Friday 21 September 2012

Korea, saranghae!! :) [part II]

Assalamualaikum w.b.t

Okey, nak sambung balik citer trip ke Korea tu. Baru jln sehari dah rasa mcm nk tercabut buku lali! Lps tu rase mcm dah lameeeeeee je ddk kat situ. Rase mcm dah ddk 2 3 bulan. Hahaha, over! ;P Sudah cukup sudah m'overkan diri. Nak sambung catatan harian ala2 diari hatiku sempena lagu Dato' Siti kat bawah ni. ;) [err...catatan ini tiada kaitan dgn Dato' Siti. Harap maklum.]

10 September 2012


  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah berangkat menuju ke Gyeongbokgung Palace. Ni antara tempat b'sejarah yg kire femes gak lah. Sesape yg nak tahu psl sejarah penubuhan kerajaan Korea boleh la dtg sini. Kire kitorang b'4 ni termasuk skali la dlm kategori org2 yg nak tahu sejarah ni padahal sy dgn Zahidah mmg pasang niat nk try pakai "hanbok" je kat sini. Hua3 ;P. Disebabkan niat pun dah teruk, so kitorang tak b'peluang nk pakai "hanbok" kat sini. Kalau nak pakai boleh, tp kena tunggu sejam lebih. Haisshh, tak ada rajinnya nk tggu lama2 mcm tu! Ptg tu kwn2 kitorang dari Malaysia nk sampai. So, kne balik rumah & masak cepat. Busy2!! hahaha..
ni la tempatnya, nokk.. Gyeongbokgung Palace. :)

four of us! ;)
  • Time kat sini jugak ada 1 benda best jadi kat adik Daus. Hmmm..nak citer ke tak nak ek?? Nak citer ke tak?? Citer lah!hahaha... Kat sini si Daus tu sempat b'shopping dgn perasaan teruja yg tdk berbelah bahagi. Nak dijadikan citer, beliau pun telah membeli sehelai apron & brg apa ntah lagi. Apron tu je harganya 50000w! Apron je tu, tak masuk brg2 lain lg. Lps byr sume2 brg, si jurujual tu pun bagi la kuih apa ntah as a free gift kat si Daus ni. Daus pun t'senyum gembira. Lps tu kitorang pun g lah jln2 kat Namdaemun Market. Tiba2 kat sini kitorang jumpa apron yg SEBIJIK kot dgn apron Daus yg mahal td! Kalau tadi harganya 50000w sehelai, kat pasar ni baru 15000w je! Hahaha..sampai balik M'sia kot dia meluahkan kekesalannya terhadap tindakannya membeli apron tersebut tanpa b'fikir panjang. Sampai Malaysia jd bahan!hahaha.. ;P
  • Smpai kat rumah, kitorang pun start la memasak. Nak masak tomyam kunun2nya. Tok ketua rombongan tukar position jd tok ketua chef. Resepi tomyam ni beliaulah yg punya. Selalunya kalau sy masak, sy campak pati tomyam je. Style org malas!hahaha.. Tp ni siap ade letak susu la bagai. Risau pulak sy tomyam tu nanti tukar jd teh tarik!haha.. Tp alhamdulillah, berkat keikhlasan dan sedikit kasih sayang yg dicurahkan tomyam beliau berjaya menampakkan hasil. Lps ni dah boleh la naik pangkat lg  jd ketua keluarga. Muahahahaha..
  • Area pukul 9 mlm mcm tu ahli rombongan yg lain pun sampai. Dari situlah kitorang b'kenal-kenalan. Err..tak ada lah b'kenal-kenalan sgt pun. Masing2 muka letih, tak sampai hati pulak nk ajak b'kenalan.  Huhuhu.. Esok je lah! :P
11 September 2012
  • Pagi2 lepas breakfast kitorang dah gerak ke Bukchan Hanok Village. Kat sini kitorang just amik2 gambar & usha2 barang K-Pop kat kedai makcik yg garang! [masuk seramai-ramainya dlm kedai lps tu tak nak beli, nak amik gmbar je. So, bukan lg menjadi satu kesalahan kpd makcik tersebut kalau dia membebel & suruh kitorang keluar dr kedai dia. hahaha ;P] 
kesesatan, disesatkan dan tersesat! -__-

all of us!! :)
  • Tengahari sket gerak g Itaewon & lunch kat Salam Restaurant. Kalau tak silap Salam Restaurant ni femes gak lah. Macam pernah tgk Heliza Helmi @ Farah AF makan kat sini dlm citer Rasa Halal kat Astro Oasis tu. [kalau tak silap lah. kalau silap, sy mintak maaf! *tok ketua rombongan yg ajar! ;P] Kat sini lagi sekali makan makanan Turki! Hahaha..tetibe tacing teringat family angkat kat Istanbul! hahaha.. :'). Lps mkn, solat kat masjid Seoul. Lps siap solat, kitorang g Namsan / Seoul Tower. Lagi sekali tgk benda2 khurafat tu! hahaha.. Lps tu kitorang g Myeong-Dong Market. Sampai kat sini kitorang b'4 terpaksa balik dulu. Nak g supermarket beli sayur weh! Kalau tak malam nnt korang nak makan apa?? Biasa ler, suri rumah kan. Tak ada masa sgt nk jln2. Hahaha..
  • Nak g supermarket pun masalah! Guard kat sana mcm tak berapa nak membantu pun. Tgk kitorang as a foreigner dgn muka excited gila tp bila mintak tnjukkan jln g supermarket, mcm haremm!! Ntah mana2 ntah dia tunjuk. Sebab kitorang jujur orgnya, kitorang pun follow je lah. Sampai separa sesat kitorang.  Rupanya supermarket tu punya entrance sebelah dia je kot! -_-''. Lps balik terus masak nasi, sup sayur & ikan goreng. Bila kitorang b'4 kat dapur mmg tunggang terbalik la dapur tu!hahaha.. Tp best kot dpt masak sesama. Kenangan yg tak sume org dpt. Hanya utk kitorang b'4 je! ;)
  • Lps makan, kemas2 dapur & trs masuk tdoq. Excited esk nak g Nami Island!! Yeaaaayyyyyyyyyyy.. :D





*to be continue..nk tgk Running Man dulu! ;P

1 comment: