Friday, 3 February 2012

CERPEN : Jangan Tunggu Lama-lama



“KAU usha siapa, Fal?” soal Hazziq. Sejak tadi Naufal, rakan baiknya itu memerhatikan sekumpulan pelajar-pelajar perempuan yang duduk di pondok yang bertentangan dengan pondok mereka.

                “ Mana ada aku usha sesiapa. Kan aku tengah buat revision ni,” ujar Naufal cuba 
menyembunyikan kebenaran. Padahal memang tepat tekaan sahabatnya tadi. Naufal asyik memerhatikan kumpulan pelajar yang terdiri daripada tida orang gadis itu.

                “ Yelah tu buat revision. Mata aku tengok tadi asyik mengusha awek je. Buku pun terbalik. Buat revision apa nya?” balas Haziq. Naufal memerhatikan bukunya. Benar, terbalik keadaan bukunya. Benar kata orang, jika kita terlalu ralit memandang sesuatu, kadang kala segala tindak tanduk kita berada diluar kawalan.

                “ Sah! Budak Naufal ni berangan. Tidak syak lagi!” sampuk Fitri pula yang sedari tadi memerhatikan gelagat dua orang sahabatnya itu.

                “ Berangan sambil mengusha awek. Pak romeo dah mula jalankan operasi!” Haziq menambah. Dia dan Fitri sama-sama ketawa.

                “ Kau berkenan dekat yang mana satu, Fal? Bagitahu kat kitorang. Nanti kitorang adjust untuk kau,” Fitri masih lagi terus mengusik. Haziq terus ketawa. Tawanya tidak dapat ditahan melihat sahabat lamanya itu terus di‘bahan’. Wajah Naufal berubah kemerah-merahan, malu di diusik begitu.

                “ Dah. Pandai je korang cari modal nak bahan aku ye! Dah..dah. Study,” ujar Naufal yang semakin malas melayan dua orang sahabatnya yang ‘pelik’ itu.

                Naufal dan Haziq sudah berkawan baik sejak di zaman sekolah. Mereka merupakan sahabat yang sangat rapat. Mungkin kerana tempat asal mereka juga hampir antara satu sama lain. Fitri pula adalah kawan sefakulti Naufal yang memang sekepala dengan mereka. Jadi tidak hairanlah jikan mereka dilihat seperti adik-beradik yang sangat rapat bila bersama.

***
AMNA merenung titis-titis air hujan yang jatuh dari bumbung biliknya. Merenung sesuatu yang mengasyikkan seperti itu seolah-olah memberi ketenangan.

                “ Ni tak ada lain, berangan ingat boyfriend lama lah tu,” tegur Aliya yang baru selesai menunaikan membersihkan diri. Lamunan Aliya terhenti. Segera dia menoleh teman rapatnya itu.

                “ Tak adalah. Pandai-pandai je kau ni,” balas Amna. Hakikat sebenar memang dia sedang memikirkan bekas teman lelakinya itu. Amna ditinggalkan kira-kira enam bulan yang lalu. Masih segar diingatannya, disaat dia berperang dengan peperiksaan akhir semester, bekas teman lelakinya menghantar khabar bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya. Ketika itu tidak ada sedikit usaha pun yang ditunjukkan oleh lelaki itu untuk mempertahankan cinta yang telah dibinanya bersama  Amna yang hampir berusia tiga tahun. Akhirnya Amna mengalah. Amna percaya mungkin ada yang lebih baik untuknya.

                “ Tak payah ingatlah lelaki macam tu, Amna. Ramai lagi menunggu kau kat luar sana. Kau je yang tak perasan,” sambung Aliya sambil tangannya pantas mengeringkan rambutnya yang basah. Aliya seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan diri. Dua perkata ini sentiasa dipandang berat. Oleh itu, tidak hairanlah jika biliknya sentiasa bersih dan dia serta dua rakan sebiliknya jarang mendapat sebarang jangkitan penyakit.

                “ Thirah mana? Dari tadi tak nampak pun,” soal Amna, sengaja ingin mengubah topik perbualan mereka.

                “ Library. Siapkan assignment. Esok dah nak kena submit. Thirah kan suka buat assigment last minute,” jawab Aliya bersahaja. Tapi jika diperhatikan, memang benar kata-kata Aliya. Seorang lagi rakan sebilik mereka yang bernama Athirah gemar melakukan setiap tugasan disaat-saat akhir. Ini kerana Athirah seorang yang  agak aktif dengan program-program di fakulti. Tetapi walaupun begitu, Athirah merupaka seorang pelajar yang bijak. Sudah tiga kali dia tersenarai antara sepuluh orang pelajar yang mendapat pointer tertinggi setiap peperiksaan.

                “ Suka buat kerja last minute pun selalu dapat dean list. Thirah tu pakai bomoh ke?” gurau Amna. Mereka sama-sama ketawa. Tapi memang diakui, Aliya dan Amna masing-masing mengagumi kehebatan Athirah yang dianggap pelajar luar biasa itu.

                “ Kau tak lapar ke, Amna? Jom makan. Daripada pagi tadi aku tak makan, sibuk dengan kelas,”

                “ Nanti aku try call Thirah. Tanya dia dah makan ke belum. Boleh kita makan sekali,” cadang Amna. Pantas Aliya mengangguk setuju.

***
“ RAJIN betul best student kita ni,” usik Haziq tatkala bertemu dengan Athirah di perpustakaan. Mereka berdua agak rapat walaupun hanya berkenalan ketika sama-sama di universiti. Mungkin kerana Haziq juga merupaka salah seorang exco persatuan mahasiswa fakulti bersama-sama dengan Athirah.

                “ Kena lah rajin. Esok ada assignment submission,” jawab Athirah, ringkas. Jari-jemarinya masih panntas menekan papan kekunci komputer ribanya.

                “ Kau dari mana ni?” soal Athirah.
                “ Aku nak pulangkan buku. Baru perasan buku library bertimbun kat bilik aku. Sebab tu datang pulangkan,”

                “ Kau seorang je? Mana kawan kau yang lagi dua orang tu?”

                “ Diorang pergi main bola. Eh, sejak bila kau rajin tanya pasal kawan-kawan aku yang dua orang tu? Haaa, kau suka kat diorang ye?” Haziq tidak habis-habis mengusik. Athirah menghentikan kerjanya. Dia memandang Haziq dengan pandangan pelik.

                “ Tanya pun salah ke?”

                “ Tak ada lah salah. Tapi macam pelik lah. Kau suka kat siapa? Naufal atau Fitri? Dua-dua single lagi. Kalau kau nak, aku boleh tolong jd orang tengah,” semakin galak Haziq mengusik gadis itu. Tawa kecil kedengaran dihujung bicaranya.

                “ Ada hati nak jadi orang tengah, diri sendiri pun tak laku,” balas Athirah, selamba. Dia tersenyum sendiri. Seronok dapat membalas kata-kata Haziq.

                “ Bukan tak laku, aku memang jenis memilih,” Haziq tidak mahu mengalah. Akhirnya tawa mereka terhambur bersama.

                “ Eh, Thirah. Siapa nama kawan kau yang selalu dengan kau tu?” Haziq cuba mengumpan. Tatkala ini dia tiba-tiba teringat kepada Naufal yang dilihat selalu memerhatikan gadis yang selalu bersama Athirah.

                “ Yang mana satu?”

                “ Budak yang selalu pakai tudung lilit-lilit tu,”. Athirah mula berfikir. Mungkinkah Amna kerana Aliya hanya berpenampilan sederhana.
                “ Amna?”

                “ Yang selalu bawa fail warna merah?”. Athirah mengangguk. Athirah yakin, lelaki di hadapannya sedang bertanya tentang Amna.

                “ Apa nama penuh dia?”

                “ Amna Nazirah. Kenapa tanya-tanya ni? Kau berkenan dengan dia ke?” Athirah menduga. Dia senyum sinis.

                “ Eh, sorry sikit. Bukan aku, tapi kawan aku,” jawab Haziq, jujur.

                “ Kawan kau yang mana satu?” Athirah terus bertanya. Lagaknya seperti seorang penyiasat.

                “ Naufal,”

                “ Naufal? Budak bussiness tu?”. Haziq mengangguk tanda mengiyakan.

                “ So, kau nak aku jadi orang tengah ke?” soal Athirah. Mungkin Haziq ingin meminta bantuannya.

                “ Tak apa lah. Aku saja je nak tau pasal Amna tu. Biarlah si Naufal tu yang cakap sendiri,” jawab Haziq. Athirah mengangguk bersetuju.

                “ Satu lagi, kau suruh Naufal tu cepat sikit masuk jarum. Amna tu baru putus cinta. Mana tahu ada rezeki. Budak lawa macam tu berebut orang nak,” sempat Athirah memberikan kata-kata nasihat. Ini adalah maklumat berharga yang patut Haziq sampaikan kepada Naufal. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu Naufal meluahkan rasa hatinya.

***

FITRI asyik memetik gitarnya. Lagu “Permaisuri” nyanyian asal kumpulan yang popular sekitan 1990-an, Indigo sering menjadi lagu pilihan mereka bertiga. Entah apa yang istimewa dengan lagu tersebut, hanya mereka yang tahu.           

“ Dah lima semester kita menyanyi lagu ni, permaisurinya tak ada juga,” ujar Fitri sengaja membuka topik perbualan.

                “ Dah kau tak cari, mana nak jumpa,” balas Naufal, bersahaja.

                “ Betul tu. Kau kena lah cari, Fitri. Kau ingat perempuan datang terbang melayang-layang kat kau?” sampuk Haziq. Sememangnya Haziq terkenal dengan sikap loyar buruknya.

                “ Siapalah nak kat aku ni? Bukannya handsome macam Aaron Aziz,” jawab Fitri, berjenaka. Jari-jemarinya masih memetik tali-tali gitarnya.

                “ Aaron Aziz tu pakai make-up tebal. Kalau kau pakai make-up tebal-tebal, lepas tu kau duduk sebelah Aaron Aziz. Silap-silap orang tak boleh beza mana satu kau, mana satu Aaron Aziz!”balas Naufal, sengaja mengusik sahabatnya. Haziq juga ketawa besar. Mana mungkin sahabatnya Fitri dapat disamakan dengan pelakon kacak dari Singapura itu.

                “ Hampeh betul korang! Terang-terang mengata aku!” ujar Fitri separa geram. Dia menolak perlahan dua orang sahabatnya dengan gitar yang ada ditangannya.

                “ Rilex la, Fitri. Gurau je. Alah, tak payah risau lah. Kita semua ada jodohnya. Cuma tak tahu dengan siapa je,” kata Naufal seolah-olah memujuk kembali Fitri.

                “ Betul tu. Macam Naufal dengan Amna,” ujar Haziq tiba-tiba.

                “ Amna? Siapa Amna?” soal Fitri, pelik. Tidak pernah dia mendengar nama gadis itu sebelum ini.

                “ Err.. Amna, budak akaun tu,” perlahan Naufal bersuara.

                “ Eh, kau tahu nama dia? Ni betul-betul stalker ni!” usik Haziq lagi. Naufal sedikit malu. Wajahnya berubah menjadi kemerah-merahan.

                “ Siapa Amna? Aku tak kenal pun,” Fitri masih lagi belum mendapatkan jawapan.

                “ Amna tu budak yang selalu Naufal usha. Dia kawan kepada kawan aku, Athirah. Budak Geologi. Kau kenal dia?”

                “ Yang selalu berkepit dengan Aliya exco anak Perak tu ke?” soal Fitri mendapatkan kepastian. Haziq mengangguk mengiyakan.

                “ Tapi Fal, aku baru dapat tahu si Amna tu baru putus cinta. So, kalau kau nak masuk jarum, aku rasa ni lah masanya,” Haziq terus beralih kepada Naufal yang tiba-tiba membisu dari tadi.

                “ Mana kau tahu?” soal Naufal, hairan. Pelik bila sahabatnya lebih tahu tentang gadis pujaannya berbanding dirinya sendiri.

                “ Kau ingat kau seorang boleh jadi stalker? Aku pun stalker juga!” jawab Haziq selamba.

                “ Kalau macam tu, apa lagi Fal? Just grab the chance and create the opportunity. Peluang Naufal, peluang!” kata Fitri. Naufal hanya diam. Dia hanya tersenyum. Tidak tahu harus berkata apa.

                “ Dah, tak payah nak senyum-senyum. Aku tengok kau ni pun makin lama makin parah. Esok-esok kalau kau jumpa dia, kau terus cakap nak berkawan. Lepas tu cakap aku suka kat dia. Okey?” ujar Haziq seolah seoranf ketua pasukan sedang memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

***

AMNA, ATHIRAH DAN ALIYA masing-masing sibuk menyiapkan tugasan di perpustakaan. Masing-masing kelihatan asyik memandang skrin komputer riba masing-masing. Khusyuknya mereka sehingga tidak menyedari bahawa tiga lelaki sedang datang menghampiri meja mereka.

                “ Khusyuknya Thirah. Berkerut-kerut dahi nak siapkan assignment,” usik Haziq yang baru sampai disitu. Naufal dan Fitri berdiri di kiri dan kanan Haziq.

                “ Hai, siap ada body guard datang library. Dahsyat kau, Haziq,” sindir Athirah setelah melihat Naufal dan Fitri yang berdiri seperti pengawal keselamatan di sebelah Haziq. Aliya dan Amna turut sama memandang mereka.

                “ Eh, biasa lah. Thirah, kau kata nak tunjukkan aku buku yang Dr. Halim suruh cari tu. Jomlah kita cari sekarang,” ujar Haziq.

                “ Buku? Buku apa?” Athirah menyoal. Pelik. Setahunya dia tidak pernah berjanji apa-apa dengan lelaki itu.

                Haziq bermain isyarat mata dengan Athirah. Dia sengaja mengajak Athirah beredar dari situ agar Naufal boleh duduk berkenal-kenalan dengan Amna. Akhirnya Athirah memahami kehendak Haziq.

                “ Amna, aku nak ke belakang sekejap. Nak tunjukkan buku kat kawan aku ni. Nanti aku datang balik ye. Jom Liya,” pantas Athirah menarik tangan Aliya tetapi ditahan oleh Amna.

                “ Tapi kenapa nak bawa Liya?” soal Amna.

                “ Liya pun nak cari buku juga. Kan Liya kan?” Athirah cuba berdrama. Matanya bermain bahasa isyarat kepada Aliya. Akhirnya Aliya menangguk. Mereka berempat berlalu dan meninggalkan Naufal dan Amna di situ.

                “ Erm...boleh duduk?” Naufal memulakan bicara setelah rakan-rakannya yang lain meninggalkan mereka. Amna tersenyum lalu mempersilakan lelaki itu duduk.

                “ Err..Amna kan?” Naufal cuba memberanikan diri memulakan perbualan.

                “ Macam mana awak tahu nama saya?” soal Amna, pelik. Seingat Amna dia hanya pernah melihat lelaki yang berada di hadapannya itu tetapi belum pernah berbual bersama.

                “ Errr..kawan awak, Athirah tu kawan kepada kawan saya, Haziq. So, dia pernah bercerita tentang awak,”

                “ Really? Cerita tentang apa?” Amna menunjukkan minat ingin tahu. Lama-kelamaan perbualan mereka menjadi rancak. Dari satu topik ke satu topik dibincangkan. Naufal juga nampaknya tidak kekok untuk bercerita dan Amna pula merupakan pendengar yang setia. Oleh kerana mereka berdua berada dibawah fakulti yang sama, oleh itu ada juga perkara yang dapat dijadikan modal untuk dibualkan.

***

“AMNA, petang ni jom main badminton,” cadang Aliya. Dari tadi dia membelek raket Yonnex kesayangannya itu.

                “ Petang ni tak boleh lah, Liya. Aku ada hal dengan Naufal,” jawab Amna.

                “ Dating ye?” duga Aliya. Sengaja dia ingin melihat reaksi sahabatnya.

                “ Ish, tak ada lah. Naufal ajak keluar. Katanya nak beli buku,”

                “ Oh..okeylah kalau macam tu. Eh, Amna. Sejak bila kau rapat dengan dia ni ek?” Aliya cuba memancing lagi.

                “ Baru ni je. Dia selalu mesej-mesej aku. Seronok berkawan dengan dia,” jujur Amna. Senyuman juga terlukis dibibirnya.

                “ Kau suka dia ye?” pantas Aliya menyoal.

                “ Tak adalah. Kitorang kawan je lah. Kawan biasa-biasa. Macam kawan-kawan yang lain,”

                “ Yeke? Tapi kenapa dia tak ajak kawan-kawan dia temankan dia pergi beli buku tu? Kenapa dia ajak kau?” Aliya terus-terusan menyoal.

                “ Fitri ada latihan futsal. Haziq pula ada kelas sampai malam. So, dia ajaklah aku,” ringkas jawapan Amna. Aliya mengangguk faham.

                “ Kau nak ikut sekali?” pelawa Amna.

                “ Tak apalah. Aku malas nak bersiap lawa-lawa. Kau pergi je lah ye,” ujar Aliya. Dia tidak mahu mengganggu privasi sahabatnya.

                “ Betul? Kau tak nak pergi tengok-tengok buku? Aku dengar sekarang MPH tengah buat sale,” Amna cuba mengajak sekali lagi.

                “ Tak apa lah. Nanti aku pergi dengan Thirah. Dia cakap hari tu dia pun nak cari novel,”

                “ Okeylah kalau macam tu. Tapi kalau korang nak apa-apa, mesej aku je nanti ye,” pesan Amna. Aliya hanya mengangguk faham.

***

“SEJAK berkawan dengan Amna ni, susah betul aku nak tengok kau lekat kat bilik,” ujar Fitri tatkala melihat Naufal sedang bersiap-siap untuk keluar. Haziq yang turut berada disitu hanya memerhatikan.

                “ Mana ada. Kau ni pandai-pandai je,” Naufal menyangkal. Namun hatinya sering berbunga bila nama gadis pujaannya itu menjadi sebutan.

                “ Hari ni kau nak dating kat mana pula?” soal Fitri lagi.

                “ Bukan dating lah. Amna minta aku temankan dia survey laptop untuk adik dia. Pergi naik kereta, senang sikit daripada naik public transport,” jawab Naufal sambil menyarung T-shirt berjenama Jeep ke tubuhnya.

                “ Amboi, kalau Amna minta temankan survey laptop, cepat je kau ye! Kalau aku minta tolong kau hantarkan aku pergi mana-mana, bukan main banyak lagi alasan kau,” sindir Fitri. Naufal hanya ketawa.

                “ Eh, tapi kenapa dia tak ajak Thirah je? Thirah tu kan roomate dia. Thirah tu pun ada kereta juga,” soal Haziq yang tiba-tiba teringat kepada rakan fakultinya itu.

                “ Amna kata Thirah busy. Dia ada kerja kat luar. So, tak boleh temankan,” ringkas jawapan Naufal.

                “ Yelah tu. Betul-betul busy atau buat-buat busy?” Fitri tidak habis-habis mengusik.

                “ Dah alang-alang kau dah usung dia ke sana ke sini, kau dah bagitahu dia ke belum kau suka dia ni?” Haziq ingin tahu. Fitri juga turut sama memeberikan perhatian, tak sabar menunggu jawapan Naufal.

                “ Belum lagi. Aku tak berani lah, “ kata Naufal, jujur.

                “ Sampai bila? Baik cakap sebelum melepas. Nanti kau juga yang gigit jari,” Fitri menyampuk. Naufal hanya tersenyum. Tidak tahu harus berkata apa.

                “ Tak kisahlah, Fal. Yang penting kau jaga Amna tu baik-baik. Ni kau nak keluar bawa anak dara orang ni,” kata Haziq sekadar menasihati.

                “ Ye, aku tahu lah. Jangan risau, aku tahu lah nak jaga Amna tu,” jawab Naufal. Dia terus mencapai kunci kereta dan berlalu meninggalkan dua sahabatnya.

***

SETAHUN berlalu. Hubungan antara Amna dan Naufal masih berada di tahap yang sama. Tiada sebarang kata cinta yang diungkapkan oleh Naufal untuk meraih cinta gadis yang bernama Amna sedangkan Amna juga sebenarnya menunggu perkara yang sama. Namun, seperti apa yang pernah dikatakan oleh Athirah kepada Haziq, Amna sentiasa menjadi perhatian jejaka kerana keayuan wajahnya. Jika Naufal lambat untuk menambat hati Amna, alamatnya laluan Naufal untuk mendapatkan Amna semakin sukar.

                Baru-baru ini Amna mengkhabarkan kepada dua orang sahabatnya tentang seorang jejaka yang ingin berkenalan dan menjalinkan hubungan serius dengannya. Melihat kesungguhan lelaki itu, Amna bersetuju memberikan peluang kepada lelaki tersebut walaupun jauh di sudut hati sebenarnya dia menunggu Naufal untuk mengungkapkan kata cinta kepadanya terlebih dahulu. Namun, sikap berdiam diri Naufal menyebabkan Amna berasa seolah-olah dia hanya menanti buah yang tidak akan gugur.

                “ So, sekarang kau memang dah serius dengan Safwan tu?” soal Aliya ketika mereka bertiga  bersama-sama duduk semeja menikmati makan malam di cafe kolej kediaman. Amna hanya mengangguk. Senyuman terukir di bibirnya.

                “ Habis tu, macam mana dengan Naufal?” soal Aliya lagi.

                “ Kau tak ada apa-apa perasaan pada Naufal ke, Amna?” soal Athirah pula menginginkan kepastian.

                “ Aku dengan Naufal berkawan je. Lagipun Naufal tak cakap apa-apa pun kat aku. Dia tak pernah tunjuk pun yang dia suka kat aku,” jawab Amna. Aliya dan Athirah berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu hakikat sebenar bahawa sememangnya Naufal menyukai Amna.

                “ So, sekarang kau dengan Naufal macam mana? Dia tahu tentang kau dengan Safwan?” Aliya terus bertanya.

                “ Belum lagi. Nanti aku bagitahu dia,” ringkas jawapan Amna.

                “ Bagitahu dia cepat, Amna. Sebelum dia fikir apa-apa tentang yang tak baik tentang kau. Yelah, korang kan rapat. Nanti dia ingat kau jenis yang suka melayan lelaki pula,” kata Athirah. Sejujurnya dia tidak pelik apabila mendapat tahu Naufal gagal memiliki hati Amna kerana menurut cerita yang pernah diceritakan oleh Haziq, Naufal terlalu teragak-agak untuk meluahkan perasaannya. Jadi mungkin kerana sikap terlalu berhati-hati Naufal ini akhirnyanya menjerat dirinya sendiri.

***

“ SIAPA pula Safwan tu? Potong line betul lah!,” kata Haziq tatkala dia menerima khabar tentang lelaki itu daripada Athirah.

                “ Budak tahun akhir komunikasi media,” jawab Athirah.

                “ Kau tak bagitahu Naufal apa yang aku bagitahu kau dulu ke?” soal Athirah. Dia cuba mengingatkan Haziq kembali tentang apa yang pernah dikatakan tentang Amna yang selalu menjadi rebutan ramai suatu masa dahulu.

                “ Dah berbuih mulut aku bagitahu Naufal tu, tapi dia degil. Malu tak habis-habis,” omel Haziq. Athirah hanya mengeluh berat. Tidak tahu bagaimana ingin membantu lagi.

                “ Sembang apa ni? Bukan main lagi,” ujar Naufal yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Haziq dan Athirah sama-sama menoleh.

                “ Kau dari mana ni? Tiba-tiba je muncul,” soal Haziq. Soalan Naufal dibiarkan tanpa jawapan.

                “ Aku jumpa kawan aku kat kafe tadi. Eh, Thirah. Malam ni Amna free tak? Nak ajak dia keluar dinner,”. Berseri-seri wajah Naufal setiap kali dia berbicara tentang gadis kecil molek itu.

                “ Kalau tak silap Amna ada bagitahu dia ada janji dengan Safwan malam ni,” jawab Athirah, jujur.

                “ Safwan? Siapa Safwan?” soal Naufal, pelik. Wajah cerianya bertukar suram. Dia memandang wajah Athirah menantikan jawapan gadis itu.

                “ Boyfriend Amna. Diorang baru declare couple minggu lepas,” jawab Athirah lagi. Sejujurnya dia tidak sampai hati memberitahu Naufal tentang perkara ini, namun apa yang boleh dia lakukan lagi. Ini adalah kenyataan.

                “ Daripada dulu kitorang suruh kau cakap dengan Amna yang kau ada hati dengan dia. Dah setahun korang berkawan. Tapi kau degil. Kenyataannya sekarang, Amna dah ada orang lain. Aku tak tahu apa yang perlu aku cakap kat kau lagi. Aku harap kau sabar je lah ye,” ujar Haziq pula. Dia tahu perasaan Naufal yang sedang bergelodak di dalam dada sahabatnya itu namun itulah hakikat yang perlu dia lalui.

                “ Eh, tak apa lah. Aku okey je. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” kata Naufal cuba memujuk hati sendiri. Bibirnya mengukir senyuman paksa untuk menyembunyikan sedih yang sedang bertamu dihatinya. Amna gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya, namun kini melepaskan Amna bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya.

                “ Sabar ye, Naufal. InsyaAllah, kau akan jumpa yang lebih baik dari dia,” Athirah pula bersuara.

                Naufal hanya tersenyum. Untuk seketika dia merasakan lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia tahu ini semua salahnya. Jika dia mengikut nasihat sahabat-sahabatnya, pasti perkara seperti ini tidak akan terjadi.

***

KINI sudah dua tahun mereka meninggalkan zaman kampus. Masing-masing sudah berkerjaya. Meninggalkan kampus yang menjadi tempat persemadian kenangan-kenangan manis antara rakan-rakan seperjuangan bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, cita-cita perlu terus diburu agar dapat menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

                Majlis perkahwinan Amna dan Safwan berlangsung meriah. Kedua-dua mempelai mengenakan busana pengantin bertemakan warna putih dan merah menampakkan mereka sebagai pasangan yang sangat sepadan. Amna yang bergaun labuh bersalut manik-manik berwarna menarik serta bertudung menonjolkan lagi keayuan wajahnya.

                “ Selamat pengantin baru, Amna! Tak sangka antara kita, jodoh kau yang sampai dulu,” kata Aliya mereka bertemu.  Hadiah di tangan Aliya bertukar tangan.

                “ Selamat pengantin baru juga, Amna. Bestfriend aku dah jadi isteri orang!” ujar Athirah pula. Hadiah ditangannya juga dihulurkan kepada Amna.

                “ Terima kasih. Tak sangka korang sudi datang Melaka untuk majlis aku. Terima kasih sangat-sangat,” balas Amna. Dia terharu apabila rakan-rakannya sudi bertandang meraikan hari bahagianya.

                “ Selamat pengantin baru, Amna. Hidup dah berubah sekarang, dah jadi isteri orang,” ucap Haziq pula yang dari tadi sibuk dengan kamera DSLR Nikon kesayangannya merakam detik bersejarah bagi pasangan mempelai itu.

                “ Terima kasih, Haziq,”

                “ Selamat pengantin baru juga, Amna. Semoga jadi isteri yang solehah untuk Safwan,” giliran Fitri pula berbicara.

                “ Terima kasih, Fitri. Dengar cerita tak lama lagi giliran kau pula. Harap-harap jodoh kau dengan Husna kekal hingga ke jinjang pelamin,” balas Amna. Fitri hanya tersenyum. Ya, dia juga sedang menanti hari bahagianya. Hanya tinggal kira-kira lima bulan lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunang tersayang, Husna yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

                “ Tahniah, Amna. Semoga jadi isteri yang baik dan bidadari syurga untuk Safwan nanti,” ujar Naufal. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman. Mungkin dia juga dapat merasai kebahagiaan dan keceriaan yang dilalui oleh wanita yang pernah ada dihatinya suatu ketika dahulu.

                “ Terima kasih, Naufal. Sudi juga datang majlis ni walaupun dari jauh,” ujar Amna, menghargai.

                “ Untuk Amna, walaupun Naufal ni ada kat Kutub Utara sekalipun, dia sanggup balik!” usik Fitri.

                “ Tu lah, orang suruh luahkan dulu, tak nak. Kan dah melepas,” sambung Haziq pula.

                “ Dulu tak berani. Tak sangka pula betul-betul melepas,” jawab Naufal, selamba. Hakikatnya wajahnya semakin kemerah-merahan bila diusik teman-temannya.

                “ Tu lah orang cakap, “Jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..”,

                “ Dia diambil orang..!” Fitri, Athirah, dan Aliya sama-sama menyambung kata-kata Haziq. Semakin seronok mereka mengusik Naufal.

                “ Tak apa lah, Naufal. Bunga bukan sekuntum kan? InsyaAllah ada yang lebih baik yang menunggu,” kata Amna. Dia tersenyum. Naufal juga turut tersenyum.

                Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Sibuk memikirkan soal kerjaya, jodoh dan keluarga. Namun sesibuk mana pun mereka, persahabatan yang dibina utuh tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. 





p/s : Kalau suka, cakap suka..nanti melepas, padan muka! ;) 

Sunday, 29 January 2012

Izinkan aku mem'block' fb mu..!


Assalamualaikum..

Saya ada satu cerita nak share. Saya tahu facebook adalah laman sosial yg boleh menghubungkan kita dgn semua org. Tapi satu benda yg saya PALING TAK SUKA ialah bila org gunakan laman-laman sosial mcm facebook & twitter ni utk cari pasal dgn org. Kata nak berkawan, so, berkawan je lah. Tak perlu nak mencari masalah dgn org lain.



Okey, actually citer ni ada kaitan dgn saya. Baru-baru ni saya telah mem‘block’ seseorang dgn jayanya! [tahniah kpd diri sendiri..] Saya buat mcm tu sbb saya rasa dia memang patut kena block! Bermula apabila seorang lelaki meminta saya utk approve dia sbg kwn kat facebook. Mula2 mcm 50-50 nak approve @ tak sebab saya langsung tak kenal dia. Dan saya memang tidak akan approve mana2 friend request dari individu yg saya betul2 tak kenal utk memastikan perkara2 privacy saya terjaga.  Tapi lama-lama saya tgk boleh kata hampir semua kwn sekolah lama saya termasuk kakak saya sendiri merupakan mutual friends dia, akhirnya saya approve juga. Mungkin someone yang saya pernah kenal masa sekolah dulu tapi tak berapa nak ingat sekarang sebab yelah makin lama kwn kita makin ramai. Mula2 ok, mcm biasa je. Saya dgn dia tak ada sebarang masalah sbb masing2 buat hal masing2. Tapi lama2 dia mcm mula mengacau saya. Selalu PM saya kat fb dan saya tak pernah layan sebab tak kenal. Maaf kalau saya kata semua mesej2 yg dia hantar semuanya entah apa2 dan tak perlukan layanan pun. Mesej nak berkenalan, tanya hal peribadi saya. Yelah, saya rasa semua org akan buat mcm tu pada org yg kita tak kenal. Benda yg sama berulang agak lama.

Suatu hari saya bercerita dgn kwn sekolah lama saya & cuba menyiasat siapa lelaki ini sebenarnya. [ala2 Detective Conan gitu..] Akhirnya kwn sekolah lama saya menceritakan bahawa dia turut mengenali lelaki ini dan lelaki ini pernah cuba untuk mempermainkan kwn seuniversiti dgn kwn saya ini. Saya dpt mengagak jenis lelaki seperti ini. Saya cuba biarkan dia terus  menghantar mesej2 kpd saya kerana saya ingin lihat sejauh mana tahap ke‘senget’an dia. Tapi lama2, mungkin kerana terlalu bosan dgn mesej2 sendiri, akhirnya dia mula mengatakan saya sombong, memilih kawan, mula mencaci saya dan macam2 lagi yg membuatkan saya panas hati dan ingin membuka langkah silat! [over...!] Ini semua kerana saya tak pernah layan mesej2 dia. Saya rasa ini bukan salah saya. Saya nak berkawan dgn siapa, itu hak saya. Dan dia sepatutnya kena faham yg saya LANGSUNG TAK KENAL dia! Jika mesej2 yg dihantar mungkin mempunyai mesej berguna @ apa2 perkongsian, saya sgt2 menghargainya dan rasanya tak timbul masalah “tidak selesa” utk berkawan disini. Jadi, bila saya rasa dia mula berperangai lebih pelik, saya perlu membuang dia dari friend list saya tanpa ragu2 sbb saya rasa dia langsung tak mendatangkan apa2 faedah kpd saya.

Mungkin akan ada org yg mengatakan saya sombong @ menjual mahal @ berlagak @ apa2 je la, tp saya rasa sesiapa pun takkan selesa kalau org yg kita tak tahu asal usul tiba2 nak tahu hal peribadi kita. So, kesimpulannya, mem‘block’ adalah yg terbaik!

p/s : Lain kali perangai biaq elok sket naaa.......



Sunday, 22 January 2012

masa depan yg betul2 depan.. ;)


Assalamualaikum..

Lama tak update blog, busy dgn final exam. Habis exam, siapkan bahagian2 tesis yg perlu siap utk sem ni, movie & korean drama marathon [ni namanye lepas gian! :P] & balik Kuala Selangor. Semester break for a month. So, nak buat mcm2 time cuti nih! J

Tapi cuti2 sem ni lah ramai kwn2 saya yg akan bertukar status. Yang single, naik pangkat sket jd tunang orang. Yang cik, naik sket jd puan. Kerja saya tak lain dan tak bukan hanyalah memenuhi undangan mereka. Alhamdulillah, setakat ni kalau ada jemputan, insyaAllah saya pergi. Lagipun hukum memenuhi jemputan tu kan wajib selagi majlis tu tidak berunsurkan maksiat. Lagi2 jemputan drpd kwn2 sendiri, of course la kena pergi kan?? Yelah, org kata raikan majlis bahagia org lain. [entah bila laah org nk raikan hari bahagia sy plak kan??hahahaha *just wondering! :P]


Maybe kali ni entri sy lebih kpd isu kahwin2 ni. Semalam pun br tgk Ally Iskandar & Farah Lee kahwin. Happy je diorang. [admire Ally Iskandar tu dr kecik kot!!hahahaaha]. Tahun ni jika dipnjngkan umur, sy akan menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 23 tahun pada 25 November nanti. Hahaha, umur dah 23 tahun, kalau ikutkan ‘tradisi’ abang & kakak2 sy umur 23 tahun diorang dah ada calon dah weyhh!! But me?? I’m still single and available..ha..ha..ha.....[gelak sket2 je]. Baru2 ni saya dikhabarkan oleh classmate merangkap kwn baik saya bahawasanya beliau sudah ada calon dan lelaki itu hanya menunggu masa utk masuk meminang beliau!! Perghh..ini sudah tidak betul!! Mcm mana kwn baik saya boleh ada calon dulu sdgkan saya masih solo? Kan kita dah janji dulu nak cari calon sama2. Tak nak kwn lah mcm nih!! Hahahaha.. Just kidding! :p Whatever it is, I’m happy for her. [ikhlas nih!!tak tipu..! *sambil lap2 airmata.. :P]

But, what about me?? Saya bukan tak mencari. Tipu lah kalau saya kata saya tak pernah ada perasaan utk menyayangi dan disayangi. Itu fitrah. Tapi, apabila saya renungkan semula, pd umur sekarang bkn masa utk main2 lg. Yes, it’s to early for me to talking about married but umur kita semakin hari semakin meningkat. Terus terang alhamdulillah sekarang saya ada pendirian dan insyaAllah saya akan tetap dgn pendirian saya. Saya tak nak bercinta. Islam tak pernah mengajar kita utk mengasihi lelaki/perempuan yg bukan mahram selain suami/isteri kita sendiri. Peraturan yg Allah turunkan sgt cantik dan tersusun. Jika kita bercinta, seberapa pasti kita bahawa org yg kononnya syg kita separuh nyawa tu akan sygkan kita separuh nyawa juga selepas kita kahwin? Fine, saya pun ada kisah silam tapi kisah silam itulah saya jadikan panduan dan pengajaran. Dunia percintaan mmg indah, tp saya yakin percintaan selepas perkahiwnan itu berjuta2 kali lbh indah. Hubungan yg halal, tiada batasan & itu juga yg dituntut dlm agama. Ketahuilah, apabila kita berkahwin, para malaikat di arasy bergembira dan mendoakan kebahagiaan kita dan syaitan2 menangis kerana gagal membawa anak2 Adam kelembah maksiat. So, kita nak pilih yg mana satu? Tepuk dada, tanya iman. Letakkan keyakinan setinggi-tingginya kepada Yang Maha Mengetahui.  Janji Allah dalam firmanNya :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)




Akhir kata, cinta itu fitrah tapi janganlah sampai menjadi fitnah. Beruntunglah lelaki yang memiliki cinta pertama seorang wanita dan wanita yang memiliki cinta terakhir seorang lelaki. J




........INGIN MENCARI SEORANG SUAMI, BUKAN TEMAN LELAKI........





Thursday, 12 January 2012

Special entry : Happy birthday, ibu! :)


Assalamualaikum w.b.t..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan ibu tayeeee...
Allah selamatkan kamu.....~~

*tepuk tgn ramai2..siap ade bunga api kat luar rumah.. mercun bola tak dibenarkan..dikhuatiri silap2 haribulan boleh m'dtgkan perbalahan antara abah & anak2.. ;)  

Entri kali ni special edition punye. Tak adalah special mana pun, entri bertemakan birthday ibu saya. Haaa..sweet tak?? Sweet kan?????ngeh3 :P

Sume org happy bila msk tahun baru. Ibu saya pun happy gak, sebab beliau akan masuk ke umur yg baru. Hahahaha.. Tp, tahun ni ktorang celebrate birthday ibu awal 2 hari sebab anak ibu yg kat oversea ni tgh exam, so tak boleh balik selalu. [tgn ke dada mata ke atas]

Ok, kalau nak citer pasal ibu, semua orang nk citer pasal ibu masing2 kan? Masing2 nak gtau ibu dioranglah yang terbaik. Ye, jom kita sama2 puji & mengangkat ibu kita semua sbg ibu yg terbaik. Insan yg dah susah payah mengandungkan, melahirkan & membesarkan kita dgn segala penat lelah. [apsal ayat mcm baik2 sgt nih??hahaha] Tapi serious, bkn senang nak membesarkan anak2. Dapat2 pulak anak yg bila dah besar asyik nak melawan kata je, haishhh...rasa mcm nk lesing laju2 je anak2 mcm tu! [emosi jap!]

Kalau ibu boleh ingat tarikh lahir 10 orang anak, takkan 10 orang anak tak boleh ingat tarikh lahir seorang ibu kan? So, atas kesedaran & keprihatinan itulah mmg sy dah pangkah siap2 tarikh 10 Januari dlm kalendar. Sbnrnye sy sndr seronok celebrate birthday ibu sy ni. [org lain punye birthday org lain pulak yg seronok?] Yelah, siapa tak seronok raikan birthday org yg kita syg. Betul tak? J

So, akhir sekali, SELAMAT HARI LAHIR yg ke 51 utk ibu sy yg paling sy saaaaaaaaaaaayang dlm dunia, Puan Zawiah binti Atan. Semoga pnjg umur, dipermudahkan urusan dunia & akhirat, diperluaskan rezeki, hidup sentiasa dlm rahmat dan kasih Illahi dan dikurniakan ganjaran yg besar & setimpal dgn pengorbanan ibu dlm m’besarkan kitorang. J


**nk hadiah yg lg besar tggu bulan September la ek.Time konvo nnt.  Ibu tgk org amik degree kat atas pentas. Itu hadiah org  utk ibu!! ;)




Wednesday, 4 January 2012

CERPEN : Cinta & Harapan



SUASANA petang agak mendung. Nuha hanya termenung memandang kearah air tasik yang tenang. Fikirannya kosong. Sejak ikatan pertunangannya putus, dia berubah menjadi seorang gadis pendiam. Sifat periangnya seakan-akan semakin hilang. Hilang bersama cerita duka yang diterbitkan oleh sang arjuna penghancur hatinya.

            “ Termenung lagi? Apa yang kau menungkan, Nuha?” sapa Ayu dari belakang. Nuha sedikit terkejut. Lamunannya terhenti.

            “ Kau teringatkan Aiman ke? Lupakan je lah, Nuha. Lelaki macam tu kau tak payah ingat lagi,” ujar Ayu lagi. Nuha hanya tersenyum, malas untuk mengambil pusing kata-kata sahabat baiknya itu. Tapi, jika difikirkan, memang benar apa yang dikatakan Ayu. Tiada gunanya dia membuang masa memikirkan soal lelaki bernama Aiman itu.

            Nuha dan Aiman mengikat tali pertunangan ketika Nuha menuntut di semester kedua pengajian. Aiman pula ketika itu dalam tahun ketiga pengajiannya di University of Hull, United Kingdom dalam bidang undang-undang. Mereka mengikat tali pertunangan atas dasar suka sama suka. Bila keluarga kedua-dua belah pihak telah memberi restu, perkara yang baik tidak elok ditangguhkan. Namun, panas yang diharapkan sampai ke petang hanya tinggal angan-angan. Secara tiba-tiba, Aiman berubah hati. Katanya, sayangnya tiada lagi pada Nuha. Alasannya cukup ringkas, hatinya kini terpaut rakan sekelasnya sendiri. Tatkala persiapan menjelang hari bahagianya sedang dilakukan, berita itu yang menerjah ketelinganya. Hancur luluh hati Nuha. Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu. Kini, walaupun peristiwa itu hampir empat bulan berlalu, lukanya masih terasa. Namun, dia pasrah dengan apa yang telah ditakdirkan Allah untuknya. Mungkin Aiman memang lelaki sempurna, tapi bukan yang terbaik untuk dirinya.

            “ Kau dari mana ni, Ayu?” soal Nuha seolah-olah baru menyedari kehadiran temannya yang setia berdiri dibelakangnya sejak tadi.

            “ Dari mana lagi, fakulti lah. Aku nak sampaikan pesan. Faqih dan Izzat tunggu kau kat library pukul 5 nanti. Nak discuss pasal assigment subjek Prof. Ridzwan. Diorang call kau tadi, tapi tak dapat,”

            “ Bateri handphone aku habis. Tak sempat nak charge lagi,” jawab Nuha. Dia membelek-belek telefon bimbit Sony Ericsson kesayangannya itu.

            “ Handphone pun tak sempat nak charge? Hai, busy benar kau ni Nuha,” usik Ayu. Nuha hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Dia senang bergurau dengan Ayu. Mereka saling mengenali. Dia tidak pernah terasa hati dengan usikan-usikan Ayu. Begitu juga sebaliknya.

***

“ KAU nak tahu, aku baru tahu cerita tentang Nuha putus tunang,” kata Izzat kepada Faqih yang berjalan seiringan menuju ke perpustakaan. Kedua-duanya nampak segak walaupun hanya berT-shirt dan berseluar slack serta menggalas beg belakang. Aura diri mereka sebagai mahasiswa kian menyerlah.

            “ Dengan anak dato’ tu?” soal Faqih. Dia memandang Izzat sepintas lalu. Izzat hanya mengangguk tanda mengiyakan.

            “ Anak dato’ dengan anak dato’ pun boleh putus kan? Nak kata tak sekufu, sekufu lah tu,” Izzat mengomel.

            “ Kalau sekufu pun, tapi dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana?” balas Faqih bersahaja. Dia tahu Izzat juga bersahaja. Bukan sahabatnya itu tidak tahu tentang perkara mudah seperti itu. Lebih-lebih lagi Izzat merupakan pelajar lepasan Darul Quran. Lebih banyak lagi ilmu-ilmu agama yang dia lebih tahu.

            “ So, Faqih. Kau macam mana sekarang?” soal Izzat, menduga sahabatnya.

            “ Macam mana apa?” soal Faqih semula, tidak mengerti dengan soalan yang diajukan.
            “ Buat-buat tanya pula. Pasal Nuha lah,”

            “ Ish, kau ni. Apa kaitan aku dengan Nuha pula?” Faqih seakan tidak mengerti. Hakikatnya, dia berusaha menyembunyikan sesuatu daripada sahabat baiknya itu.

            “ Kau tak payah nak sembunyi dari aku lah, Faqih. Aku tahu kau masih ada hati pada Nuha kan?” Izzat berterus terang. Bibirnya mengukir senyuman nakal. Wajah Faqih agak kemerah-merahan menahan malu. Hatinya berdebar. Dia tidak menyangka sahabat baiknya dapat membaca isi hatinya.

            “ Aku tak layak untuk dia lah, Izzat. Kau tengok sendiri, kalau dia dengan Aiman yang sama-sama anak orang berada tu pun boleh putus, apatah lagi aku ni? Anak penjaga kantin sekolah je. Dia takkan pandang aku lah,” kata Faqih merendah diri. Memang diakui, Faqih sudah lama menyimpan perasaan terhadap Nuha. Mereka berdua telah lama berkenalan sejak zaman persekolahan lagi. Tetapi, apabila mengetahui Nuha bakal melangsungkan pertunangan dengan insan lain, sikap Faqih berubah. Seboleh-bolehnya dia cuba menjauhkan diri daripada gadis itu. Itu juga merupakan jalan terbaik untuk melindungi rasa kecewanya kerana tidak dapat memiliki hati Nuha. Tapi Faqih redha. Dia pasrah dengan ketentuan Illahi. Baginya, kebahagiaan Nuha adalah kebahagiaan dirinya dan sehingga kini dia masih belum menemui mana-mana wanita lain yang setanding Nuha.

            “ Kalau tak setaraf pun tapi memang dia jodoh kau, nak buat macam mana kan? Kau juga yang guna teori tu tadi. Harta tak menjanjikan apa-apa. Aku yakin, Nuha bukan wanita materialistik,” Izzat membalas. Faqih hanya diam. Tiada idea untuk membalas hujah sahabatnya.

            “ Faqih, tadi Naim SMS aku. Diorang ajak main futsal malam Ahad ni. Jom riadah sikit. Asyik belajar je, tak best juga,” pelawa Izzat.

            “ Tak bolehlah, Izzat. Aku nak balik rumah. Adik perempuan aku baru masuk sekolah asrama penuh. So, tak ada siapa nak tolong mak jaga aku kat rumah. Nak uruskan adik-adik aku yang lain lagi. Lagipun mak aku bukan sihat sangat. Sekarang selalu sakit-sakit. Lain kalilah ye, ” luah Faqih. Luahannya bukan untuk meminta simpati tapi berharap untuk dimengerti. Sejak ayahnya meninggal kira-kira 2 tahun lalu, dialah ketua keluarga. Setiap minggu dia akan pulang ke rumah menjenguk ibu dan adik-adiknya. Aktivitinya di universiti juga kini terbatas. Tapi baginya itu semua tidak menjadi masalah. Baginya, keluarga adalah segala-galanya.

            “ Tak apa, Faqih. Aku faham keadaan kau,” ringkas kata-kata Izzat. Dia menepuk perlahan bahu sahabatnya tanda memberi semangat. Faqih hanya tersenyum. Menghargai pengertian sahabatnya itu.

***

HARI berganti hari. Semakin hari jadual seharian sebagai mahasiswa semakin padat. Lebih-lebih lagi mereka yang kini berada di semester akhir pengajian. Waktu-waktu terluang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Dalam waktu-waktu genting seperti ini, disiplin diri  perlu ada agar dapat memastikan setiap masa tidak terbuang begitu sahaja. Peperiksaan akhir semakin hampir.

            “ Banyak kau pinjam buku dari perpustakaan. Ada assigment yang belum siap ke?” soal Nuha tatkala Ayu membawa lima buah buku berkaitan dengan subjek Fizik pulang ke bilik mereka.

            “ Satu lagi assigment aku tak siap lagi. Boleh pula terlepas pandang. Nasib baik ada masa lagi,” jawab Ayu. Dia menyusun buku-buku diatas meja lalu terus melakukan tugasan di komputer ribanya.

            “ Bila nak hantar?”

            “ Sebelum peperiksaan akhir,” ringkas jawapan Ayu.

            “ Ayu, dah nak exam ni, jom kita buat study group macam biasa. At least, bolehlah tukar-tukar pandangan. Kuliah pun bukannya majoriti faham,” Nuha memberi cadangan.

            “ Okey juga. Lagi-lagi subjek Prof. Dahlia. Sumpah, Nuha. Aku tak faham langsung!” kata Ayu bersungguh-sungguh.

            “ Okey, nanti kita janji dengan Faqih dan Izzat. Mintak diorang ajak ramai lagi,” sambung Nuha. Dia benar-benar berharap agar perbincangan kumpulan ini dapat dijalankan.

            “ Eh, cakap pasal Faqih, kau ada perasaan sesuatu yang lain tak pada dia?” soal Ayu, menimbulkan kemusykilan. Nuha mengerutkan dahi tanda tidak faham.

            “ Akhir-akhir ni susah betul nak jumpa dia. Yang aku perasan, dia dah jarang masuk kelas. Izzat pun selalu sendiri je. Selalunya kat mana ade Izzat, kat situ ada Faqih. Yelah, diorang kan “kembar”. Kau tak perasan ke?” jelas Ayu. Nuha diam memikirkan kebenaran kata-kata Ayu. Akhirnya dia mengangguk setuju dengan kata-kata Ayu tadi.

            “ Kau tak cuba tanya Izzat?” soal Nuha.

          “ Belum lagi. Tapi aku tetap nak tahu apa yang jadi sebenarnya. Kalau tak ada apa-apa, takkan Faqih sengaja ponteng kelas. Selalu sangat pula tu. Betul tak?”. Nuha hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Ayu. Dia juga hairan dengan kelakuan Faqih sejak akhir-akhir ini. Sikap dan kelakuannya berubah secara tiba-tiba. Jika dulu mereka memang akrab. Ada saja cerita yang akan dikongsi bersama. Kini, segalanya berubah. Dia dapat merasakan seperti ada yang tidak kena dengan teman sekelasnya itu.

***

“ ENTAH lah, Ayu. Saya tak tahu apa-apa pasal Faqih ni. Betul!” kata Izzat bersungguh-sungguh tatkala Ayu bertanyakan soalan tentang Faqih ketika mereka bertemu selepas kuliah.

            “ Awak jangan nak sembunyikan apa-apa daripada kitorang ye. Mustahil awak tak tahu ke mana Faqih,” tegas Ayu. Nuha hanya memerhatikan gelagat Ayu dan Izzat.

            “ Nak sembunyi apa? Betul, saya tak tahu,” sekali lagi Izzat menidakkan. Dia memandang Ayu dan Nuha yang berada dihadapannya silih berganti. Dia berharap agar dua orang wanita itu mempercayai kata-katanya. Tidak ada sebab untuk dia berbohong.

            “ Awak ada cuba call Faqih tak?” giliran Nuha pula menyoal.

            “ Ada, tapi jarang dapat bercakap dengan dia. Selalunya kalau saya call, dia tak angkat telefon,”

            “ Kenapa?” pantas Nuha bertanya kembali. Ayu memerhatikan Izzat, tidak sabar untuk mendengar jawapan daripada lelaki itu.

            “ Tak tahu. Dia selalu cakap dia busy. Selalu kena balik rumah. Korang tahu kan yang mak dia tak sihat sekarang ni. Tapi kalau tentang masalah selalu ponteng kelas tu, saya pun tak pasti. Faqih selalu mengelak bila saya tanya perkara yang sama,”. Mereka bertiga saling berpandangan. Mereka dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabat mereka itu.

            “ Mungkin kalau awak sendiri yang bertanya hal ni pada Faqih, dia akan beritahu apa masalah dia, Nuha,” ujar Izzat.

            “ Kenapa Nuha?” pantas Ayu menyoal. Nuha juga menunjukkan reaksi yang sama. Kenapa dirinya pula? Apa kaitannya?

            “ Saya tak pasti lah sama ada patut ke tak saya bagitahu kat korang berdua tentang hal ni,” Izzat seakan-akan bermain tarik tali.

            “ Awak tak perasan ke Nuha? Selama ni, Faqih sukakan awak. Sejak zaman sekolah lagi,” Izzat berterus terang. Nuha tekejut. Begitu juga Ayu. Mereka berharap agar Izzat tidak bergurau dengan perkara seperti ini.

            “ Tapi, kan sebelum ni Nuha pernah bertunang. Takkan Faqih masih ada perasaan pada Nuha lagi?” Ayu menduga. Mereka benar-benar inginkan penjelasan daripada lelaki bernama Izzat itu.

            “ Betul tu. Lagipun selama ni, dia tak pernah pun tunjukkan perasaan dia pada saya,” Nuha menambah.

            “ Perasaan Faqih pada awak tak pernah hilang, Nuha. Memang dah lama dia simpan perasaan ni. Dia hanya cerita pada saya je. Dia tak beritahu awak sebab dia malu. Awak anak orang kaya, sedangkan mak dia hanya penjaga kantin sekolah je. Dia takut kalau awak tak boleh terima dia. Lepas awak bertunang, Faqih cuba jauhkan diri dia daripada awak. Itu semua cara untuk dia sembunyikan perasaan kecewa dia, Nuha,” akhirnya Izzat meluahkan segala-galanya.

            Nuha hanya diam. Rupanya selama ini, insan yang selalu ada disisinya menaruh hati padanya. Sesungguhnya dia sendiri tidak pernah tahu tentang perasaan Faqih padanya. Faqih memang lelaki yang baik. Pernah juga Nuha jatuh hati dengan budi pekerti yang dimiliki oleh Faqih. Tetapi dia hanya mendiamkan sahaja kerana dia beranggapan Faqih menganggapnya seperti kawan biasa sahaja. Dan sekiranya Faqih memberitahu tentang perasaan hatinya pada Nuha, mungkin pertunangan antara Nuha dan Aiman tidak berlaku dan hatinya tidak akan terseksa dek kerana memiliki seorang tunang yang curang seperti Aiman.

            “ So, macam mana sekarang ni? Kita kena tahu apa masalah Faqih sekarang. Peperiksaan tinggal seminggu je lagi. Kalau boleh tolong, kita tolong dia. Ini semester terakhir kita. Kita tak nak seorang pun daripada kita ambil peperiksaan ulangan,” kata Ayu.

            “ Hujung minggu ni kita pergi ke rumah Faqih. Mungkin dari situ kita tahu apa masalah dia sebenarnya,” cadang Izzat pula. Ayu dan Nuha hanya mengangguk setuju.

***

SEMALAMAN Nuha tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya melayang memikirkan kata-kata Izzat petang tadi. Benarkah selama ini Faqih menyimpan perasaan terhadap dirinya? Kenapa dia langsung tidak peka dengan perasaan Faqih selama ini sedangkan sebagai seorang yang sangat-sangat rapat, boleh dikatakan setiap masa mereka bersama. Jika dia tahu terlebih awal tentang perasaan Faqih terlebih awal, mungkin episod luka dalam hidupnya tak akan berlaku.

            Nuha mencapai album gambar-gambar lama yang berada di dalam simpanannya. Gambar-gambar sejak zaman persekolahan masih tersimpan kemas. Gambar rakan-rakan sekelas menggamit memorinya. Baginya, zaman persekolahan adalah zaman yang sangat indah dan tidak mungkin mudah untuk dilupakan.

            Satu persatu wajah teman-temannya ditatap. Dia tersenyum sendiri bila terkenang kembali kisah persahabatan, kegembiraan dan kenakalan mereka semua. Tiba-tiba, matanya tertangkap pada gambar Faqih yang berdiri dibelakangnya. Jika diperhatikan, Faqih sering berdiri dibelakang atau berhampiran dengan Nuha. Mungkin itulah cara Faqih menunjukkan perasaannya kepada Nuha. Dia cuba merenung sedalam-dalamnya gambar lelaki itu. Faqih memiliki rupa paras yang agak menarik tapi seingat Nuha, dia tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana pelajar wanita. Mungkin kerana sikap dan perilaku Faqih yang pemalu dan agak menjaga batas pergaulan. Nuha agak terkilan, mengapa selama ini dia tidak pernah sedar tentang perasaan Faqih terhadapnya.

***

“ MACAM mana keadaan mak kau?” soal Izzat ketika dia bersama Nuha dan Ayu berkunjung ke rumah Faqih.

            “ Macam tu lah. Nak kata sihat, tak lah sihat sangat. Hari tu mak aku batuk berdarah. Tu yang aku risau tu,” jawab Faqih. Nadanya berbaur risau. Bimbang dengan kesihatan ibunya.

            “ Makcik dah suruh Faqih balik universiti tu tapi dia degil. Nak juga duduk rumah. Katanya nak jaga makcik. Makcik tak apa-apa. Ni sakit-sakit biasa je, sakit orang tua,” sampuk ibu Faqih yang muncul dari dapur membawa bersama dulang berisi tiga cakap teh o  panas dan sepinggan biskut kering. Nuha mengambil dulang yang dibawa ibu Faqih bagi memudahkan perjalanannya.

            “ Abang nak jaga mak sampai mak betul-betul sihat. Kalau mak tak sihat, macam mana abang nak belajar?” ujar Faqih. Dalam situasi sekarang, kesihatan ibunya yang menjadi keutamaan.

            “ Makcik Zakiah boleh tengok-tengokkan  mak. Abang pergilah balik universiti. Kalau ada apa-apa, nanti mak minta Makcik Zakiah telefon abang,”

            “ Mak nak tengok anak-anak mak berjaya. Abang tumpukan perhatian pada pelajaran abang. Tak payah risaukan sangat pasal mak. Mak tahu jaga diri mak,” ibu Faqih terus-terusan memujuk.

            Faqih diam. Tiada niat untuk membidas kata-kata ibunya. Dia tahu, walaupun dia berkeras untuk menjaga ibunya namun ibunya tetap dengan jawapan yang sama.

            “ Minggu depan dah mula final exam. Awak dah banyak kali tak datang kelas. Kitorang risau awak tak boleh catch-up apa yang lecturer ajar,” Ayu bersuara.

            “ Betul tu Faqih. Lagipun ni final semester kita, Faqih. Kalau boleh nak lah konvo sama-sama,” sambung Izzat pula.

            “ Mak aku macam mana?” Faqih masih lagi dibelenggu kerisauan.

            “ Kita sama-sama jaga. Kami pun risau tentang mak awak, Faqih. Tapi pelajaran ni soal masa depan awak. Mak awak nak sangat tengok awak berjaya. Awak tak nak tunjukkan kejayaan awak pada mak awak ke?” Nuha pula menyambung. Faqih memandang sahabat-sahabatnya. Ada juga benarnya kata-kata Nuha tadi. Kejayaan dirinya adalah cita-cita ibunya sejak dulu lagi. Lebih-lebih lagi dia sebagai anak yang sulung. Dia harus menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

            “ Abang baliklah dengan kawan-kawan abang ye. Tak payah risaukan mak. Jiran-jiran kita ada boleh tengok-tengokkan mak, Kalau ada apa-apa, mak mintak Makcik Zakiah telefon abang. Abang belajar je. Mak nak tengok anak-anak mak hidup senang suatu hari nanti,”. Faqih hanya membisu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Dalam fikirannya hanya ada rasa risau tentang kesihatan ibunya. Kalau diikutkan hati, biarlah dia tidak pulang ke kampus lagi demi menjaga ibunya. Dia berpegang kepada satu prinsip, kesenangan boleh dicari tapi ibu hanya satu dalam dunia!  

***

KINI sudah hampir empat tahun mereka menamatkan zaman kampus. Masing-masing sudah memiliki kerjaya dan hidup sendiri. Faqih memerhati potret ketika majlis graduasi dahulu. Potret yang diletakkan bersebelahan dengan potret perkahwinannya. Tidak jemu dia memandang walaupun sudah bertahun-tahun kenangan itu berlalu. Dan setiap kali dia merenung gambar-gambar itulah, dia akan tersenyum sendiri.

            “ Kenapa senyum-senyum ni? Tengok gambar siapa?” sapa Nuha yang muncul dari belakang Faqih. Dia hanya memerhatikan wajah suaminya yang masih lagi tersenyum sendiri itu.

            “ Gambar siapa lagi? Gambar orang yang paling cantik kat sebelah abang ni lah,” jawab Faqih. Dia mencuit hidung Nuha yang berdiri disebelahnya.

            “ Yelah tu,” balas Nuha, manja. Dia hanya tersenyum. Mereka adalah pasangan yang sangat romantik. Setiap hari ada saja usikan dari Faqih untuk Nuha untuk merapatkan lagi hubungan mereka suami isteri. Apatah lagi dalam keadaan Nuha yang sedang berbadan dua yang sangat-sangat memerlukan perhatian daripada suami tercinta.

            “ Nuha, terima kasih sebab jadi isteri abang. Terima kasih juga sebab beri abang zuriat,” ucap Faqih. Dia memandang tepat kearah anak mata isterinya. Dia ingin isterinya tahu bahawa sesungguhnya dia sangat beruntung kerana dapat memperisterikan Nuha, wanita yang dicintai dalam diam hampir sepuluh tahun.

            “ Terima kasih juga sebab terima lamaran, Nuha. Nuha tahu dan Nuha yakin, abang calon suami terbaik untuk Nuha dan ayah kepada anak-anak kita,” balas Nuha. Dia membalas renungan suaminya. Tanpa disedari airmata syukurnya berguguran. Dia memeluk suaminya seeratnya. Apa pun terjadi, biarlah hanya maut yang memisahkan mereka. 

            Kisah terbinanya baitul muslim antara Faqih Zafran dengan Nuha Zahirah sangat unik. Bermula apabila Nuha yang melamar Faqih untuk dijadikan suami. Kisah Saidatina Khadijah melamar Rasulullah s.a.w dijadikan panduan. Bukan harta dan rupa yang menjadi ukuran tetapi sikap Faqih yang baik, beriman, berbudi pekerti dan sangat bertanggungjawab kepada keluarga sehingga ibunya menghembuskan nafas yang terakhir menarik perhatian Nuha. Apatah lagi dikuatkan dengan khabar daripada Izzat yang mengatakan Faqih juga pernah menyimpan perasaan kepadanya meyakinkan Nuha agar melamar Faqih. Perkahwinan yang dibina adalah untuk mencari redha Allah dan semoga ini redha yang dicari selama ini.





            

Monday, 2 January 2012

gud luck to me! ;)


Assalamualaikum..

3 Januari 2012 semua pelajar UKM akan menduduki peperiksaan akhir semester. InsyaAllah, ini semester kedua terakhir sy kat sini. Tinggal satu sem je lagi nak habiskan ngaji nih! Rasa mcm cepat sgt je. Tak sedar dah 14 minggu. Maybe sbb sibuk kot, so semua bnd jd tak sedar. Tp syukur lah sbb sy masih lagi sedar diri!hahaha.. :P

Final exam sy bermula 3-16 Januari 2012. Nampak mcm sekejap, tp mmg sekejap je pun!hehehe.. Tp satu je lah yg sy susah sikit nak terima time2 exam mcm ni. Ye, tekanan!! Mana tak tertekannya, study last minute!hahahah.. Please, don’t try this at home! :P

KMJP time2 exam mcm ni mcm nyawa la. Kalau hlg la kertas sehelai ni, silap2 boleh b'tumbuk wooo dgn org yg jaga exam tu sbb tak bg kita msk exam!huahuahua :P *hiperbola semata!

Firman Allah :

Maka Maha Tinggi Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galaya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata : “ Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku”.
Surah Taha ayat 114

And the last but not least, bittaufiq wannajah utk kwn2 sy yg sy saaaaaaaaaaaaaaaaayang sgt2!! Especially tahun 3 Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, UKM. :)



Kisah azam di tahun baru



Assalamualaikum..

Dah 2 hari kita di tahun baru. Time2 mcm ni kalau nak buat ucapan, mestilah ada kena mengena dgn tahun baru kan? Tak kan lah nak buat ucapan hari raya pulak kat sini. So, sy dgn rasa rendah hati dan rendah diri disamping diri yg memang rendah ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Dalam bahasa orang putihnya : Happy New Year 2012 to everyone! *kot2 la ada yg tak faham bahasa Melayu. Anak org melayu yg lahir kat oversea...hahahaha

Tahun baru je mula lah masing2 tanam azam. Berazam bukan main lagi, tp buatnya hampess! Tak payah nak cakap kat orang lain, sy ckp psl diri sy sendiri. Actually, *perghh, omputeh!! Sebenarnya, dah tiga tahun, setiap kali tahun baru sy berazam dgn azam yg sama iaitu .................... Tapi, malangnya dan malasnya sy nk buat azam tu. Yelah, orang suruh pasang azam, kita letak je la apa2 azam. Bukan kena bayar pun kan? So, start tahun ni, saya berazam untuk menukar azam lain. Berikut adalah azam2 saya di tahun 2012 ni. Tadaaaaaaaa.............. 

·         Bahagiakan family. (Waaahhh..sweetkan??! :PP)
·         Menggenggam segulung ijazah. (P’janjian dgn ibu & abah, sy hanya study 3 thn SAHAJA utk digree. So, apa pun jadi, sy nak grade tahun ni gak!)
·         Nak belajar bahasa Korea & nak melawat Korea. :) (disebabkan oleh ke’obses’an yg melampau kpd cerita2 Korea & hero2 mereka yg ensem2!wahahahaha...)
·         Nak lebih kurus. (utk kelihatan lbh cun & anggun. Wahhhh! :P *erkk, lebih cun??sekarang kau cun ke????hahaha)
·         ............nak kahwin..... (ni mcm susah sikit nak buat sbb sy colan2 & calon2nye pun tak ada lg. Tp, tak apa. Sy akan cuba buat yg terbaik! Hahahahaha)

Tu je lah kot kisah azam di tahun baru. Baru2 lg, semangat nak buat semua. Tapi, nak ingatkan juga, kita ni jgn pandai pasang azam je, buatnya tidak! Jadikan azam kita ni sebagai motivasi dlm diri kita. Tapi kalau kita dah berusaha tapi tak tercapai juga apa yg kita cita2kan tu, jgn cpt putus asa. Ingat, Allah tak suka hambaNya cepat berputus asa tau! Usaha & doa perlu seiring, barulah boleh berjaya.  :)