Saturday 17 November 2012

Nilai Seorang Cousin


Entri kali ni sy dedikasikan khas utk seorang cousin. Fify Yurika @ nama jawanya Nur Hafifyn.  Seorang cousin yg telah bnyk berkorban jiwa dan raga utk sy sepanjang pengajian kat UKM. Haha..berkorban sgt! Ok, malas nk kasi ayat bunga2, kang takut dia jatuh cinta pulak kat sy. Hahahahaha.. :P

Besarnya tanggungjawab dia sbg cousin sy. Hahaha.. Bila agak2 stress dgn assignment, dia selalu ada utk sy angkut ke sana ke sini. Jalan-jalan tak kira lah pergi mana pun. Lepas tu perangai sy pulak selalu buat janji last minute. Selalu lepas dah confirm nak jumpa, sy selalu dera dia & akan ckp mcm ni..,

“ Turun tggu kat tepi jalan. Aku malas nk naik blok kau. 5 minit lagi aku sampai,”

Tu kalau sy yg ajak dia keluar. Tapi dia ni setiap hari Selasa & Sabtu tekak dia akan gatal nk makan nasi kerabu pasar malam Bangi. Kdg2 sy pun sama gak, tp saja nk bg yg ajak. So, bila dia ajk sy keluar, sy pun kasi ayat poyo sket. Ngeh3 :P

“Aku tau kau tunggu aku, bkn aku tunggu kau..” 

Sebenarnya sy malas + segan nk tunggu sorg2 kat tepi jalan kolej dia tu. Rasa mcm sesuatu yg memalukan pulak bila budak perempuan naik motor tunggu org kat tepi jalan. Nanti org ingat sy minah rempit even sy dah pakai sweater fakulti! Hahaha.. [macam laaa ada org nk pandang aku! :P]

Beliau juga seorang yg pandai amik hati. Satu peristiwa yg akan ingat smpai bila2. Biasanya lps maghrib adalah masa sy utk membasuh baju. Ok, sepanjang sy kat UKM, sekali je sy sukarela basuh baju pakai washing machine. Lepas tu taubat tak nak lg dah! Sebab sy tak puas hati langsung dgn keberkesanan mesin basuh tu membasuh baju sy! Serupa mcm tak basuh. So, selepas kejadian itu, walau sebanyak mana pun baju sy, sy akan basuh sendiri. Manually! Tapi kalau agak2 malas & buat2 tak ada masa nk basuh baju, weekend sy balik rumah angkut sume baju sekali, basuh kat rumah. Habis cerita! Ok, balik kpd cerita cik cousin sy td. Time2 basuh baju tu dia call & of course la sy tak angkat kan?? Pejadahnya basuh baju bawak hp. Lps tu balik bilik tgk b’deret missed calls! Rupanya dia nk ajk sy keluar mkn dgn geng2 kitorang yg lain & bila sy call blk, dia dah sampai kedai mkn! Waaaa, frust! Dah la time tu mmg lapar gila! Dan satu benda yg buat sy syg dia lebih sket adalah sbb dia mmg dah faham perangai sy yg cpt merajuk nih! Hahaha.. Cpt2 dia tanya sy nak makan apa & dia kata nnt dia hantarkan. Mood dah tak baik tapi lapar. Order lah jugak! Kang kebulur pulak tgh2 malam. Huhu.. Lps tu dia hantar kat sy & time nk bagi duit dia kata tak payah, dia belanja sebab dia rasa serba salah tinggalkan sy. Hahaha..time tu rasa mcm tacing jap. Kalau tau dia nak belanja, order yg mahal2 sket tadi! :P

Kitorang selalu dinner sesama. Lepak kat café kolej dia. Tak ada lah sedap mana pun tp better la dari makan sorg2 kat bilik sambil menghadap movie. Sampai dialog movie tu pun sy dah boleh hafal sbb selalu dok ulang movie yg sama! Hahaha.. Time makan dia selalu jd mangsa buli sy. Mintak tolong dia amikkan itu ini. Haha, sy kan tetamu. Haruslah kena layan sy kan??! :P Suruh amik sudu garfu, orderkan air, amikkan tisu, amikkan sos, kicap, segala mak nenek yg ada.. Lepas tu nak makan kat meja yg menghadap tv. Ada ke tak ada, dia kena cari jugak! Haha.. Besar pengorbanan dia ni. Lagi sadis, kat FB, Skype pun kena buli! Sampai kdg2 tu dia cakap kat sy mcm ni..,

“Haishh..kau sorang je yg aku layan mcm ni. Aku pun tak tau nape…” Lps tu buat muka tak ada perasaan. Hahahaha..haishhh..cousin siapa lah ni??

Bila ingat2 balik sume ni serious tacing sorg2. Dia tak pernah berkira dgn sy. Kdg2 dia jugak jd tempat sy lepaskan geram! Terpaksa menadah telinga dgr setiap bait2 bebelan & leteran sy yg penuh bermakna. Hahaha.. Thanx for everything, Fi! Kau jgn bagitahu mak kau pulak aku selalu buli kau ni. Kalau tak, balik Muar siap lah kau!! :P

gambar kitorang yg paling "romantik". selalu kalau bergambar ntah hape-hape ntah!hahaha.. :P



p/s : Jemput aku time majlis kawen kau nnt. Aku nak jadi flowergirl utk majlis kau. Hua3 :PPP

2 comments:

  1. ~ hehe.. sengal.. thanks for this entry.. tbe2 rse mcm nk ulang je balik 3 thn tuu.. rindu r kt koo.. rye thn dpn pastikn kte dapat jumpe ye ! ~

    ReplyDelete
  2. kalo bleh ulang balik 3 tahun lepas mmg lagi banyak la aku buli ko..hahaha.. :P

    ReplyDelete