Friday, 21 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part II]

Assalamualaikum w.b.t

Okey, nak sambung balik citer trip ke Korea tu. Baru jln sehari dah rasa mcm nk tercabut buku lali! Lps tu rase mcm dah lameeeeeee je ddk kat situ. Rase mcm dah ddk 2 3 bulan. Hahaha, over! ;P Sudah cukup sudah m'overkan diri. Nak sambung catatan harian ala2 diari hatiku sempena lagu Dato' Siti kat bawah ni. ;) [err...catatan ini tiada kaitan dgn Dato' Siti. Harap maklum.]

10 September 2012


  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah berangkat menuju ke Gyeongbokgung Palace. Ni antara tempat b'sejarah yg kire femes gak lah. Sesape yg nak tahu psl sejarah penubuhan kerajaan Korea boleh la dtg sini. Kire kitorang b'4 ni termasuk skali la dlm kategori org2 yg nak tahu sejarah ni padahal sy dgn Zahidah mmg pasang niat nk try pakai "hanbok" je kat sini. Hua3 ;P. Disebabkan niat pun dah teruk, so kitorang tak b'peluang nk pakai "hanbok" kat sini. Kalau nak pakai boleh, tp kena tunggu sejam lebih. Haisshh, tak ada rajinnya nk tggu lama2 mcm tu! Ptg tu kwn2 kitorang dari Malaysia nk sampai. So, kne balik rumah & masak cepat. Busy2!! hahaha..
ni la tempatnya, nokk.. Gyeongbokgung Palace. :)

four of us! ;)
  • Time kat sini jugak ada 1 benda best jadi kat adik Daus. Hmmm..nak citer ke tak nak ek?? Nak citer ke tak?? Citer lah!hahaha... Kat sini si Daus tu sempat b'shopping dgn perasaan teruja yg tdk berbelah bahagi. Nak dijadikan citer, beliau pun telah membeli sehelai apron & brg apa ntah lagi. Apron tu je harganya 50000w! Apron je tu, tak masuk brg2 lain lg. Lps byr sume2 brg, si jurujual tu pun bagi la kuih apa ntah as a free gift kat si Daus ni. Daus pun t'senyum gembira. Lps tu kitorang pun g lah jln2 kat Namdaemun Market. Tiba2 kat sini kitorang jumpa apron yg SEBIJIK kot dgn apron Daus yg mahal td! Kalau tadi harganya 50000w sehelai, kat pasar ni baru 15000w je! Hahaha..sampai balik M'sia kot dia meluahkan kekesalannya terhadap tindakannya membeli apron tersebut tanpa b'fikir panjang. Sampai Malaysia jd bahan!hahaha.. ;P
  • Smpai kat rumah, kitorang pun start la memasak. Nak masak tomyam kunun2nya. Tok ketua rombongan tukar position jd tok ketua chef. Resepi tomyam ni beliaulah yg punya. Selalunya kalau sy masak, sy campak pati tomyam je. Style org malas!hahaha.. Tp ni siap ade letak susu la bagai. Risau pulak sy tomyam tu nanti tukar jd teh tarik!haha.. Tp alhamdulillah, berkat keikhlasan dan sedikit kasih sayang yg dicurahkan tomyam beliau berjaya menampakkan hasil. Lps ni dah boleh la naik pangkat lg  jd ketua keluarga. Muahahahaha..
  • Area pukul 9 mlm mcm tu ahli rombongan yg lain pun sampai. Dari situlah kitorang b'kenal-kenalan. Err..tak ada lah b'kenal-kenalan sgt pun. Masing2 muka letih, tak sampai hati pulak nk ajak b'kenalan.  Huhuhu.. Esok je lah! :P
11 September 2012
  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah gerak ke Bukchan Hanok Village. Kat sini kitorang just amik2 gambar & usha2 barang K-Pop kat kedai makcik yg garang! [masuk seramai-ramainya dlm kedai lps tu tak nak beli, nak amik gmbar je. So, bukan lg menjadi satu kesalahan kpd makcik tersebut kalau dia membebel & suruh kitorang keluar dr kedai dia. hahaha ;P] 
kesesatan, disesatkan dan tersesat! -__-

all of us!! :)
  • Tengahari sket gerak g Itaewon & lunch kat Salam Restaurant. Kalau tak silap Salam Restaurant ni femes gak lah. Macam pernah tgk Heliza Helmi @ Farah AF makan kat sini dlm citer Rasa Halal kat Astro Oasis tu. [kalau tak silap lah. kalau silap, sy mintak maaf! *tok ketua rombongan yg ajar! ;P] Kat sini lagi sekali makan makanan Turki! Hahaha..tetibe tacing teringat family angkat kat Istanbul! hahaha.. :'). Lps mkn, solat kat masjid Seoul. Lps siap solat, kitorang g Namsan / Seoul Tower. Lagi sekali tgk benda2 khurafat tu! hahaha.. Lps tu kitorang g Myeong-Dong Market. Sampai kat sini kitorang b'4 terpaksa balik dulu. Nak g supermarket beli sayur weh! Kalau tak malam nnt korang nak makan apa?? Biasa ler, suri rumah kan. Tak ada masa sgt nk jln2. Hahaha..
  • Nak g supermarket pun masalah! Guard kat sana mcm tak berapa nak membantu pun. Tgk kitorang as a foreigner dgn muka excited gila tp bila mintak tnjukkan jln g supermarket, mcm haremm!! Ntah mana2 ntah dia tunjuk. Sebab kitorang jujur orgnya, kitorang pun follow je lah. Sampai separa sesat kitorang.  Rupanya supermarket tu punya entrance sebelah dia je kot! -_-''. Lps balik terus masak nasi, sup sayur & ikan goreng. Bila kitorang b'4 kat dapur mmg tunggang terbalik la dapur tu!hahaha.. Tp best kot dpt masak sesama. Kenangan yg tak sume org dpt. Hanya utk kitorang b'4 je! ;)
  • Lps makan, kemas2 dapur & trs masuk tdoq. Excited esk nak g Nami Island!! Yeaaaayyyyyyyyyyy.. :D





*to be continue..nk tgk Running Man dulu! ;P

Wednesday, 19 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part I]

Assalamualaikum w.b.t.

Sy nak citer psl trip pergi Korea hari tu. Tp masalahnya kat sini, kalau sy menulis, panjang entri sy adalah spt  karangan budak2 SPM. Tak reti kot nk tulis pendek2. Biasa ler, org suka berangan mcm sy ni mmg suka membebel panjang. Maybe sbb tu jugak sy suka menulis cerpen & mostly citer2 yg sy buat sumenya siap dlm masa 1 malam je. Hahaha, tak ada apa yg nk dibanggakan! Orang lain boleh siap 2 jam je kot! Hua3.. But for the 1st time in my life [perghh, sepiking! ;P] sy try ringkaskan citer trip ni. Yelah, trip seminggu. Kalau nk citer satu2 sampai raya tahun dpn tak habis menulis lagi. -__-''

8 September 2012

  • Balik kerja ptg tu trs packing barang. Rasanya kalau org lain dah excited gila, so packing sebulan awal!hahaha.. Tp sy tak kot sbb mmg suka buat keje last minute. Sampai rumah b'gayut kat hp + BBM org2 yg berkenaan lps tu baru start packing. So, pukul 6 baru terhegeh2 nk rembat beg adik & kemas pape yg patut. Habis kosong 1 almari baju! hahaha.. Dlm dok kalut2, 1 benda pnting yg tak boleh tinggal iaitu iron. Biasa ler org pompuan. Hehehe...
  • Pukul 9 abah dgn ibu hntar g LCCT. Flight pukul 1 pg. Sampai LCCT terawal la pulak, cik sahabat dunia akhirat a.k.a Zahidah dgn tok ketua rombongan a.k.a encik Halim tak sampai lagi. 
  • Lps diorang sampai trs g settlekan luggage. Lps tu kenal dgn sorg lagi budak yg mula2 sy pun confuse dia ni abg ke adik sbnrnye. Hahaha.. Rupanya dia ni pangkat adik. So, jd la adik Daus.  :) [adikkk tuu..sweet sgt!hahaha :p ]
9 September 2012


  • Pukul 8.30 pg kitorang sampai kat Incheon. Settlekan pape yg patut lps tu trs g check-in guesthouse. Lapar kemain! Dalam otak smpai guesthouse nnt nak sebat maggi dulu, lps tu br g jalan2. Tp tetiba tok ketua rombongan hulur makanan. Mula2 malu nk amik tp last2 amik jugak!Wahahaha...
  • Lps check-in, kitorang start g jln2. Mula2 kitorang g Itaewon. Makan Turkish Kebab kat sana. Seriuosly, ttbe rindu makanan2 Turki! & ttbe rase mcm nk balik Turki!! :') Lps mkn, g solat. Time kat masjid ni jumpa la Iqram Dinzly. Diorang tgh shooting kat sana. Utk tak menghampakan Iqram, meh la kita amik gamba sama2. [hahahaha..motipp??!! ;p] 

  • Lps tu g makan aiskrim. Lps tu g Namsan Tower. Kat Namsan Tower ni best sket. G kat Padlock Bridge yg ada beribu2 lemon kunci. Konon2 kunci tak nak kasi b'pisah la tu. Ish, khurafat sungguh! 

  • Lps habis tgk benda2 khurafat tu, kitorang b'4 g kat Myeong-Dong Market. Jln2 cuci mata + habiskan duit sket2 makan sotong & ddebokki. Citer psl ddebokki tu, mmg dari dulu nk mkn mende alah tu sjk tgk Running Man. Tp tak tau la plak ddebokki tu pedasssss gila! Rasa mcm nk mkn sambil menitiskan air mata! Lps tu kitorang g supermarket utk beli barang2 dapur. Tetibe rasa mcm kitorang ni student Malaysia yg baru sampai Korea. Hahaha.. tak abis2 berangan! Tp seriously, tika dan saat itu jugalah 1st time sy ni sy merasa mcm mne jln sambil bwk kuali2 & telur yg ala2 hantaran kawen & sayur2 naik subway! Kat Malaysia ada??? Maybe ada, tp bukan kitorang b'4 la yg buat. hahaha..
  • Balik dr shopping segala mcm mak nenek, ttbe rase lapar gila! Terus decide nk buat nasi goreng depends on brg2 yg ada. Membanting tulang tgh2 mlm kat dapur jap akhirnya jd la nasi goreng belacan....tanpa garam!hahaha.. Kerana lapar ku telan jua! Fikir org2 kat Afghanistan, Palestin tu sume2 tak dpt mkn, kita ada nasi cuma tak ada garam je. Syukur apa yg ada. hehehe.. Lps makan, sume tdoq. 





To be continue for the next day.....~~ :)

Monday, 20 August 2012

Air mata Syawal

SELAMAT HARI RAYA sumeeeeeee...!!! *pom pom pomm pommmm..!!! #bunyi-bunyian mercun yg dimainkan oleh anak jiran-jiran*. :D

Hari ni, pagi2 raya mood raya sy dah hilang separuh. Kesedihan. Kepiluan. Kesayuan. Dia yg sy syg sgt2 skrg dah tak ada. :( *drama x mukadimah???hahaha ;P

Pagi2 tadi, lps siap2 sume, pakai tudung, letak bedak setepek dua kat muka, sy pun terus la ready nak keluar rumah pergi ziarah kubur & beraya. And at the same time, sy cari satu benda yg sgt2 penting & teramat penting. Sy rasa sy mmg tak boleh hidup tanpa dia! Jam tangan sy!

Sy pun mulakan operasi mencari. Dok selongkar + geledah sume tempat. Aiyoooo, sape plak yg gatal tgn usik barang sy?? Haishh...pantang betul nih! Tetiba teringat jam tangan ada kat dlm seluar yg sy pakai semalam! Terus berlari turun bawah check washing machine. Fine, tinggal 14 minit je lagi sebelum baju2 kat dlm tu siap dibasuh. Terus lari jumpa ibu & bertanya dgn nada yg tenang.

" Ibu, seluar yg org pakai semalam ibu tak basuh lagi kan?"

" Tu..dah dalam mesin basuh tu. Nape?"

Duniaku gelap seketika!! Terus tekan button 'hold' lps tu geledah sume baju yg ada. Finally jumpa semula. Tapi dah tak bernyawa! Jam tangan sy mati lemas!! T___T Dah tak boleh nk kata apa. Nasik dah jadi buboq! Terus hlg mood nk beraya. Air mata dah bergenang. Serius, sedih gila!

Lama sy termenung mengenang nasib. Tetiba terdengar abah ckp dgn ibu,

" Nanti cari kedai jam. Beli jam baru je,"

Dan ibu pun sampaikan kat sy,

" Nanti ibu belikan jam baru je. Tgk kalau2 ada kedai jam yg buka raya2 ni,". Maybe sbb ibu & abah tau sy mmg tak boleh hdp tanpa jam tangan. & sy sendiri rasa pelik kalau tgn kiri sy kosong tak ada jam.

Sy pun jawab,

" Tak nak. Nak betulkan je jam ni. Tak nak jam baru. Sayang. Org beli jam ni kat Istanbul dulu,"

Ibu ckp lagi,

" Yelah, kalau boleh betulkan nnt, betulkan lah,"

Abah plak tetiba masuk line,

" Kalau betulkan, mahal. Baik beli baru. Nak betulkan ke nak beli baru?"

Cpt2 sy jwb,

" Nak betulkan je,"

Abah pun cpt je jwb,

" Suke ati lah!"

Sy terus diam. Tak boleh nk buat apa dah! Pelan2 jln g amik tisu lap ayaq mata. Sayu gila. Jam je kot!!hahaha..


still pakai jugak walaupun jarum dia statik je tunjuk pukul 9.30 dari pg sampai laaaa ke malam. 
sayang punye pasal!! T__T

moral of the story : sayangilah harta benda awam

Tuesday, 24 July 2012

Kepala hangin!



Pagi tadi ikut ibu pergi pasar cari sayur nk masak utk buka puasa nanti.
Ttibe ibu cerita psl orang selalu naik angin bila lapar.
DAN ttibe jugak ibu cakap........



Duit bnyk, muka hensem tapi kepala angin nak buat apa??
Jangan sampai TERkahwin dgn org kepala angin ni, susah!!

errrr....TERKAHWIN!!hahahaha.. :P




baiklah ibu!!!! ^^


 kalau marah je jd hijau..lps tu koyak2 baju..TAK NAK AKU!!hua3 ;P

Friday, 29 June 2012

TERsayang aNTaRa yang DIsayang :)


Assalamualaikum w.b.t

28 Jun 2012. Kalau nk ingat semula tarikh ni, 28 Jun 2009 ni tarikh sy m’daftar sbg student UKM ni. Hahaha..happy anniversary to me! :p Tapi after 3 years, sumuanya takkan sama. Tarikh ni jugak ibu abah sy dtg ambil sy & brg2 yg lain. I officially graduated! Kalau dulu time hntar sy utk daftar 1st year, bwk 1 beg roda & 2 beg sekolah je. Tp skrg, 2 beg roda & 4 beg sekolah! Tu tak masuk dgn kotak2 lg tu! Macam mana brg2 sy bleh jd mcm ni, sy pun tak tau!hahaha..

Ok, entry ni nak citer psl kenangan. 3 tahun kat sini, mcm2 bnda baru yg sy dpt. Mcm2 jenis manusia yg sy jumpa. Kawan2 fac, kolej..semua lah! So, sy nk citer psl diorang. Tp sblum sy mulakan bebelan & leteran, sy nk bhskan diri sy mngikut situasi sebenar sy & kwn2 sy supaya leteran ini dpt dismpaikan dgn penuh feel & org yg baca pun akn berasa tacing. Hua3 ^^

  •  Wani

Kalau ditakdirkan aku boleh pilih2 siapa yg nk kawan dgn aku, aku tak nak org lain. Aku nak kau sorang je. Sebab kau je yg boleh faham aku! :’)
  
  •  Zahidah

      Bila aku tak ada kwn lain, kau selalu ada utk aku. Temankan aku bercerita, ketawa, nangis. Aku mesti rindu nk buat semua benda tu dgn kau! :’)

  •   Mas
Thanx sebab jd ex-rumate aku yg rumit!hahaha.. Seronok jd rumate kau. Rasa selamat je. Yelah, rumate aku budak silat. Hua3 :P

  •    Kasmah

Thanx sebab bnyk gak tolong aku time aku susah. Lagi2 time aku betul2 tak tahu nk mintak tlg kat siapa. Kau layan aku mcm adik & aku anggap aku mcm kakak aku, even hakikatnya kau adik !hahaha… Nak wish gak Selamat Pengantin Baru utk kau. Ketahuilah sesungguhnya aku dah kehilangan sorang geng!hahaha :P
  •  Kak Ofee

Thanx sbb Kak Ofee bnyk tlg orang.  Hantar org g KTM time nk blk rumah, pinjamkan kereta kat orang. Kenangan kita pergi mengajar budak2 mengaji sesama pun orang takkan lupa. J
  •  Aizah, Anas, Ari, Isnur & Ijat

Korang gak antara manusia2 t’awal yg aku kenal kat UKM ni. Hahaha..thanx for being my friends. Kwn dgn aku & terima aku seadanya. Kita sama2 tlg time susah. Best kawan dgn korang! J
  •        Nik

Kau pun selalu ada time aku susah. Even kau tgh sibuk mcm mana pun, ko try gak nk tlg aku. Kita pergi sana sini sesame..Wawawawawa, mesti rindu nnt!! :’)
  •         Fi, Zura, Mira, Ekin & Umi

Best sgt2 ber’gang’ dgn korang. Otak semua sempoi je!
·         Fi, tak sangka rupanya kau cousin aku!hahaha..jejak kasih sungguh! :P
·         Zura dak engine yg ayu lg brutal.
·         Mira minah novel yg berjaya. Semua novel pmpuan ni semuanya jiwang abissssss..
·         Ekin dak genius math yg manja. Yelah, adik2…hahaha
·         Umi yg cute. Tambah plak bila nmpak dia naik skuter dia tu. Alahaii, cutenyeeeee….
  •        Abg Jaky

Hahahaha.. bila org teringat Abg Jaky je, org mst nak gelak! No reason, I don’t know why!hahaha.. Banyak rahsia “kerajaan” yg kita share sesama. Abg Jaky baiiiikkkkkkkkk sgt2 dgn org. Thanx sebab jd abg yg baik utk adik yg tak berapa baik + degil mcm org ni. Hahaha… Selalu je ada time org nk share citer. InsyaAllah org takkan lupa kat Abg Jaky smpai bila2. Janji! (^_^)v
  •       Niknur

Kenapa kite baru kenal Niknur time kite dah nak habis belajar??? Hahaha.. Tp however, seronok dpt kwn dgn Niknur. Kite pun tak tau mcm mne kite bleh ttbe rapat dgn Niknur. Maybe sbb kite dpt rase Niknur bakal “kakak ipar” kite kot! Tu yg rapat semacam je tu..hahahahaha.. Jgn marah ek, Niknur! :P



p/s : R.I.N.D.U. Rindu semua kenangan. Rindu tau! Faham tak apa makna rindu?????!! T___T



Saturday, 23 June 2012

Dilema Orang Bawahan

Assalamualaikum w.b.t

Hati berbunga riang. Hari ni hari terakhir exam! Alhamdulillah, finally dpt gak sy habiskan degree sy dgn jayanya! Errr...sebab tesis belum hantar, so tak boleh kira berjaya sangat lah. Separa berjaya pun boleh laahhh! Yeaaahhh!! ^^

*dddeeyyyyyyyyy..apa kaitan dgn tajuk yg dilema sangat tu?????!!!

Dilema orang bawahan. Firstly, sy nk ingatkan dan gariskan di sini bahawasanya entry ini TIDAK ADA KAITAN SAMA SEKALI dgn mana2 perntadbiran spt perntadbiran kolej, fakulti, universiti mahupun kerajaan persekutuan dan negeri. Ini hanya kisah dilema orang yg duduk di tingkat bawah. Tingkat 1. Lebih tepat bilik blok K19*1** Kolej Antarabangsa Ibu Zain, UKM. [tajuk je bawahan..tp orangnye up!hahaha :p]  Duduk di tingkat bawah tidaklah segembira apa yg digembar-gemburkan. Jgn menyangka kami sgt bahagia tinggal di tingkat ini kerana tdk perlu memanjat tangga utk smpai ke bilik. Ada kalanya kami juga turut mengalami stress tahap ketiga. Ye, stress!!

Bayangkan, ada kalanya dlm waktu2 petang monyet2 akan mausk & menjadikan laluan dihdpn bilik kami sbg taman permainan mereka. Bermain dgn penuh tawa. Habis tong sampah & pantry kau kerjakan! Tak cukup lagi, yg lebih men'stress'kan diri ini, bila ada manusia2 yg berada di atas suka2 hati nenek tiri laki mak dia je nak buang2 curah2 air ke bawah! Hai, marahnya aku!! Kadang2 tu, siap buat basuh tangan lagi. Nasib baik tak kumur2 skali. Punya lah PEmalas nk melangkah pegi toilet! Macam lah nk g toilet tu kena amik bas kiffah ke, bas rapid ke. Hai, tak faham betul! Lagi 1, dah curah air ke bawah tu satu hal lah, tapi bila kena kat cermin tingkap yg di buka utk memudahkan proses penganginan dlm bilik sy ni, tak ke air tu memercik ke dalam??! Ada sekali tu tgh solat, tiba2 air terpercik kat telekung. Ingatkan hujan. Tapi bila fikir2 balik, bila masa plak hujannya? Tak lain, ni mesti kerja org atas!Haaaaiiiiiiiii, sabarrrrrrrr je lah!

Haishhh, entahlah diorang ni. Nak marah, membebel, nak suruh b'tanggungjwb atas semua percikan2 air yg telah berjaya dimasukkan dlm bilik ni, tak tahu siapa owner bilik. Haishhhh lagi skali. Ingatlah semua orang, jgn sesekali kita menganiaya orang. Bertaubatlah. Bak kata Karam Sing Walia, "hidup umpama roda, kadang2 kita di atas, kadang2 kita dibawah". [ada kaitan ke??? -__-] Sampai masa bila kau ditakdirkan duduk kat bawah, org main curah2 air ke bawah, dari saat itu kau akan faham rasa stress ini. Rasakan!! Muahahahahahahahahahahahahahahaha........................




Friday, 1 June 2012

Andai Dapat Ku Hentikan Masa..~~ :')

Assalamualaikum..

# Hamboiiihh, jiwang kemain tajuk entry. Jiwa kacau la nih!muahahahahaah :P


Di saat, waktu dan ketika entry ini ditulis, sy baru je lepas menyiapkan 1 lg bab tesis sy yg perlu dihantar sblm 30 Jun ni. Ada lg 1 bab, lps tu insyaAllah siap. Actually minggu ni boleh kata minggu yg sentimental la. Minggu terakhir perkuliahan spnjang 3 tahun belajar kat UKM ni. Final semester ni sy tak banyak kelas. Kelas sy hanya pd hari Selasa & Rabu je. So, hari Rabu yg lepas adalah kuliah terakhir sy. Dalam kelas lecturer siap buat2 lawak lagi. Gelak, gelak juga. Tapi dalam hati ni Allah je yg tahu. Sedih, sayang, semua ada. 

Banyak sgt2 kenangan kat UKM ni. Rasa mcm baru semalam sy mendaftar sbg pelajar UKM w'pun sbnrnya UKM bkn pilihan pertama sy. Dulu sy berangan nak msk UIA sebab ramai jugak kwn2 sekolah kat sana, termasuklah "encik ehem2".  Tapi UIA tak nak sy. Huahuahua :P Tapi sy yakin, ada hikmahnya sy tak dapat ke sana & rezeki sy ada kat sini. 

:. slip exam terakhir utk BA. InsyaAllah ni yg terakhir. kalau ada lg InsyaAllah utk MA pulak. Amiinnnnn :) .:


Dah nak habis belajar ni, mula lah tacing2 teringat kisah2 dulu kan? Hahaha..itu lah yg sy rasa skrg. Meh kita mula cerita dengan cerita kat fakulti sbb sepanjang 3 tahun kat sini memang masa sy banyak habis dgn kwn2 fakulti. Sy jenis yg tak banyak ckp kalau kat tempat baru. Dan sy juga jenis yg TAK AKAN mula bercakap dgn kawan2 baru. [hahaha...jgn tiru perangai ini!] Tapi dlm perangai sy yg tak bleh bla ni, Allah dtgkan someone yg betul2 boleh masuk dgn sy. Someone itu tak lain tak bukan ialah Wani. :))))) [tepuk tgn ramai2 utk beliau!!!!] ^^  Wani ni best orgnya. Kalau nk compare antara sy dgn dia, mmg dia ni jenis yg ramah & ramai kwn. Bygkan kalau kitorang jln sama2, dlm 10 org yg berselisih dgn kitorang, 8 drpd diorang tu semua kwn2 si Wani ni. Nak kata ramah tak ramahnya perempuan ni! hahahaha... Wani ni pun rajin pergi library. Serius, dulu memang rajin. Tak tipu! Seronok kalau buat assignment dgn dia. Kalau awal2 sem, sy mmg cop dia awl2 jd partner sy utk semua assignment. Dia lah yg akan pergi library cari bahan utk assignment kitorang. Part sy pun dia carikan bahan juga. Sy sbg partner yg b'fungsi sepenuhnya bila nak edit & pergi binding assignment. Kadang2 slide utk presentation pun dia yg buatkan. :P Lagi cerita psl si Wani ni, kat fakulti sy ramai org belah2 Kelantan Terengganu. So, kalau diorang ckp biasa2 je, boleh juga lah nak faham. Tapi kalau jenis yg cakap pure loghat diorang, sepatah hagham I cannot understand! Even kedai fotostat yg dekat fakulti pun, owner dia cakap slang Kelantan pekat gila! So, kat sini Wani sgt memainkan peranan. Dia lah yg jd translator antara sy dgn mereka2 ni. hahahah..thanx Wani, jasamu akan ku kenang!

:. Ni lah Cik Wani. Tak lama lg tukar status jd Pn. Wani. Tak lama pun..jaaaap je lagi.  ;) .:


:::::::: mesti Wani bangga gila bila tau stengah drpd entry ni habis cerita utk dia saje! ::::::::::

Banyak sangatsssss kenangan dgn classmates ni. Kitorang pergi masuk kg org asli sama2, buat program motivasi sama2, jamuan sama2, meeting sama2, main sama2, study sama2... :')





















Dari fakulti, pindah kpd cerita kolej. Nak dipendekkan cerita, manusia pertama yg sy kenal kat kolej ni dah tentu2 nya cik ex-rumate tersayang. Rindu nak ber'rumate' dgn dia. :( Dia ni dak Geology. Simple je cara hidup dia. Seriuosly, kalau tak ada kelas, masa yg akan dimanfaat sebaik-baiknya dgn makan maggi + tidur ala2 Sleeping Beauty! Lps tu tiap2 hari Selasa & Khamis mlm dia akan pergi kelas silat. Itu je lah rutin dia. Time nak exam lg best, siap lah dia tampal segala nota2 kat dinding2 sebelah katil tu. Lepas tampal nota, terus tidur! Mungkin dgn usaha menampal nota kat tepi2 katil akan m'buatkan nota2 td diserap dgn cepat kot! Hahaha..pelik2 rumate aku sorg nih! Tapi walaupun dia pelik, dia tetap best! :) Mashalina a.ka Mas @ nama timangan lain Mas 916. hahahaaha...^^

:. pic time 1st year dolu2. :P 1 persamaan kitorang yg plg jelas & nyata, kitorang suka makan. tu je, yg lain tak de...ngeh3 ;P .:

- Mas, Zura, Fy, Mira, Me & Ekin -
:. "Family Potrait" sangat! hahahaha.. Gonna miss all of you, my darling! :') .:

THE GANG!
:. bila dak dakwah bleh masuk skali dgn dak geology, dak engine, dak mass com & dak science math. :) .:

Banyak lagi nak cerita, tp cukup la sampai sini dulu. Dah la mlm ni rumate dah balik Kelantan, so, tak boleh sentimental sangat. Nanti bilik banjir! ;P

"Selemah-lemah manusia adalah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah adalah mensia-siakan sahabat yang telah dicari..." - Saidina Ali