal dia sejak sy sejak sy masuk UKM ni sewaktu minggu orientasi. Sy namakan sbg F. Masa mula2 kenal, dia seorang yg free hair, fashionable, up to date, gojes & mcm2! Senang citer, mmg cun abis lah! Fakulti @ kolej mana?? Biarlah sy rahsiakan dulu. Seriously, sy bukan jenis yg suka tegur org. Sbb tu sy tak ramai kwn!hahaha.. Lagi 1 hal, kalau kwn2 baru ni, kebarangkalian utk sy ingat muka2 kwn baru sy amaaaaatttlah susah kecuali kalau hari2 sy jumpa dia. Tp F ni selalu tegur sy. Bg sy, nk kenal dia ni senang je. Dia lah satu2 manusia kat UKM ni yg selalu panggil sy Iqa. Hahaha..actually, sy tak berapa suka dgn panggilan tu. Kadang2 dia panggil sy ustazah! [kau buat makk segan, nok! :P] Tp sbb sy fikir dia kwn baru sy, so sy biarkan je lah.

Lama2 kitorang jd kwn. Dia ni jenis peramah. Mula2 kenal dgn dia, 1 je yg  kesimpulan sy tentang dia. Dia seorang yg agak sosial. Bygkan, mungkin kerana dia selesa berkawan dgn sy, dia pernah tunjukkan mesej2 dlm hp dia & majority sumenya ayat jiwa2 antara dia dgn ramai lelaki. 1 perkara yg saya takkan lupa bila dia kata dia nk carikan bf utk sy sbb dia risau sy tak ada bf! [aku tak risau, kau pulak yg risau!hahahaha]. Cpt2 sy kata tak nak sbb sy tau, confirm la dia cari dr kwn2 dia jugak kan? & mana tau kot2 kwn2 dia pun ting tong mcm dia jugak, tak dapek den nak nolong eh…!hahahaha…:P

Sy ringkaskan cerita, semester lepas sy hadiahkan dia selendang yg sy beli dr Turki kat dia. Jujur, mula2 sy tak bajet pun nak bagi apa2 kat dia, tp nasib baik last minute sblm blk Malaysia dia mesej tanya khabar sy sbb waktu tu Turki mengalami sedikit gempa kecil. So, lps tu sy keluar jln2 sempat lah sy belikan sedikit buah tangan utk dia. So, bila sy jumpa dia, sy pun bagi lah selendang tu. Dan dia kata, dia suka sgt2. Satu hari dia mesej sy & mesej dia sy simpan smpai sekarang. So, mcm ni bunyi mesejnya :

“ Iqa, td aku terbeli tudung yg bnyk layer tu! Cantik! Aku beli 3 skali. Tp x tau nk pkai bile.. :P”

“ Yg ade 3 colours tu ke?”

“Yup. Ko beli lah.. Nnt kite bleh pkai same2”

“Hahaha..bile mase aku nk pkai? Lgpun tudung tu x de bidang bsr lah.. Sume bidang kecik2 je”

“Iqa, aku da pkai shawl yg ko bg. Lawa! Matching dgn bj fevret aku. Dah lme ko bg, br aku try :P”

“Hahaha..tgk, pndai x aku pilih?hehe..”

“Hahaha..tq tau! Iqa, aku nk pkai tudung lah.. aku tgk irma hasmie pkai tudung lawa kot..tp xtau nk pkai tudung yg mcm mane..ko kan ustzh, ajr lah aku..hehehe”

“Hahaha..ustzh la sgt kan??aku pkai tudung biase2 je la..xde nk lilit2..xyah blaja dgn aku pun xpe..hehehe”

“Hahaha..sombong lah ustzh ni..xnk kwn lah mcm ni..:P tp aku xde bnyk tudung..pnjm sket tudung ko bleh?”

“Hahaha..tudung aku bsr2 kot..nk pkai ke?”

“Bleh je..xde hal..kate nk blaja..hehehe..”

“Ok..nnt kite jmpe ek..aku bg try tudung aku..bile free?”

“Hari khamis lah..lps aku hbs klas..dlm pkul 5.30..bleh?”

“Bleh je..nnt pape hal aku mesej ko blk ek..”

Mcm tu lah mulanya. Alhamdulillah, Allah kurniakan hidayah pada dia. Sy cuba utk membantu apa yg termampu, yg lain sy serahkan kpd Allah. Dan sy yakin, perubahan dia adalah ikhlas kerana Allah. Sy hadiahkan dia buku sebuah buku tntang hijab dan aurat yg sy beli dgn menggunakan baucer buku. Hehehe..drpd tak tau nak beli buku apa, baik sy belikan buku utk dia. Disebabkan kami berlainan kolej & fakulti, ditambah pula dgn kesibukan dia keluar masuk lab dan sy pula sibuk mengerjakan thesis & program2, sy rasa terbatas utk mengajar dia terus menerus. Jadi, sy hadiahkan buku utk supaya dia lbh mudah belajar. Dan alhamdulillah juga baru2 ni dia dtg menemui sy utk memulangkan tudung dan nmpaknya DIA SEMAKIN CANTIK! Lebih cantik daripada dulu!!! Dengan memakai tudung bidang 60 sy hampir tak kenal dia! Jujur sy katakan, sy tak expect langsung yg dia akan buat perubahan drastik mcm ni. Katanya dia mula selesa dgn tudung bsr selepas mencuba tudung2 sy. Alhamdulillah, mudah2an nur dan rahmat Allah sentiasa dikurniakan keatasnya. Seriously, sy bangga dikurniakan sahabat seperti dia! Semoga Allah sentiasa memelihara dia utk terus istiqomah dan memelihara kita agar sentiasa mempunyai keinginan utk saudara seagama kita utk lebih baik. ^^



Tuesday, 13 March 2012

S.A.B.A.H :)


 Assalamualaikum..

Dah lama kot tak meng’hapdet’ blog ni. Busy der... Dah semester akhir, apa lg yang nak dibusykan selain  menghadap Encik Thesis tersayang tu kan? Stresssssssss dgn thesis. Apa pun tak boleh!
Tapi dalam stress2 thesis, sempat gak saya b’jalan2 me'release'kan tensen. 1-5 Mac 2012, deligasi Pengajian Dakwah dan Kepimpinan [deligasi kawwww..ayat nk mantop saje!] telah berkunjung ke Sabah utk satu majlis dialog bersama Pusat Latihan Dakwah, Keningau, Sabah. [dah berminggu2 punyer citer, tp nk citer gak..ahhh, ade aku kesah??! :PPPP]

Program dialog diadakan pada 2 Mac 2012. Dalam sesi dialog tersebut telah membincangkan tentang peranan daie muda dlm menyampaikan dakwah. Yelah, amik course pun Pengajian Dakwah kan?? Alhamdulillah, semua program yg dirancangkan utk majlis tu berjalan lancar.

Dewan utama PLDK. Tempat majlis dialog berlangsung..

Sebelum program..


Hehehe....

Sedikit cerita tentang PLDK ni, kitorang sempat menginap di asrama diorang utk satu malam. Sempat gak lah kitorang sembang2 dengan adik2 yg belajar kat sini. Suasana kat sini lebih kurang macam suasana di IPTS. Yang menariknya boleh kata ramai pelajar yg belajar kat sini datang dengan rela hati utk mempelajari agama dgn lebih mendalam walaupun kebanyakan ibu bapa mereka kurang bersetuju jika anak2 mereka belajar disini. Ibu bapa mereka lebih menekankan tentang hal akademik berbanding agama. Seorang daripada adik yang belajar diperingkat sijil berkata kepada saya dia sebenarnya merupakan bekas pelajar Matrikulasi Labuan dlm bidang perakaunan. Selepas SPM juga dia ditawarkan ke salah satu IPTA dalam bidang undang-undang. Tetapi dia sanggup mengenepikan semua tawarannya utk belajar di sini. Tabik springgggggggg lah dik!!

di meja study adik yg saya maksudkan tadi.... :)

Selesai majlis, pada 3 Mac 2012 kitorang pun bersedialah utk aktiviti bebas. [bebas la sgt kan??] Dari Keningau, kami bergerak ke destinasi yang lain. Antara destinasi yg sempat kitorang pergi ialah ke Ranau iaitu ke kaki Gunung Kinabalu. Sejuk kot kat situ! Perjalanan dari Keningau ke Ranau mengambil masa kira2 2 jam. Lihatlah, betapa besarnya Sabah! Hahaha... Kat sana, kami sempat melawat Dairy Farm yang ada kat kaki gunung tu. Kalau kita ada kat situ, boleh la ambil feel New Zealand sket2. Yelah, lembu tompok2 hitam putih saje yang ada kat situ. Dengan sejuknya, New Zealand lah sangat! Kat situ gak ada dijual susu segar yang baru je siap diproses. Disebabkan saya ni memang peminat tegar susu, saya pun terus membelinya tanpa rasa ragu-ragu dan garu-garu! Sedap kot! Lepas tu kitorang pun berjalan2lah kat area2 situ meng'snap' gambar2 yang perlu. J
Classmates @ kaki Gunung Kinabalu!

The Summit..!

with Salmiah & Kasmah..

@ Dairy Farm..No, worries, lembu2 di belakang kitorang dlm keadaan terkawal. hehe...

Lembu2 punya office!!hahaha... :P

ahli2 rombongan..

4 Mac 2012 kitorang semua berangkat pula ke Kota Kinabalu. Dekat sini, kitorang pun berjalan dan bershopping semahu2nya menghabiskan duit. Akan tetapi, disebabkan semester ini saya mengalami krisis kewangan yang agak meruncing, oleh itu saya pun cuba untuk menghadkan perbelanjaan agar tidak menyusahkan saya pd masa akan dtg. [tp dlm dok jimat2, asyik pergi bank je utk cucuk duit. Haishhh, sesungguhnya Sabah telah berjaya menggoda saya utk menghabiskan duit!] Kitorang pergi ke Pasar Philiphine yang mejual baaaaaaaaaaaaaaaaanyak jenis souvenir. Rambang mata yob duduk kat sini! Sabah kan femes dgn pearl, so, bygkan bagaimanakah hati dan naluri seorang perempuan yang melihat pearl2 yg bermacam2 jenis dan warna di depan mata? Itulah puncanya saya telah berjaya berjumpa dgn Encik ATM berulang kali! Arghhh, sungguh stress!! Habis shopping di pasar, saya dan beberapa orang yg lain sempat ke suatu pulau yg dikenali sebagai Pulau Manukan. Actually, tak rancang pun nak ke pulau2 ni. Tapi ketika kitorang tgh dok merehat2 kan kaki yang hampir tercabut lututnya, kami didatangi oleh seorang pakcik yang menawarkan perkhidmatan bot utk ke sana. Katanya kat pulau tu kitorang boleh tgk batu2 karang dan ikan2 yg jinak2 kat situ. Dengan bayaran RM20 seorang utk pergi dan balik. Disebabkan ada antara kitorang yg teruja dengan harga dan pakej yg ditawarkan ditambh pula dgn kegilaan saya terhadap laut, makanya kitorang pun setuju untuk ke pulau tersebut.
@ Banjaran Croaker, Keningau

otw to Manukan Island!!

on the boat. angin kuat, awning tudung pun senget benget!!stressssssss!!!

sebab xde roti nk di beri kan ikan2 ni, kitorang bagi biskut coklat yang berbentuk bear yg cute2 kat ikan2 ni..sweeetttttt kan???hehehe :P

lihatlah kejernihan air ini..........maaaak teruja!!!!!!!!hahahaahaha.. :p

@ Jetty Manukan Island before leaving...angin kuat!!!!!!!!!!


5 Mac 2012 pukul 6.30 pg kitorang pun bersiap2 ke Kota Kinabalu International Aiport utk pulang ke Kuala Lumpur.  Waktu penerbangan kitorang adalah pada pukul 9.45 pagi. Actually, kumpulan saya adalah kumpulan kedua. Kumpulan pertama telah berlepas pulang malam tadi pada jam 10.30 malam. Jadi, ketika itu, masih ada 3 kumpulan lagi yang menanti waktu penerbangan iaitu pukul 6.30 ptg, 7.30 mlm dan 10.45 mlm. So, mereka semua sedang menunggu di UMS. Pengalaman menarik di Sabah. Andai ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi!!! J

 siap pakai T-shirt I luv KK lagi..kelassssssssss kau Jah!!hahahaha... ;)


 p/s : Bila citer tentang Sabah teringat kat seseorang..tak apalah, sebagai kawan saya doakan dia bahagia... :)))

Sunday, 26 February 2012

al-kisahnya Running Man

Assalamualaikum w.b.t..

Dah lama tak mengarut2 sorang2 kat sini. Busy der. Thesis kah?? Bukan, busy tgk Running Man! hahahaha.. Tau tak Running Man tu apa? Citer ala2 gameshow versi Korea. [bukan ala2 lg, dah memang gameshow pun!] Dulu, memang tak pernah tertarik dgn citer ni. Kalau dok sembang2 dgn member2 esp. lepak dgn ex-KIZ members, diorang akan citer pasal ni. Mula2 ingatkan Running Man ni korean drama ke apa. Yelah, kalau korean drama nk gak menengoknya. Maklumlah,saya adalah peminat tegar citer2 korea. Citer lawak pun boleh nangis. Hati tisu sgt!hahahaha. Tapi bila diorang ckp Running Man ni gameshow, so terus mcm malas nk layan. Yelah, dulu2 pernah tak tgk citer Happy Hour kat TV2? Tak tau lah sekarang ada lg ke tak. Saya rasa tu lah gameshow yg sy tak boleh terima sekali dlm hidup. Saya tak tahulah orang lain, tapi saya tgk game dlm citer tu mcm ntah apa-apa a.k.a merepeksssss. [suka hati je mngutuk program orang! :p]

Member kolej saya yg memperkenalkan Running Man ni kat saya. Satu hari dia bercerita kat saya psl citer ni & ttbe saya kata saya nak tgk sendiri citer ni sebab boleh kata dari 10 kwn saya, 9 1/2 drpd mereka mengatakan YA KEPADA RUNNING MAN! So, saya nak tgk sendiri lah. 1st episod mmg agak tak faham apa2. Jenuh la kwn saya tu nak menerangkan setiap karakter yg ada. Disebabkan pemain dalam gameshow tu ramai, so, boleh kata setiap minit saya akan tanya siapa nama setiap seorang. Hahaha.. ramai sangat yg main, jd lupa lah! Tapi, nama pertama yg saya ingat ialah Song Joong Ki. Kenapa saya ingat nama dia? Sebab dia cute! Ngeh3 ;)

* tadaaaaaaaaaaaaa....lihatlah, betapa cutenye beliau!! ala tomey-tomey~~~ ;)

Seriously, citer ni sangat lah best! Bukan citer, tapi gameshow. Saya boleh tgk gameshow ni sampai gelak terbaring2! Boleh la nk buat hilang stress. Hahaha. Betul, tak tipu punyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..~~ ;)

* Running Man!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s : Thanx to Yasmin (ex-KIZ) sebab selalu bercerita tanpa jemu tentang Running Man. Dan tak lupa kepada Nik Farida yg sudi menjadi supplier Running Man saya! ;)))

Tuesday, 14 February 2012

CERPEN : Istikharah Cinta


DARI jauh, Rayyan asyik memerhatikan sekumpulan pelajar wanita yang sedang membuat perbincangan. Antara mereka, ada yang berjaya menambat hati lelaki itu. Safiyya, gadis yang terkenal bukan sahaja kerana kecantikan paras rupa tetapi juga kepintarannnya yang sentiasa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu, sikap Safiyya yang sangat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan juga menjadikan dia sebagai ikon bagi segelintir pelajar.

                “ Asyik tenung je, memang tak ke mana lah,” sapa Mahfuz, rakan sekuliah Rayyan. Dari tadi dia memerhatikan tingkah laku sahabatnya itu. Ternyata, pandangan mata sahabatnya langsung tidak beralih dari memandang gadis itu.

                “ Tenung je lah yang aku mampu, Mahfuz. Nak buat apa lagi?” jawab Rayyan. Tawa kecil kedengaran di hujung bicaranya. Sebenarnya dia malu apabila Mahfuz menegurnya. Nampak sangatlah yang dia sebenarnya asyik memandang gadis itu sehingga tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya.

                “ Safiyya tu budak baik, Rayyan. Beruntung siapa dapat dia kan?” kata Mahfuz lagi. Rayyan hanya tersenyum mengiyakan kata temannya. Memang benar, beruntung mana-mana lelaki yang dapat memiliki hati gadis sesolehah Safiyya.

                “ Rayyan, Prof. Idris nak jumpa kau. Katanya ada hal,” ujar Ammar yang entah dari mana muncul. Dia yang menggalas beg sandang dan membawa beberapa buku, mungkin baru selesai kelas.

                “ Nak jumpa aku? Kenapa?” soal Rayyan. Ammar sekadar mengangkat bahu.

                “ Pergilah, Rayyan. Aku tengok kau kat sini pun tak boleh buat kerja. Asyik tenung anak orang je,” sampuk Mahfuz, mengusik. Matanya tidak ralit memandang komputer riba dihadapannya.

                “ Anak orang? Haa...ada gosip ni!” ujar Ammar pula. Wajahnya teruja ingin tahu apa yang berlaku disitu sebenarnya.

                “ Kau ni Ammar, pantang tau. Macam wartawan Melodi,” jawab Rayyan.

                “ Kata exco publisiti persatuan fakulti. Kenalah cari cerita-cerita hot kan? Lagipun aku dengar budak-budak junior ada yang cakap muka kau iras-iras Remy Ishak. Aku nak tengok jugalah iras kat belah mana,” usik Ammar.

                “ Iras-iras Remy Ishak? Selama ni aku berkawan dengan artis rupanya. Macam mana aku boleh tak perasan ni?” Mahfuz menambah menggamatkan suasana.

                “ Banyaklah kau. Ada ke patut samakan aku dengan Remy Ishak. Sah-sah aku lagi macho dari dia,” ujar Rayyan, tidak mahu mengalah.

                “ Ewahhh, ada hati nak mengurat Tiz Zaqyah lah tu!” kata Ammar. Sememangnya antara mereka bertiga, Ammarlah yang paling kuat menyakat.

                “ Dah lah. Kalau melayan korang sampai esok pun tak habis. Aku pergi jumpa prof dulu,” Rayyan tidak mahu terus melayan kerenah sahabat-sahabatnya. Jika dilayan, entah bila akan berhenti.

***

“ PIHAK fakulti ingin mengadakan satu program untuk mahasiswa. Salah satunya forum remaja. Saya melantik awak untuk menjadi ketua pengarah bagi program ini,” Prof. Idris memberi arahan.

                “ Boleh saya tengok senarai ahli jawatankuasa saya, prof?” pinta Rayyan. Prof. Idris menghulurkan fail yang berisi senarai nama ahli jawatankuasa program. Pantas Rayyan menyambutnya.

                Satu persatu nama diteliti. Tiba-tiba matanya tertangkap pada nama ‘Safiyya Humaira’ yang bertindak sebagai setiausahanya. Dia sedikit tersenyum. Wajah pemilik nama itu terbayang di mindanya.

                “ Saya harap program ini akan berjalan lancar. Kalau ada masalah, awak terus hubungi saya. Saya harap tanggungjawab ini tak mengganggu pelajaran awak,” ujar Prof. Idris.

                “ InsyaAllah, Prof. Saya akan lakukannya dengan baik,” jawab Rayyan, yakin. Sebagai pelajar tahun akhir, dia perlu lebih fokus dengan pelajarannya. Namun dia yakin, dengan adanya Safiyyah bersama dengannya, dia berharap segalanya akan berjalan lebih lancar.

***
“ SETIAUSAHA program pula? Safiyya ni tak reti rehat ke? Asyik sibuk dengan program je,” rungut Zahidah, rakan sekuliah dan juga rakan sebilik Safiyya yang lebih tua setahun daripada Safiyya. Mereka merupakan dua orang sahabat yang sangat akrab.

                “ Dah tanggungjawab, kak. Nak buat macam mana?” jawab Safiyya, tenang. Dia sibuk menaip tugasan di komputer ribanya.

                “ Tak boleh tolak ke? Kalau masuk yang ini, ini program ke empat tau Safiyya sibuk dengan program besar. Akak takut pelajaran Safiyya terganggu,”

                “ InsyaAllah, tak kak. Setakat ni alhamdulillah assignment saya siap. Cuma lambat hantar sehari dua je. Tapi itu pun lepas aku maklumkan pada pensyarah tentang kesibukan saya dan alhamdulillah semuanya faham,” ujar Safiyya.

                “ Safiyya ni, kalau akak bercakap, ada je jawapanya. Eh, siapa ketua pengarah program ni?”

                “ Rayyan Hakimi,”

                “ Rayyan Hakimi? Rayyan yang Safiyya pernah cerita pada akak tu?”. Safiyya hanya mengangguk. Bibirnya juga mengukir senyuman.

                “ Patut lah,” jawab Zahidah. Kini dia pula tersenyum nakal.

    “Akak doakan program ni berjaya. Tapi ingat Safiyya. Jangan sampai pelajaran terganggu tau. Ini semester terakhir kita,” nasihat Zahidah.

                “ InsyaAllah, kak,”

***

MESYUARAT demi mesyuarat dilakukan demi memastikan perjalan program yang bakal dilaksanakan berjalan lancar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Rayyan sendiri itu turut mempelihatkan kehadian Mahfuz dan Ammar sebagai sebahagian daripada ahli jawatankuasa.

                Selesai mesyuarat, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Safiyya dan Farhana, teman sekuliahnya yang juga memegang jawatan di bahagian pemasaran melangkah menuju keluar dari bilik mesyuarat. Namun, satu suara memanggil nama Safiyya membuatkan gadis itu kembali semula.

                “ Saya nak minta awak siapkan surat-surat yang perlu untuk melancarkan kerja kita,” ujar Rayyan. Pandangannya dihalakan ke tempat lain bagi menjaga pandangan antara mereka.

                “ Okey. Ada apa-apa lagi yang perlu saya buat?” soal Safiyya. Lengan Farhana dipaut agar Farhana tidak meninggalkan mereka berdua disitu. Bimbang akan timbulnya fitnah antara mereka.

                “ Minit mesyuarat tadi saya minta awak taip semula. Saya nak tengok dan failkan dalam fail program,” arah Rayyan lagi.

                “ Baiklah. Ada apa-apa lagi?”

                “ Itu saja. Awak boleh pergi. Terima kasih Safiyya,” ujar Rayyan. Safiyya menjawab dan terus berlalu.

                Setelah Safiyya berlalu, baru dia berani mengangkat wajahnya. Jantungnya berdegup sangat kencang apabila berhadapan dengan gadis itu tadi.

                “ Bukan main pucat lagi nak bercakap dengan Safiyya. Nasib baik tak gugur jantung tu,” usik Mahfuz yang berdiri ditempat Safiya berdiri tadi. Ammar juga berada disitu. Rayyan memandang dan hanya tersenyum.

                “ Biasalah, Rayyan. Dah nama pun angau,” usik Ammar pula.

                “ Banyaklah korang. Tapi serius, aku rasa aku tak boleh kerja dengan dia. Hati aku rasa lain macam,” akui Rayyan. Dia berharap sahabatnya memahami apa yang sedang dia rasai ketika ini.

                “ Rayyan, ni semua ujian. Lagi-lagi pula kau memang ada hati pada Safiyya tu. Hati kau tak tenang sebab syaitan tengah bisik kat hati kau untuk buat kemungkaran. Banyakkan istighfar, Rayyan. Moga-moga hati kau tak terpesong ke arah yang salah,” nasihat Mahfuz. Dia cuba menenangkan sahabat baiknya.

                “ Memang susah nak didik hati, Rayyan. Ni semua cubaan untuk kau. Jangan risau, kitorang sentiasa ada dengan kau,” giliran Ammar pula memberikan kata-kata semangat. Rayyan tidak tahu harus berkata apa. Benar kata temannya, alangkah sukarnya mendidik hati.

***
PROGRAM yang dirancangkan hanya tinggal dua hari untuk dilaksanakan. Segala persiapan telah dilakukan sebaik yang mungkin. Kini, hanya menunggu hari berlangsungnya program. Apa lagi yang diharapkan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat selain program berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan.

                Safiyya sibuk menaip di bilik persatuan. Dia hanya bersendirian hari ini kerana  Farhana temannya yang selalu bersama dengannya menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemasaran. Pintu bilik persatuan ditutup agar dia lebih selesa untuk melakukan tugasannya. Baginya, ada kala dia mahu melakukan kerja dalam keadaan tertutup. Jika pintu bilik terus dibuka, fokusnya sedikit sebanyak akan terganggu apabila pelajar-pelajar lain mahupun pensyarah lalu lalang di situ.

                Pintu bilik persatuan dibuka. Kelihatan Rayyan yang menjengah. Safiyya terkejut. Cepat-cepat dia membetulkan posisi kedudukannya agar lebih sopan.

                “ Opsss...maafkan saya. Saya tak perasan kasut awak kat luar ni. Ingatkan tak ada orang,” ujar Rayyan. Nada suaranya kelam kabut. Dia benar-benar meminta maaf. Entah bagaimana dia boleh terlepas pandang sandal biru kepunyaan gadis itu diluar.

                “ Err..tak apa. Awak nak masuk ke?” soal Safiyya. Jika Rayyan ingin masuk ke dalam, dia perlu keluar. Lokasi bilik persatuan agak terpencil. Jadi, dia tidak mahu ada fitnah yang terjadi antara mereka jika mereka berdua berada di dalam bilik yang sama.

                Rayyan hanya memandang Safiyya. Ketika ini jugalah dia merasakan kecantikan Safiyya terserlah. Dengan kaca mata tanpa bingkainya membuatkan penampilan gadis itu sangat menawan di mata Rayyan.

                “ Masuk je lah. Bukan ada orang pun. Bila lagi kau nak duduk berdua dengan dia?”. Satu suara bagaikan berbisik ke telinga Rayyan. Godaan syaitan tidak putus-putus menduga Rayyan. Ketika ini hanya iman yang dapat menjadi penyelamat. Jika kuat imannya, maka dapatlah Rayyan menangkis setiap godaan yang tiba. Jika sebaliknya, maka bersoraklah syaitan kerana berjaya membawa seorang lagi anak Adam ke lembah maksiat.

                “ Tak apalah. Awak siapkan kerja awak dulu. Nanti saya datang semula,” ujar Rayyan lantas berlalu dari situ. Jantungnya berdegup kencang. Dia harus akui, dia tidak boleh berhadapan dengan Safiyya. Dia dapat merasakan keganjilan dalam dirinya. Imannya jadi goyah. Dia tidak mahu terus-terusan begini. Dia tidak mahu wujudnya zina hati antara mereka dan yang lebih penting, dia tidak mahu Safiyyah juga menanggung dosa yang sama akibat perbuatannya.

***
SAFIYYA hanya duduk merenung jendela biliknya. Kelakuan Rayyan di bilik persatuan tadi kini terbayang-bayang di mindanya. Seperti dalam keadaan kelam kabut, lelaki itu meninggalkannya begitu sahaja. Tapi, bagus juga lelaki itu bertindak sedemikian. Jika tidak, terganggu segala tugasnya.

                “ Termenung ingat kat siapa ni, Safiyya?” sapa Zahidah yang baru pulang dari kuliahnya.

                “ Tak ada siapalah, kak. Saja berfikir,” ringkas jawapan Safiyya. Bibirnya mengukir senyuman manis untuk teman sebiliknya itu.

                “ Haa..fikir tentang siapa? Cuba cerita kat akak,” ujar Zahidah. Selesai menyalin pakaian dan menyusun buku-buku di atas meja belajarnya, dia duduk menghadap Safiyya.

                “ Akak, apa pendapat akak tentang lelaki yang betul-betul menjaga batas pergaulannya?” soal Safiyya.

                “ Eh, baguslah. Zaman sekarang bukan senang nak jumpa lelaki macam tu,”

                “ Salah ke kalau kita berharap untuk berjodoh dengan orang macam tu? Yelah, kita pun belum tentu layak dengan orang macam tu,” soal Safiyya lagi. Intonasi suaranya agak serius.

                “ Tak salah. Semua orang nak berjodoh dengan orang yang baik. Lebih-lebih lagi kita sebagai perempuan ni, kalau mencari biarlah yang kuat pegangan agamanya. Yelah, nak jadi imam dalam keluarga,”. Safiyya hanya diam. Tersenyum dengan jawapan Zahidah.

                “ Ni senyum-senyum ni mesti ada apa-apa. Siapa lelaki tu? Rayyan ye?” Zahidah cuba meneka. Senyuman nakal terukir dibibirnya.

                “ Akak ni, tak ada lah,” jawab Safiyya. Walaupun tepat tekaan rakan sebilknya itu, namun dia malu diusik begitu.

                “ Eleh, malu-malu pula. Akak bukannya baru kenal Safiyya. Walaupun baru sekali Safiyya bercerita tentang Rayyan tu, akak dapat rasa perasaan Safiyya pada Rayyan tu. Beruntung Rayyan,”

                “Ish, akak ni. Sampai ke situ pula,”

                “ Tak apa lah, Safiyya. Selagi termampu, kita berdoa. Kalau dia betul-betul terbaik untuk kita, mohon supaya Allah mudahkan segalanya. Kalau tak, mungkin ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu. Apa-apa pun, akak doakan yang terbaik untuk Safiyya,” nasihat Zahidah lagi. Dia kenal benar dengan Safiyya dan dia sentiasa berharap agar gadis secantik dan sesolehah Safiyya dipertemukan jodoh dengan orang-orang yang betul-betul layak untuknya.

***

TIBA hari yang dinantikan. Forum yang dirancang berjalan lancar sehingga ke akhir program. Sambutan dilihat sangat menggalakkan terutama sekali daripada warga kampus sendiri. Mungkin kerana faktor tajuk yang dibincangkan dan ahli-ahli panel yang dijemput dapat menarik perhatian penonton dari dalam mahupun luar kampus.

                Rayyan kelihatan begitu sibuk bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Begitu juga Safiyya. Sesekali Rayyan mencuri-curi pandang memerhatikan gadis itu yang sentiasa bersama dengan rakan-rakannya. Kededikasiannya terserlah. Itulah yang membuatkan hati Rayyan semakin terpaut. Namun, sejak insiden di bilik persatuan tempoh hari, mereka jarang berhubung. Rayyan meminta agar Mahfuz mahupun Ammar yang menjadi orang tengah antara mereka. Mungkin orang sekeliling akan beranggapan ini suatu keadaan yang aneh tapi dia tiada pilihan lain demi mengelakkan hatinya terus hanyut dengan bisikan-bisikan syaitan yang menggodanya untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan ditegah oleh agama.

                “ Safiyya, Rayyan minta awak siapkan laporan program secepat mungkin untuk disemak sebelum diserahkan kepada Prof. Idris. Kalau dah siap, awak tinggalkan di bilik persatuan je, nanti Rayyan akan tandatangan dan serahkan pada prof,” Ammar menyampaikan pesanan. Gadis itu hanya mengangguk faham. Matanya juga memandang sekeliling mencari tuan diri yang minta disampaikan pesanan tersebut, namun kelibatnya tidak dapat dikesan. Mungkin sibuk menguruskan hal-hal lain.

                Safiyya terfikir sesuatu. Mengapa sampai begitu sekali Rayyan mengelakkan diri daripadanya. Adakah dia telah melakukan kesilapan sehingga langsung lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya? Dia faham dengan sikap Rayyan yang sangat menjaga batas pergaulan tapi pernah juga dia terlihat Rayyan berurusan dengan ahli jawatankuasa perempuan yang lain. Dia semakin bingung. Jika ada salah dan silap, biarlah dia ditegur dengan cara yang baik, bukannya terus-terusan menjauhkan diri dan menggunakan orang tengah.

***
“ SAYA betul-betul tak boleh berhadapan dengan dia, prof. Kalau saya berjumpa dengan dia, saya rasa susah untuk kawal diri saya,” ujar Rayyan. Prof. Idris mendengar dengan penuh teliti luahan hati pelajarnya itu. Rayyan nekad untuk mendapatkan nasihat pensyarah yang paling rapat dengannya bagi meluahka apa yang dirasainya. Keresahan hatinya tidak dapat dibendung lagi. Mahfuz dan Ammar lah yang menasihatinya agar berjumpa dengan seseorang yang berkelayakan untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Jika terus dibiarkan, dibimbangi masalahnya akan bertambah berat.

                “ Habis, bagaimana awak berurusan dengan dia sepanjang program berjalan? Safiyya tu setiausaha awak kan?” soal Prof. Idris.

                “ Saya minta Mahfuz ataupun Ammar untuk menjadi orang tengah antara kami. Hanya mereka yang tahu masalah saya ni,”

                “ Rayyan, boleh awak terus terang dengan saya. Apa sebenarnya perasaan awak pada Safiyya?”

                Rayyan hanya diam. Malu rasanya untuk mengakui perasaannya yang sebenar.

                “ Tak perlu malu, Rayyan. Luahkan saja apa sebenarnya perasaan awak pada dia,” ujar Prof. Idris.

                “ Err...sa..saya...saya sukakan dia, prof,” wajahnya tiba-tiba agak kepanasan. Wajahnya kemerah-merahan. Sedaya upaya dia cuba mengawal dirinya dihadapan pensyarah yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat di universiti itu.

                “ Awak sukakan dia atas dasar apa?” soal Prof. Idris lagi.

                “ Saya boleh rasa dia seorang gadis yang baik. Kesopanan dia menarik hati saya. Saya dapat rasakan sikap yang ada pada dirinya boleh menjadikan dia seorang isteri yang baik suatu hari nanti,” jujur Rayyan.

                “ Awak berniat untuk memperisterikan Safiyya?” Prof. Idris menyoal lagi. Kali ini Rayyan mati idea untuk menjawab. Ya, siapa yang tidak mahu memperisterikan wanita seistimewa Safiyya tetapi dalam keadaan dia yang masih belajar sekarang, sukar untuk dia menjawab pertanyaan pensyarahnya itu.

                “ Rayyan, tindakan awak menjauhkan diri daripada Safiyya adalah tindakan yang bijak. Awak bimbang jika akan wujudnya keadaan yang tidak sepatutnya berlaku antara awak dan Safiyya jika awak selalu ada bersama dengannya. Paling penting, awak berjaya mempertahankan hati awak daripada bisikan-bisikan syaitan yang selalu menggoda anak-anak Adam. Saya puji sikap awak,” ujar Prof. Idris. Rayyan mendengar dengan penuh teliti. Sedikit sebanyak hatinya lapang apabila mendengar pensyarahnya berkata begitu padanya.

                “ Hukum yang telah ditetapkan dalam Islam, haram bagi mana-mana lelaki yang menyunting wanita bukan untuk dijadikan isteri. Maksudnya disini, Islam menegah perbuatan menjadikan wanita itu pasangan tetapi tidak dijadikan sebagai isteri. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang mengundang kepada berlakukan zina. Hal ini sama juga dengan bercinta sebelum kahwin yang menjadi trend dalam masyarakat kita sekarang. Dan jika awak masih belum bersedia untuk ke peringkat perkahwinan, nasihat saya supaya awak lupakan sebentar soal Safiyya dan tumpukan pada pelajaran awak. Awak berdua pun berada di tahun akhir. Disamping itu, awak banyakkan berdoa agar didekatkan jodoh antara awak dan Safiyya. Andainya benar dia jodoh awak, mohonlah agar segalanya dipermudahkan. Jika sampai masanya awak lamarlah dia. InsyaAllah, perkara yang baik pasti akan dipermudahkan,”. Tekun Rayyan mendengar nasihat yang diberikan. Nasihat yang sangat-sangat berguna untuk dirinya. Hatinya kini sedikit tenang. Sekurang-kurangnya kegusaran yang kian bersarang dalam hatinya hampir terlerai setelah mendengar kata-kata nasihat daripada orang yang sentiasa menjadi sanjungannya itu.

                “ Terima kasih, prof. InsyaAllah, saya akan sentiasa mengingati nasihat prof,” ujar Rayyan. Senyuman mula terukir dibibirnya.

***

SETELAH berpenat lelah berusaha, kini hari yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi. Majlis istiadat konvokesyen universiti. Wajah ceria ibu bapa melihat kejayaan anak-anak jelas terpancar. Anak-anak pula kelihatan sangat gembira menghadiahkan hadiah yang sangat bernilai kepada ibu bapa masing-masing sebagai tanda mengenang jasa dan membalas budi ibu bapa yang selama ini bersusah payah memberi pendidikan sejak kecil.

                Bagi mahasiswa dan mahasiswi pula, kesempatan ini juga diambil untuk merakamkan detik-detik manis bersama rakan seperjuangan. Selepas ini, semuanya akan membawa haluan masing-masing. Ada yang sibuk menguruskan kerjaya, ada juga yang sibuk menguruskan rumahtangga.

                “ Tahniah, awak semua. Saya bangga dengan kamu,” ujar Prof. Idris ketika mengadakan pertemuan dengan bekas-bekas pelajarnya. Rayyan, Ammar, Mahfuz, Safiyya, Zahidah, Farhana dan rakan-rakan mereka yang lain juga ada disitu.  Wajah masing-masing jelas menunjukkan kegembiraan.

                “ Terima kasih, prof. Semua ilmu yang prof beri kami akan kenang sampai bila-bila,” ujar Rayyan. Jika dilihat, dialah insan yang paling gembira dalam kalangan mereka. Dia menerima anugerah Naib Canselor atas kejayaannya dalam akademik mahupun ko-kurikulum.

                “ Terima kasih juga, prof. Prof betul-betul berjasa kepada kami,” ujar Ammar pula.

                “ Sama-sama. Saya hanya menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan. Kamu yang berusaha. Kamu patut bangga dengan diri kamu sendiri. Betul tak, Rayyan?” kata Prof. Idris. Rayyan hanya tersenyum.

                “ So, lepas ni, apa perancangan kamu semua? Ada yang dah berniat nak kahwin?” soal Prof. Idris. Matanya memandang Rayyan. Bibirnya tersenyum. Memang soalan itu sebenarnya ditujukan kepada pelajarnya itu. Rayyan hanya tersenyum.

                “ Rayyan??” Prof. Idris bersuara lagi. Sengaja ingin melihat reaksi bekas pelajarnya. Rayyan tertunduk malu. Tidak tahu harus berbuat apa.

Safiyyah hanya memandang lelaki yang pernah mencuri hatinya itu. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu. Dalam fikirannya, mungkin lelaki itu sudah mempunyai pilihan sendiri.

“ Kalau awak dah bersedia, beranikan diri, Rayyan. Siapa tahu dia memang tertulis untuk awak,” Prof. Idris terus bermain teka teki. Masing-masing terpinga-pinga dengan kata-kata Prof. Idris itu. Apa yang cuba dia sampaikan? Hanya Rayyan yang mengerti.

Kini dia harus memberanikan diri. Setelah istikharah demi istikharah dilakukan, satu jawapan yang muncul. Dan dia sangat yakin itulah petunjuk yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Rayyan berjalan mendekati Safiyyah. Gadis itu hanya memadang Rayyan. Pelik dengan sikap lelaki itu yang tiba-tiba mendekatinya. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Tertanya-tanya apakah yang cuba dia lakukan. Hari ini, bersaksikan pensyarah dan rakan-rakan yang lain, dia akan cuba meluahkan hasrat hatinya.

“ Safiyya, dengan nama Allah dan bersaksikan Prof. Idris dan sahabat-sahabat yang ada disini, izinkan saya melamar awak untuk menjadi permaisuri dalam hidup saya,” ujar Rayyan tenang. Safiyya terkejut. Dia berasa bagaikan kakinya tidak menyentuh bumi. Berkali-kali dia mencubit kecik lengannya agar memastikan ini bukan mimpi. Dilamar oleh lelaki yang memang menjadi pujaan hatinya sejak dulu merupakan kenangan paling manis dalam hidupnya lebih-lebih lagi ia berlaku dihari graduasinya.

Teman-teman lain juga terkejut termasuk Mahfuz dan Ammar. Tidak menyangka Rayyan akan jadi seberani ini. Namun apa yang dilakukan oleh Rayyan adalah tindakan yang harus dipuji. Setelah sekian lama ‘terseksa’ dengan perasaan sendiri, hari ini terungkap juga apa yang selalu berada dihati dan fikirannya.

“ Safiyyah, sudikah awak menjadi isteri saya?” Rayyan melamar dengan penuh berani. Matanya menatap tepat ke arah anak mata gadis dihadapannya dengan harapan cinta dan kasihnya akan berbalas. Safiyya tersenyum. Tidak tahu harus bagaimana dia menterjemahkan kegembiraannya. Dalam keadaan tenang, dia menjawab lamaran Rayyan.

“ InsyaAllah, Rayyan. Saya sudi,”.

Berakhirlah kisah penantian cinta antara mereka. Dari sepasang pasangan yang sangat malu untuk meluahkan hasrat hati, akhirnya kini mereka bahagia sebagai pasangan suami isteri. Di dalam kehidupan, walau sesukar mana sesuatu ujian, jika selalu diiringi dengan doa, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

               
p/s : Adaptasi daripada cerita sebenar. Tahniah kpd akh Razin dan ukht Sumaiyah yg bakal menimang cahaya mata sulung March depan. Kembar khabarnya. Indahnya cinta selepas berkahwin.... :)

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul :)


Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”

12 Rabiulawal adalah tarikh penting yg perlu di ingati dan diraikan oleh mereka yg mengaku bahawa mereka adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kita boleh meraikan tarikh2 lain spt hari lahir ibu ayah kita, hari lahir kwn2 kita, hari lahir suami/isteri kita dan apa2 anniversary dlm hidup kita, kenapa kita tak boleh meaikan tarikh lahir insan yg paling berjasa bkn sahaja dlm hidup kita tapi paling berjasa dalam sejarah ketamadunan Islam. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan baginda kepada umat baginda. Tetapi kat sini saya tekankan tiga sebab yg mudah utk difahami kenapa kita WAJIB mengenang Rasulullah s.a.w sebagai insan mulia lagi agung dan paling berjasa dalam hidup kita.

  •  Pertama, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
  • Kedua, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah. Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
  • Ketiga, baginda sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita. Contoh paling mudah, peristiwa baginda memohon kepada Allah agar solat fardhu dipendekkan daripada 50 waktu kepada 5 waktu sehari semalam.


Lihat sahaja betapa besarnya pengorbanan nabi kepada kita. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh baginda semata-mata demi umatnya sehingga baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Tapi kenapa masih ramai yg enggan mengakui Islam dan enggan mengikut sunnah baginda? Tepuk dada, tanya iman.



...SESUNGGUHNYA RASULULLAH S.A.W IKUTAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN...