Friday, 1 June 2012

Andai Dapat Ku Hentikan Masa..~~ :')

Assalamualaikum..

# Hamboiiihh, jiwang kemain tajuk entry. Jiwa kacau la nih!muahahahahaah :P


Di saat, waktu dan ketika entry ini ditulis, sy baru je lepas menyiapkan 1 lg bab tesis sy yg perlu dihantar sblm 30 Jun ni. Ada lg 1 bab, lps tu insyaAllah siap. Actually minggu ni boleh kata minggu yg sentimental la. Minggu terakhir perkuliahan spnjang 3 tahun belajar kat UKM ni. Final semester ni sy tak banyak kelas. Kelas sy hanya pd hari Selasa & Rabu je. So, hari Rabu yg lepas adalah kuliah terakhir sy. Dalam kelas lecturer siap buat2 lawak lagi. Gelak, gelak juga. Tapi dalam hati ni Allah je yg tahu. Sedih, sayang, semua ada. 

Banyak sgt2 kenangan kat UKM ni. Rasa mcm baru semalam sy mendaftar sbg pelajar UKM w'pun sbnrnya UKM bkn pilihan pertama sy. Dulu sy berangan nak msk UIA sebab ramai jugak kwn2 sekolah kat sana, termasuklah "encik ehem2".  Tapi UIA tak nak sy. Huahuahua :P Tapi sy yakin, ada hikmahnya sy tak dapat ke sana & rezeki sy ada kat sini. 

:. slip exam terakhir utk BA. InsyaAllah ni yg terakhir. kalau ada lg InsyaAllah utk MA pulak. Amiinnnnn :) .:


Dah nak habis belajar ni, mula lah tacing2 teringat kisah2 dulu kan? Hahaha..itu lah yg sy rasa skrg. Meh kita mula cerita dengan cerita kat fakulti sbb sepanjang 3 tahun kat sini memang masa sy banyak habis dgn kwn2 fakulti. Sy jenis yg tak banyak ckp kalau kat tempat baru. Dan sy juga jenis yg TAK AKAN mula bercakap dgn kawan2 baru. [hahaha...jgn tiru perangai ini!] Tapi dlm perangai sy yg tak bleh bla ni, Allah dtgkan someone yg betul2 boleh masuk dgn sy. Someone itu tak lain tak bukan ialah Wani. :))))) [tepuk tgn ramai2 utk beliau!!!!] ^^  Wani ni best orgnya. Kalau nk compare antara sy dgn dia, mmg dia ni jenis yg ramah & ramai kwn. Bygkan kalau kitorang jln sama2, dlm 10 org yg berselisih dgn kitorang, 8 drpd diorang tu semua kwn2 si Wani ni. Nak kata ramah tak ramahnya perempuan ni! hahahaha... Wani ni pun rajin pergi library. Serius, dulu memang rajin. Tak tipu! Seronok kalau buat assignment dgn dia. Kalau awal2 sem, sy mmg cop dia awl2 jd partner sy utk semua assignment. Dia lah yg akan pergi library cari bahan utk assignment kitorang. Part sy pun dia carikan bahan juga. Sy sbg partner yg b'fungsi sepenuhnya bila nak edit & pergi binding assignment. Kadang2 slide utk presentation pun dia yg buatkan. :P Lagi cerita psl si Wani ni, kat fakulti sy ramai org belah2 Kelantan Terengganu. So, kalau diorang ckp biasa2 je, boleh juga lah nak faham. Tapi kalau jenis yg cakap pure loghat diorang, sepatah hagham I cannot understand! Even kedai fotostat yg dekat fakulti pun, owner dia cakap slang Kelantan pekat gila! So, kat sini Wani sgt memainkan peranan. Dia lah yg jd translator antara sy dgn mereka2 ni. hahahah..thanx Wani, jasamu akan ku kenang!

:. Ni lah Cik Wani. Tak lama lg tukar status jd Pn. Wani. Tak lama pun..jaaaap je lagi.  ;) .:


:::::::: mesti Wani bangga gila bila tau stengah drpd entry ni habis cerita utk dia saje! ::::::::::

Banyak sangatsssss kenangan dgn classmates ni. Kitorang pergi masuk kg org asli sama2, buat program motivasi sama2, jamuan sama2, meeting sama2, main sama2, study sama2... :')





















Dari fakulti, pindah kpd cerita kolej. Nak dipendekkan cerita, manusia pertama yg sy kenal kat kolej ni dah tentu2 nya cik ex-rumate tersayang. Rindu nak ber'rumate' dgn dia. :( Dia ni dak Geology. Simple je cara hidup dia. Seriuosly, kalau tak ada kelas, masa yg akan dimanfaat sebaik-baiknya dgn makan maggi + tidur ala2 Sleeping Beauty! Lps tu tiap2 hari Selasa & Khamis mlm dia akan pergi kelas silat. Itu je lah rutin dia. Time nak exam lg best, siap lah dia tampal segala nota2 kat dinding2 sebelah katil tu. Lepas tampal nota, terus tidur! Mungkin dgn usaha menampal nota kat tepi2 katil akan m'buatkan nota2 td diserap dgn cepat kot! Hahaha..pelik2 rumate aku sorg nih! Tapi walaupun dia pelik, dia tetap best! :) Mashalina a.ka Mas @ nama timangan lain Mas 916. hahahaaha...^^

:. pic time 1st year dolu2. :P 1 persamaan kitorang yg plg jelas & nyata, kitorang suka makan. tu je, yg lain tak de...ngeh3 ;P .:

- Mas, Zura, Fy, Mira, Me & Ekin -
:. "Family Potrait" sangat! hahahaha.. Gonna miss all of you, my darling! :') .:

THE GANG!
:. bila dak dakwah bleh masuk skali dgn dak geology, dak engine, dak mass com & dak science math. :) .:

Banyak lagi nak cerita, tp cukup la sampai sini dulu. Dah la mlm ni rumate dah balik Kelantan, so, tak boleh sentimental sangat. Nanti bilik banjir! ;P

"Selemah-lemah manusia adalah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah adalah mensia-siakan sahabat yang telah dicari..." - Saidina Ali 

Saturday, 12 May 2012

Mid Sem Break @ Surabaya! :)


Assalamuaikum w.b.t

Petang tadi hujan panas kat UKM. Idea nak menulis thesis pun hilang bersama titisan2 hujan panas yang membasahi bumi Tuhan…[perghhhhh..ayat nk sastera saje] Setiap hari ku kumpulkan semua kekuatan utk memerah otak menulis thesis agar hasilnya dpt membanggakan diriku, pensyarah dan kedua ibu bapaku. Tiap2 hari tidur pukul 2.30-3 pg semata2 nk dptkan mood menulis. Jika sebelum ini meja study penuh dgn novel2 cinta & komik2, kini ia dipenuhi dgn buku2 ilmiah yg digunakan dlm penulisan. [ok, cukuplah merepek merapik bagaikan Puaka Niyang Rapik..]

Dalam kesibukan thesis, cuti midsem ari tu sempat gak lah sy & beberapa org classmates berkunjung ke Surabaya selama 8 hari. Ni cuti midsem punya cerita, tp skrg dah nk akhir sem. Hahaha, agak lama cerita ini diperam dan dipekasamkan ye!hehehe.. Ok, sambung cerita. Seramai 15 orang menyertai lawatan ni termasuk seorang pensyarah dr jabatan kitorang. Flight ke Surabaya sebenarnya pada pukul 6.30 ptg. Tapi, disebabkan  oleh masalah2 tertentu,sy dan 2 org lg sahabat sy terpaksa mengambil flight awal iaitu pd pkul 4.15. Nak cerita gak apa yg jadi kat kitorang kat LCCT. Disebabkan kelas habis pd pukul 2, maka selepas pukul 2 lah kitorang dapat bertolak ke airport. Nak kata jarak dr UKM dengn LCCT tu memanglah tak berapa jauh. Tapi disebabkan oleh masalah2 tertentu kitorang terlewat sampai kat airport tu. Kaunter check-in bagasi pun dah tutup! Kitorang terlewat 10 minit. Cuaknya kitorang Allah je yg tahu! Tapi, nasib baik abang kaunter sebelah tu baik. Dia yg tolong settlekan hal bagasi kitorang. Alhamdulillah, semuanya settle. Dah tu pulak, tiba time nak berlepas, lg skali kitorang terlambat. Hahaha.. Sampai orang announce nama kitorang bertiga. Ok, terasa glemer sebentar di LCCT. Hahahaha..J

Nak cerita banyak2 susah. Mau 5-8 entri baru habis. So, diringkaskan je lah ye! Orang kata gambar boleh menceritakan semuanya, [orang mane?? itu yg kita xtahu tu!hahaha] So, tgk2 lah gambar2 yg ada. ;)



Seterusnya marilah tgk sebahagian gambar2 kitorang berjalan2 dan berjimba2! Hehehehe :P

:. soto ayam yg memang sedap tak hengat! .:

:. Jalan2 naik beca :) .:

:. Van yg dipanggil 'angkut'. Katanya angkut ni bleh bwk 26 org sekali jalan. Tp kitorang yang baru naik 13 orang pun dah mcm ni gayanye, kalo 26 org mcm mane la agknye kan?? .:

:. @ Jatim Park. Mula2 sy ingatkan ejaan dia "Ja Theme Park". Rupanya Jatim Park = Jawa Timur Park. :P .:

:. Posing cute kat tengah2 tu.. :P .:

:. Bersama lembu yg telah disumpah menjadi batu..hahaha .:

:. @ Kamar Seribu Bayangan..oh, sungguh jiwang namanya.. -__-'' .:

:. Ber15 bersatu! hehehe..yg bawah sekali pakai baju coklat tu pensyarah kitorang, Ustaz Zulkifli ;) .:

:. Sekali lagi membajetkan diri seolah2 cute pose begitu... :P .:


:. Keterujaan! .:

:. Errmmm..muhasabah diri... *ttbe..!hehehe ;p .:

:. ;) .:

:. one of my classmates & Ustaz Zul yg sporting abis! .:


Kitorang pun sempat melawat ke Gunung Bromo iaitu salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Mula2 kitorang ingatkan gunung berapi ni dah lama mati rupanya kali terakhir meletus adalah sekitar 2 tahun lepas! Wawawawa..risiko2!!! Kat sana ada sebahagian antara kitorang yg naik ke puncak gunung & tgk sendiri kawah2 yg ada. Tapi disebabkan sy le tih & kepala masih pening kerana hampir sejam melalui jalan yg berpusing2, so sy antara golongan2 yg hanya berjalan di kaki gunung shj.

:. @ Gunung Bromo. Makan bakso dlm mangkuk cap ayam..hehehe .:

:. Tempat sejuk2 makan bakso panas mmg syiookkkkk!! :) .:

:. Berjalan....tanpa henti!hehehe ;) .:


:. Belakang tu adalah rumah tumpangan utk pelancong2 yg nak menginap kat situ. Tp kosong semacam, mcm rumah hantu pun ada..huhu .:


:. Letih.. Rehat jap yob! ;p .:

:. Wawawawawawa ;p .:

:. Pizza yg tak berapa nk pizza... -_-'' .:

Actually motif, sebab dan alasan utama kitorag je Surabaya ni sebab nak berdialog & bg motivasi kat sebuah  sekolah kat Kota Pasuruan ni. Tp, bila sampai kat sana, kitorang pun dpt jemputan utk adakan dialog ke sekolah lain juga. Tp, disebabkan oleh kekangan masa & faktor2 lain, kami hanya sempat ke 2 buah sekolah sahaja iaitu MtSN Kota Pasuruan dan MTS Nurul Islam. Utk sekolah2 lain, mungkin ada rezeki lain, insyaAllah kitorang akan ke sana ye!

:. Staff   di MtSN Kota Pasuruan .:

:. Sesi dioalog antara 2 negara :) .:

 :. Bersama bapak kepala sekolah. hehehe ;p .:


:. Adik2 murid .:

 :. Adik2 murid jugak .:

:. Kakak2 fasi yg sweet..huahuahua ;p .:



:. Persembahan pelajar menyambut ketibaan kitorang @ MTS Nurul Islam .:

:. Yuna & Najwa Latiff.. *ttbe!!hahaha .:

:. Terasa diri ini sungguh VVVVVVVIP..hehehe .:




:. Kenangan bersama staff2 MTS Nurul Islam :) .:

Setelah kira2 8 hari di Surabaya, akhirnya kitorang pulang ke Malaysia. Tp on the way nak balik tu, sempat gak kitorang singgah tempat kejadian lumpur panas yang melanda Surabaya kira2 3-4 tahun yg lalu yg dinamakan "Peristiwa Lumpur Laphindo". 


:. Dari sebuah perkampungan bertukar kpd ini... Kuasa Allah tak ada siapa boleh menghalang .:


:. Walaupun dah bertahun2, tp asap2 daripada lumpur panas masih kelihatan .:

:. DVD cerita sebenar tntang kejadian Lumpur Laphindo. 1 DVD = Rp 5000 .:


:. Tanah tempat kitorang bergambar tu pun masih basah sbnrnya! huhuhu .:


Sampai lah masa kitorang ke airport. Macam biasa lah, orang perempuan kalau berjalan tak sah kalau tak ada pertambahan beg! Hahaha.. Shopping ler nak kata......hihihihi :P

:. Perhatikan! Masa datang beg sy yg paling kecil hujung sekali + beg merah tu SAHAJA. Lagi 2 beg yg besar2 tu beg org lain.:

Dan bila nak balik..............






:. Nampaknya berlaku pertambahan disitu! hahaha..Biasa lah, nama pun perempuan..hehehe ;P .:


-The End-