Friday, 14 December 2012

Belajar Untuk Menghargai

Assalamualaikum..

Tarikh 12.12.12 hanya sekadar tarikh. Tapi bagi saya, there's nothing special with 12.12.12. Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana, tapi apa yg cuba saya ceritakan kat sini salah seorang drpd orang yg rapat dgn saya akan menyambung pelajaran ke Jepun dalam peringkat Master & insyaAllah hingga ke PhD.




" Fiqah, sy dpt sambung belajar. Awl Januari nnt sy akan ke Jepun. Awk jaga diri tau,"

Saya tak tahu saya patut gembira atau sedih atau...ntah, lah. Saya tak tahu. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa lain mcm sgt2 bila dia cakap dia nak pergi jauh. Serious, tak tipu nih! Cukuplah saya namakan dia sebagai A. Saya kenal dgn A tak ada lah lama sgt. Lebih kurang 3 tahun. A memang lahir drpd keluarga yang berpelajaran tinggi. Setahu saya adik beradiknya yg lain tak ada yg belajar di universiti tempatan. Sumenye overseas, uollsss!! Dia sorang je terlepas kat UKM tu. Saya berkawan dgn A ni pun kebetulan je. Dia ni kawan kpd kawan saya. Dia jenis yg ramah & suka tegur2 org sesuka hati. Hahaha.. Tapi saya tahu dia baik. Dia selalu usik saya. Selalu cakap mcm ni..,

" ...ustazahhh, cuba senyum sikit,"

Saya layan dia mcm kawan2 biasa. Memang lah mula2 kenal tu rasa mcm menyampah gila sebab....xtau lah sebab apa, tapi memang menyampah lah. Dia suka ejek saya kurang kalsium, sebab tu rendang je. Haishh, menyirap betul! Tapi dalam perangai gila2 + sengal tak boleh blah, saya respect dia dlm beberapa hal. Pertama, suara dia sangat2 merdu bila mengaji al-Quran. Kedua, dia sangat mementingkan agama & menjaga solat. Ketiga, lagu2 dlm laptop, ipad, mp3, mp4, i-phone dia yg mahal tu pun penuh dgn zikir2 & lagu2 nasyid je! Haa kau, aku yg "ustazah" ni pun guna lagu Korea buat ringtone! Hahaha..

Saya tak tahu mana dia dpt no telefon saya. Yang plg saya tak boleh lupa, dia add saya sbg friend kat FB tapi saya tak approve pun friend request dia tu. Lebih kurang 2 bulan jugak lah. Last2 dia pergi "approve"kan diri dia sendiri bila saya online dan tinggalkan laptop saya. Lagi sekali dia buat perangai bila saya block dia dari FB. Saya tak tahu mcm mana dia boleh dapat password FB saya & pergi unblock akaun FB dia! Boleh rasa tak sakitnya hati saya time tu?? Tapi saya tak tahu kenapa saya tak block je dia balik. Hahaha..

Saya kenal family dia. Saya pernah jumpa mak ayah dia. Dia pernah cakap yg dia mahukan hubungan yg lebih serius. Semua adik-beradiknya berkahwin dalam usia yg awal. Jadi, kononnya dia tak mahu "memecahkan tradisi" keluarganya. Konon2 ler tuuu.. Tapi, gila ke apa ajk saya kahwin time belajar?? Nak kena sembelih dengan abah?? Adik-beradik dia ye lah kahwin awal, adik-beradik aku mana ada! Lagi pulak dgn perangai dia yg separa sewel tu, siapa yg nak kahwin dgn dia?? Ermmm..tapi bila masing2 dah jauh, kdg2 rindu jugak dgn perangai separa sewel dia tu. [hahaha...malunyeeee... :P ]

Tu lah orang cakap, kita selalu buat tak tahu je dgn benda yg ada kat depan mata. Bila dah tak ada, baru nak mencari. Hahaha.. Saya bercadang nk bagi cd zikir kawan saya sebelum dia berangkat nanti. Dah memang itu yg dia suka kannn... Lagi 1 biar dia ingat Allah sket bila ada kat tempat orang. Jangan nak dok gatai sgt p usha awek Jepun! Hahaha.. So, gud luck utk awk. Kalau ada jodoh kita, ada lahhh. Tapi 5 tahun tu bleh tahan lama lah jugak. Macam2 benda boleh jadi. Bila awk balik, awak dah 30 & saya 29 tahun. Tak pun ntah2 time tu saya dah ada 2 orang anak & awak pun dah kahwin dgn awek Jepun! Hahaha.. Anyway, all the best! ^^



*berani tulis kat sini sebab saya tahu dia jarang gila2 on9..lps tak suka baca blog org perempuan..lg blog2 lagha mcm ni..hehehe :P

Wednesday, 28 November 2012

23 tahun, alhamdulillah..


Assalamualaikum...

25 November 2012, genap umur saya 23 tahun. Saengil chukae hamnida, Pika! Hehe.. Alhamdulillah, Allah beri peluang kat saya utk teruskan hidup di umur 23 tahun. Kalau nak fikir balik, dalam tempoh umur 23 tahun, entah berapa sangat lah amalan yg dah ada ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. Nikmat umur yg Dia bagi utk kita tingkatkan amalan, bukan utk suka2 je. So, jom tingkatkan amalan! J

Jap2, nk buat special dedication kat ibu & abah sempena ulangtahun kelahiran beta ni. Hehehe..

Terima kasih utk ibu & abah yg dah m’besarkan & m’didik org selama 23 tahun ni. Ibu & abah beri org didikan agama yg insyaAllah cukup utk bekalan dunia & akhirat. Ibu & abah beri pendidikan yg terbaik utk org. Terima kasih utk sumenya. Terlalu banyak sampai tak tertulis! Terima kasih ibu! Terima kasih abah! J

Ok, habis...... ;)

So, nk diringkaskan citer tahun ni saya meraikan hari lahir saya bersama kawan2 baru! Kak Ada, Aswad, Kak Lina & Azrin. Tak sampai 3 bulan pun kitorang kenal, tp rasa mcm dah bertahun2 b’kawan. Start drpd 24hb mlm tu kitorang dinner mkn steamboat sesama, lps tu tepat pukul 12 mula la diorang pasang lagu2 birthday. English, Korean version sume keluar! Time tu of course la saya dah senyum smpai ke telinga. Nak kata happy, confirmlah!! Hahaha.. Orang raikan hari penting kita kan?! :P Lps tu dah alang2 mlm kat Shah Alam, pergi lah singgah I-City jap. Masuk 6D Theater tgk citer hantu. Apa ntah tajuk dia, lupa dah! Ok, kat sini saya yg beriya ajak Kak Ada masuk sbb kalau nak ikutkan Kak Ada mmg tak nak masuk. Takut tak boleh tido bila tgk citer2 hantu.  Tp last2 bila kat dalam saya yg menjerit kuat. Kak Ada duduk relax je kat sebelah. Hahaha..bukan takut, cuma terkejut je! Hehe.. :P Lagi best bila sampai part yg last, Kak Ada dah cakap awal2,

“Ni nanti last2 ada hantu keluar kat tengah2 tu...”

Kak Ada dah tgk citer ni sementara kitorang tunggu turn nak masuk tadi. Ok, fine. At least saya boleh cuba kurangkan kadar jeritan dan buat2 je la mcm terkejut kalau nak menjerit sangat pun! Hahaha..

At the end, thanks a lot to mereka2 sudi meraikan hari peningkatan umur saya. Kak Asy Shuhada, Aswad Khawarie, Kak Mazlina & Azrin si Bunga April. And the last but not least to Daus si dongseng yg terus dtg Shah Alam lps habis program kat Melaka. Kitorang appreciate gila usaha gigih kau, dongseng. Hehehe..  Thanks jugak kpd sume yg wish via SMS, BBM, Whatsapp, FB & mcm2 lah. Twitter je tak ade sbb sy malas nk main twitter. Hmm, dah 23 tahun dah. Tahun depan 24 tahun, tahun tahun depan 25 tahun, tahun tahun tahun depan 26 tahun. Thank you Allah for all Your blessings. Semoga peningkatan umur ini akan menjadikan sy & kita sume  insan yg lebih beriman & bertaqwa. InsyaAllah... J




Thanks uollsss for the birthday celebration! Walaupun simple tak ada kek, sesi baling2 tepung.. tapi best gila. Serious, tak tipu! ^^ 
May Allah preserve this noble friendship. Aaminnnn.... :)

Saturday, 17 November 2012

Nilai Seorang Cousin


Entri kali ni sy dedikasikan khas utk seorang cousin. Fify Yurika @ nama jawanya Nur Hafifyn.  Seorang cousin yg telah bnyk berkorban jiwa dan raga utk sy sepanjang pengajian kat UKM. Haha..berkorban sgt! Ok, malas nk kasi ayat bunga2, kang takut dia jatuh cinta pulak kat sy. Hahahahaha.. :P

Besarnya tanggungjawab dia sbg cousin sy. Hahaha.. Bila agak2 stress dgn assignment, dia selalu ada utk sy angkut ke sana ke sini. Jalan-jalan tak kira lah pergi mana pun. Lepas tu perangai sy pulak selalu buat janji last minute. Selalu lepas dah confirm nak jumpa, sy selalu dera dia & akan ckp mcm ni..,

“ Turun tggu kat tepi jalan. Aku malas nk naik blok kau. 5 minit lagi aku sampai,”

Tu kalau sy yg ajak dia keluar. Tapi dia ni setiap hari Selasa & Sabtu tekak dia akan gatal nk makan nasi kerabu pasar malam Bangi. Kdg2 sy pun sama gak, tp saja nk bg yg ajak. So, bila dia ajk sy keluar, sy pun kasi ayat poyo sket. Ngeh3 :P

“Aku tau kau tunggu aku, bkn aku tunggu kau..” 

Sebenarnya sy malas + segan nk tunggu sorg2 kat tepi jalan kolej dia tu. Rasa mcm sesuatu yg memalukan pulak bila budak perempuan naik motor tunggu org kat tepi jalan. Nanti org ingat sy minah rempit even sy dah pakai sweater fakulti! Hahaha.. [macam laaa ada org nk pandang aku! :P]

Beliau juga seorang yg pandai amik hati. Satu peristiwa yg akan ingat smpai bila2. Biasanya lps maghrib adalah masa sy utk membasuh baju. Ok, sepanjang sy kat UKM, sekali je sy sukarela basuh baju pakai washing machine. Lepas tu taubat tak nak lg dah! Sebab sy tak puas hati langsung dgn keberkesanan mesin basuh tu membasuh baju sy! Serupa mcm tak basuh. So, selepas kejadian itu, walau sebanyak mana pun baju sy, sy akan basuh sendiri. Manually! Tapi kalau agak2 malas & buat2 tak ada masa nk basuh baju, weekend sy balik rumah angkut sume baju sekali, basuh kat rumah. Habis cerita! Ok, balik kpd cerita cik cousin sy td. Time2 basuh baju tu dia call & of course la sy tak angkat kan?? Pejadahnya basuh baju bawak hp. Lps tu balik bilik tgk b’deret missed calls! Rupanya dia nk ajk sy keluar mkn dgn geng2 kitorang yg lain & bila sy call blk, dia dah sampai kedai mkn! Waaaa, frust! Dah la time tu mmg lapar gila! Dan satu benda yg buat sy syg dia lebih sket adalah sbb dia mmg dah faham perangai sy yg cpt merajuk nih! Hahaha.. Cpt2 dia tanya sy nak makan apa & dia kata nnt dia hantarkan. Mood dah tak baik tapi lapar. Order lah jugak! Kang kebulur pulak tgh2 malam. Huhu.. Lps tu dia hantar kat sy & time nk bagi duit dia kata tak payah, dia belanja sebab dia rasa serba salah tinggalkan sy. Hahaha..time tu rasa mcm tacing jap. Kalau tau dia nak belanja, order yg mahal2 sket tadi! :P

Kitorang selalu dinner sesama. Lepak kat café kolej dia. Tak ada lah sedap mana pun tp better la dari makan sorg2 kat bilik sambil menghadap movie. Sampai dialog movie tu pun sy dah boleh hafal sbb selalu dok ulang movie yg sama! Hahaha.. Time makan dia selalu jd mangsa buli sy. Mintak tolong dia amikkan itu ini. Haha, sy kan tetamu. Haruslah kena layan sy kan??! :P Suruh amik sudu garfu, orderkan air, amikkan tisu, amikkan sos, kicap, segala mak nenek yg ada.. Lepas tu nak makan kat meja yg menghadap tv. Ada ke tak ada, dia kena cari jugak! Haha.. Besar pengorbanan dia ni. Lagi sadis, kat FB, Skype pun kena buli! Sampai kdg2 tu dia cakap kat sy mcm ni..,

“Haishh..kau sorang je yg aku layan mcm ni. Aku pun tak tau nape…” Lps tu buat muka tak ada perasaan. Hahahaha..haishhh..cousin siapa lah ni??

Bila ingat2 balik sume ni serious tacing sorg2. Dia tak pernah berkira dgn sy. Kdg2 dia jugak jd tempat sy lepaskan geram! Terpaksa menadah telinga dgr setiap bait2 bebelan & leteran sy yg penuh bermakna. Hahaha.. Thanx for everything, Fi! Kau jgn bagitahu mak kau pulak aku selalu buli kau ni. Kalau tak, balik Muar siap lah kau!! :P

gambar kitorang yg paling "romantik". selalu kalau bergambar ntah hape-hape ntah!hahaha.. :P



p/s : Jemput aku time majlis kawen kau nnt. Aku nak jadi flowergirl utk majlis kau. Hua3 :PPP

Monday, 29 October 2012

23 Oktober 2012 : Thank you, Allah!


Assalamualaikum w.b.t



23 Oktober 2012 : I’m officially graduated!! Haha.. Lama kot dok tunggu tarikh ni. Syukur, alhamdulillah Allah permudahkan sume urusan. Masuk dalam DECTAR tgk parents yg datang dgn muka yg happy gila. Yelah, mak ayah mana yg tak happy tgk anak2 diorang berjaya. Mcm tu jugak ibu & abah sy. :)

Kalau nk diingat semula, seriously memiliki ijazah dalam bidang agama TAK PERNAH jd pilihan sy zaman sekolah dulu. Bila tanya psl cita2, jawapan yg pernah keluar nak jd scientist lah, lawyer lah…nak jd ustazah jauh sekali!! Nak jd reporter pun ada sebab dulu kecik2 berangan nk interview Siti Nurhaliza. Hahaha..lagha sangat! Padan lah tak dapat! :P

Sy ingat lg time kecik2 dulu, sy pernah terdengar ibu cakap mcm ni kat sy..,

“ Anak2 perempuan ibu kalau boleh biarlah ke sekolah agama…”

Time tu sy fikir, nape mesti sekolah agama? Abang sy elok je ibu abah sy hantar ke sekolah lelaki, nape tak nak hantar kitorang kat sekolah perempuan? And at the same time sy dpt rasakan minat sy lebih kpd Sains & hajat sy memang nk masuk sekolah Sains. Bila dgr ibu nak hantar  sy ke sekolah agama, sy terus tgk diri sy. Sy tak minat langsung bidang agama. Seriously, sy dlm kategori bukan budak yg baik2, budak alim2. Family sy pun biasa2 je. Kalau tak dapat sekolah Sains pun, sy nak masuk sekolah biasa je sebab sah2 lah ramai kwn2 sy dr sekolah rendah dulu. Sampailah time darjah 6 sy kena ambil exam PSRA. PSRA ni exam kira mcm exam kelayakan nak masuk sekolah agama. Rasanya sume sekolah rendah agama negeri ada exam ni. Something yg buat sy ingat sampai sekarang ialah ibu sy pernah ckp yg ibu sy puasa time sy exam tu. Dengan minat tak minat, tak study, jwb exam main2 je & ambil exam sebab takut dgn abah last2 result exam sy dapat mumtaz! Mcm tak percaya! Ustazah sekolah call rumah suruh sy dtg sekolah ambil result. Lps tu ustazah bg sekali offer letter utk masuk sekolah agama. Time tu org yg plg happy sah2 lah ibu sy. Sampai masa sy didaftarkan kat sekolah agama. Time tu dlm kepala sy fikir sekolah agama ni pakai tudung labuh2, tak boleh nak b’kwn sgt lelaki perempuan & mcm2 lg lah benda negative. Tak ada yg positive! Tp dalam tak minat tu sampai SPM jugak lah sy stay kat sekolah agama. Lps SPM fikir dah tak nak dah ambil bidang agama. Tapi org selalu ckp, apa yg kita tak nak tu lah yg dtg kat kita. Lepas SPM, sy dpt offer sambung STPM kat KISAS. Dari sini sy dpt rasa aturan Allah tu cantik sgt. Kat KISAS ni lah sy dpt belajar something yg sgt2 berharga. Berada di Bumi Waqafan tempat lahirnya ilmuan-ilmuan hebat sy mula kenal apa itu tarbiyyah, sy kenal apa erti ukhwah. Awalnya sy confuse dgn tujuan sy belajar kat situ. Sampailah seorang drpd sahabat berkata kpd sy yg insyaAllah sy takkan lupa sampai bila2..,

“Kalau kita ikhlas nak belajar ilmu Allah, Allah buka banyak peluang utk kita. Kalau kita kejar ilmu dunia, kita dpt ilmu dunia. Tp kalau kita cari ilmu akhirat, insyaAllah dunia akhirat kita dpt..”


Dari situ sy mula fikir. Dengan hidup yg masih tak ada tujuan sebab apa yg sy minta sumenye jauh drpd sy dan sy dpt sume yg sy tak nak, sy pegang kata2 sahabat sy td. Dari situ sy mula ikhlaskan hati nak belajar. Dari situ jugak sy mula rasa seronoknya dpt belajar bidang agama! Habis STPM, time nak isi boring UPU, sy plan nak apply psikologi sebab sy minat psikologi sejak tingkatan 4. Time tu lg sekali sy dalam dilema. Last2, sy isi Psikologi UIA as a 1st choice, Psikologi UKM as a 3rd choice & bidang2 agama sumenye kat bwh2. Akhirnya sy ditawarkan ke UKM dalam bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah & Kepimpinan). See, pengajian Islam jugak! Tp kali ni sy redha dgn takdir. Sy percaya pasti ada hikmahnya. Thn kedua sy ditawarkan mengambil modul kaunseling sebagai minor pengajian. Happy sgt2!! Kat sini sy teringat kata2 sahabat sy td.  Dan selepas 3 tahun, sumenye selesai. Alhamdulillah.. Selama hayat 23 tahun, rupanya ini yg sy cari. Thanks to ibu & abah yg tak pernah putus berdoa & berharap sy menjadi siapa sy skrg. Segala ketentuanNya ada hikmah tersendiri & hikmahnya skrg sy berusaha utk jd hambaNya yg lebih baik. :)

 





I received nothing I wanted..
but I received everything I needed..
Thank you, Allah……….

Thursday, 11 October 2012

backpackers pre-reunion.. ;)

Assalamualaikum w.b.t


Sabtu lepas sy selamat melarikan diri ke Bangi. Meninggalkan kerja & kwn2 sekolah yg sibuk nk ajak jumpa. Sorry uollsss.. Bukan I tak nak jumpa uollss tp I ada hal penting dan sgt penting nak kena pergi sana. Nak jumpa member kat UKM & ambil slip utk ambil jubah konvo 13hb nnt + nak jumpa geng2 backpackers ke Korea hari tu. Hahaaa..nmpak mcm penting tak??? ;P



Ok, citer bermula apabila geng backpackers ajk jumpa pd tarikh 6 Oktober. Kebetulan Devotees ada show kat IPG Bangi & boleh la pow Halim suruh belanja makan!hahaha..Ttibe rasa diri sgt penting & dihargai sebab mmber skolah pun ajk jumpa gak pd tarikh yg sama. Rinduuuu katanya. Perghhh, ada jugak org rindu aku!hahaha... :P

Ptg tu ibu & abah hantar ke Shah Alam. Ok, nampak mcm gedik sket sebab nak pergi Shah Alam je pun sampai nk berhantar2. Tp nk buek cemano?? Ibu abah den kasi den drive sorg2 jauh2.Huhu.. Sampai Shah Alam jumpa Kak Lina & stay jap kat rumah Kak Lina kat sek. 4. Kak Ada pulak ada kelas sampai pukul 7.30 mlm kat UiTM. So, plan cantik2 lps maghrib terus ambil Kak Ada & gerak pergi Bangi. Konsert kat IPG katanya start pukul 9.30 mlm. Kalau ikutkan sempat je keluar dari rumah lepas Isya' lps tu drive relax2. Tp kitorang kena pergi ke Kajang dulu sebab nk ambil sorg lagi member yg telah me'reserve'kan tiket kitorang utk tgk konsert tu. Azrin namanya. So, Kak Ada drive kereta mcm hantu. Hahaha..Kak Ada, kita geng! Suka drive laju2!!wahahahaha... Sampai Kajang sesat la pulak nak cari rumah si Azrin ni. Sy ni nama je 3 tahun duduk kat Bangi tp jalan2 kat Kajang tu sumpah sy tak tau! Area Bangi boleh lah... Tu pun kdg2 sesat larat. Nasib baik Kak Lina ada sebab Kak Lina pun dulu study kat KUIS. Fuhhh... Menguji kesabaran jugak sebenarnya nak cari rumah Azrin ni. Asyik salah masuk jalan je. Ada sekali tu sesat kat mana ntah. Jalan tu serious gelap. Lps tu msg2 rasa lain macam. Dari dgr lagu lagha2 kat Hot FM terus tukar pasang lagu2 zikir Halim! Huhuhu.. Lps jalan jauh sket baru Kak Lina citer rupanya ada kubur kat tempat kitorang sesat td. Tp Kak Lina tak nak cakap sebab risau kitorang jd takut. Perghhhhh..patutlah rasa semacam je!

Sampai IPG pukul 11 mlm. Konsert sah2 lah dah start. Sampai pakcik guard IPG tu pun tanya nape kitorang lambat. Eh2, pakcik ni...bukannya kitorang yg buat konsert pun! Hahaha.. Tapi maybe sebab dah lmbt sgt kot. Prihatin betul pkcik tu. Boleh dpt award "Guard Paling Prihatin" lah mcm nih! Hahahaha... ;P Sempat lah tgk Devotees nyanyi 2 lagu. Jadi laaa drpd tak dapat tgk langsung. Lps konsert habis ktorang makan ramai2 kat Perantau Hill dgn Devotees & PA Devotees bersama awek beliau. Haha.. Nak cari tomyam sebab tomyam kat Bangi mmg sedap! Lagi2 kalau dpt mkn kat BBB. Wallaweyyhhhh..mmg terbaik lah tomyam kat situ! Nasi putih, tomyam + telur dadar. Menu wajib zaman study dulu! ;) Tp sayangnya tomyam kat Perantau tak sedap. Sungguh frust!! Sebab dah pukul 1 pg + lapar gila + org belanja [hehehe..], tak fikir dah sedap tak sedap. Telan je apa ada. Syukur, alhamdulillah.... :) Kat sini jugak kenal dgn 2 lagi org kuat Devotees. Kak Faizah & Sumayyah. Ok, tetiba rasa mcm segan. Terpinggir sgt2. Diorang sume dah lama kenal dgn dak2 Devotees tp sy kenal Halim sorg je! Hahaha.. Rasa mcm nk makan dalam kereta je. Segan2!!

Sebelum hantar Azrin blk Kajang, singgah UKM jap. Jumpa mmber nak ambil slip. Time tu dah pukul 2.45 pg. Bestnya UKM sebab boleh keluar masuk sesuka hati bila2 masa je. Hahaha..sebab tu I sayang UKM sangat2!!!!! >.<  Lps hantar Azrin, terus drive blk Shah Alam & sampai rumah Kak Lina pukul 4.30. Ok, yang ni ibu dgn abah tak boleh tahu. Kalau tak, confirm kena tibai kat rumah! Hahaha.. Gosip2 jap org dah nak azan subuh kitorang baru nk tdoq! ;P

Kak Ada, Kak Lina & Kak Faizah.. bila dgn kakak2, rasa diri ini adik2 sgt! muahahahaha ;p

Pagi ahad lps breakfast Kak Lina hantar sorg2 balik. Kak Ada ambil bas kat sek. 17, Kak Faizah & Sumayyah kat KTM Shah Alam & last skali Kak Lina hantar sy balik kat KTM Sg. Buloh. Kat situ ibu dgn abah dtg ambil & pergi makan2. Ahad tu birthday abah! Ada rezeki lebih sket so sy bwk 1 family g makan2. Rezeki kali ni org bwk  g makan2 je la dulu ek. Esok2 kalau rezeki lebih lebih lebih lg org bwk g jln2 pulakkk. Kot2 org bwk g Korea ke. Hua3.. ;P  "HAPPY BIRTHDAY, ABAH!! "


Friday, 5 October 2012

hanya tinggal sejarah




Adam,
Jujur, aku bersyukur hadirnya dirimu,
Namun,
Seandainya dalam penantian ini kau temui Hawa yg lebih baik daripadaku,
Yang boleh membawa dirimu lebih dekat kepada Dia,
Pergilah kepadanya,
Tinggalkan aku,
Kerana tidak ada hak bagi diriku untuk menghalangmu,
Dalam keadaan sekarang aku hanya boleh menjanjikan setia,
Dan doa untuk kita,
Tapi apakan daya,
Aku punya cita-cita,
Pelajaran menjadi yg utama,
Jika kau lihat aku gembira bersama teman-teman,
Percayalah,
Jauh di sudut hati ini pasti akan terdetik memikirkan dirimu juga,
Aku cuba untuk setia,
Tetapi jika kesetiaan ini benar-benar menguji kesabaranmu,
Maafkan aku,
Benar kata mereka,
Walau sekuat mana kasih kita,
Walau sesetia mana pun kita,
Seandainya Dia tidak mencatatkan jodoh kita bersama,
Kita tetap takkan bersama,
Jika ada jalan lain yang kau pilih selain aku,
Pergilah,
Aku redha,
Dan aku yakin,
Jika tertulis bukan jodoh kita untuk bersama,
Dia telah menggantikan yang lebih baik untukku,
Dan untuk dirimu, Adam...


Saturday, 29 September 2012

Untuk Kite2 Aje... ^^

Assalamualaikum w.b.t



Ok, 1st skali nk ckp entri ni masih lg ada kaitan dgn Korea. Hahaha.. Sukeeeeeeee Korea sgt2!! Ibu dgn abah pun dah t'jangkit perangai suka tgk citer2 Korea. Blk keje mlm2 tgk ibu dgn abah tgh dok lepak dpn tv layan citer Korea kat Astro. Bagus2. Ni baru la namanya ibu bapa yg tak henti2 m'beri sokongan. Hahaha..

Balik Korea terus demam! Nasib baik tak teruk. Kalau budak2 kecik demam org tua2 kata maybe nk tumbuh gigi, sy ni plak demam sebab nk pandai cakap Korea kot! Hua3.. ;P

Just a simple entry. Nak cakap rindu benda2 yg kita dah buat sesama kat sana! ^^


  • makan kebab.
  • makan aiskrim. 
  • cari kangkung kat supermarket tgh2 Seoul sbb nk buat kangkung goreng belacan.
  • tgk iklan2 plastic surgery lps tu masing2 pasang niat nk buat jugak. 
  • naik subway bwk kuali & senduk. Zahidah bwk telur ayam ala2 hantaran.
  • ketuk pintu pagi2 suruh bgn buat breakfast sesama.
  • fikir menu mcm fikir jawapan exam.
  • masak sesama. 
  • shopping barang2 dapur sesama.
  • separa sesat semata2 nk cari E-Mart supermarket.
  • nk cari rice cooker sampai t'keluar nama "Kencana Dewi". ;P
  • kes Daus yg mintak kena cubit dgn Halim. ;)
  • buat padlock kat Seoul Tower & rosakkan padlock org lain. ;p
  • toilet tukar jd "Twilight".
  • & bahan-membahan sesama sendiri. Esp. Daus yg selalu kena bahan! Hua3..

 it's about FRIENDSHIP.. ^^

rewang..masak-memasak sesuka hati sesedap rasa..
pic : credit to adik Daus! ;)

banana oyu..thanks to Halim as a tok ketua rombongan sbb belanja kitorang benda ni! air ni sedap, tp sbb org yg belanja, lg tambah10x lah sedapnye.... hahahaha ;P
pic : kredit to Lee Jay Da ;)

 ...Lee Jay Da & Khun Pi Ka..  ^^

US! ^^

Zahidah,
Aku harap kau happy la bila aku dah bwk jln2 ni..[ehhhh??? hahaha]. Jgn sedih2 ek tak dpt jumpa Minki. Nanti2 kita g sana lagi & aku harap time tu nenek dia dah meninggal, so bleh lah kau dating dgn dia. Hahahahaha... :P Jumpa time konvo nanti! ;)

Halim,
Thanks for everything. Banyak kot yg awk dah tlg kitorang. Seronok join trip ni. You did your job very well!! Utk next trip nnt kitorang undi awk jd tok ketua rombongan lg. Hahaha.. Kalau harga tiket tetiba murah utk bln April ni, sy nk join lg tau! Ngeeee.. :D

Daus,
Best kot dpt kenal dgn kau. Tak sangka kau ni jenis sengal. Hahaha.. Anyhow, sorry tau kalau akak ada buat kau kecik hati ke, terasa ke. Akak memang suka membahan adik2 akak, tp akak tak ada adik lelaki. So, akak anggap kau mcm adik akak sendiri. Sebab tu akak suka bahan kau. "Kencana" kan??? Hahahaha.. ;P [kau jgn nangis plak baca mende ni!hahaha..] 

Banyak sgt benda yg jd sampai dah tak ingat dah! Kalau duduk sorg2 & tetiba teringat sume benda ni, mst sy gelak sorg2. Best gila travel dgn korg. Nak sgt2 jln2 dgn korg lagi sebab korang best. Nanti kita jln2 sesama lg ek! Janji tau! Tau! Tau!!! :)


p/s : kalau free, meh r dtg kuala..nnt I bwk uollsss sume g tempat kelip2 yg selalu jd model iklan TNB time raya tu!hahaha..kalau nak laaa, kalau tak nak tak pe, tak kecik hati pun.... ;P